Sunday, May 15, 2011

Raja Karok

Pasangan pengantin menyampaikan lagu Doa Buat Kekasih

Selesai sudah majlis perkahwinan anak saudara kpd emak Adam. Pengantin perempuan baru berusia 21 tahun. Masa aku kahwin dgn emak Adam, dia pun berumur 21 tahun juga. Masa tu badan dia lebih kurang mcm badan pengantin tu. Tetapi selepas bertahun2 kena pam, badan dia dah naik.

Dah ke laut pulak ni.

Org tempat kakak ipar aku ni minat berkaraoke rupanya. Malam tadi ada yg nyanyi sampai pukul 1 pagi. Hari ini lagi ramai yg menyanyi. Sampai diadakan pertandingan dgn disediakan hadiah utk para pemenang.

Nasib baik aku sibuk membasuh. Kalau tak, susahlah org lain nak menang hehehe
Sent via BlackBerry from Maxis

24 comments:

  1. kat kg IE pun macam ni jgk..ada hadiah ...tua muda msuk bertanding. ada tu dah dapat pegang mic tak nak lepas..

    YB tak teringin jadi macam SY ker??

    ReplyDelete
  2. tak sempat nak mengenal kan?
    wah rajin tu bebetul jadi orang pangkal.

    ReplyDelete
  3. kalu cmtu boleh la uncle nyanyi sekali nanti...tunggu turn hazwan hehe

    ReplyDelete
  4. Sebab dema tu tahu susah nak menang, tu sebab disuruh Abang YB tugas basuh pinggan. hehehehe

    *Saya pun masa kahwin umur saya 21 bang...

    ReplyDelete
  5. last round nyanyi pukul 1 pagi tu.. YB kan?? kan?? kan??

    ReplyDelete
  6. LAST PErenggan tu YB..aku terbayang vid klip m.nasir dn mawi plak..hehehe

    ReplyDelete
  7. hai YB..

    siannya YB yg glamor duduk basuh pinggan saja dari malam bawak ke siang... sapalah yg tak prihatin tu

    tak tensen ke!!

    ReplyDelete
  8. yer la basuh poinggan tu..tah2 jadi tukang karok kat area basuh pinggan tu....heheheheh!!

    ReplyDelete
  9. ikan emas,

    Kampung IE kat Selangor kan? Atau dah masuk ke sempadan Perak? ngeee

    Di kampung jarang berpeluang ke pusat karaoke. Itu sebab bila ada majlis kahwin dan ada pula disediakan karaoke, ramailah yg nak nyanyi.

    Semalam masa pertandingan tu ada yg muda dan ada yg tua ambil bahagian.

    Nasib kali ni semasa sebelum pertandingan tu seorg hanya boleh nyanyi paling banyak 2 lagu. Kalau tak, ada yg tak mahu lepas mic.

    Saya teringin juga nak jadi DJ radio mcm SY tu. Gaji dengarnya RM27K sebulan. hehehe

    ReplyDelete
  10. Eja,

    Nak mengenal apa tu Eja?

    Bila org lain yg rewang tu dah balik, kenalah adik beradik dan ipar duai teruskan kerja2 membersih sehingga beres. Takkan nak tinggalkan mcm tu aje kannn?

    ReplyDelete
  11. zaren,

    Uncle bagi peluang org lain ajelah. Turn Hazwan lama lagi kot ngeee

    ReplyDelete
  12. azieazah,

    itulah kan. Komplot betullah mereka ni hahaha.

    Kahwin muda ini untung kann? Kalau cepat dapat anak, bila dah besar jalan sama org ingat adik beradik hehehe

    ReplyDelete
  13. kakngah,

    ko jangan nak buat fitnah ngah hahaha.

    Saya sibuk tolong emak Adam dan ipar duai menyediakan door gift tambahan. Kami stop pukul 2:15 pagi sebab nak balik rumah. Mereka yg tinggal di rumah pengantin sambung kerja tu sampai pukul 3 pagi.

    ReplyDelete
  14. HEMY,

    Ko bayangkan aku sebagai M Nasir atau Mawi? ngeee

    ReplyDelete
  15. Hai ibuintan,

    Hari Sabtu malam minggu tu saya jaga air dan tolong kemas meja setiap kali org habis makan.

    Semalam baru saya kerja cuci pinggan hehehe.

    Kerja sukarela tak boleh tensen.

    ReplyDelete
  16. kak long,

    tempat basuh pinggan tu jauh ke belakang sedang khemah karok tu kat depan. Sayup2 dengar org nyanyi. Tak best nak karok kalau mcm tu hahaha

    ReplyDelete
  17. Syida,

    Ha'ah ada hadiah utk 10 peserta terbaik. Yang tak berapa baik pun ramai hahaha

    ReplyDelete
  18. yb saya masa berkahwin dulu baru berumur 19tahun, selepas kawin sambung belajar lagi apa nak buat jodoh dah sampai tapi cik abang kita kata kita gatal, gatal pu gatal lah ada kita kesah. Tapi zaman kita kawin dulu mana ada karaoke ni yang ada cuma samrah memandangkan saya dari keeturunan arab so mak saya panggil kumpulan samrah kerumah huh meriahnya sampai pukul 1.00 pagi baru selesai.

    ReplyDelete
  19. Masa Mak Adam jadik perantin tu.. umur awak berapa ??

    ReplyDelete
  20. sharifah rosidah,

    Sepatutnya awak yg cakap kat cik abg awak tu dia yg gatal! Tak sempat nak tunggu awak habis belajar dah ajak kahwin hehehe.

    Kawan2 saya yg kahwin masa belajar pun ramai yg kahwin di usia muda. Tak tahulah samada gatal atau dah sampai jodoh mereka. Ada yg kekal dan ada yg dah bercerai pun.

    Ada samrah tu kira meriahlah. Kalau kita org melayu jati ni dulu bila kahwin panggil kugiran.

    ReplyDelete
  21. DrSinga,

    Saya kahwin ikut sunah nabi - umur 25 tahun hehehe

    ReplyDelete
  22. Salam...

    Samalah dgn kg saya kat slim river...dari malam sampai esok malam berkareoke...mcm pesta...sesekali bagi org kampung

    ReplyDelete
  23. petai jeruk,

    Wsalam.

    Meriahlah kalau ada majlis kahwin kat kampung awak tu. Kat kg isteri saya biasanya dari malam pertama sampailah hari persandingan tu dalam pukul 4 ptg aje. Sebelah malam tu semua dah letih hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails