Tuesday, April 5, 2011

Tuai Padi Antara Masak

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Padi di sawah di kampung datuk Adam yg hampir nak masak

InsyaAllah esok aku nak ke luar negeri.

Sesiapa yg nak jumpa aku, bolehlah berbuat demikian malam ni
Esok jangan pula ada yg rindu hehehe

22 comments:

  1. Anak cina pasang lukah
    Lukah dipasang di Tanjung Jati
    Di dalam hati tidak ku lupa
    Sebagai rambut bersimpul mati

    ReplyDelete
  2. Seghonoknya !

    Bila lah dapat merasa beras baru turun dari ladang....





    *YB, nak tanya nama kg yg YB beli kerepek bawang sedap masa raya hari tu.

    ReplyDelete
  3. salam YB..

    semoga selamat pergi dan pulang...

    kalo rindu YB bleh tgk blog n fb YB..heheh

    jalan baik2..:)

    ReplyDelete
  4. hujan emas dinegeri orang...
    hujan batu dinegeri sendiri...!


    jgn lupa kami disini

    :((

    ReplyDelete
  5. Pucuk pauh delima batu,
    Anak sembilang ditapak tangan,
    Walau jauh beribu batu,
    Hilang dimata diblog jangan.


    Cam lamo bona YB, luar negeri mana ni?

    ReplyDelete
  6. Tuai padi antara masak
    Esok jangan layu-layuan
    Buat apa nak intai awak
    Apa-apa pun selamat jalan.

    awak nak pergi mana ?

    ReplyDelete
  7. still uruskan projek di tapah ke?

    keluar negeri kan... bukan negara?

    ReplyDelete
  8. Salam YB..

    Kalau Ada sumur di ladang,
    Boleh saya menumpang mandi,
    Kalau ada umur yg panjang,
    Boleh kita ber blog lagi..

    Semuga sihat dan selamat di negeri orang..Insyaallah...aaminnn.

    ReplyDelete
  9. Monalea,
    Awal betul cop. Maghrib tak banyak saingan.

    ReplyDelete
  10. absence makes the heart grow fonder..

    ReplyDelete
  11. monalea lagi,

    Burung merpati terbang seribu
    Hinggap seekor di tengah laman
    Hendak mati di hujung kuku
    Hendak berkubur di tapak tangan

    ReplyDelete
  12. kak Erna,

    Taklah lama mana tapi sebab ada banyak kerja yg perlu dibuat di sini, rasanya mcm lama.

    Tengok ni. Dah pukul 1:22 masih buat kerja. Ini balas komen lepas siapkan Minit Mesyuarat huhuhu

    ReplyDelete
  13. rindunya pada sawah padi. masa kecik2 dulu pernahlah tgk dan rasai cara real. sekarang, rasai real di pasaraya.... pegang beras la.

    ReplyDelete
  14. a.z.r.i.n.a,

    Dapat turun ke sawah sekali sekala mcm pelancong mmg seronok hehehe

    Kg tu namanya Parit Serong, Tg Karang.

    ReplyDelete
  15. cikceriacorner,

    Wsalam.

    Terima kasih kerana mendoakan saya.
    InsyaAllah semuanya akan selamat.

    Ada ke yg rindu kat saya ni? Bolehlah selak2 entri saya yg ada gambar saya hehehe

    ReplyDelete
  16. kak long,

    Di negeri sendiri takde hujan emas ke? Asyik hujan batu aje huhuhu

    InsyaAllah akan turun juga hujan emas di negeri sendiri satu hari nanti.

    InsyaAllah takkan ku lupa kalian semua ececeh.

    ReplyDelete
  17. saya tengah mengintai ni!!!!!!

    nak 'kusyen' obersi !!!!

    ReplyDelete
  18. Selamat ke luar negeri YB...
    Enjoyyyyyyyyyyyyy

    ReplyDelete
  19. assalamualaikum YB...

    trime kasih singgah di blog saya dan sudi menghantar komen..

    saya sangat menghargainya kerana saya tahu YB dan al-lavendari sangat sibuk..apabila YB dan al-lavendari singgah di blog saya dan hantar komen saya sangat terkejut...

    semoga Allah SWT merahmati kalian berdua dan dimurahkan rezeki untuk terus membela agama, nusa dan bangsa...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails