Tuesday, April 5, 2011

Sepetang Bersama Adam

Sejak dibawa oleh Atikah menaiki LRT minggu lepas, Adam semangat nak naik lagi. Jadi hari Ahad baru ni, emak Adam mencadangkan kami bawa dia naik LRT ke KLCC.

Mula2 ingat nak tengok dinasour kat Petrosain tapi atas sebab2 tertentu, lepas Asar baru kami keluar rumah. Mana sempat nak masuk Petrosain sebab pukul 5:00 ptg dah berhenti jual tiket.

Tak kisahlah pasal Petrosain tu. Yang penting nak bawa Adam naik LRT.

Elok kami masuk LRT tu aku letakkan dia kat depan tingkap. Jadi macam pemandu utk LRT yg mmg tiada pemandu ni. Teruja habis dia aku letakkan di situ.

Adam duduk di depan sambil Haikal sempat nak enterframe

Turun dari LRT, Adam kata "best" sambil menunjukkan isyarat dgn ibu jarinya. Nanti balik kita naik lagi.

Seperti biasa, KLCC memang tak pernah sunyi dari org ramai. Tambahan hujung minggu. Petronas mengadakan pameran F1 di lobi Suria KLCC.


Orang ramai menunggu giliran utk mencuba memandu simulator kereta F1 Petronas

Adam kata naik kereta Batman ni lagi laju

Dah puas main di dalam bangunan, aku bawa dia ke taman permainan yg di luar.

Apa ni Adam? Naik kat jambatan ni pun dah gayat, macamana nak naik jambatan yg di tingkat 42 bangunan KLCC tu?

Dah puas dia main (mana dia tahu puas sebenarnya) aku bawa dia tengok air pancut. Pukul 6:00 ptg baru air pancut tu dipasang.


Bergambar dgn emak Adam

Gambar solo pula

Oklah ya. Aku nak masuk tidur ni.

32 comments:

  1. YB... Michael schumacher ade tak kat KLCC masa tu...

    Seronok adam duduk kat depan keretapi tu... hehhe

    ReplyDelete
  2. comelnya dia.baru nengok dia yb.selalu nengok namanya je. comel mcm sapa ni?ibunya ke? ke ayahnya? hihihi

    ReplyDelete
  3. kpah dulu kalau masa kekecik dah ada lrt mesti teruja macam adam gak hiii..

    ReplyDelete
  4. YB..

    lepas ni dengar cerita Adam lah pulak pasal naik LRT tu, mesti dia teruja tu


    naik bas dah bawa lom?

    ReplyDelete
  5. dinosor kat Pusat Sains laaagi besar dan banyak!!

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum akhi YB...

    Adam dh nk terbang pulak tu ... dah bagi syarat kat gambar solo ...

    ReplyDelete
  7. sonoknyer masuk tido kangg kanns.. ehehe

    ReplyDelete
  8. Salam YB..

    sama-sama seronok laa tu...bila lagi nak layan kalau tak waktu senggang ujung minggu kan...

    lepas ni dia nak dok dlm kopit kapalterbang laa pulak tu...hehehe

    ReplyDelete
  9. bila ler Adam sana nak jumpa dengan Adam sini ??

    ReplyDelete
  10. aNIe,

    Michael Schumacher takde masa tu. Dia belum sampai KL lagi rasanya.

    Mmg seronok. Balik pun saya dudukkan dia kat depan. Dapat tengok terowong dan LRT yg dari arah bertentangan datang ngeee

    ReplyDelete
  11. monalea,

    Sebelum ni pun ada juga saya tempek gambar dia kat blog ni. Masa dia umur 7 bulan dulu nampak berisi badan dia. Hari ni dia genap 2 tahun 7 bulan. Dah susut. Jadi comel pula.

    Comel mcm Atikah kakaknya.

    ReplyDelete
  12. kakpah,

    Masa kita kecil dulu manalah ada lrt kan. Habis kuat naik keretapi kelas 3 huhuhu

    ReplyDelete
  13. beruntung adam kecik2 lagi dah sampai klcc..mak cik ni ha..dah tua tak pernah pergi lagi..

    ReplyDelete
  14. adam tak mandi kolam kat situ? :D

    ReplyDelete
  15. nak bawak anak anak anak dan anak lah...

    ReplyDelete
  16. ibuintan,

    Sampai kat KLCC dia dok citer pengalamannya naik lrt tu. Entah apa2 yg dicakapkan di tengah2 org ramai tu.

    Belum bawa naik bas lagi.

    ReplyDelete
  17. DrSinga,

    Alaaa dengarnya ada 22 ekor aje kat Pusat Sains tu. Tiket masuk RM10. Lebih baik ke Petrosains. Boleh naik heli bagi yg tk pernah naik. Saya dah puas naik heli masa kerja kat laut dulu.


    Lagipun takde lrt nak ke pusat sains ngeeee

    ReplyDelete
  18. Ummi Humaira,

    Waalaikum salam ummi.

    Nantilah kalau dapat book tiket kapalterbang murah bolehlah bawa Adam terbang pulak hehehe

    ReplyDelete
  19. en_me,

    kami biasa tidur lambat. Selalu saya buat kerja mana yg patut lepas Isyak atau lepas menonton tv. Emak Adam pun tidur lambat sebab Adam tidur pukul 12 hehehe

    ReplyDelete
  20. azmnor,

    Wsalam.

    Itulah kan. Kadang2 hujung minggu pun sibuk dgn jemputan kahwin. Dari minggu depan sehinggalah bulan Mei nanti saya dah dapat banyak jemputan kahwin. Nak keluar bawa anak2 jalan dah susah ngeeeee

    Setakat ni Adam belum tahu nak rasa masuk kokpit kapalterbang lagi w/p dia dah main bawa kapalterbang virtual kat iPad hehehe

    ReplyDelete
  21. pB,

    Nanti raya bulan 9 ni bolehlah bawa Adam kecil jumpa Adam besar hehehe

    ReplyDelete
  22. kak Erna,

    Rumah Adam dgn KLCC tu dekat aje. Kalau naik LRT tambang cuma RM1.60. 5 stesen dah sampai hehehe.

    ReplyDelete
  23. juliet,

    Adam nak sangat masuk ke dlm kolam tu tapi kami tak bawa baju spare dan tuala.

    Nanti kak juliet bawa adam mandi kat situ ya. Kak Juliet pun boleh masuk air sekali hehehe

    ReplyDelete
  24. Eja,

    Bawa jangan tak bawa.

    Enariq dan kakak2nya tentu seronok dpt main kat taman klcc tu.

    ReplyDelete
  25. dah lama betul saya tak naik lrt

    ReplyDelete
  26. Daddy Ziyyad,

    Bila ada masa bolehlah bawa Ziyyad naik lrt. Tentu dia seronok.

    ReplyDelete
  27. -GC-,

    Jangankan LRT, landasan keretapi berkembar pun sangkut2 pembinaannya.

    ReplyDelete
  28. posing last sekali tu - apa percubaan yg dibuat oleh adam sebenarnya?

    ReplyDelete
  29. comelnye adam..teruja tgk adam..ehheh

    ReplyDelete
  30. InsyaAllah Ahad ni kami ke Petrosains.


    Dah tiga minggu berturut-turut tak jadi.. kesian Along.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails