Tuesday, April 26, 2011

Tak Makan Nasi Lemakpun Boleh FAT

Pasukan teknikal sedang menjalankan ujian terhadap substation padat


FAT dalam istilah projek merujuk kpd Factory Acceptance Test. Takde kena mengena dgn gemuk atau BMI spt yg sibuk diperkatakan skrg.

Pagi ini, aku bersama klien melawat kilang memasang compact substation di Puchong utk proses FAT. Transformer dlm gambar ni utk 750 Amp. Di Malaysia cuma ada 3 kilang memasang compact sub ini. Memang boleh cari makan sbb permintaan tinggi.

Laku sebuah ni boleh makan ayam kampung di Bukit Puchong. Tak mainlah nasi lemak hehehe
Sent via BlackBerry from Maxis

33 comments:

  1. nasi kukus ayam dara la~~baru masyuk~haha~~

    ReplyDelete
  2. omak aiii..

    perut tgh lapar..YB tulis fasal ayam kampung plk..


    ayam kampung baikk...

    ReplyDelete
  3. TRANSFORMER yang YB tulis tu pulak, dalam istilah saya ialah sebuah robot yang boleh bertukar menjadi kereta...cool! :)

    ReplyDelete
  4. buleh buat bayar downpayment swift atikah jugak kottttt :P

    ReplyDelete
  5. sy baru order transformer utk pasang atas kapal. mungkin bukan transformer ni

    ReplyDelete
  6. nak ikut tolong makan sekali
    ayam kampung tuh....

    ReplyDelete
  7. puchong dah dekat dengan kampung saya tu..
    meh makan sup gear box kat sini!!
    :)

    ReplyDelete
  8. mekasih YB nk blanje yeayyyyyy

    ReplyDelete
  9. setuju .. badak air tak makan nasi lemak pun gemuk juga !

    ReplyDelete
  10. gajah tak makan santan pun gemok jugak!

    ReplyDelete
  11. makan ayam kampong kontraktor belanja la bang..hahaha..

    ReplyDelete
  12. wahhh ayam kampung memang sedap, tp liat!

    ReplyDelete
  13. ikan patin sungai pun boleh. rm 13 ribu jerrrr

    ReplyDelete
  14. bujal X,

    Nasi kukus ayam dara pun ok juga tapi yg di Bukit Puchong tu pun power jugak. Tauke dia tu dah ada banyak cawangan.

    ReplyDelete
  15. ikan emas,

    Saya tulis ni pun masa saya lapar jugak tadi. Lama sangat nak tunggu mereka siapkan ujian tu huhuhu.

    Nasib baik saya belum pergi makan lagi masa tu. Kalau tak, mesti saya tayangkan gambar makanan tu biar IE lebih derita hehehe

    ReplyDelete
  16. Daddy Ziyyad,

    Ini mesti peminat citer transformer. Belilah kereta tu sebijik. Senang nak bawa Ziyyad makan angin dgn tempat duduk baru dia tu. ngeeee

    ReplyDelete
  17. juliet,

    Bukan setakat downpayment. nak buat beli dua bijik Swift pun boleh dgn harga compact sub tu hehehe

    ReplyDelete
  18. -GC-,

    Lebih kuranglah tu kot. Tapi yg ini utk step up jadi 750 Amp.

    Yg awak order tu berapa kapasitinya?

    ReplyDelete
  19. Eja,

    Hari ni saya bawa org. Lain kalilah kalau nak ikut. Baru ada privasi sikit hehehe

    ReplyDelete
  20. DrSinga,

    Jauh juga tu sebab ni kat Taman Perindustrian Puchong Utama.

    Lain kali saya singgah - awak belanja saya sup gear box tu ya.

    ReplyDelete
  21. Masy,

    Saya pun dibelanja org hari ni ngeee

    ReplyDelete
  22. al-lavendari,

    badak tu kembung minum air kot sebab dok berendam aje ngeeee

    ReplyDelete
  23. kak long,

    itulah kan. Menteri ni pun tak hingat hingat nak kutuk nasi lemak huhuhu

    ReplyDelete
  24. alien,

    ayam goreng tu mmg mantap. Kena pula dicicah dgn sambal

    perghhhh

    ReplyDelete
  25. Waqheh,

    Hari ini supplier yg belanja sebab laku compact sub dia. Kontraktor elektrikal pun sibuk nak bayar tadi.

    ReplyDelete
  26. MasZuber,

    Yg liat tu ayam yg dah tua kot. Kalau yg muda, ok.

    ReplyDelete
  27. kts,

    dari makan ikan patin sampai RM13K, lebih baik duit tu digunakan buat meminang awak ahaks

    ReplyDelete
  28. Wah..tokey besor nih..

    Ayam dara kat Taman Warisan Pertanian Putrajaya sedap...dah try?

    ReplyDelete
  29. al-lavendari kata badak air tak makan nasi lemak pun gemuk jugak.kak long kata gajah pun gemuk bukan kerana santan..
    terasa pulak...hehehehe
    saya pun tak gemar mana nasi lemak dan badan ada lah iras2 makluk kaki 4 nih..aduhlaa...sokong sungguh2!

    ReplyDelete
  30. Saya ingat tadi mengata saya. Maklum saya ni kategori gebu juga. hehehe

    Amboiii Ayam Kampung tu, bikin saya jeles!

    ReplyDelete
  31. BMI Ai dah terlebih. baru timbang last week.

    tu Ai tak mkn nasi lemak tu.

    makan beras herba ponni taj mahal tu...

    tapi kolestrol dgn gula normal

    :D

    ReplyDelete
  32. YB betul tu siapa tukang supply trnsformer ni kaya raya, salah seorang nya ialah suami saudara saya, suami dia seorang Dato berasal dari Melaka dan tinggal di Subang jaya, Banglonya macam Mahligai. Rakan kongsinya seorang Mat Salleh dari England.

    Saya tak pernah masuk kerumahnya saya cuma menghantar mak saya kesitu sbb diaorang jemput mak saya kalau ada kenduri, dia jemput juga saya tapi suami malu nak pergi, suami cakap dia takut dan malu nak pergi rumah orang kaya2, kalau adik beradik dia terpaksa juga pergi. Adoi ada ke macam tu tapi saya pun segan juga sbb mereka tu senior2 saya, mereka masa muda semua kamcing dengan kakak2 saya.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails