Sunday, April 3, 2011

Bila Duit Dah Tak Tahu Nak Buat Apa

Pagi ni aku di tag oleh seseorang di fb.

Bila aku tengok rupanya ada satu tender utk no tepon 017-7171717.
Cantik nombor tu.

Harga tender RM38,000!
Tak kurang 'cantik' juga harga tender tu hehehe

Bagi org mcm aku ni kalau setakat RM17 atau habis tinggi RM71 bolehlah aku pertimbangkan utk mendapatkan nombor itu. Tapi bagi sesetengah orang, harga RM38,000 tu tak jadi hal asalkan mereka dapat nombor itu.

Begitu jugalah org yg sanggup membayar berpuluh bahkan beratus ribu ringgit utk no plat JPJ. Nombor single digit dan nombor 88, 888 dan 8888 jadi rebutan. Kereta aku tak sesuai pakai nombor mahal2 macam tu takut dikata mahal nombor dari kereta atau mahal rantai dari beruk.

Terpulanglah kepada diri masing2. Kalau duit dah banyak sangat dan tak tahu nak buat apa lagi, bolehlah laburkan utk nombor yg anda gilai minati.

38 comments:

  1. entah,kaklong rasa sayang sangat duit klu dibazir kan macam tu...
    lebih baik di sumbankan ke tabung amal...

    ReplyDelete
  2. tapi bagi bukan orang islam rasanya..dio orang tak kisah bab nombor2 ni..sebab bagi mereka itu semua ong..menurut kawan2 kaklong yg berbangsa cina la...

    ReplyDelete
  3. kalau nama dah save dalam handset, takde gunanye nombor cantik mana pon :)

    ReplyDelete
  4. eh ???..macam pernah nampak!

    IE pernah guna plat ni 7171...

    tak der ong pun

    ReplyDelete
  5. kalau duit dah tak tau nak buat apa tekpelah yb. tapi rasanya lebih elok disedekahkan kepada mereka yang lebih memerlukan

    ReplyDelete
  6. YB... orang yang rajin menabur duit untuk benda benda macam tu sebab minat dan keinginan ... lagipun duit banyak... tabur ajelah... kalau cik abang kak anie ni... tak kuasa ler dia nak membazir camtu...

    ReplyDelete
  7. kak long,

    Lain org lain falsafah dia.

    Tapi saya ada kenal org yg mcm ni dan dia pun banyak menderma kpd badan2 amal. Duit dia mmg dah tersepak2 agaknya. ngeee

    ReplyDelete
  8. kak long,

    Org cina mmg ramai yg percaya tentang ong pada nombor dan feng shui. Ada yg sanggup ubah susunan opis kerana feng shui master bagi nasihat utk ubah.

    Yg hairannya ada juga org kita yg terikut2 guna nombor2 tertentu utk cari ong.

    ReplyDelete
  9. Akmal,

    Pandangan yg praktikal. Tapi ada org nak juga nombor yg cantik utk no hp mereka. Nak buat mcmana?

    ReplyDelete
  10. ikan emas,

    Pernah guna? Maknanya dah tak gunalah. Itulah yg tak ong tu hehehe


    Larikksss

    ReplyDelete
  11. monalea,

    Sedekah, sedekah juga. Beli nombor cantik, beli juga.

    Bajet dia besar agaknya. Org yg tag saya ni ada 14 buah kereta. Kebanyakannya kereta mewah.

    ReplyDelete
  12. Kak Anie,

    betul kata kak anie tu. Duit mereka, mereka punya sukalah kan.

    Kita yg tak berapa nak kaya ni kenalah berjimat2 huhuhu

    ReplyDelete
  13. bergantung atas priority seseorang tu lah..kalau akak yg selalu kesempitan wang ni, jumlah tu banyak tu..sayang nak buang gitu aje.

    ReplyDelete
  14. bak kata herman tino, terlebih...memberilah!

    ReplyDelete
  15. ponn ponnn

    kete Ai pake nombor ape ape je

    :P

    ReplyDelete
  16. 01? 2555525..cantik kannn...

    pernah guna nombor ni dulu tapi hfon dh jatuh kt Gunung Ledang...

    ReplyDelete
  17. ada duit...apa2 boleh...in bolehland

    ReplyDelete
  18. Salam YB..

    Tak tau laa nak cakap....kalau duit berlambak & bersepahkan...

    saya rasanya tak laa sampai camtu...( sbb x der kot .. )
    ngeeee....

    ReplyDelete
  19. kalau duit dah banyak belebih tu boleh gak bagi kek eden ni buat modal meniaga..

    ReplyDelete
  20. ee..ntah pape diorg ni. byk sgt duit kan, smpai benda2 remeh mcm ni pun nk kena spend byk duit. vengong2. haha

    ReplyDelete
  21. wa xde duit byk tp wa byk pokok duit-duit...

    ReplyDelete
  22. dah berlebih sangat duitnya, memang dah tak tau nak buat apa tu

    tapi kalau membazir gitu tak elok juga, lebih elok buat downpemen sebuah swift kan YB

    ReplyDelete
  23. i takde duit banyak
    i cuma mampu hidup secara wasatiah =)

    ReplyDelete
  24. ai org sederhana saja YB. hidup atas belas kasihan Pencipta sahaja. huhuhu~

    *tapi rasanya tak patutla org yg beli nombor tu bila ada jiran yg terpaksa kutip tin semi mencari rezeki..tu pendapat saya je la~

    ReplyDelete
  25. hani@debumelukuk,

    Betul tu kak. Kalau org mcm kita ni rasanya tak perlulah bazirkan duit utk beli nombor 'cantik'. Banyak lagi benda lain yg perlu.

    ReplyDelete
  26. Insan Marhaen,

    Memberilah kpd mereka yg lebih memerlukan. Besar pahala tu.

    ReplyDelete
  27. AiTotYati,

    Samalah kita. Janji ada nombor plat hehehe

    ReplyDelete
  28. kak ct,

    Macam no pijahat aje. Patutlah mereka dah tukar nombor skrg sebab kak ct pun guna nombor yg seakan2 sama.

    Puteri Gunung Ledang yg guna no ni skrg kot hehehe

    ReplyDelete
  29. nahmy,

    betul tu. Tapi soalannya: mcmana nak dapatkan duit tu? huhuhu

    ReplyDelete
  30. azmnor,

    Wsalam.

    Org kata easy come easy go. Mungkin bagi mereka yg senang dapat duit, tak rasa apa bayar mahal2 utk dptkan nombor mcm tu.

    Kita ni masih tahap difficult come difficult go hehehe

    ReplyDelete
  31. kakpah,

    Saya pun nak jugak buat modal berniaga. Banyak nak guna duit beli barang ni huhuhu.

    Kakpah nak buka lebih banyak cawangan tadika aulad ke? ngeeeee

    ReplyDelete
  32. -GC-,

    mungkin ada nilai sentimental bagi mereka yg tak boleh diukur dgn wang ringgit hehehe

    ReplyDelete
  33. KSWSK,

    Kalau Wa jual pokok duit2 tu boleh juga dapat duit kann?

    ReplyDelete
  34. ibuintan,

    Kawan saya tu dah kaya raya. Rumah dah banyak, duit kat bank entah berapa juta agaknya.

    Saya ni mmglah nak beli swift pun tak dapat2. Dia tu dah ada 14 buah kereta mewah. Setakat swift tu tak pandanglah huhuhu

    ReplyDelete
  35. Syida,

    Mana tahu satu hari nanti awak akan kaya mcm bos awak tu. Dia dulu pun mula dari bawah.

    Sementara ni hiduplah secara wasatiah ngeeee

    ReplyDelete
  36. gadisBunga,

    Kaya atau miskin kita semua hidup atas belas kasihan Pencipta kita. Kalau dia nak cabut nyawa kita, bila2 kita akan pergi meninggalkan dunia ini.

    Niat GB nak tolong jiran2 yg susah itu satu niat yg murni.

    ReplyDelete
  37. Hamizah,

    Cadangan yg baik utk tambah aset kita.

    Kalau kat kampung RM38K tu dapat beli tanah. Tapi kalau kat KL ni, mana ada tanah yg berharga mcm tu?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails