Monday, April 18, 2011

Kenal Dulu Baru Kahwin atau Kahwin Dulu Baru Kenal?

Ada pasangan baru kenal sekejap dan rasa ada chemistry atau keserasian terus mengambil keputusan utk berkahwin. Ini bukan kisah orang dulu2 yg berkahwin atas pilihan keluarga saja tau. Orang sekarang pun ada yg macam tu. Kenal kat dalam LRT, kat bus stop, dalam library (yg ini macam kisah dalam drama) atau di fb tak lama tu terus kahwin.

Well ada yg berbahagia ke anak cucu dan ada yang kecundang di pertengahan jalan.

Ada pula pasangan yg berkenalan bertahun2 tapi belum mahu mendirikan rumahtangga kerana masih mahu mendalami hati budi masing2.

Antara mereka yg di dalam kategori ini ialah penyanyi Tomok.

Menurut laporan di dalam Pancaindera semalam, Tomok telah menjalinkan percintaan dgn buah hatinya selama lapan tahun. aku anak dah 3 orang masa aku kenal emak Adam selama 8 tahun

Apapun kini mereka sudah bersedia utk disatukan pada 1 Julai ini.

Gadis ayu yg berjaya mencuri hati Tomok itu bernama Ayu. Kira pangkat cucu saudara aku! Aku tak tahu mereka bercinta sehingga aku terserempak dgn Tomok di rumah bakal mertuanya masa hari raya tahun lepas. Kisah itu (siap dgn gambar Tomok) ada di n3 aku bertarikh 16 Sept 2009.

Berbalik kpd soalan aku, korang rasa mana yg lebih baik?

Kpd Tomok dan Ayu, aku doakan kalian berbahagia sehingga ke akhir hayat.

psst - kalau Ayu jemput embah (datuk) ke majlis pernikahan tu nanti, bolehlah embah masukkan dalam blog ni lagi hehehe

43 comments:

  1. entahlah
    selaku bujang belum kawin
    no komen la
    biase org dulu2 cakap perlunya tolak ansur, tak kira lama kenal ke baru kenal ke.. itu kunci bahagia
    katanya lah

    ReplyDelete
  2. ada pro~ada kon~

    tapi saya suka kenal dulu baru kawin~wee~~

    ReplyDelete
  3. alien,

    awak org bujang yg dah ada teman tapi mesra atau yg masih mencari? Kalau yg dah berTTM tu mungkin tahu jawapannya.

    Kalau terus bercinta sebelum mahu berkahwin, maknanya memilih option yg pertama hehehe

    Bertolak ansur mmg perlu di dalam mana2 perhubungan. Tapi ada juga yg ditolak beransur2 huhuhu

    ReplyDelete
  4. bujal-X,

    tak dapat dinafikan mmg ada pro dan ada con nya.

    Persoalannya berapa lama nak kenal? Masa bercinta biasanya kita tak nampak warna sebenarnya (the true colours) ngeeee

    ReplyDelete
  5. 000...patut la yb dpt bergambar dengan dia....masa tu kaklong tertanya2 gak macam mana tomok blh bergambar dengan yb,..rupa2 nya nak jadi saudara!

    ReplyDelete
  6. memang ade pro n con.. tapi kalau dah kawin kita kena terima segala tima kekurangan dan kelebihan diri pasangan kan?

    dan belajar utk bersyukur dengan apa yang kita dapat

    ReplyDelete
  7. pengalaman mengajar saya, tak payah la berkawan (bercinta) sebelum kawin. sebab kalau org tu serius nak kawin dgn kita, dia tak akan ambil masa lama. dia akan bersedia utk terima buruk baik kite dengan cara kenal lebih mendalam bila dah kawin.

    saya lebih suka lelaki yg serius mcm tu. tapi sebelum tu kene la ambil tahu pasal background dia juga, jgn main hentam je terima...

    :D

    ReplyDelete
  8. Saya amat amat berharap dan mendoakan kebahagiaan Tomok dan bakal isteri sehingga ke syurga.

    Saya bukan peminat Tomok.
    Cuma terlalu klise kisah artis Malaysia bila berkahwin, majlis sangat grand. Penyudah nya.....alahai

    ReplyDelete
  9. ikut kematangan induvidu dan apa yang mereka mahukan dalam perkahwinan.

    ReplyDelete
  10. ai pon tunggu org keramat bertahun2 dah ni :P

    ReplyDelete
  11. kak long,

    kebetulan Tomok ada di rumah sedara saya masa kami beraya ke rumah tu. Kalau dah 8 tahun patutnya dah beberapa kali saya boleh jumpa dia. Ini baru sekali.

    Anak kak long minat dgn Tomok kan?

    ReplyDelete
  12. ~mrs azmi~,

    Betul awak cakap tu tapi biasanya baru2 kahwin aje boleh menerima segala kekurangan dan kelebihan pasangan. Bila dah lama sikit, ada yg dah pandai nak banding2kan dgn org lain. Kalau ini terjadi, lahirlah bibit2 perpecahan.

    Tak semua org pandai bersyukur dgn apa yg ada. Itu yg jadi masalah huhuhu

    ReplyDelete
  13. gadisBunga,

    Terima kasih kerana berkongsi pengalaman awak. Betul tu - yg penting keikhlasan di dlm perhubungan. Kalau setakat nak test the water atau nak tahu harga saham, elok tak usah. Bisa buat org terluka atau sakit hati aje huhuhu.

    Periksa latar belakang bakal pasangan termasuk keluarga dia mmg penting. Tak nak lah dapat yg penyangak yg berlagak baik.

    ReplyDelete
  14. Daddy Ziyyad,

    Amin. Begitulah yg kita harapkan.

    Saya pun bukanlah peminat dia sangat hehehe.

    Tak perlulah buat majlis yg grand yg menelan belanja berpuluh ribu ringgit. Yang penting perkara yg wajib dan walimah utk memberitahu mereka dah jadi suami isteri.

    ReplyDelete
  15. zonaku,

    Ada juga yg tak matang2. Habis tu camno? ngeeee

    ReplyDelete
  16. juliet,

    Awak masih menuggu org Keramat tu ke? Dah masuk 7 tahun kan? Mungkin dia nak tunggu sampai 8 tahun mcm Tomok hehehe

    ReplyDelete
  17. dah kenal lama, atau br kenal.. dia ttp akan jadi org yg berbeza paskawin, true colors baru kuar... kih3..

    yg penting adalah tolak ansur.. dan sabar... cuba paham satu sama lain

    ReplyDelete
  18. Kenal dulu atau kemudian tak de hal..yang perlu di risaukan ialah jodoh tuh berpanjangan tidak separuh jalan dan ada hasil zuriat yang soleh dan solehah.

    ReplyDelete
  19. hhmm.. teringin melihat YB berambut stylo cam tomok??

    ReplyDelete
  20. Ai dgn enJekjek kenal selama 12tahun. tahun ke-13 baru kami nikah.

    bukan psl bercinta lama tapi mmg tak bercinta pun. Ai sebuk nk cari lelaki lain tapi tak sedar jodoh depan mata.

    orang kata, makin lama kenal makin bosan. tapi alhamdulillah ni tahun ke-19 kenal makin hari makin sayang.

    yang paling penting tolak ansur dan masing2 tunaikan tanggungjawab


    kan?

    ReplyDelete
  21. Salam YB...,

    bagi saya memang perlu kenal dulu tapi ak payah nak tunggu sampai bertahun tahun baru nak kawin...byk benda akan terlepas bila lama sgt nak kenal hati budi.. saya dulu kena 8 bulan jer..sampai ni dah 20 tahun usia perkahwinan...

    ReplyDelete
  22. bergantung pada keikhlasan masing2 la YB, tapi elok juga kenal dulu baru kahwin tapi jgnlah sampai bertahun2 pulak

    kalau dah sampai bertahun2 masih tak kenal juga... camna

    selagi kita tak berkahwin kita takkan kenal siapa dia yang sebenarnya... kan

    ReplyDelete
  23. PnConfused,

    Itu yg buat kita kadang2 keliru tu kann? Masa belum kahwin lain, dah kahwin lain. Adakah patut buat pemeriksaan mcm kereta second hand yg kena diperiksa di Puspakom tu?

    Tak boleh under estimate perlunya sabar dah tolak ansur. Mmg diperlukan dalam jumlah yg banyak hehehe

    ReplyDelete
  24. Marina Monroe,

    Boleh dikatakan semua pasangan yg berkahwin nak kalau boleh kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. Tapi hakikatnya tak semua berakhir demikian.

    Mungkin pasangan yg dah lama kahwin dan kekal bahagia boleh beri tips kpd mereka yg baru nak berkahwin. Apa kata kakak masukkan dalam blog akak.

    ReplyDelete
  25. kakngah,

    jgn cari pasal. Mahu melompat emak Adam kalau tengok rambut saya mcm tu huhuhu

    ReplyDelete
  26. AiTotYati,

    Lamalah enJekjek merahsiakan perasaan dia tu kpd awak? Kalau dia cakap dari awal kan dah berkapel kalian selama 12 tahun hehehe.

    Itulah yg dinamakan jodoh. Cari jauh2 dapat yg dekat. Dan yg penting bahagia.

    Semoga kalian dikurniakan zuriat dalam masa terdekat

    ReplyDelete
  27. kalau belum kawin, "boleh pandang-pandang, jangan pegang-pegang, duduk renggang-renggang, haii bertambah sayang" aje. kalau dah kawin...
    hehehe...
    pekaba wak. lama saya tak singgah :)

    ReplyDelete
  28. jodoh pertemuan di tangan Tuhan..heehe

    ReplyDelete
  29. wahh.. dapat cucu menakan artis lak tu.. glemer2.. muka YB boleh masuk URTV nnti.. haha

    ReplyDelete
  30. embah bole dtg majlis kawin ayu tapi jangan terlebih enterframe ye.hehehehe

    ReplyDelete
  31. salam ukhwah buat yb

    dang amat bersyukur dapat merasa nikmat cinta sebelum dan sesudah..bukankah itu sebaiknya?

    ReplyDelete
  32. keturunan 'Jowo' yer bakal isteri tomok...

    ReplyDelete
  33. kenal bertahun-tahun.. tapi tak jadik kawin..laaagi sakit hati kan embah kan??
    kan?
    kan?

    ReplyDelete
  34. azmnor,

    Kalau dapat mmglah nak kenal terlebih dulu. Itu sebab ada adat bertunang.

    8 bulan tu kira ok jugalah. Saya kenal emak Adam kurang dari itu. Alhamdulillah mcm azmnor, kami dah lebih 20 tahun kahwin dan bahagia.

    Yang berkenalan terlampau lama tu banyak cabaran. Atau mungkin tengah kumpul duit utk kahwin hehehe

    ReplyDelete
  35. ibuintan,

    Betul tu. Sebelum kahwin kita tak akan kenal pasangan kita kerana masa tu mereka akan cuba mempamerkan yg terbaik saja.

    Kalau sama2 ikhlas utk mencari keredhaan Ilahi, insyaAllah Dia akan tolong lepas kita dah berkahwin.

    ReplyDelete
  36. Akmal,

    Kalau yg tahu batas2 sebelum kahwin tu baguslah. Jgn main belasah aje.

    Kalau dah kahwin, macam2 boleh buat. Dapat pahala pula tu hehehe

    Saya sihat. Bila2 senang singgahlah sini.

    ReplyDelete
  37. cikceriacorner,

    Betul tu. Kita kenalah berusaha. Selebihnya kita serahkan kpdNya.

    ReplyDelete
  38. -GC-,

    Tak sesuai tumpang glamer mcm tu. Nanti saya cari jalan lain hehehe

    (segan sebenarnya).

    Takkan masuk URTV aje? Mangga pun ok jugak.

    ReplyDelete
  39. Syida,

    Siang2 dah cakap mcm tu. Nanti embah jadi penanggah ajelah huhuhu

    ReplyDelete
  40. Dang Tari,

    Salam ukhwah dan salam kenal.

    Alhamdulillah Dang dapat menikmati yg terbaik sebelum dan sesudah kahwin. Semoga kekal bahagia.

    ReplyDelete
  41. KSWSK,

    Bapa Ayu Jawa tapi emak dia org Kelantan.

    Ayu tu bukan boleh cakap Jawa. Pandai lagi Adam bercakap Jawa hehehe

    ReplyDelete
  42. DrSinga,

    awak bukan bercakap dari pengalaman sendiri kann?

    Tengok encik Abdul. Kenal kejap terus sambar hehehe

    ReplyDelete
  43. YB, tahun 1980 suami saya kerja di Utusan Melayu cawangan Johor Bahru, nak diJadikan cerita dia selalu berkunjung ke Kedai Jahit arwah kakak saya diKomtar JB dan jadi adik angkat kakak saya, kadang2 kakak saya bawa dia makan dirumah mak saya dan saya selalu memarahi kakak saya bawa orang asing kerumah siap saya ludah2 cakap entah budak mana yang dibawanya dan pada waktu itu kami tak tahu pun bahawa suami saya adalah tunangan orang sbb dia rahsiakan dari kakak saya. Mungkin Jodoh kami agaknya orang yang saya benci jadi suami saya dan tak ambik masa lama dlm 8 bulan je kami terus melangsungkan perkahwinan tanpa bertunang langsung. Alhamdulillah setelah 28 tahun berkahwin saya sangat bahagia kerana suami saya seorang yang penuh dengan kasih sayang.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails