Di dalam kisah Puteri Gunung Ledang, antara syarat yg diletakkan oleh Tuan Puteri jika Sultan mahu memperisterikan beliau ialah membina jambatan emas dari Melaka ke Gunung Ledang. Menurut lagenda, semua syarat termasuk syarat pembinaan jambatan ini dapat dipenuhi oleh Sultan Melaka kecuali memberi darah anakanda baginda. Kalau sekarang, syarat terakhir tu tak jadi masalah kerana dah ada bank darah!
Yang aku tertarik ialah jambatan emas tu. Tiada kesan jambatan tu skrg ini. Aku rasa, jambatan tu dah habis ditarah oleh rakyat jelata kerana harga emas mahal. Kalau sekarang ni lagilah mahal.
Persoalannya, siapakah kontraktor yg membina jambatan emas itu?
Jangan tanya aku kerana aku pun takde jawapannya.
Yang aku tertarik ialah jambatan emas tu. Tiada kesan jambatan tu skrg ini. Aku rasa, jambatan tu dah habis ditarah oleh rakyat jelata kerana harga emas mahal. Kalau sekarang ni lagilah mahal.
Persoalannya, siapakah kontraktor yg membina jambatan emas itu?
Jangan tanya aku kerana aku pun takde jawapannya.
Itu mukadimah aje kpd apa yg aku nak citer hari ni.
Pagi tadi ada satu taklimat utk satu projek kerajaan untuk kontraktor Kelas A.
Majlis taklimat sepatutnya bermula pukul 9:30 pagi tetapi kerana terlalu ramai penender yg datang, majlis terpaksa dimulakan 45 minit lebih lewat utk memberi peluang semua yg hadir mendaftar nama syarikat. (kalau tak daftar tak boleh beli dokumen tender minggu depan)
Menurut pengerusi majlis, lebih dari 100 wakil syarikat hadir pagi tadi. Jauh lebih tinggi dari yg dia anggarkan sehingga kerusi yg disediakan pun tak cukup. Ini kontrak utk PKK Kelas A. Maknanya kontraktor besar ini. Kalau utk Kelas yg lebih kecil harus majlis taklimat itu dibuat di Dewan Merdeka atau di Dataran Merdeka kerana jumlah kontraktor kelas lain itu jauh lebih besar.
Kebanyakan yg hadir adalah 'Ali'. Walau bagaimanapun ada juga beberapa org 'Baba' yg kelihatan di majlis taklimat tersebut. semangat 1Malaysia kot
Aku tak tahu peluang sykt kami utk memenangi tender ini. Harap tiada kontraktor yg tersalah kira mcm kisah memasang pagar lebuhraya tu.
cop!
ReplyDeleteyes! akhirnya!
ReplyDeletedah lama ku mendambakan tempat ini, berjaya juga harini. hu~
ReplyDeletebiasa la YB, kalau nak menang tender cara cenggitu mmg susah sikit sebenonya. melainkan ada kabel. ops~
ReplyDeletetapi rasanya YB ada peluang yang cerah jugak utk menang. don wori (ayat bodek heheh)
ReplyDeleteYB... dari dulu Ali & Baba sentiasa bekerjasama... mana Muthu..? Tak join sekali ke...kata 1 Malaysia...hahahah
ReplyDeleteSemoga syarikat YB berjaya dlm tender ini...
IM tak reti la pasal tender nih!
ReplyDeleteberkat malam jumaat..
ReplyDeletesemoga berjaya
jutawan wooo
Insya Allah, YB, InsyaAllah
ReplyDeletesemoga berjaya.
ReplyDeleteBerkat malam jumaat...
ReplyDeletemalam sunat.
hihihihi
semoga berjaya.dah berjaya karang jg lupa yang kat sini.
Berkat malam jumaat...
ReplyDeletemalam sunat.
hihihihi
semoga berjaya.dah berjaya karang jg lupa yang kat sini.
Salam YB..,
ReplyDeleteAli dan Baba ni memang dah ujud dari zaman laksamana cheng ho dan puteri hang li po dulu lagi....jabatan emas sultan melaka entah diorg yg bina...sekarang ni memang lah dah takder...portugis gi gadai nak buat belanja bina al famosa kat bandar hilir tu....hehehehe.
gadisBunga no 1,
ReplyDeleteopocot!
gadisBunga no 2,
ReplyDeletelama betul awak tak jadi pengomen pertama. Tahniah. Malam ni berjaya juga dalam senyap.
Salam YB...,
ReplyDeleteapa pun teori saya kat atas tu...biarkan saja...macam siluncai dgn labu-labunya.
Yang penting ada rezeki dapat lah YB tender projek tu....insyaallah ...saya doakan...aaminnn...
gadisBunga no 3,
ReplyDeleteGiler kuasa nampak. Tapi takpe. Bukan senang nak dpt no 1 kalau takde nasib.
gadisBunga no 4,
ReplyDeleteBetul tu. Kalau tender terbuka mmg ramai yg akan masuk. Tapi kalau sampai lebih dari 100 penender utk projek kelas A, ini dah teruk.
Ramai yg kata mereka ada kabel. Yang con man pun ramai. Tapi kalau harga tak kompetitif, susah nak dapat.
gadisBunga no 5,
ReplyDeleteTak tahulah peluang sykt saya. Kami akan beri harga yg terbaik tapi biasanya ada saja yg berani tawar harga yg lebih rendah. Kadang tu lebih rendah dari kos. Suicide betul huhuhu
aNIe,
ReplyDeleteBerkerjasama mcm wonderpets takpe. Jgn setakat jadi sleeping partner. Sampai bila pun tak berubah.
Muthu terpinggir sebab takde kelebihan yg boleh ditawarkan.
Salah satu projek yg sykt saya terlibat skrg ada ketiga2 bangsa ni hehehe
Insan Marhaen,
ReplyDeleteTakpe jgn risau. Lain org lain kepakarannya.
ikan emas,
ReplyDeleteAmin. Semoga makbul doa IE tu.
Belum tentu lagi boleh untung banyak kalau persaingan terlalu sengit huhuhu
AZANI,
ReplyDeleteInsyaAllah. Terima kasih.
AZANI lagi,
ReplyDeleteAmin. Berkat doa org yg bertakwa mcm awak ni.
mOnAlEa,
ReplyDeleteAmin. Malam Jumaat yg bermakna.
Tapi belum boleh beli lagi dokumen tender tu.
Berkat malam Jumaat depan kot hehehe
azmnor,
ReplyDeleteSatu andaian yg kreatif dan menarik. ai like.
azmnor lagi,
ReplyDeleteWsalam bro.
Eh ok apa teori awak tu. Mungkin tak selari dgn pandangan kebanyakan org tapi menarik.
Terima kasih kerana mendoakan kejayaan saya. Amin.
pernah jadi time taklimat tender saya pergi ada 1 syarikat ada 2 wakil yang tulis borang kehadiran.
ReplyDeletebila client panggil nak bagi balik borang yang dah cop kantoila ape lagi sebab bila panggil 2-2 datang tapi masing2 saling tak kenal
nampak sangat pinjam nama company lain.. huhu
tapi kelas A takde kot jadi camtu
good luck abg YB :)
ReplyDelete~mrs azmi~
ReplyDeleteBiasalah org pinjam nama sykt lain. Yang betul2 buat kerja takde lesen, yg ada lesen pula tak buat kerja.
Pihak berkuasa bukan tak tahu hal ini. Mungkin ada cara lain utk menjadikan proses tender lebih efisen dan pembangunan di Malaysia lebih rancak dan menguntungkan semua pihak.
13May,
ReplyDeleteTerima kasih.
Bukan senang nak jadi kontraktor ni huhuhu
tak dapat yg ini boleh cuba yg lain kan, yg penting jgn putus asa :P
ReplyDeletekalau dapat tender ni, boleh la belnja sy makan.. hehehe
ReplyDeleterezeki ada dimana-mana.harap takde yg main bawah meja.hehe
ReplyDeletejuliet,
ReplyDeletepenat mengira tender ajelah kalau mcm tu huhuhu.
Kami akan buat kajian dulu samada peluang nak dapat projek ini baik atau sebaliknya. Lepas tu baru putuskan nak masuk ke tidak.
-GC-
ReplyDeleteSetakat nak belanja awak tak perlulah nak tunggu dpt tender ni. Kalau awak dtg KL roger saya. Nanti kita pekena teh tarik. Kita ajak Fidde sekali.
Penyuk,
ReplyDeleteBetul kata awak. Tak semestinya pada tender kerajaan saja. Sebahagian projek yg sykt saya jalankan adalah dari MNC luar.
bestnye!
ReplyDeletetp im still stuck dgn PDO ni.bosan tau.
Sejujurnya, family sebelah wife saya ada ramai yg jadi kontraktor..tapi tak lah kelas A..saya jadi takut sebab USAHA nak dapatkan tender ni melibatkan wangharam/rasuah/duit kopi/undertable(call it what u want)..
ReplyDeleteHinggakan pakcik wife saya fed up dan sering kali dpt projek cikai2 yg mana kontraktor lain tak nak..
YB bayangkan, dari kerani, penyelia, sampai ke DO nak makan duit haram!
Bil henfon anak bini pun nak mintak cover! Tak kira lagi 'entertainment' main golf kat Bali, etc etc..
Memang saya tak akan dan tak berani terjun bidang ini YB..
Maaf komen panjang..
Syida,
ReplyDeleteSedap di mata sakit di hati huhuhu.
You stuck dgn PDO tapi sekurang2nya cukup bulan ada gaji.
Masuk tender mcm ni belum tentu berjaya. Kalau berjaya belum tentu untung.
Daddy Ziyyad,
ReplyDeleteMemang sedih dan meloyakan dgn gelagat sebahagian kontraktor dan mereka yg diberi kuasa. Kadang tu bukan banyak mana pun kuasa yg ada tapi nak 'pau' org juga.
Saya tak layan org mcm ni. Biasanya mereka ini auta lebih. Mcmlah berkuasa sgt. Bos mereka takde minta apa pun. Kita buat seperti yg di kehendaki di dalam kontrak dan tak perlu bayar under counter.
Bagi mereka yg tak mahu atau takut terlibat dgn rasuah ada baiknya jgn masuk bidang ini. Bidang ni not for the faint hearted.
pernah hidup di dunia construction walaupun hanya seorang staff yang melukut di tepi gantang. memang benar.. selalunya yang banyak auta, yang bawah2an.. bos steady jek. sampaikan hamper pun taknak terima. kakngah jugakkkkkk yang untung :P kakngah amik jek.. sebab memang sah2 takde apa2 yg terselindung sebab sign kakngah tak laku.. kehkehkeh!!!
ReplyDeletekakngah,
ReplyDeletejgnlah merendah diri sangat. Semua org dalam pasukan adalah penting. Cuma tanggungjawab aje yg berbeza.
Bos biasanya tak nak semua benda2 mcm hamper atau pemberian lain yg boleh ditafsirkan sbg rasuah kalau dia org beriman atau yg berintegriti. Tapi ada juga yg mengambil kesempatan dari kedudukan mereka termasuk yg di pihak berkuasa.
Ada fulus baru lulus huhuhu