ni y buatkan aku makin malu nk memberi komen kat sini...
ye la.. aku pemalu n ingin kembali invisible....
tp aku tetap akan ikuti apa jua penulisan
lama x tgk pic2 masjid
Sent via BlackBerry from Maxis
ni y buatkan aku makin malu nk memberi komen kat sini...
ye la.. aku pemalu n ingin kembali invisible....
tp aku tetap akan ikuti apa jua penulisan
lama x tgk pic2 masjid
Tuesday, April 12, 2011 10:05:00 PM
Dulu aku suka letakkan gambar masjid2 yg aku singgahi terutama yg pertama kali aku lawati. Masa tu aku target dalam 50 buah masjid setahun atau purata sebuah masjid seminggu. Masa tu aku kerja dgn sykt kulit kerang. Aku sering bertugas di luar daerah dan dengan itu banyaklah masjid baru dapat aku jelajahi.
Sekarang bila aku dah kerja sendiri, aku kurang ke outstation. Kalau pergipun tempat yg sama. Tapi niat aku utk bersolat di masjid yg berlainan masih berkobar2. Aku harap di Padang Masyar nanti aku termasuk ke dalam golongan orang2 yg hati mereka terpaut pada masjid dan akan di tempatkan di bawah lindungan Arasy.
Aku tak letakkan sangat gambar2 masjid di dalam blog aku kerana takut ada yg berkata aku nak menunjuk2.
Kebetulan zonaku sudah bertanya, biarlah aku tunjukkan 2 buah masjid yg sempat aku singgahi baru2 ini.
Yang pertama Masjid Sultan Mizan di Presinct 2, Putrajaya (seperti gambar di bawah).
Ianya juga dikenali sebagai masjid Besi kerana dibina menggunakan keluli. Aku ke situ semasa berlangsungnya Pesta Belon Udara Panas baru2 ini.
Sebuah lagi masjid yg sempat aku bersolat baru2 ini ialah masjid Kg Tengah, Gemencheh NS.
Aku ke situ dalam perjalanan pulang dari tapak projek di Gemas.
Sepanjang tahun 2011 ini aku telah berpeluang bersolat di sembilan buah masjid di Selangor, Pahang, Terengganu, Kelantan, NS dan Putrajaya. Mungkin tak sebanyak dulu tapi yg penting niat kita. Semoga mendapat keredhaan Allah.
ponn ponnnn
ReplyDeletebestari datang lagi
ReplyDeletehihihiihi
dah pernah datang sekali
ReplyDeleteexplore dalamnye sekali
mmg besi..
huiyooo AiTotYati sampai 3 posting tu. lea masjid besi tu pernah 2 kali je pergi. sedap je kena tiup angin yb
ReplyDeletesy suker sangatttt perenggan ke2 tu...Aminnnnn!!!
ReplyDeletemasjid besi tu asyik lalu je, singgah tak penah. heheh~
ReplyDeletesalam kenal...
ReplyDeletedah pernah singgah masjid besi tu...magrib di sana...fuh memang syok dlm hati...
AiTotYati no 1,
ReplyDeleteTet tet. (bunyi motor Adam)
AiTotYati no 2,
ReplyDeleteAwal betul Bestari sampai. Saya belum sempat masukkan isi lagi kat n3 tadi hehehe
AiTotYati,
ReplyDeleteOrg Melaka nampaknya dah sampai dulu sebelum org KL huhuhu
Bila tengok besi di sana sini teringat pelantar minyak. Semuanya besi ngeeee
monalea,
ReplyDeleteYati giler koser kejap bila tengok takde org tadi. Maklumlah waktu Maghrib.
Memang cukup berangin masjid tu sebab tepi2nya terbuka. Tapi masa kami bawa Adam ke sana, seriau juga takut dia termasuk ke dalam kolam masa kami sedang solat
ikan emas,
ReplyDeleteAmin.
Inilah yg termampu saya lakukan utk mencari keredhaan Allah. Hendak berjihad di jalan Allah saya belum ada kekuatan.
gadisBunga,
ReplyDeleteKalau awak ke sana lagi singgahlah situ bila masuk waktu. Parking betul2 di bawah masjid tu.
Landskap dia oklah. Kalau awak yg design boleh lagi cantik kot hehehe
Sham,
ReplyDeleteSalam kenal. Terima kasih kerana sudi berkenalan dgn saya.
Siang masjid itu kelihatan gah. Malam ia kelihatan lebih cantik. Sayangnya para jemaah tak berapa ramai kerana tak banyak rumah di kawasan itu.
Solat kat masjid ketenangan die berbeza..
ReplyDeleteSitie BUm BUm,
ReplyDeleteBetul tu. Bukankah masjid tu rumah Allah.
Sesiapa yg bersolat di rumahNya pasti dilayan seperti tetamuNya.
salam YB
ReplyDeletebanyakmasjid atau surau,bermakna banyak saksi saksi anda di akhirat,termasuklah setiap tanah yang anda langkahi dan pijak untuk ke rumah Allah.
Moga berbahgialah anda,serta kami semua yang berbuat demikian.
AZANI,
ReplyDeleteWsalam.
InsyaAllah. Semoga tempat2 itu menjadi saksi di Akhirat kelak.
Alhamdulillah di Malaysia ada lebih dari 5000 buah masjid di seluruh negara. Surau lagilah banyak.
Salam YB...
ReplyDeleteAlhamdulillah....kerana dpt bersolat dan menziarahi banyak masjid ..... satu pelaburan yg menguntungkan....Insyaallah
semuga semua muslimin dan muslimat dpt melakukan bagitu.. Isyaallah...aaminnn...
Kakak suka paparan masjid. Terasa sejuk bila memandang walau tak pernah jejak di situ....
ReplyDeleteSaya pun dalam proses buat koleksi gambar-gambar masjid di dalam negara yang saya pernah jelajahi....
ReplyDeleteMari kita sama2 berdoa semoga hati kita dan zuriat keturunan kita sentiasa terpaut kpd rumah Allah
simpan niat nak ke masjid kristal.
ReplyDeletetak singgah ker kat masjid di belakang umah saya?
ReplyDeleteazmnor,
ReplyDeleteWsalam bro.
Niat saya bukan sekadar dapat bersolat tapi dapat berjumpa dgn saudara2 Islam di tempat2 yg saya singgahi.
Saya berkongsi kisah ini dgn harapan ada yg dapat menafaat darinya.
Kakzakie,
ReplyDeleteSamalah dgn saya. Ada rasa kedamaian melihat dan lebih2 lagi berada di rumah Allah ni.
Daddy Ziyyad,
ReplyDeleteMenarik tu. Saya tunggu gambar2 dan cerita di sebalik setiap masjid yg awak jelajahi.
Dulu saya ada buat satu fail mengenai butir2 lawatan saya termasuk tarikh. Dari situ saya tahu berapa banyak masjid sudah saya jelajahi. Tapi entah kat mana saya simpan fail tu sbb dah lama tak update huhuhu
Amin.
juliet,
ReplyDeletekalau awak nak ke KT, ajaklah saya sekali. Boleh jadi tourist guide awak sebab saya baru balik dari sana bulan lepas hehehe
Mak Su,
ReplyDeleteIni masjid belakang rumah kat sini atau kat kampung mak su? Rasanya dua2 pun saya dah singgah hehehe