Friday, April 29, 2011

Cina Buta

Baru2 ni masa aku dan anak isteri aku ke rumah adik kembar aku, kami tercerita tentang seseorang yg telah menceraikan isterinya dengan talak tiga. Dengar khabar, si bekas suami sedang mencari cina buta utk bernikah dgn isterinya dan lepas itu menceraikan jandanya itu supaya mereka boleh berkahwin semula.

Aku kesian dgn anak2 mereka. Kecil-kecil lagi ibubapa dah bercerai talak tiga. Nak rujuk dah tak boleh.

Kita tunggu kisah mereka seterusnya.

Bercakap pasal cina buta ini, beberapa bulan yg lepas, aku dan 2-3 org kawan ada bercerita pasal hal tersebut. Kawan2 aku ni bukan Melayu. Yang bestnya, salah seorg dari mereka yg berbangsa cina menyarankan jangan lagi digunakan istilah cina buta.

"Apa pasal melayu suka cari cina buta kalau sudah cerai talak tiga?" tanya kawan aku yg bangsa Cina tu. Tahu pula dia pasal hal ini ngeeeee

"Kenapa tak cari India buta ke? Kan kita sekarang sudah 1Malaysia!" sambungnya lagi berhujah.

Kami yg ada tu gelak termasuk kawan aku yg berbangsa India..


39 comments:

  1. kesian cina tu..tak pasal2 cina yg kena..yg bercerai talak 3..org melayu...!

    ReplyDelete
  2. sebenarnya dari mana datang istilah cina buta tu ye?he~~

    ReplyDelete
  3. camana kalau cina buta tu taknak lepaskan janda seseorang tu??

    hhmmmm..

    ReplyDelete
  4. hahaha melayu buta lah sepatutnya paling tepatkan, sbb dia buta dlm membuat keputusan yg sebegitu :-)

    sekadar menyampuk

    ReplyDelete
  5. hahaha melayu buta lah sepatutnya paling tepatkan, sbb dia buta dlm membuat keputusan yg sebegitu :-)

    sekadar menyampuk

    ReplyDelete
  6. haha. cina pun konfius, apa hal guna nama cina.

    ReplyDelete
  7. maybe sebab duit kot.

    orang yang jadi cina buta tu akan terima upah tertentu, kan?

    kan cina sinonim dengan wang ringgit.

    hehehehe

    ReplyDelete
  8. ramai aja Bangla buta yang sedia berkhidmat.

    ngeeeeeeeeeeeeeeeeee....

    ReplyDelete
  9. cina buta tuh kena masuk islam dah tuh kena sunat dulu ek?

    ReplyDelete
  10. haha
    Bangla buta jangan lupa

    ReplyDelete
  11. kak long,

    Org Melayu yg buat tapi tak nak mengaku. Letak nama cina hehehe

    ReplyDelete
  12. kak long lagi,

    Tak perlu kesian sangat sebab cina buta tu biasanya dibayar. Bukan saja wang utk mas kahwin dan barang2 lain disediakan, tapi dapat upah lagi.

    Ada tu, dah nikah tak nak diceraikan hahaha

    ReplyDelete
  13. bujal X,

    Saya pun tak tahu. Yg jadi cina buta tu tak semestinya org Cina pun ngeee

    ReplyDelete
  14. kakngah,

    itu kes berat.

    Mungkin sebab tu kena cari yg 'buta' supaya tak nampak kecantikan dan keseksian 'isteri' yg baru dinikahinya tu hehehe

    ReplyDelete
  15. Wanita Bertudung Hijau,

    Betul juga cakap awak tu. Melayu tu buta hati perut. Kalau marah pun cerai talak satu cukuplah. Ini terus lafaz talak tiga.

    Bila dah gila talak, nak cari cina buta pulak.

    ReplyDelete
  16. -GC-,

    Itu sebab kawan saya yg berbangsa Cina tu tak puas hati.

    ReplyDelete
  17. al-lavendari,

    Kalau yg betul2 buta tak bahaya kot tapi yg bahayanya lepas nikah dia celek!

    Habis janda kawan tu disapunya. hahaha

    ReplyDelete
  18. AiTotYati,

    Kalau duit apa bangsa pun nak w/p Cina lebih kuat bekerja utk wang.

    Mungkin kena tanya pakar bahasa atau ahli sejarah mcmana istilah ini boleh keluar.

    ReplyDelete
  19. Daddy Ziyyad,

    Bangla ini celek2 belaka. Dahlah dapat kahwin free, dapat upah, janda kawan tu pula nanti disapunya.

    Bahaya guna bangla ni hehehe

    ReplyDelete
  20. Marina Monroe,

    Itu kalau ambil cina bukan islam jadi cina buta. Tapi kalau ambil org Melayu jadi cina buta, semua dah sedia. Ready to roll kata omputih hehehe

    ReplyDelete
  21. Rozami,

    Ada ke bangla buta? Pakai org asing ni susah sikit nak berurusan dgn pejabat kadi ngeeee

    ReplyDelete
  22. haah kan...mana datang istilah cina buta ni yek

    ReplyDelete
  23. ha ah kan,

    sepatotnya melayu yang buta. buta pertimbangan mase jatuhkan talak 3 tuh..

    ReplyDelete
  24. ayah anak murid saya akhirnya melepas.. dia ceraikan isterinya talak tiga

    lepas tu dia tolong carikan seorang lelaki yg sanggup jadi 'cina buta' kahwin dgn bekas isterinya, lepas kahwin keduanya tak nak bercerai

    mereka kekal suami isteri hingga sekarang

    ReplyDelete
  25. Assalam yb
    tajuk menarik untuk buat entri..ni..

    ReplyDelete
  26. Salam YB...,

    kena tanya pakar istilah bahasa tu mengapa digunakan bagitu...kalau tukar nanti lain pulak maksudnya...

    p/s: org melayu islam yg ramai buta islam sekarang ni....

    ReplyDelete
  27. juliet,

    tak tahulah pulak saya sebab saya tak pernah cari hehehe.

    Awak ada nak gunakan perkhidmatan mereka ke? hahaha

    ReplyDelete
  28. Ms.Lilies,

    Entahlah. Dah wujud masa saya lahir lagi hehehe

    ReplyDelete
  29. MasZuber,

    Dah geram masa tu, sebut ajelah talak berapa. Pernah terjadi seorg suami melafazkan talak 1000. Bila pergi ke pejabat kadi, kena khutbahlah si mamat ni. Mana ada talak lebih dari 3.

    Itu mmg kes Melayu buta . . . . buta hukum agama.

    ReplyDelete
  30. ibuintan,

    Kesian juga dengar kisah ini.
    Itulah Rasulullah s.a.w dah melarang amalan cina buta tapi masih nak dibuat juga bila dah gila talak.

    Cari punya cari 'cina buta' dapat yg tak pegang janji hehehe

    ReplyDelete
  31. AZANI,

    Wsalam bro.

    Ok saya tunggu n3 cina buta awak pulak. Kalau saya tak perasan, tolong beritahu bila dah keluar n3 tu.

    ReplyDelete
  32. azmnor,

    Wsalam bro.

    Kalau ada pakar bahasa yg sudi memberi penjelasan saya sangat alu2kan. (Tapi ada ke pakar bahasa yg baca blog saya ni?) huhuhu

    Org Melayu Islam ada yg ambil mudah keislaman mereka kerana mereka lahir dlm keluarga Islam.

    ReplyDelete
  33. http://azani-kisahaku.blogspot.com/2011/04/kenapa-cina-buta-kisahnya.html

    ReplyDelete
  34. AZANI,

    Hebat kisahnya.

    Skrg cucu cicit Cheng Ho dah tak ramai. Kalau ambil cina buta, kena berusaha cari yg Islam.

    ReplyDelete
  35. si melayu tu yang buta sebenarnya.
    malu nak sebut, terus ditukarnya ke cina.

    hehehe..

    ReplyDelete
  36. a.z.r.i.n.a,

    Masa talakkan isteri sampai talak tiga tak malu pulak tu. Bila nak rujuk tapi dah tak boleh, pandai pulak nak cover line cari cina buta hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails