Pagi ini aku ada lawatan tapak. Janji dgn semua org jumpa di tapak pukul 9:00 pagi.
Semasa aku sampai cuma seorg rakan aku yg ada di situ. Pasal yg lain belum dtg kamipun pergi minum dulu. Aku sempat belasah nasi kerabu.
Lepas makan kami pergi tapak dan meninjau kemajuan projek. Aku telefon mereka yg belum sampai. Jawapan yg aku terima sungguh menyakitkan hati, "I'm on my way"
Ada seorg rakan memberitahu dia sudah di Jalan Tun Razak. Kalau kira tak jauh sgt dari tapak projek. Tapi sampai skrg dia belum muncul. Aku lupa pula nak tanya Jalan Tun Razak yg mana sbb di Malaysia ini ada bnyk Jalan Tun Razak!
Sent via BlackBerry from Maxis
Biasala tu YB... kalu kat sini, diorang kata on the way, lagi limabelas minit sampai...
ReplyDeleteTunggu punya tunggu, kadang tu dah setengah jam pun tak jugak sampai-sampai lagi... Sakit hati betul...
typical msian time.. to be precise: waktu melayu...
ReplyDeletep/s: agaknya jalan tun razak yg kat kuantan ni kot! tu yg x sampai2 lg tuh!!
samseng juga awak ni ye .. nasi kerabu pun nak dibelasah !
ReplyDeletemelayu mudah lupa. kehkehkeh
ReplyDeleteJLN TUN RAZAK KUANTAN...hahahah!!!
ReplyDeletememnag hangin orang cam gini kan?
itu berurusan dengan orang Malaysia
ReplyDeletedengar cerita kalau berurusan dengan Pak Arab , lagi sakitttttt jiiiiwaaaaaaaaaa
on the way dia tu, baru kua umah sebenar nye. silap2 haribulan, baru nk carik kunci kereta.
ReplyDeletehihihiii ..
YB..
ReplyDeletesetiap kali kawan2 saya yg berjanji dan bila ditanya beri jawapan On The Way, saya akan tanya balik:
“On the way dari katil ke bilik air ker?”
atau
“On the way nak sarung seluar?”
hehehehehe geram.
Sekali Lagi, Para Doktor: Tolongggg....
Perangai keji org Malaysia:
ReplyDelete-"I'm on the way"
~padahal tengah pakai baju kat dalam rumah.
Hahaha..:P
on the way tengah pakai 'under wear'!!
ReplyDeletei rasa macam kenal je podium ni yang under construction ni.....
ReplyDeleteadakah nun diatas bukit sana?
dah lama i tak pegi sana.
biasalah tu.on the way. kekadang lea pun selallu ckp on the way.dekat highway
ReplyDeleteSalam YB..
ReplyDeletebiasanya on the way tu baru nak carik kunci kereta....
selalu gak terkena gitu....
geram memang geram tp hanya bersabar jer laa yg dapat dilakukan...
mmmmmmm....
otw pi toilet.... baru nak mandi siap... baru nak kuar..
ReplyDeletesakit jiwa!
perg memang sakit hati ler jawabnya rasa macam nak bagi buku 5 kalau saya yang kena. husband saya semalam balik kerja membebel dengan saya dia kata ada meeting dengan tv9 dah lah meeting tu kul 6 ptg pastu sampai-sampai je boleh ke diaorang cancel kata tak cukup korum boleh? kalau dah tau tak cukup korum call lah supaya husband saya tak kesana yang geram nya kata husband saya dah 2 kali tv9 buat macam tu memang tak profesional langsung. Husband caakap dia suka berurusan dgn kerajaan negeri perak sbb sangat2 profesional so besok nampaknya ke ipoh lagilah menemani dia.
ReplyDeletehehehe..
ReplyDelete"i.. o t w..kat tol.."
ingatkan kat tol seremban rupanya masih di tol sungai besi...hampeh !!
syah,
ReplyDeleteYang eloknya kita tanya mereka ada kat mana kalau cakap OTW tu. Kalau ada GPS lagi senang nak trek mereka. Masa tu barulah tak boleh nak kelentong
Elyn,
ReplyDeletePagi tadi yg lambat bukan saja org Melayu tapi rakan saya yg berbangsa Cina dan India. Barulah semangat 1Malaysia betul tu!
Dan kebetulan ada yg datang dari Kuantan pagi tadi. Mungkinlah Jalan Tun Razak tu yg kat Kuantan hehehe
on the way guna handphone ni kurang yakin sikit... minta dia sent location baru tau dia sebenar kat mana hehe
ReplyDeleteal-lavendari,
ReplyDeleteKalau nasi kerabu yg ori saya akan menikmatinya dgn sebaik mungkin. Ini nasi kerabu ciplak. Itu yg saya belasah hehehe
-GC-,
ReplyDeleteYang ingat pun buat2 lupa hehehe
kak long,
ReplyDeleteSelain Kuantan di Melaka dan JB juga ada Jalan Tun Razak. Mungkin juga di bandar lain pun ada tapi di 2 buah bandar itu saya tahu sebab saya pernah membina stesen minyak di sana hehehe
Memandangkan saya ada BB saya bolehlah buat kerja lain sementara tunggu mereka. Taklah membazir masa sangat hehehe
pB,
ReplyDeleteDengan bangsa apa pun kalau tak tepati masa mmg kita bengang. Paling tidak beritahulah dgn tepat yg mereka akan lewat. Boleh kita buat perkara lain sementara mereka belum datang.
sepet,
ReplyDeleteMungkin betul apa yg awak cakap tu.
Ini dari pengalaman sendiri atau kena buat dek kawan2? hehehe
azieazah,
ReplyDeleteBrutal soalan tu! Tapi bagus jugalah terutama yg sering lewat.
Bila awak tanya mcm tu apa mereka jawab?
Daddy Ziyyad,
ReplyDeleteMemang sinonim dgn org Malaysia. Ada yg boleh balas sms kata OTW. Saya syak dah ada shortcut utk tu bagi membalas soalan "awak ada di mana?"
DrSinga,
ReplyDeleteSilap2 underwear pun belum pakai.
Pagi tadi pula hujan. Mesti ada yg terlajak tidur huhuhu
Syida,
ReplyDeleteMmg betul tekaan awak tu. Sengaja saya tak ambil gambar penuh biar org tak tahu.
Saya ada buat kerja2 sub con kat situ. Baru nak belajar jadi kontraktor. Tak mcm bos lama saya.
monalea,
ReplyDeleteAlasan yg asalan bila dah lambat hahaha
azmnor,
ReplyDeleteWsalam.
Kalau baru nak cari kunci kereta kata dah OTW tu melampaulah. Paling tidak dah keluar dari pagar rumah takpe jugak hehehe.
Bila kita ingat kawan yg OTW tu akan sampai tak berapa lama tapi tak sampai2 mmg kita geram sebab agenda lain terganggu.
Itu ayat standard rasanya.
ReplyDeleteKat sini, manjang aje on the way padahal kat ofis lagi...
kita dah tanya kat mana, dia kata kat situ, kalau kira-kira, memang betullah lima belas minit... tapi yang sadisnya, dah setengah jam tak sampai-sampai lagi... camana tu YB?? GPS? takde maknanya incik bos nak kasik GPS sorang sebutir...
ReplyDeletePnConfused,
ReplyDeletePengalaman yg memedihkan.
Siapalah yg kurang asam tu? hehehe
sharifah rosidah,
ReplyDeleteMcmana trip ke Ipoh tadi? Seronokkan kalau berurusan dgn org yg professional. Kalau mereka lambat atas sesuatu sebab mereka akan beritahu kita supaya kita dpt buat kerja lain sementara nak tunggu jadual baru.
Mmg ada org yg rasa mentang2 dia client, dia treat org lain mcm hampeh.
Sebenarnya tak rugi kalau layan org dgn baik dan professional w/p dia client.
ikan emas,
ReplyDeletemmg kurang asam.
Saya ada seorg kawan dulu. Kami dari Melaka nak balik KL. Ada saudara dia dah sampai ke rumahnya dan call dia. Boleh dia kata dah nak sampai kejap lagi sedangkan kami baru di restoran jejantas Ayer Keroh ngeee
zino,
ReplyDeleteItu yg betul. Nak lagi berkesan tanam chip kat telinga org yg suka kelenton gunakan otw ni.
a.z.r.i.n.a,
ReplyDeleteAwak cakap tentang kawan2 atau diri sendiri? hehehe
syah,
ReplyDeleteDia cakap kat situ tapi sebenarnya belum pun sampai situ. Itu yg lambat tiba. Nasib baik dia tak cakap tayar pancit.
Incik bos mmg kedekut hahaha