Sejak malam tadi aku mendapat ucapan selamat hari lahir tak henti2. Aku tipu. Berhentilah juga tapi memang banyak. Ada yg hantar sms, BBM, emel dan yg paling banyak di FB. Sampai waktu ni pun ada lagi.
Sebenarnya ada yg dah ucapkan in advance dua hari lepas (macam pd cheque pula). Mereka kata takut lupa bila sampai harinya. Memang lupalah tu kot sebab tiada ucapan dari mereka hari ni.
Malam tadi Atikah hantar sms siap gambar kek lagi pada pukul 11:59. Aku balas kata terima kasih tapi aku cakap kurang seminit. Dia balas kata saja hantar awal sikit sebab nak jadi yg first. Ingat org bagi komen kat blog ni aje yg berebut nak first. Ek alah si Tikah ni. Lepas tu dia call aku. Masa itu aku tengah berbaring sebelah emak Adam yg membuaikan Adam. Tepat pukul 12 tu emak Adam ucapkan selamat hari jadi kepada aku. Dia kata tiada hadiah yg dapat diberi utk harilahir aku kali ni lalu cium aku di pipi kiri dan kanan. Aku kata takpe. Anak2 kami tu lah hadiah dia yg paling berharga. Emak Adam lalu menitiskan airmata. Dikesat airmata tu lalu diletakkan di kelopak mata aku. Aku terharu. Kisah selebihnya tak payahlah aku citer kat sini hahaha
Sebenarnya ada yg dah ucapkan in advance dua hari lepas (macam pd cheque pula). Mereka kata takut lupa bila sampai harinya. Memang lupalah tu kot sebab tiada ucapan dari mereka hari ni.
Malam tadi Atikah hantar sms siap gambar kek lagi pada pukul 11:59. Aku balas kata terima kasih tapi aku cakap kurang seminit. Dia balas kata saja hantar awal sikit sebab nak jadi yg first. Ingat org bagi komen kat blog ni aje yg berebut nak first. Ek alah si Tikah ni. Lepas tu dia call aku. Masa itu aku tengah berbaring sebelah emak Adam yg membuaikan Adam. Tepat pukul 12 tu emak Adam ucapkan selamat hari jadi kepada aku. Dia kata tiada hadiah yg dapat diberi utk harilahir aku kali ni lalu cium aku di pipi kiri dan kanan. Aku kata takpe. Anak2 kami tu lah hadiah dia yg paling berharga. Emak Adam lalu menitiskan airmata. Dikesat airmata tu lalu diletakkan di kelopak mata aku. Aku terharu.
Citer lain.
Ini terjadi 2 hari lepas.
Emak Adam: "Abg nak makan goreng sukun?" tanyanya sebelum dia masuk ke bilik utk solat Asar.
Aku: "Huh, koh su kun? Tak naklah. Kalau idris jala boleh jugak" kata aku mengada2 mengharapkan dia sudi nak buat roti jala petang2 tu.
Lepas solat emak Adam ke dapur. Klung klang klung klang.
Emak Adam: "Bang turunlah minum dulu" Dia memanggil aku yg konon2 sibuk buat kerja tapi sebenarnya sibuk dgn blog hehehe
Aku: "Ok
Bukan setakat sukun goreng tapi ada wedges, spiral potato, sausage, ketam dan fries.
Tak payah makan malam hari tu.
hoih!!!!
ReplyDeletetakpe la, bagi can. walau dah wish fesbuk tadi tapi totap den nak wish kat sini jugak.
hepi hari lahir yb. mak adam taknak bagi hadiah baru ke? hihiks!
Selamat Hari Lahir YB...bertuah YB dapat isteri yang rajin macam akak...
ReplyDeleteamboi mengedik dengan mak adam ye,
ReplyDeletekemain lagi.
sukun goreng cicah sambal kicap..
ReplyDeletengences!
pB tak suka makan buah sukun
ReplyDeleteok, selamat hari tua. hahaha
ReplyDeletewahhh.. aksi romantik sepasang laki bini.. jelesssssnyaaa.. ekekeke..
nak ucap gak kek sini
ReplyDeleteSELAMAT HARI LAHIR ABANG YUNUS BADAWI...!
tak pernah panggil abang kan?heheheh!!!
Selamat Hari Jadi YB !!!
ReplyDeleteMoga dipanjangkan umur, dimurahkan rejeki..
~byk lawak2 sx kali ni dalam entri...I like!!...ngeeeeeeeeeee
SELAMAT HARI LAHIR ABANG YUNUS BADAWI...!
ReplyDeleteheheheeee...
Selamat Hari Lahir YB.Semoga dipanjangkan umur, diberi kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki selalu.
ReplyDeletesama bulan birthday kita
Selamat Hari Lahir abang yunus badawi, ehehehe, kopipes komen dr.singa, buleh? :D
ReplyDeletehappy birthday yb.
ReplyDeletealaaaa....rugi i tak singgah umah u semalam masa amik aqid.
lain kali kalau masak sedap2 bbm i yea...
ucapan dan doa abg macam tahun lupas juga .. tak ada tambah apa-apa ! hehe
ReplyDeleteabg tak boleh makan sukun .. angin ! tak payah banyak, 3 biji cukup. lepas tu sendawa tak henti2.
sukun tu buat cekodok pun sodap!
ReplyDeleteteringat kisah befday MDT tahun lepas..mengharapkan sidia org pertama utk wish, alih2, dia jdi org terakhir yg wish..grrrrrr
eh! lupa nak wish..selamat ulang tahun kelahiran YB, semoga terus cemerlang dalam apa jua yg dilakukan..
ReplyDeletegadisBunga,
ReplyDeleteNak wish banyak kali pun boleh. Saya terima dgn kasih (terima kasihlah tu).
Ada soalan saya yg awak belum jawab kat fb tadi tu. Silalah jawab.
Emak Adam dah cukup bagi hadiah rasanya hehehe
SELAMAT HARI LAHIR YB..
ReplyDeleteMoga terus sihat, berbahagia bersama keluarga serta makin dilimpahi rezeki yang berganda..
happy birthday YB,
ReplyDeletesemoga berbahagia selalu dgn keluarga terchenta!
Salam YB,
ReplyDeleteSelamat Hari Jadi, semoga Allah panjangkan usia, murah rejeki dan segala yang baik untuk YB Amin.
Kebetulan hari jadi Cik Din pun lebih kurang sama dengan YB ( 8hb Mac)
p/s....oppsss..sape pulak Cik Din ni??? (tentu YB tak tahukan sebab tak rajin melawat blog Auntie...ha!...ha!)
lahir dah selamat... jom istana bambu.
ReplyDelete.
.
.
abang belanja... hikksss
semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yg baik dan keimanan yg tak pernah luntur
:D
Salam YB,
ReplyDeleteSelamat Hari Lahir....kalau hari jadi kena tolak kebelakang lebihkurang 9 bulan...hehehe, gurau jer tu.
Didoakan semuga dianugerahkan kesihatan yg baik dan rezeki yang diberkati Allah serta dilindungi Allah dari mara bahaya dalam semua hal dan suasana... InsyaAllah....aaminnn.
cerita-cerita yang menjurus ke arah dalam kelambu tu dendiam je ah YB... kesian kat mereka-mereka yang blom kawen... hahahahah :P
ReplyDeleteTadi dah wish, tapi takpela, kasi lagi... Hepi besdei YB. :D
hari ni lambat bukak fb n blog....so laaani baru tauuu yang today is ur bithday....so..nak ucap gak mcm orang lain ucap..
ReplyDeleteSELAMAT HARI LAHIR YB
MOGA DIPANJANGKAN USIA
MURAH REZEKI
BAHAGIA SEPANJANG USIA..
JANGAN NAKAL-NAKAL EKK...hikhik
Happy birthday YB,
ReplyDeleteWah dah bertambahlah umor ya, hehe... berapa tahun tu ?
Dah lama tak makan sukon. Kat sini tak jumpa lak.
happy birthday...
ReplyDeletekalo hari2 minum ptg mcm tu, bahagiaaaa
Shaliza,
ReplyDeleteTerima kasih.
Dah jodoh saya dapat isteri yg pandai DAN rajin masak. Saya yg dulu slim skrg dah macam buah sukun huhuhu
sharifah rosidah,
ReplyDeleteBukan menggediklah. Cuma mempamerkan kasih sayang ekeke
kakngah,
ReplyDeletemmg perghhh.
Kakngah tau ngences ya? Org Jawa ke?
YB..selamat hari lahir..
ReplyDeletesemogaa diberkati..allah s.w.t.
mudah mudahan murah rezeki
ReplyDeletepB,
ReplyDeleteramai juga yg tak suka makan sukun ni. Kalau ramai yg suka harganya tentu lebih mahal hehehe
-GC-,
ReplyDeleteSetiap hari kita bertambah tua. Cuma sekali setahun umur kita ditambah.
Tak payah nak jeles. Abg awak kan ada hehehe
kak long,
ReplyDeleteKat mana pun nak ucapkan saya terima dgn hati terbuka.
Terima kasih.
Rasa lain mcm pula kak long panggil abang hehehe
Daddy Ziyyad,
ReplyDeleteTerima kasih. Amin.
eh kat mana yg banyak SX tu?
DrSinga,
ReplyDeleteTerima kasih Izzat.
monalea,
ReplyDeleteAmin. Terima kasih.
Bulan sama tapi tahun tak sama kan?
juliet,
ReplyDeleteKalau saya kata tak boleh pun awak dah buat huhuhu
takde open house ke sempena bday abg YB ni? hehehe
ReplyDeleteselamat harijadi kang YB ittewww..
ReplyDeleteYB, Buah TSKSK tak besar itu la.....
ReplyDeleteSyida,
ReplyDeleteTerima kasih di atas ucapan tu. Maaflah malam tadi saya sempat membalas komen setakat Juliet aje. Tak larat nak teruskan sampai kat komen awak.
Kalau ada masa dan sudi, singgah aje bila2 masa. Ada rezeki kita makan sama2.
al-lavendari,
ReplyDeleteTerima kasih kerana memberi ucapan dan doa w/p kitar semula (hehehe). Tahun depan kalau kita sama2 panjang umur boleh tak abg tambah sikit (banyak lagi bagus) doa abg utk saya?
3 biji sukun abg kata sikit? Patutlah angin hahaha
makdara TERdiva,
ReplyDeleteSukun kalau nak buat cekodok elok yg dah lembut. Dulu masa saya kecil arwah nenek ada juga buat cekodok sukun terutama yg jatuh. Pokok sukun depan rumah dia tinggi. Jadi yg sebelah atas tunggu ajelah sampai gugur ngeee
Sidia saja tunggu saat akhir tu. Kata omputih safe the best for last hehehe
makdara TERdiva lagi,
ReplyDeleteTerima kasih kerana mendoakan saya.
ibuintan,
ReplyDeleteTerima kasih di atas ucapan dan doa yg sungguh bermakna tu.
Elyn,
ReplyDeleteTerima kasih banyak2.
Auntie Yan,
ReplyDeletewsalam.
Terima kasih mendoakan yg baik2 utk saya.
Saya dan cik Din beza sehari aje rupanya.
Maaflah saya jarang ke blog auntie. Nak balas komen ni pun ambil masa dua hari huhuhu.
psst - saya dah linkkan dgn blog auntie. Harap saya dapat ke sana lebih kerap lagi lepas ni ngeeee
kts,
ReplyDeleteMalam tadi abg call tapi awak tak jawab. Ingat nak ajak pergi istana bambu. Rupanya awak sibuk nak licinkan muka dgn tomato ahaks.
Mlm ni tak dapat sebab nak pergi solat dan tahlil/baca yassin kat surau.
Minggu depan kita calling2.
Terima kasih di atas doa awak tu.
azmnor,
ReplyDeletewsalam.
Betul apa yg awak kata tu. Sepatutnya ulang tahun hari lahir dan bukan hari jadi. Tapi org main bedal aje kedua2nya. Janji sama2 faham hehehe
Terima kasih mendoakan yg baik2 utk saya. Amin.
syah,
ReplyDeleteKisah yg tak saya citerkan dgn lanjut tu biasa aje. Tapi kenapa ramai yg berimaginasi terlalu tinggi sehingga ingat itu kisah 18SX.
Bagi yg belum kahwin tu eloklah cepat2 kahwin.
Terima kasih sekali lagi kerana wish kali kedua.
Adinda Amy,
ReplyDeleteMesti awak sibuk semalam.
Lambat pun takpe asalkan tetap ingat nak ucapkan.
Terima kasih di atas doa. Siap capital letters lagi tu hehehe
Tie,
ReplyDeleteTerima kasih. Umur tu dalam 40an lagi.
Eh kat Ganu takde sukun ke? Bolehlah tanam pokok sukun kat sana.
isabelle,
ReplyDeleteterima kasih w/p malam ni saya baru dpt balas.
Kalau hari2 minum petang mcm tu bukan setakat bahagia tapi bertambahlah berat badan huhuhu
kak Erna,
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi memberi ucapan dan doa sempena hari lahir saya semalam.
Daun Bidara,
ReplyDeleteAmin. Semoga Allah murahkan rezeki kita dan diberi rezeki yg halal.
Masy,
ReplyDeletePM hari lahir tak buat open house. Siapalah saya ni nak buat mcm tu? huhuhu
en_me,
ReplyDeletekesowon.
Lama tak dengar khabar? Sihat ke?
Kong V,
ReplyDeleteyou dah pernah tengok ke? hahaha