Friday, March 25, 2011

Langgar Lari

Tengahari tadi foreman yg repair kereta aku beritahu kereta Camry yg anak aku selalu guna tu ada kesan kemek. Istilah sekarang ada cela di muka. Ini bukan di sebelah depan tapi di belakang. Aku dan emak Adampun bergegas melihat keadaan kereta tu.

Beginilah keadaan Camry aku yg dah cacat

Setahu aku kereta ini ok aje semalam. Tapi mungkin aku silap sebab yg selalu guna kereta ini anak aku si Hazwan tu. Walaupun begitu, dah lama juga dia tak memandu kereta ini sejak enjinnya ditukar baru. Dia pergi kerja (praktikal) naik motor atau naik LRT. Gara2 lama tak digunakan, bateri kereta ni pun dah kong.

Petang ini semasa dia balik kerja, aku pun tanya samada kecacatan itu disebabkan ankara dia. Dia menafikannya. Memang pun dia tak bawa kereta tu dah lama.

Aku syak ini mesti kes langgar lari. Maklumlah kereta aku yg ini diparkir di luar pagar mcm jiran2 aku yg ada lebih dari sebuah kereta.

Siapalah yg langgar kereta aku ni? Gentlemanlah sikit (kalau dia org lelaki). Kalau perempuan, tunjukkanlah budi pekerti mulia dgn memberitahu aku. Bukan aku nak belasah pesalah tu pun. Kuat2 aku minta ganti rugi utk betulkan bumper tu.

Ini yg buat aku fikir sekali lagi samada nak beli swift. Kalau kena langgar mcm ni tak ke sedih

Sent via BlackBerry from Maxis

34 comments:

  1. tu le sape suh brek mengejut

    lalalalala

    lariiiiiiiiiiiiiiii

    ReplyDelete
  2. AiTotYati,

    opocot.

    Jgnlah hon tiba2. Terkezut den

    ReplyDelete
  3. AiTotYati no 2,

    lesen terbang ke? hehehe

    ReplyDelete
  4. AiTotYati no 3,

    mana ada brek mengejut? Kereta tu tak jalan pun hahaha

    ReplyDelete
  5. Sikit jer tuh, masuk klinik balik ler..he he he

    ReplyDelete
  6. YB,
    tak berapa nak guna kah camry ittew??

    sian... tersidai kat luar hgg jadi mangsa.

    meh lego kat kakngah. murah2 dah la. :P

    tak pun buat hadiah hit number
    wakakakaka!!!

    ReplyDelete
  7. nama pun langgar lari..siapa nak mengaku...huhuhu!!!

    ReplyDelete
  8. Langgar dan lari..memang sudah nak di kesan ni..

    ReplyDelete
  9. tu perbuatan orang yang tak mahu memikul tanggungjawab..

    ReplyDelete
  10. salam YB
    ni yang masalah ni...keeta bergerak pun boleh disondol...yang berhenti tak gerak gerak pun kena juga....
    sah main hp masa memandu.

    ReplyDelete
  11. entah2 adam yg langgar dengan basikalnya... lepas tu dia terus lari masuk rumah

    ReplyDelete
  12. Kalau kena ekzoz tak apa...
    Ada lagi 3!


    ( coppp... Ekzoz Kemri tu ada empat kan?!)

    ReplyDelete
  13. itu bukan cela di muka .. tapi cela di montot ! hehe

    ReplyDelete
  14. Adeyhhh..kemek d bumper nampak..kemek d hati tu yg grrrrrrr tu kan.

    ReplyDelete
  15. kalau tak lari nanti kena marah dan bayar pulak.

    ReplyDelete
  16. uncle lavendari sungguh alert! kehkehkeh!!

    ala yb...gb selalu kene cemtu. tgk2 ade je calar balar kat badan pepel. geram tapi maleh dah nak fikir~

    ReplyDelete
  17. .IE igt nk suruh buat suruhanjaya diraja siasat kes LANGGAR Lari kat belog IE laa..

    amacam..
    ada sesape nak jadi ahli ??

    ReplyDelete
  18. Ala-ala baling batu, sembunyi tanganlah orang itu.
    Sian camry itu, mentang-mentang tak boleh cakap, orang yang membuat cela itu boleh lari begitu saja.

    ReplyDelete
  19. Marina Monroe,

    Ini body kit. Sebelum ni pun kena 'sikit' mcm tu tapi kena tukar semuanya. Beribu habis huhuhu

    ReplyDelete
  20. kakngah,

    Sebelum ni camry tu digunakan oleh Hazwan utk berulang alik ke UIAM. Skrg dia sedang praktikal dia guna motor aje sebab parking kat tempat dia kerja tu mahal. Itu yg tak digunakan sangat. Tapi lepas dia sambung sem akhir esok, gunalah semula.

    Nak suruh Atikah guna dia kata besar sgt utk budak perempuan. Dia nak Swift jugaklah tu hehehe

    Kesimpulannya: camry ni belum boleh nak let go sebab Hazwan akan guna semula lepas dia habis praktikal.

    ReplyDelete
  21. Ms.Lilies,

    Sayapun suka camry tapi tak mampu nak sambar yg terbaru. Nasib baik kompeni bagi CRV hehehe

    ReplyDelete
  22. kak long,

    tapi hati tak tenteram kalau langgar lari ni. Mesti diburu rasa bersalah.

    ReplyDelete
  23. relevan,

    Kena pasang CCTV gamaknya lain kali.

    ReplyDelete
  24. kakpah,

    Betul tu. Tapi bukan berat sangat pun tanggungjawab tu. Dari menanggung rasa bersalah buat satu masa yg panjang.

    ReplyDelete
  25. AZANI,

    Wsalam.

    Mungkin jugalah main hp masa memandu tu. Banyak kereta yg parking sepanjang jalan di taman kami ni. Terlanggar pulak camry ni huwaaaaa

    ReplyDelete
  26. ntah² kena langar kucing yg main kejar-kejar nak mengawan kut.hehe

    ReplyDelete
  27. ibuintan,

    Adam main basikal roda tiga dia dalam rumah aje. Jadi Adam bukan suspeknya hehehe

    ReplyDelete
  28. DrSinga,

    Kalau kena ekzos bagus juga. Biar berbekas siapa yg langgar tu.

    Ekzos camry tu nampak mcm ada 4 tapi auta aje tu. Yang ori cuma satu.

    ReplyDelete
  29. al-lavendari,

    abg ni cari peluang aje nak 'hentam' saya. Takpe saya tak kisah.

    ReplyDelete
  30. kes berat ni..apa kata tubuhkan suruhanjaya diraja utk siasat?

    ReplyDelete
  31. banyak kereta yb ye, rumah kita parking banyak tapi kita miskin kereta yang ada kereta iswara buruk kita untuk kepasar dan honda crv husband tu je yang mampu, anak sulung dia tak duduk dgn kita dia duduk dikl so tak parking kereta kat sini, kalau yb takut dilanggar lari lagi parking je kat rumah kita hehehehe.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails