Saturday, March 26, 2011

Jom Selamatkan Bumi

Kejap lagi Earth Hour akan bermula di mana kita diminta (digalakkan) menutup lampu dan peralatan elektrik utk tempoh sejam.

Aku dah matikan lampu di bilik aku. Kejap lagi aku nak matikan lampu tempat aku buat kerja ni. Bukan buat kerja tapi tempat komputer aku inilah. Biasanya kat sini juga tempat aku buat kerja.

Korang pun tolonglah matikan lampu. Tapi jgn lampu mati tapi komputer dok buka dan sibuk berblogging dan fb hehehe.

Tengahari tadi aku ke Giant membeli pelembut pakaian dan daun kesum. Kerana harganya murah aku beli 2 bekas refill yg 1.8 kg.

Masa aku bayar, cashier tu tanya samada aku nak beg plastik. Hari ni kan Sabtu iaitu hari tanpa beg plastik. Tapi sesiapa nak beg plastik akan dikenakan 20 sen.

Aku kata takpelah. "Selamatkan dunia," kataku penuh semangat.
Cashier tu mcm frust pula sebab tak laku beg plastik dia

Setelah membayar aku pun menjinjing barang2 yg aku beli itu. Sementara aku nak beredar dari situ lelaki yg di belakang aku pula ditawarkan beg plastik.

Dia pun cakap tak payah. "Selamatkan dunia," katanya. Tiru cakap aku pula

Kepada dua org lelaki macho ini (yg seorang tu akulah), tahniah diucapkan.

Dah dah kejap lagi dah 8:30 malam.

Jom tutup komputer dan tutup lampu.

13 comments:

  1. takmo tutup komputer n tv.
    enJekjek takde nanti seram.

    :D

    ReplyDelete
  2. peniaga tetap peniaga.

    kebanyakan peniaga yg Ai bli barang melihat hari sabtu sebagai hari untung naik berganda.

    camne tuh?

    ReplyDelete
  3. wakakakak..lawak lah YB...ayatnak "selamatkan dunia" tu..rasa macam superhero tak? ekekeke

    ReplyDelete
  4. setahu aku earth hour ni padamkan lampu jer. ia sebagai simbolik menandakan yang kita masih sayangkan bumi.

    ReplyDelete
  5. tutup lampu bilik jer ker?
    hehehe!!!






    tak dapat nak mengikuti earth hour,sbb..OTW balik dari kampung,makan durian,tak kan nak tutup lampu kereta..naya jer....huhuhu!!

    ReplyDelete
  6. YB..tapi..satu je yang tak tutup tadi..sebab AQ akhir..rugi pulak tak dengar bacaannya..

    ReplyDelete
  7. salam YB
    earth hour kami tika black out...dan kami ke petrol kiosk yang ada mac dee atau B king...yang terdekat, kalau tkpun R&R

    ReplyDelete
  8. tutup lampu di rumah dan pergi makan-makan di luar. ok ke tu?

    ReplyDelete
  9. Lebih baik buat kempen 'Hari Beg Plastik Berharga 20 Sen'

    ReplyDelete
  10. YB... saya pun sama... kalau shopping beli barang... ckp kat budak tu.. boleh aje sumbat semua dlm beg plastik... kecuali yang bahan tak boleh dimakan tu asingkan...

    ReplyDelete
  11. YB, kat penang, hari2 adalah hari tanpa beg plastik.. tapi ramai jugak yg suka beli beg plastik dengan harga 20sen sekeping.. kesian bumi...

    ReplyDelete
  12. yb saya terpaksa pasang satu lampu di bilik saya je maklumlah duduk dikelilingi dik kelapa sawit ni dan lat dua lot je rumah saya dari perkuburan orang2 islam teluk panglima garang, cik abang kita pulak tak ada jadi kita tinggal berdua dgn anak bongsu kita takuuut.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails