Jemaah mula meninggalkan kawasan surau
Aku tak sempat balik ke rumah utk ke masjid bersolat Jumaat tadi. Aku pergi menjemput Atikah di Shah Alam. Adam pula nak ikut. Kerana hujan, jalan agak sesak. Kalau aku teruskan balik utk hantar anak2 aku dulu mesti tak sempat nak sembahyang Jumaat. Kuat2pun setakat dpt berjemaah tanpa mendengar khutbah. Atikah beritahu aku masa dia ke Masjid Negeri pada hari Jumaat tak lama dulu dia lihat ramai org selamba berjual beli dan makan ketika khatib berkhutbah. Itu org. Aku tak nak mcm tu.
Untuk mengelakkan terlewat aku singgah di Kota Damansara. Ada sebuah surau Jumaat di Seksyen 6 dekat rumah adik aku. Surau itu kecil dan jemaah yg lewat kena solat di atas jalan. Dalam hujan renyai2 dan mungkin lebat tadi, tercabar juga nak dengar khutbah dan solat dlm hujan.
Tapi bila aku fikirkan semula, ini hujan air saja. Para sahabat dihujani panah dan tombak di dalam menegakkan agama Islam. Ah lemahnya iman aku.
Ya Allah, aku tak mampu nak berjihad di jalanMu spt para sahabat. Berilah aku kekuatan menolong agamaMu dgn cara yg aku mampu.
Sent via BlackBerry from Maxis
1st!!!~~~
ReplyDeletesalam YB
ReplyDeletewalau sebesar biji sawi perbuatan di Jalan Allh, pasti mendapat pulangan belipar ganda dari Allah.
errr bdk2 ladang aku pun xsolat jumaat hari ni..
ReplyDeletesbb hujan dr kul 8.30am td, smpi la sekarang..
dorg semua naik motor..
kita mintak macam2 dengan tuhan..(yang tak mintak pun tuhan beri, banyak)
ReplyDeletetapi tuhan suruh datang awal sikit ke masjid pun 1001 alasan kita beri..
lepas tu kita kata tuhan zalim..
kita yg zalim.
YB pernah dengar tak alasan lawak ni:
ReplyDelete'tak boleh nak solat jemaat sebab tak bawak kain pelikat'
:P
heran tgk org lelaki muka selamba tak malu jln2, gelak2, mkn2, lepak2 kat klcc time solat jumaat... padahal masjid dekat sgt2.
ReplyDeletehmmm....datang bulan kot
*bersangka baik* ;p
belikan saja swift atau honda jazz utk atikah, takdelah yb nak terkejar2 nanti :D
ReplyDeleteada pegawai kwsp dtg opis saya masa waktu org semayang tadi. pelik sungguh, tapi saya tak tanya la..
ReplyDeletejauhnya kita berbanding pengrobanan para sahabat..
ReplyDeleteYB kita ni tak mungkin akan sama dengan nabi kita, banyak sangat kekurangan kita ni, banyak leka, banyak berdalih, banyak bersungut dan macam2 banyak lah. oleh itu kita buat lah ibadah sebanyak mana yang kita mampu insyaallah Allah akan tetap memberkati nya.
ReplyDeleteSyabas YB.
ReplyDeleteyakinlah yang Allah Maha mengetahui...
Keep well
moment,
ReplyDeleteko jarang2 komen tapi bila ada peluang nak yg first aje.
Tahniah di atas kejayaan ini.
Maaflah aku lambat balas semua komen hari Jumaat dan Sabtu. Hari ni baru sempat sikit. Itupun sementara tunggu emak adam bersiap nak balik kampung hehehe
AZANI,
ReplyDeleteBetul tu. Itu janji Allah. Kita kenalah ikhlas bila beribadat kpdNya.
moment,
ReplyDeleteKira daruratlah tu.
Mereka takde baju hujan ke? Mungkin pihak sykt boleh timbangkan utk bekalkan baju hujan. Dapat pahala wei
Daddy Ziyyad,
ReplyDeleteItulah kelemahan kita. Kalau hal dunia awal pun kita datang. Contohnya nak naik kapalterbang. 2 jam sebelum berlepas kita dah terpacak kat airport. Kalau solat Jumaat kalau dapat nak tiba di masjid ngam2 sebelum azan.
Daddy Ziyyad,
ReplyDeleteMungkin org tersebut mengalami masalah kencing tak lawas. Jadi seluar dalamnya mungkin telah tercemar. Tapi kalau dah tahu mcm tu dan pada hari Jumaat pula tu, bawalah kain. Kalau tidak pun di kebanyakan masjid mmg disedaikan kain. Pinjamlah kain tu w/p mungkin ada yg dah berbulan2 tak dibasuh!
Elyn,
ReplyDeleteSaya bila ingatkan mereka ni geram pun ada kesian pun ada. Geram sebab mencemarkan nama Islam. Kesian kerana mungkin mereka ni tak terdidik dgn ajaran agama dari kecil lagi. Semoga mereka mendapat petunjuk.
juliet,
ReplyDeleteSatu cadangan yg sungguh bernas. Cuma duitnya belum mencukupi huhuhu
gadisBunga,
ReplyDeletePegawai yg terlebih dedikasi terhadap kerja sehingga lupa hari ni hari Jumaat hehehe
Insan Marhaen,
ReplyDeleteMemang tak dapat kita nak bandingkan. Semoga kita diberi kekuatan menegakkan agama Allah di akhir zaman ni. Kalau tak menyumbang kpd agama Allah sekurang2nya kita dapat melaksanakan perintah2Nya dan meninggalkan larangan2Nya.
syarifah rosidah,
ReplyDeleteSudah tentulah kita tak mungkin menyamai Rasulullah s.a.w. W/p baginda adalah contoh yg kita mesti ikuti utk kejayaan dunia dan akhirat.
Kalau kita tak dapat nak ikut semuanya, lakukan sedapat yg mungkin. Semoga Allah membalas usaha murni kita.
hazeleyed lady,
ReplyDeleteTerima kasih.
Sesungguhnya Allah maha mengetahui. Lakukanlah amal dgn ikhlas. Selebihnya kita serahkan kpd Dia.
Alhamdulillah..tetap berkesempatan solat Jumaat.. :)
ReplyDelete