Sunday, March 27, 2011

Hari Bahagia Gen 2

Pengantin menabur gula2 utk direbut oleh kanak2. Adat org2 sini dan kg emak Adam


Hari ini aku dan keluarga ke majlis perkahwinan anak kpd sepupu emak Adam di Felda Soeharto. Kiranya pengantin lelaki dua pupu Adam. Dia anak bongsu dari 6 beradik. Bapanya sudah beberapa tahun meninggal.

Mereka ini generasi kedua felda. Hidup mereka skrg jauh lebih baik dari kehidupan ibubapa mereka semasa mula2 meneroka tanah dulu. Tak sempat arwah bapanya hendak melihat anak bongsunya berumahtangga. Menantu kali ini org Taman Medan, Jalan Klang Lama (dekat klinik DrSinga).

Menurut DJ lebih dari 1000 org tetamu hadir pada majlis hari ini utk meraikan kedua mempelai.

Nota kaki: kalau Felda nak buka tanah rancangan yg baru, aku nak jadi peneroka. Dapat tanah 10 ekar. Bila satu hari nanti ada yg nak majukan tanah itu, jadi jutawan anak2 aku hehehe
Sent via BlackBerry from Maxis

27 comments:

  1. ada kawan dr kg. soeharto & kngh tny dia camne blh dpt nama kg. soeharto. rupa2nya bung soeharto pernah datang sana dulu...

    kalau tipu kwn kngh tu.. tipu la kngh kt YB
    :P

    ReplyDelete
  2. YB...

    kawen dulu tabur gula2 jugak ke?

    ReplyDelete
  3. festaim dengar nama felda tu YB..
    Yg buka kampung tu suku-sakat soeharto dari seberang ke?


    hehehe...

    ReplyDelete
  4. err.. kalau tabur duit kan ke best !
    hehehe...

    ReplyDelete
  5. tak pernah pulak dengar kisah tabur gula gula ni.... seronok la kanak2.. hehe..

    ReplyDelete
  6. suker sgt baca nota kaki tu...

    tp byk kes anak-ANAK peneroka yg menghabiskan rete mak bapak dia

    ReplyDelete
  7. reen,
    kalau tabur duit nanti orang cakap riak pulak....



    kat tempat kaklong pun pengantin tabur gula2...

    ReplyDelete
  8. Jadi jutawan nanti jangan lupa kita ye... tabur2kan duit pulak lah...

    ReplyDelete
  9. salam YB
    Felda Soeharto di Hulu Bernam , jalan potong bak ke sabak dan Teluk Intan...
    lama sudah tak ikut jalan tu.

    ReplyDelete
  10. Soeharto pernah lawat felda ni ke YB?

    Kalau kat N9, ada Felda LBJ..sempena presiden Amerika Lyndon B. Johnson tu..

    Bilalah nak ada Felda Rosmah Mansor yer...ngeeeeeeeeeeeee

    ReplyDelete
  11. Salam YB
    Salam Daddy

    http://en.wikipedia.org/wiki/FELDA_Soeharto

    kata ada, tahun 77

    ReplyDelete
  12. kakngah,

    Dia tak tipu. Betul cakap dia sebab Pak Soeharto pernah melawat ke Felda itu sekitar tahun 70an.

    ReplyDelete
  13. ibuintan,

    eh tabur. Gula2 tu mereka masukkan dlm kotak kasut yg dibalut dgn beberapa lapis kertas hadiah.

    ReplyDelete
  14. a.z.r.i.n.a,

    dah lama dah felda tu. Tak jauh sgt pun dari BTP.

    Yang buka dulu org tempatan. Masa tu belum ramai suku sakat org seberang kerja di sini.

    ReplyDelete
  15. a.z.r.i.n.a. lagi,

    Kalau tabur duit mahu roboh rumah tu kena serbu. Bukan setakat budak2, org dewasapun mahu berebut mcm kes duit syiling atas highway tempoh hari hahaha

    ReplyDelete
  16. zino,

    Lain tempat lain adatnya. Di sebelah kampung emak Adam biasa mereka buat ni.

    Kadang2 org dewasa pun ikut mengutip gula2 tu. Nak bagi anak katanya ngeeee

    ReplyDelete
  17. ikan emas,

    Ramai peneroka yg dah jadi jutawan bila tanah mereka diambil utk projek tertentu. Itu yg saya tertarik nak jadi peneroka hehehe

    Anak yg menghabiskan harta ibubapa ini bukan saya anak peneroka. Anak org lain pun ramai yg mcm tu huhuhu

    ReplyDelete
  18. kak long,

    betul juga tu. Tapi kalau cukur rambut ada juga org yg tabur duit syiling.

    Tempat kak long pun tabur gula2 ek? Dulu kak long mcm tu lah ya.

    ReplyDelete
  19. aNIe,

    Kena buat baik dgn Tan Sri Isa ni kalau nak jadi peneroka hahaha.

    InsyaAllah saya tak lupa kawan2. Tabur duit tu taklah tapi setakat belanja minum tu apa salahnya.

    ReplyDelete
  20. AZANI,

    Wsalam.

    Betul tu. Boleh lalu ikut felda Soeharto ni kalau nak ke utara. Keluar ikut Behrang.

    Masa saya baru kahwin dulu saya nak ke Cameron Highlands dari Tg Karang. Cuba ikut situ tapi ada jambatan runtuh. Kena pusing semula ikut Pasir Panjang huhuhu

    ReplyDelete
  21. Daddy Ziyyad,

    Ha'ah Soeharto pernah lawat felda ini mcm LBJ lawat felda Labu tu. Selain tu PM NZ pernah lawat sebuah rancangan felda di Maran yg dinamakan Felda New Zealand hehehe

    Rosmah tak berapa minat lawat felda kot. Dia sibuk dgn permata.

    ReplyDelete
  22. AZANI,

    Wsalam.

    Terima kasih berkongsi pengetahuan.

    ReplyDelete
  23. saya pun suka gula2 :D

    pssttt...saya tak langgar kemri tu :D

    ReplyDelete
  24. juliet,

    org dewasa mcm awak tak elok makan gula2 banyak sangat. Nanti rongak gigi hehehe

    Mestilah bukan awak yg langgar sebab awak kan suka dgn camry tu. Nanti kalau dah siap repair bolehlah bawa awak naik camry tu ngeee

    ReplyDelete
  25. dekat saaangat tu dengan klinik saya tu!!
    (jangan2 saya kenal !! )

    ;)

    ReplyDelete
  26. DrSinga,

    Entah2 dia org sekeluarga pelanggan tetap awak hehehe

    ReplyDelete
  27. saya pun nak ikut yb jadi peneroka, ramai kawan2 sekolah saya masa di jb dulu anak2 orang felda, amboi sekarang mereka dah senang rumah pun banglo besar2 jeles kita tengok. tu pun masih ada orang kata felda bangkrap tak faham betul.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails