Monday, March 28, 2011

Baru Buat Projek Kecil Sibuk Mengalahkan Buat Empangan Bakun

Seminggu dua ni aku sibuk. Itu yg lambat buat n3 dan juga lambat balas komen.

Projek aku ni kecil aje. Jangankan nak bandingkan dgn empangan Bakun, empangan Kahang yg PM kata nak buat tu pun jauh lebih besar dari projek aku ni. Tapi sibuknya mengalahkan dapat projek besar.

Di bawah ni aku nak tayang sikit gambar yg aku ambil semasa aku ke tapak projek pada hari Sabtu baru ni. Aku ada 20 org pekerja kontrak yg membantu aku melaksanakan projek aku ni. Sykt kecil mcm aku ni itu saja yg aku mampu setakat ni. Mungkin satu hari nanti sykt kami mampu mengupah 2000 org pekerja.

Kerja2 mengikat bata sedang dijalankan

Sebahagian pekerja sub kontrak aku sedang membuat kerja2 melepa dinding

Pekerja wanita pun ada (yg baju pink tu) berganding bahu dalam melaksanakan projek aku ni

Pekerja yg ini sedang memasang formwork utk lintol.

Bagi yg tak minat melihat gambar2 di tapak projek, jom tengok gambar sawah padi



Gambar ini aku ambil di kampung emak Adam petang semalam. Padi dah nak masak tak lama lagi. Kami menyempatkan diri utk balik kampung selepas ke rumah pengantin di Felda Soeharto semalam.

37 comments:

  1. pernahikut abem g buat temporary wyring rmh kongsi. mmg ada pekerja buruh pompuan. punya gigih mencari rezeki..

    ReplyDelete
  2. kat tapak projek saya kat chini pun ada pekerja pompuan. keje tgh2 panas tak hirau kulit burn atau tak. tapi saya panas sikit dah bising. huhuhu~

    ReplyDelete
  3. YB... akak suka tgk sawah padi tu... pandangan yang jarang dapat dilihat sekarang

    ReplyDelete
  4. apa gambar pun sy suka tgk, sbb sy tgh mengantuk ni

    ReplyDelete
  5. kakngah,

    oh buat wiring utk rumah kongsi. Biasanya yg duduk kat situ pekerja Indon. Biasanya suami isteri akan bekerja. Kalau tak bekerja, isteri akan menyediakan makanan utk suami dan rakan sekerja suami. Masyuk juga tu.

    Pekerja saya kebanyakannya org tempatan. Susah saya nak dapat permit utk pekerja asing kerana projek saya tak lama.

    ReplyDelete
  6. gadisBunga,

    Mereka ini boleh buat hampir semua kerja yg pekerja lelaki buat. Memang tahan lasak. Setakat berjemur tengah panas tu tak jadi hal.

    Awak mestilah bising sbb nak jaga penampilan. Kalau dah kena sunburn nanti jatuh saham tau hehehe

    ReplyDelete
  7. aNIe,

    Betul tu. Tak ramai org kita yg pernah melihat sawah padi w/p hari2 makan nasi.

    Anak2 saya dah biasa sebab datuk mereka ada sawah w/p tak luas mana.

    ReplyDelete
  8. Mak Su,

    Harap2 dah hilang rasa mengantuk maksu lepas tengok gambar2 ni.

    Ini mesti tak cukup tidur sebab banyak kerja ngeee

    ReplyDelete
  9. sonata,

    Projek kecil berapa sangatlah boleh masyuk? Dapat bayar gaji pekerja dah kira alhamdulillah. Niat beri makan kpd mereka dah keluarga mereka.

    Kalau saya nak bersedekah kpd 20 org tu mmg tak sanggup.

    ReplyDelete
  10. projek buat apa tu YB?


    mula-mula projek kecil lama-lama nanti projek besar pulak tu..


    dapat juga YB membantu 200 orang..syukur

    ReplyDelete
  11. semua pekerja dari seberang yer yb?

    ReplyDelete
  12. Projek buat kilang ke YB? Piping untuk air-cond pun ada tu.

    ReplyDelete
  13. ibuintan,

    Ini sebahagian dari projek yg lebih besar. Saya cuma terlibat dgn kerja2 sivil dan struktur. Dlm 200 - 300K aje.

    Amin. Begitulah diharapkan.

    Setakat ni cuma dapat menggaji 20 org. Lepas ni mungkin meningkat kpd 200.

    ReplyDelete
  14. Biasa orang guna bata putih atau merah. Saya nampak orang guna warna kelabu gelap kelmarin untuk buat medan selera.


    baru ke tu YB?

    ReplyDelete
  15. kak long,

    Semua pekerja org Malaysia. Projek kecil susah nak dapat permit utk ambil pekerja asing. Gaji kena bayar lebih sikit tapi tak takut kena serbu imigresen atau polis hehehe

    ReplyDelete
  16. a.z.r.i.n.a,

    Ini bukan buat kilang tapi mmg ada banyak piping. Yg nampak tu bukan piping aircond tapi itu utk wiring.

    Air cond belum mula lagi.

    ReplyDelete
  17. a.z.r.i.n.a,

    bata merah dibuat dari tanah liat dan lebih berkualiti jika dibandingkan dgn bata putih yg dibuat dari campuran pasir dan simen.

    Utk dinding biasanya guna yg merah. Yg putih tu utk longkang.

    Yg kelabu saya tak pernah guna lagi.

    Apapun kami kena hantar sampel utk kelulusan klien sebelum dibenarkan menggunakan apa2 bahan binaan.

    ReplyDelete
  18. Rindunya nak tengok sawah padi... Kat kampung belakang rumah dulu ada sawah, tapi sekarang dah tukar tanam sawit.. Risda dah amek alih...

    Kat sini saya dah biasa tengok pekerja wanita indon bekerja tengah panas buat rumah orang..

    Mudah2an makin murah rezeki YB ya...

    Ada kerja kosong lagi tak..? =)

    ReplyDelete
  19. salam YB
    semoga sibuk mu ,embawa kelapangan kemusian hari

    ReplyDelete
  20. cantiknya sawah padi.teringin nak bergambar katy sawah.tak berkesempatan lagi

    ReplyDelete
  21. dah nak panen...ari tu lalu kg sgor nampak la sawah padi kat sg besar dgn sekinchan..tg karang tak nampak, secured kat dalam....tp kat perak tak nampak lg, tak sama musim kot..

    ReplyDelete
  22. ~ Cik Azz ~,

    Kalau nak tengok sawah bolehlah datang kampung emak Adam. Dalam berita hari ni kerajaan nak mulakan menanam padi di kawasan2 sawah terbiar spt di NS dan Melaka utk memastikan bekalan beras negara bertambah.

    Risda pun ada tanam sawit ke? Ingatkan getah aje.

    Wanita Indon mmg ramai yg kerja sebagai pekerja binaan ni. Kadang2 kesian tengok mereka ni.

    ReplyDelete
  23. AZANI,

    Wsalam.

    Amin. Begitulah diharapkan. Takkan nak kerja sampai usia lanjut (kalau panjang umur).

    Skrg ni nak jadikan sykt saya kukuh dulu.

    ReplyDelete
  24. monalea,

    Kalau nak bergambar di sawah padi, apa kata hujung minggu nanti bawalah keluarga ke Tg Karang atau Sekinchan. Bukanlah jauh sangat dari rumah lea tu. Dalam sejam lebih dah sampai.

    Sambil tu bolehlah melawat tempat2 menarik di sana.

    ReplyDelete
  25. MENTIBANG LAUT,

    Pagi tak ditanam serentak. Hatta di kampung emak adam pun ada yg dah nak kuning mcm dlm gambar tu dan ada yg baru nak naik pokok padinya.

    Kat Sekinchan dan Sabak Bernam biasanya lebih lambat dari di Sawah Sempadan.

    Kalau nak tengok kawasan tanaman padi di Tg Karang kenalah belok ke arah Seri Tiram dari jalan Kuala Selangor - Sabak Bernam tu. Baru boleh nampak sawah.

    ReplyDelete
  26. ni buat infra utk kitchen kat projek M tu ke yb?

    ReplyDelete
  27. cantik sawah padi!!!

    saya rasa saya pernah ~ ' belok ke arah Seri Tiram dari jalan Kuala Selangor - Sabak Bernam tu. Baru boleh nampak sawah.' hari tu...

    tak sempat cerita lagi..

    ReplyDelete
  28. lau company dah beso adakah YB sudi amik wa as pekerja???
    (sambil buat muka kesian? hehehehehehe

    ReplyDelete
  29. Syida,

    Syyyyy. Jgn bising2. Nanti ramai yg tahu ngeeee

    ReplyDelete
  30. DrSinga,

    Jadi awak pernahlah lalu kawasan kampung emak Adam. Tempatnya belakang kilang padi Bernas tu.

    Nanti citer ya kisah awak ke sana.

    ReplyDelete
  31. KSWSK,

    InsyaAllah nanti kalau ada jawatan yg sesuai bolehlah Wawa dipertimbangkan. Cuma takut tak larat nak bayar gaji Wawa aje hehehe

    ReplyDelete
  32. yb syukur lah tu, mula2 kecik2 dulu pastu kang yang besar2 pulak, alhamdulillah bertambah lagi satu jutawan mudah-mudahan.

    ReplyDelete
  33. Ingatkan yang berkilat tu piping utk aircond.








    *teringat tempat keja dulu ..

    ReplyDelete
  34. sharifah rosidah,

    Alhamdulillah semoga menjadi permulaan yg baik.

    Jutawan Melayu dah ramai. Nak jadi yg beriman, dermawan dan budiman hehehe

    ReplyDelete
  35. a.z.r.i.n.a,

    Yg kilat2 tu mmg ducting utk air cond yg dipasang oleh aircond subcon utk main contractor. Itu bukan dlm skop kerja saya.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails