Tuesday, February 22, 2011

Tahniah Atikah

Semalam keputusan peperiksaan Certified Accounting Technician (CAT) diumumkan ke seluruh dunia mulai pukul 1:00 tghari waktu Malaysia. CAT ini adalah permulaan perjalanan utk mendapatkan ACCA. Orang2 dalam bidang akauntansi tahulah perkara ni.

Anak aku Atikah pun ada mengambil satu kertas peperiksaan. Yang lain dah lulus dalam semester pertama dan kedua.

Kebanyakan yg mengambil CAT dan ACCA adalah pelajar dari negara2 Komanwel dan peperiksaan adalah dari London. Keputusan diumumkan melalui website ACCA dan semalam laman tersebut telah jam. Ramai yg bersungut dan ada juga yg memaki hamun kerana tak dapat nak mengetahui keputusan masing2.

Atikah terpaksa mencuba sehingga pukul 5:30 ptg baru mengetahui keputusan dia. Alhamdulillah dia lulus. Tahniah Atikah!

Dalam peperiksaan ini cuma ada dua keputusan: lulus atau gagal. Dan untuk lulus perlu mendapat sekurang2nya 50 markah. Kalau kurang satu markah pun dikira gagal. Takde nak bodek2 pensyarah sebab yg marking kertas tu di London. Mereka tak kenal pun siapa yg ambil peperiksaan itu.

Untuk menghargai pencapaian Atikah aku tulis komen di fb dia kata aku nak bagi dia RM10. Memang tak cukup nak beli Swift

Boleh dia balas tanya, "Takde huruf 'K' ke di belakang RM10 tu?"

Aku pun balas balik kata, "Boleh nak letak perkataan ribu tu tapi huruf RM tu dihilangkan dan diganti dgn perkataan sen di hujungnya."

Pagi ini semasa kami sama2 bersarapan aku baru tersedar 10,000 sen tu bersamaan dgn RM100.00

Dari aku nak bagi sepuluh ringgit dah jadi seratus huhuhu.

Takpelah masih murah jika dibandingkan dgn bayaran muka utk sebuah Swift hehehe

47 comments:

  1. eh org 1st bg ucapan la..yuhuuuu..!!!

    ReplyDelete
  2. tahniah atikah..

    heheheh..bestnye..pg2 rejeki da masyuuukkk...dpt 100 tu..hehhe

    ReplyDelete
  3. tahniah atikah..
    bangga ayah & mak adam.

    ReplyDelete
  4. kak long,

    Terima kasih bagi pihak Atikah. Saya dah bagi tahu dia dan suruh dia tengok blog ni hehehe

    ReplyDelete
  5. kak long lagi,

    Tahniah kak long! Cubalah dapatkan first dua kali lagi berturut2 lepas ni.

    Org lain sibuk nak keluar makan agaknya.

    ReplyDelete
  6. cikceriacorner,

    Thanks bagi pihak Atikah.

    Dah rezeki dia. Bila Adam tengok kakak dia dapat duit dia pun minta dari saya juga.


    Saya bagi dia seratus juga - tapi seratus sen aje hehehe

    ReplyDelete
  7. kakngah,

    TQVM.

    Ini baru permulaan. Atikah kata CAT ni lebih kurang mcm Diploma lah. Tak lama lagi ada majlis konvo utk dia dan rakan2nya yg dah berjaya menamatkan CAT ni.

    ReplyDelete
  8. Tahniah Atikah!

    Dapat Rm100 tu pun okay gak. Simpan dalam ASB, tunggu 10 tahun , agak-agak bertambah banyak mana, ek?

    ReplyDelete
  9. terima kasih semua :)
    doa kn kejayaan tkah kat ACCA pulak

    ReplyDelete
  10. Tahniah Atikah

    ~ YB silap buat lawak pasal duit dgn bakal akauntan ..kan dah kena! ngeeeeeeeee

    ReplyDelete
  11. Kak Tie,

    Memang abg dia dah suruh adik2nya buka akaun ASB. Skrg Majlis Fatwa dah kata ASB itu harus.

    Kalau masuk RM100 skrg mungkin jadi seribu kot 10 tahun lagi.

    ReplyDelete
  12. Daddy Ziyyad,

    Itulah kan huhuhu.

    Lain kali saya kena guna kalkulator utk mengelakkan kejadian serupa ngeeee

    ReplyDelete
  13. tahniah buat atikah.


    ikhlas dari ibu yg ada anak nama
    Nur atika

    ReplyDelete
  14. Eja,

    Nur atika awak bercita2 nak jadi akauntan ke?

    Soalan dari bapa yg ada anak nama Nuratikah Hanna hehehe

    ReplyDelete
  15. takpe atikah.ayah loaded tu.

    teringat ngan kawan suami.anak dia nak ambik pmr dan anaknya ni dikategorikan dalam sederhana je lah. sebelum pmr janji kat anak . satu subjek dapat A, dapat RM100. Lepas results keluar anaknya boleh dapat 8A.Jadinya RM800.Dia sendiri terkejut. Dia cakap kat suami. Mcm mana dia boleh dapat 8A?Memang tak pernah nak belajar kat rumah.Suami gelak je.Janji lagi ngan budak2x.

    ReplyDelete
  16. Monalea,

    Amin. Semoga makbul doa lea tu dah jadilah saya seorg yg loaded ngeeee

    Menarik kisah tu. Dari seorg yg sederhana tiba2 mendapat 8A, kalau saya keluarkan seribu pun berbaloi. Tapi takkan emak budak tu aje yg bagi hadiah duit tu? Bapaknya tak kongsi sama ke? Setakat gelak aje sungguh tak sesuai hehehe

    ReplyDelete
  17. tahniah2. eh, blom beli lagi ek swift tu utk atikah?

    ReplyDelete
  18. tahniah Atikah, syukur dapat RM100..

    swift.. tunggu dapat ijazah ke YB?

    ReplyDelete
  19. -GC-,

    Belum beli lagilah. Setiap kali keluar citer nak beli Swift tu ramai yg tak menyokong huhuhu

    Tapi yg sebenarnya dana belum mengcukupi ngeeee

    ReplyDelete
  20. AZANI,

    Terima kasih dari Atikah. Dia dah ucapkan kat atas tu.

    Terima kasih dari saya juga. Kejayaan anak2 memberi semangat utk ibubapa terus bekerja keras ngeee

    Wsalam.

    ReplyDelete
  21. ibuintan,

    Malam ni dia nak pergi Jusco bawa adam.

    Kalau dah dapat ijazah elok tunggu Atikah dapat kerja. Lepas tu dia boleh beli sendiri hehehe

    ReplyDelete
  22. tahniah Atikah!

    apelah sangat nilai RM100 tu kalau nak dibandingkan dengan kejayaan anak tersayang... iye tak? :D

    ReplyDelete
  23. tahniah atikah sebab lulus..dan tahniah jugak..sebab ayahnya pemurah..alhamdulillah

    ReplyDelete
  24. Bapa borek anak rintik kannnssss:D

    Tak dapat swift dapat altis pun ok gak, tak pun honda jazz :D

    bulehla ayah,kan yah kan,kata atikah sambil senyum2.

    ReplyDelete
  25. Tahniah Atikah..

    Bijak dia kenakan ayah dia... hehe...

    Dia macam dah dapat tangkap je apa ayah dia akan tulis.. Dapat rm100... hehe..

    Malas pulak nak congak balik... haha..

    ReplyDelete
  26. beatles volkswagon pun lawa gak atikah.

    hihihi

    tahniah. mintak jangan tak mintak

    ReplyDelete
  27. tahniah Atikah..

    suka la Adam nak pegi jln2 tu...

    ReplyDelete
  28. Congrats Atikah!!!
    Pintar2 sungguh product YB n Mak Adam nih..

    ReplyDelete
  29. h4ni3,

    Budak2 ni tak boleh dibagi duit atau hadiah terlampau mewah sbb hilang nilainya nanti.

    Utk PMR pun saya bagi RM10 utk setiap A (minima 5A). Kalau dapat 8A baru saya genapkan RM100. Ini satu paper CAT dapat 100 sudah kira lumayan tu ngeeee

    ReplyDelete
  30. kak Erna,

    Terima kasih. Ayahnya tak boleh terlampau pemurah. Ramai lagi adik2 dia yg pandai2 juga hehehe

    ReplyDelete
  31. juliet,

    eh macam ayam ke kami ni? hehehe

    Pandailah awak nak hasut Atikah tu. Nanti saya dakwa di bawah akta hasutan baru tahu.

    Apa kata awak datang sini lakonkan apa yg awak tulis tu. Mesti best siap keluar hingus sekali hehehe

    ReplyDelete
  32. ~Cik Azz~,

    Ini susahnya kalau nak berlawan kira duit dgn bakal akauntan.

    Nasib baik sebelum ni saya tak bagi insentif seratus setiap paper yg lulus. Ada 8 paper sebelum ni huhuhu

    ReplyDelete
  33. kts,

    Ini sorang lagi nak kena dakwa di bawah akta hasutan. Org yg kerja pun tak ramai larat pakai Beatle tu huhuhu

    Atikah masih terus berusaha meminta kereta. Semester ni kurang sikit tekanan kpd ayahnya sebab dia masih dapat duduk dalam kampus.

    ReplyDelete
  34. tahniah. atikah bijak macam GB! eh?

    heheh~

    RM100 tu banyak. kalau convert ke rupiah dah jadi kaya raya tu!

    ReplyDelete
  35. kak ct,

    Sepatutnya semalam tapi habis masa atikah online nak dapatkan keputusannya. Jadi malam ni rancang nak pergi bawa Adam ke JJ.

    ReplyDelete
  36. sally,

    Alhamdulillah bolehlah anak2 saya tu. Tapi ramai lagi yg lebih pandai dari mereka.

    ReplyDelete
  37. gadisBunga,

    Bolehlah Atikah ikut jejak GB. Tapi dia belajar di UiTM. Abg dia yg belajar kat UIAM ngeee

    Itulah dah terlepas tulis. Kopak saya RM100 huhuhu

    ReplyDelete
  38. tahniah atiqah.... anak sape tu hehe

    ReplyDelete
  39. nanti kalau dah keja beli la sendiri,kan?

    ReplyDelete
  40. salamkan salam tahniah kat Atikah daripada saya

    ReplyDelete
  41. Adinda Amy Sensei,

    terima kasih bagi pihak Atikah.

    Isnin depan ni dia akan mendaftar utk kelas ACCA.

    ReplyDelete
  42. zino,

    Anak emak Adam oppss emak Atikah hehehe

    ReplyDelete
  43. Hamizah,

    Dia memerlukan kereta utk berulang alik dari rumah ke UiTM. Skrg ni sayalah yg jadi supir nya huhuhu

    ReplyDelete
  44. DrSinga,

    Saya dah salamkan salam tahniah awak tu kat Atikah.

    Dia gelak dan kata lawak hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails