Sesiapa yg ada saman kesalahan trafik eloklah bayar cepat2 sebelum hujung bulan ini. Skrg ni dapat potongan 50%. Kalau bulan depan, bukan saja tiada potongan tapi kena mata demerit KEJARA pula lagi.
Aku tertarik baca n3 Daddy Ziyyad pagi ini tentang mcmana dia dilepaskan oleh polis trafik setelah memberi alasan yg sebahagiannya kelentong. Kalau nak baca bolehlah klik kat sini.
Untung org jadi doktor ni ya! Banyak alasan yg boleh meyakinkan polis.
Org awam mcm aku ni tak bolehlah nak guna alasan2 tu. Pernah juga aku kena tahan polis kerana speeding tapi aku tak berani nak kelentong. Kalau polis tu nak saman aku tandatangan ajelah surat cinta tu. Kalau dia lepaskan, terima kasih.
Tapi ada seorg kawan aku yg mengajar aku satu alasan baik punya bila kena tahan speeding semasa membawa keluarga kita bersama. Ini caranya:
Aku tertarik baca n3 Daddy Ziyyad pagi ini tentang mcmana dia dilepaskan oleh polis trafik setelah memberi alasan yg sebahagiannya kelentong. Kalau nak baca bolehlah klik kat sini.
Untung org jadi doktor ni ya! Banyak alasan yg boleh meyakinkan polis.
Org awam mcm aku ni tak bolehlah nak guna alasan2 tu. Pernah juga aku kena tahan polis kerana speeding tapi aku tak berani nak kelentong. Kalau polis tu nak saman aku tandatangan ajelah surat cinta tu. Kalau dia lepaskan, terima kasih.
Tapi ada seorg kawan aku yg mengajar aku satu alasan baik punya bila kena tahan speeding semasa membawa keluarga kita bersama. Ini caranya:
Bila polis tahan, suruh salah seorg anak berlari keluar dari kereta dan cari tandas. Kalau dekat dgn stesen minyak atau tempat yg ada tandas awam, pergilah ke situ. Kalau takde, kat semak pun jadi. Apabila polis tanya kenapa bawa laju, cakap anak dah tak tahan nak buang air!
alhamdulillah...
ReplyDeleteselama ada lesen memandu ni,belom pernah kena sama,mintak2 tak ada lansung lepas ni...:))
yb ada saman gak ker?
ReplyDeletekak long,
ReplyDeleteTahniah kerana kak long pemandu yg berhemah. Teruskan sifat terpuji ini dan insyaAllah tak kena saman.
skrg dh jarang memandu dah.. harap2 xkene saman la lagi..
ReplyDeletekak long lagi,
ReplyDeleteAlhamdulillah sejak saya bawa CRV tu tak pernah lagi kena saman. Tapi masa camry dulu ada juga terutama masa saya ke Gerik. Kat Perak ni banyak speed trap gamaknya huhuhu
kakngah,
ReplyDeleteKalau tak buat kesalahan jalanraya, polis takkan saman.
Tapi kadang tu kecewa juga polis buat speedtrap pada waktu malam atau hari cuti kat kawasan sekolah yg had laju mmg rendah. Bagi can lah sikit kalau lebih setakat 10 - 15 km sejam di kawasan 60 km/j.
Aku penah kena saman sebab tak pakai tali keledar. Aku cakap aku ngandung tak leh pakai. Dia tengok arah perut aku dan terus tulis surat saman.. kehkeh....
ReplyDeletedah bayar hanya satu saja yang kena dulu..ingat macam banyak je ...
ReplyDeleteantara petua ialah kenal pasti tempat atau laluan yg ada cctv atau tempat pak polisi suka main sorok-sorok..kalau kat hgway pastikan kalau melalui bawah jejantas tu slow n sopan je....hehehe
petua paling baik ialah ;
tak payahlah memandu !!!
guna pengangkutan awam
atau
jalan kaki je lah !!
kakpah,
ReplyDeletePeristiwa tu masa kakpah muda2 dulu atau skrg ni? Takkan dah jadi nenek nak mengandung lagi? Kalau nak bagi alasan tu biarlah yg sesuai hahaha
tapi kalau time jalan agak clear ada lorong kanan tu org bawak slow tu polis x samn ke?
ReplyDeletejenis org degil kita da cucuk2 dia buat dono je.. keh2
nak motong kiri, mmg dah ada lori etc..
ikan emas,
ReplyDeleteUntunglah satu aje saman.
Terima kasih berkongsi petua. Kalau KL- Sban tu selalu ada bawah jambatan kat Bukit Mahkota tu.
Saya susah nak guna pengangkutan awam sebab saya pergi ke banyak tempat. Nak jalan kaki langsung tak siap kerja atau lambat utk meeting.
Kalau saya guna drebar ok tak? Saman dialah yg bayar hehehe
alien,
ReplyDeleteItupun satu kesalahan juga sebab menghalang kenderaan lain. Dalam bahasa omputih dipanggil road hogging. Melayu dipanggil apa ek?
Mmg geram juga kalau ada org yg memandu perlahan di lorong kanan. Kita dah cucuk pun dia buat tak tahu. Siap tarik lampu pun dia buat dono huhuhu
kalo saman DBKL tu kalo kite xbayau ok ke YB..
ReplyDeleteada saman ngan DBKL..hehehh
cikceriacorner,
ReplyDeletesaman parkinglah ni ya? Saman kenalah bayar. Mereka boleh hantar surat lawyer nanti kalau tak bayar.
Kalau awak kenal pegawai DBKL, boleh minta tolong dia cancel kan saman tu hehehe
YB..no hal...lain kali kalau rasa nak link kan mana2 entri saya, sila kan...kita sama2 rakan bloggers kan..: )
ReplyDelete-saya rasa macam bersalah pulak tau..yelah dah dekat 10 kali saya menipu Polis..hehehe...harapnya lepas ni saya tak perlu menipu Polis lagi :P
Daddy Ziyyad,
ReplyDeleteTerima kasih. Kalau awak nak link kat n3 saya pun silakanlah. Tapi takde apa yg menarik kat sini huhuhu.
Tak baik tahu tipu org ni termasuk polis. Tapi awak dah insaf kan? hehehe
psst - tapi kalau dah kaki speeding tu mana boleh bawa slow2. Betul tak?
sy pun terdengar dlm news yg ckp suh bayo saman cepat2...YB nak tau bape byk saman sy..ada dlm n3 sy..huhuhuhu...abes duit melayang
ReplyDeletekswsk,
ReplyDeleteItu dia sampai 5 saman berjumlah RM430. Memang tak jadi shoppinglah awak utk 2-3 bulan.
Saya tumpang simpati.
Dah byr..adeyhhhh..menggerakkan ekonomi negara..dgn jumlah yg dibyr after discount tu patutnye bole tambah koleksi handbag Braun Buffel huhu..
ReplyDeletesally,
ReplyDeleteBukan saja menggerakkan ekonomi negara tapi boleh buat bayar sebahagian drp gaji dan bonus Jaja utk tahun ni hehehe
Disebabkan dana dah ke kerajaan, ganti dgn Braun Buffel Rantau Panjang tak boleh ke? ngeeee
kita takde anak. nak pakai alasan apa?
ReplyDelete:D
kete sedap mana boleh buleh bawak 150je kannnnssss,tak teruja :D
ReplyDeletekts,
ReplyDeleteApa kata awak aje yg lari ke semak tu? hahaha
juliet,
ReplyDeletecakap dari pengalaman ke ni?
Itulah. Kadang 150 pun macam tak laju aje ngeeee
oh saya sensitif bila dengar perkataan saman~haih~
ReplyDelete*salam kenal YB~~lama da nampak YB sana sini baru hari ni sampai seru nak berkenalan~
saya belum bayar, cemana ni????
ReplyDeleteoh, jawapannya dah tentu la 'ha, pegi lah bayar!'
ReplyDeletewuwuwuwu~
Ai ada 2saman tapi bukan Ai yg buat, enJekjek yg buat. plus yg dia buat sendiri, total up jadi 4saman.
ReplyDeletemujur ada less boleh byr dapatle rm600. kalau takde diskaun mau rm1200.
lps byr tu enJekjek insaf takmo drive laju dah.
tapi kalau dia laju pun akan ada sistem penggera amaran memandu laju di sebelah. hehehehe
senyum baca en3 nih
ReplyDeletebayak alasan ha...
hati hati..jgn ajar anak menifu.. ;p
singgah lagi;
ReplyDeleteooo..mcm ada instinct pulak,
mmg td igt nk tulis fsl drver...
tp segan nk bgtau ...
"IE kalau guna pilot mmg dh bgtau gitu..dia org tau yg IE suka laju tp bab saman tak suka!
Ada satu saman belum bayar lagi...rod tax pula sudah hampir tarikh luput ..
ReplyDeletebujal X,
ReplyDeleteBukan awak seorg aje yg sensitif dengar perkataan saman ni tapi ramai lagi. Yang trauma pun ada hehehe
Salam kenal dan terima kasih kerana sudi menghulurkan salam perkenalan.
gadisBunga,
ReplyDeleteHah pergilah bayar. Apa tunggu lagi. Takdenya kerajaan nak tambah diskaun tu. Banyak nak guna duit utk pilihanraya ni ngeeee
gadisBunga lagi,
ReplyDeleteTahu pun jawapannya. Kalau tak nak pergi ke balai polis boleh bayar online kat myeg.
AiTotYati,
ReplyDeleteBanyak tu RM600. Itupun mujur dah diskaun separuh. Masa saya baharui cukai jalan tahun lepas takde diskaun. Kopak RM900 huwaaaa.
enJekjek bawa kereta Yati pun laju juga ke?
Wah baguslah ada sistem penggera amaran laju kat sebelah dia. Tapi kalau dia memandu sendiri penggera tu tak berbunyilah ek? ngeeee
Eja,
ReplyDeleteMemang kreatif org nak cuba lepaskan diri dari kena saman ni. Ini baru contoh dari seorg doktor. Kalau tanya polis trafik tentu lagi banyak contoh.
Tapi tak baik menipu. Kalau salah, mengaku ajelah. Minta maaf dan untung2 polis tu lepaskan.
ikan emas,
ReplyDeleteTerima kasih kerana singgah lagi. Nak ajak minum petang tentu awak dah sedia utk makan malam hehehe
Bukan IE ke yg tak halang drebar pecut 100 lebih kat jalan baru Bukit Putus yg had lajunya cuma 60 km/j tu semasa nak ke istana tempoh hari? hehehe
relevan,
ReplyDeleteElok dibayar bulan ni utk dapatkan diskaun dan clearkan dari senarai hitam.
Area nk ke sbk byk speed trep..siap ada polis dok tepi jalan.. nyorok belakang keta buruk.. n pakai baju biasa.. huhuhu
ReplyDeleteTak boleh. Tak mau yg x ori. Rela x de drpd dpt yg Rantau Panjang..lg pun Braun Buffel jarang sangat ada yg tipu,lainkah LV .. bersepah tiruan..nghee~
ReplyDeletebagu punya alasan tu.. tapi bak kata pepatah sepandai2 tupai melompat... hehe
ReplyDeleteaku selalu gak kena saman...tapi semua dah dibayar....yang bawak kereta aku tu lah yang bayar...yang gi bawak laju2 tu nape??? sila bertanggungjawab
ReplyDeleteLieya,
ReplyDeleteBetul tu. Kadang mereka duduk dalam warung tepi jalan. Dah dekat baru nampak kamera mereka huhuhu.
Biras saya berjiran dgn polis trafik. Kalau jumpa dia boleh bincang hehehe
sally,
ReplyDeleteIni pelanggan setia lagi tegar Braun Buffel. Saman RM600 tu kejap aje boleh cover balik kalau bisnes kencang.
Kalau nak LV cilok tak payah ke Rantau Panjang. Kat Petaling Street pun bersepah ngeeee
zino,
ReplyDeleteAda alasan yg masuk akal dan ada yg kelakar. Polis kalau mood tengah baik dia lepaskanlah. Kalau tidak, menangis airmata darahpun dia tetap saman.
sonata,
ReplyDeletePak Sheikh lah tu yg bawa laju2 ek? Nasib baik dia mengaku dan nak bayar saman tu.
Kereta saya pernah kena saman yg saya sendiri tak ingat samada saya yg membawa kereta itu. Tanya anak dia pula tak mengaku. Bila check semula, mmg dia yg bawa. Tapi ayahnya juga yg kena bayar sbb dia takde duit huhuhu
kalau tak bawak anak dalam kereta??!!
ReplyDeletekalau awak sorang je dalam kereta??
dan kalau tak ada tandas awam kat situ ?
.
.
boleh pakai jugak kan alasan tu..
lariii je ke semak tu !!
:)
org kata mencegah lebih baik dari mengubati kan.
ReplyDeletealasan aku senang jer,patuhi undang² so takdelah nak kena pikir alasan apa kan.hehe..
DrSinga,
ReplyDeleteMacamana kalau takde semak kat situ?
Adakah pancut aje kat tayar kereta?
hehehe
Penyuk,
ReplyDeleteKalau semua pemandu mcm ko ni kurang kemalangan kat negara kita ni.
YB..600??? Lebih lg..kalsu cmpur both cars lg grrrrrrrr...
ReplyDeletesally,
ReplyDeleteKereta yg satu lagi tu lagi banyak samannya ek? Mesti kaki speeding cik abg awak ni hehehe