Wednesday, February 23, 2011

Pengalaman Pertama Aku - Sungguhku Teruja (Kisah Benar)

Aku kerja makan gaji lebih dari 23 tahun. Lepas itu aku mencuba bisnes sendiri secara kecil2an. Disebabkan kekurangan modal, aku bermula dengan bidang perkhidmatan. Aku buat project management. Bidang ini tak memerlukan modal kewangan yg terlalu tinggi tetapi kena ada pengalaman, pengetahuan dan jaringan (network) - sesuatu yg mmg aku miliki. Pulangan agak memuaskan tetapi kerana bilangan projek yg tidak menentu aku tak boleh bergantung kpd bidang ini saja. bila nak kaya kalau mcm tu? ngeee

Oleh kerana itu aku mula menceburi bidang pembinaan dan penyenggaraan. Aku telah mengambil alih saham dari seorang kenalan yg ada sykt pembinaan. Sekurang2nya sykt itu sudah ada track record. Malangnya bilangan kontraktor utk kedua2 bidang ini terlalulah ramai. Ini bermakna saingan adalah senget sengit. Di samping itu aku kena memilih pelanggan kerana sudah ramai kontraktor yg dapat projek tapi tak mendapat bayaran. Silap2 boleh tergadai rumah dan kebun kalau dapat pelanggan yg liat atau enggan membayar kerja kita.

Disebabkan cabaran yg besar ini aku mula meneroka bidang trading terutama hiasan dalaman dan perabot. Setelah berusaha yg tak mengenal siang atau malam, akhirnya pada 1hb Dis 2010 sykt aku mendapat kontrak membekalkan perabot tidak lekap (loose furniture) utk satu projek di Gemas. Sejak dari itu, aku dan rakan2 bekerja keras utk memastikan perabot yg paling sesuai dengan harga yg mengikut bajet utk projek itu. Lawatan2 kilang aku aturkan utk pelanggan melihat contoh dan memberi maklum balas. (boleh baca kisahnya di dalam n3 bertajuk projek ranjang).

Semalam aku ke salah sebuah kilang yg menghasilkan perabot2 ini. Sebuah kilang membuat sofa. Sebuah lori kontena 40 kaki telah kami sewa untuk membawa sofa2 yg telah siap ke Gemas pada pagi ini. Ada lagi 10 kontena muatan dari kilang ini saja. Kilang2 lain lebih banyak kontena diperlukan.


Seorg pekerja melakukan kerja2 akhir utk kusyen. Di sebelah bekalang sebahagian dari sofa yg telah siap dibungkus


Ini dia kontena pertama yg membawa barang dagangan aku

Lori kontena meninggalkan kawasan kilang petang semalam. Aku teruja pengalaman pertama menjadi seorg peniaga

32 comments:

  1. tahniah yb..imapian jadi kenyataan,semoga yb terus berjaya..!

    ReplyDelete
  2. nak hadiah sofa...sebagai pengomen 1st,tiga kali berturut-turut...heheheh!!!

    ReplyDelete
  3. kak long no 1,

    Tahniah 1st. Ini yg ketiga berturut2!!!

    ReplyDelete
  4. kak long no 2,

    Jemputlah baca semoga ada yg berfaedah utk dikongsi bersama.

    ReplyDelete
  5. kak long no 3,

    Alhamdulillah. Ini baru langkah awal. Perjalanan saya masih jauh utk benar2 berjaya.

    Terima kasih kerana memberi semangat dan berdoa utk saya.

    ReplyDelete
  6. kak long no 4,

    Kalau nak hadiah sofa kena cari lori sendiri. Ada sofa contoh di Gemas hehehe

    ReplyDelete
  7. dah pukul berapa ni?


    .
    .
    .



    .
    .


    bila lori kontena tu nak smpi umah kita, bang?

    :D

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah. tahniah. syabas.

    jgn lupa blanja. :D

    ReplyDelete
  9. amboi..

    lori kontena tue memang besar..next year mesti akan pakai 3 lori kantona pulak...

    ReplyDelete
  10. banyak sungguh pengalaman yb, moga murah rezeki

    ReplyDelete
  11. kts,

    lori tu baru nak sampai ni. Drebar tu kata awak tak jawab call dia. Dia dah nak patah balik ni.


    Kejap lagi abg sampai. Tolong bukakan pintu tau ngeeeee

    ReplyDelete
  12. kts,

    terima kasih.


    Semalam kan abg dah nak belanja. Tak berani nak keluar sbb syg takut bapak ek? hehehe

    ReplyDelete
  13. MasZuber,

    Ini lori kontena yg 40 kaki panjang. Sebenarnya kami perlukan dalam 30 kontena utk mengangkut perabot kami dari beberapa kilang utk ke Gemas dalam sebulan dua ni.

    ReplyDelete
  14. Daun Bidara,

    Adalah sikit pengalaman kerana dah lama kerja.

    Skrg mencuba bidang baru utk cari kelainan.

    Terima kasih kerana mendoakan saya.

    ReplyDelete
  15. salam YB
    seronok dan begitu teruja membaca kejayaan sahabat.Alhamdulillah

    ReplyDelete
  16. tahniah...

    bertambah lagi usahawan Melayu dan bakal jutawan Melayu.......

    ReplyDelete
  17. tahniah .. abang cadang nak berniaga buruh walit .. tak payah susah2 nak beri makan dan jaga sakit pening dia macam bela kambing ! ok tak ?

    ReplyDelete
  18. AZANI,

    Terima kasih. Ini memberi saya semangat utk terus mengorak langkah.

    Kejayaan saya ni mungkin kecil jika dibandingkan dgn mereka yg dah lama berjaya.

    ReplyDelete
  19. kak ct,

    Terima kasih.

    Bertambah usahawan dan jutawan Jawa kot hehehe

    ReplyDelete
  20. al-lavendari,

    Satu cadangan yg baik tu bang. Ada kawan2 saya dah kaya raya sebab mengusahakan burung walit ni bang.

    Kalau abg ada modal, bolehlah buat kajian sebelum memulakannya.

    ReplyDelete
  21. wOw! mesti dalam hati berbunga-bunga riang lepas tengok lori tu beredar. terasa peluh yang menitik teramat bermakna!


    tahniah yb!

    ReplyDelete
  22. dapat tilam rega spesel tak YB?


    dah naik kematu pinggang ni. Dah lama sangat tilam kat rumah tu.

    ReplyDelete
  23. sepet,

    Betultu. Setelah sekian lama berusaha, akhirnya penghantaran pertama dapat dilakukan.

    Tapi banyak lagi yg kami perlu laksanakan sebelum siap kontrak ni.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  24. a.z.r.i.n.a,

    Kalau serius bolehlah hubungi saya. Saya dan emak Adam pun bercadang nak beli tilam baru. Mungkin saya boleh dapatkan harga spesel sebab saya dah beli banyak utk projek ini.

    Nota: tilam ni jenis King Koil. Jenama yg baik.

    ReplyDelete
  25. saya boleh rasa kepuasan yb tuh! bile pulak saya nak buat bisnes sendiri ek? hu~

    ReplyDelete
  26. tahniah YB

    eeerrr.. nak gak sofa free yg kt gemas tu. ada xtra tak?? lori??? no hal. blh kautim.. janji dpt sofa free...kehkehkeh!!!

    ReplyDelete
  27. tu dia...1 kontena pembelian yg YB buat..mmg teruja

    ReplyDelete
  28. gadisBunga,

    Mungkin satu hari nanti saya boleh menoleh kebelakang dan baca n3 ni dengan senyuman bila masa tu saya menggunakan kapal pula utk mengeksport barangan saya hehehe (berangan)

    GB boleh jadi kontraktor landskap satu hari nanti. Boleh kita buat JV.

    ReplyDelete
  29. kswsk,

    Ini kontena pertama. InsyaAllah banyak lagi kontena akan menyusul utk projek ini.

    ReplyDelete
  30. kakngah,

    alamak kenapa lambat bagitahu? Saya dah bagi sofa tu kat org kat site hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails