Sunday, February 20, 2011

Aku Bercadang Nak Dirikan Masjid

Pagi ini aku terbaca di Mingguan Malaysia kisah Datuk K dan Datuk Siti membiayai pembinaan sebuah masjid di kampung kelahiran Datuk K di Tikam Batu, Kedah. Aku beritahu emak Adam berita itu tadi.

Bos tempat aku kerja dulu pun banyak bersedekah utk membina masjid (lebih 4 buah yg dibina menggunakan duit syarikatnya). Selain itu beliau mendermakan pendingin hawa utk beberapa masjid termasuk masjid Negeri Selangor, masjid Setiawangsa dan masjid di Seri Menanti. Itulah antara sebab aku menerima tawaran bekerja di syktnya setelah aku berhenti dari sykt kulit kerang w/p aku ada menerima tawaran2 kerja yg lain masa itu.


Berikut petikan dari laporan di MM tersebut.

Masjid dibiayai Siti dan Datuk K di Sungai Petani siap


KHALID Mohamad Jiwa sambil diperhatikan isterinya, Siti Norhaliza memotong pulut kunig menyambut hari jadinya yang ke-52 di pekarangan Masjid Al-Khalidiah di Kampung Permatang Pasir, Sungai Petani, Kedah, semalam.


SUNGAI PETANI 19 Feb. - Selepas kira-kira lima bulan dibuka sejak Aidilfitri lalu, akhirnya masjid Kampung Permatang, Tikam Batu, di sini yang dibiayai oleh Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa mendapat perkenan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah, yang merasmikannya hari ini.

Kos pembinaan masjid yang kini dikenali sebagai Masjid Al-Khalidiah itu dibiayai sepenuhnya oleh pasangan suami isteri berkenaan menerusi Yayasan Nurjiwa dan dikatakan menelan belanja hampir RM2 juta.

"Alhamdulillah, kami bersyukur kerana hajat suami untuk membina masjid di sini tercapai. Semoga ia memberi keselesaan kepada penduduk ketika beribadat di sini," ujar Siti Nurhaliza kepada pihak media selepas majlis perasmian tersebut.

Difahamkan pemilihan nama masjid tersebut dibuat sempena nama keluarga Khalid yang juga anak jati kampung berkenaan.

****************************************************************************

Aku memang berhasrat nak wakafkan sebahagian harta aku utk mendirikan sebuah atau lebih masjid dan surau kalau dimurahkan rezeki. Itulah yg boleh membantu aku di sana nanti selain utk maslahat saudara2 seagama di dunia ini. Duit banyak2 pun bukan boleh dibawa mati.

48 comments:

  1. opocot!

    ingatkan nak 'dirikan masjid' yang tu.. err... yang tuuuu..

    hihihi


    semoga tercapai impian :D

    ReplyDelete
  2. Masjid yang lagi satu tu takkan kan YB ? hehehe..





    kali ni betul2 nak berkelentung-kelentang di dapur..

    Memang berhantu kalau dah mengadap !

    ReplyDelete
  3. kts,

    Opocot. Saya pun terkezut tiba2 awak masuk tak beri salam. Dah baca komen kat tepi tu kan? Tolonglah jawab sekali huhuhu.

    Masjid yg tuu awaklah dirikan dulu hehehe

    Terima kasih kerana mendoakan.

    ReplyDelete
  4. 'aku' baru bercadang. siti dah dirikan. 2 juta tu... jawapnya aku tinggal aku le...

    tak pe le. setidak-tidaknya niat tu ada

    ReplyDelete
  5. a.z.r.i.n.a no 1,

    kts tak perlu kelantang kelentung kat dapur. Itu sebab dia cepat hahaha

    ReplyDelete
  6. a.z.r.i.n.a no 2,

    Salah ke kalau masjid yg satu lagi tu jugak? hahaha

    Selamat berkelantang kelentung kat dapur tu. Nak masak apa hari ni? Buatlah lebih sikit. Boleh kami singgah makan tengahari hehehe


    Mmg berhantu. Saya ingat nak buat kerja tapi masuk fb, YM dan blog. Dah nya kerja tak juga dimulakan dah 11:35 ni huhuhu

    ReplyDelete
  7. Insan Marhaen,

    Niatpun dah dapat pahala. Tapi kalau betul2 serius masih banyak tempat yg memerlukan masjid. Boleh sedekah ke sana hehehe

    ReplyDelete
  8. angan2 yg menajdi kenyataan suatu hari nanti....insyallah!

    ReplyDelete
  9. setuju..
    nak cr duit byk2 cam YB jg lah boleh byk2 derma,kan?

    ReplyDelete
  10. insyaallah.niat yang baik Allah akan makbulkan juga nanti

    ReplyDelete
  11. kak long,

    Terima kasih mendoakan. Semoga tercapai hasrat saya ni.

    ReplyDelete
  12. Hamizah,

    Saya doakan Mizah berjaya kumpulkan duit banyak2. Boleh dirikan masjid di Kelantan nanti. Bolehlah saya singgah bersolat di sana kalau saya lalu depan masjid Mizah tu ngeeee

    ReplyDelete
  13. monalea,

    Amin.

    Kalau tak mampu nak dirikan masjid yg indah dan besar, dapat menyumbang utk membina atau membesarkan masjid dan surau sedia ada pun alhamdulillah.

    ReplyDelete
  14. ngehhhh...niat baik Allah akan tolong...

    ReplyDelete
  15. insyaallah ...moga Allah makbulkan niat YB yang amat baik tu..

    saya rasanya tak mampu, tumpang menyumbang sajalah nampaknya

    ReplyDelete
  16. YB..insyaallah niat yang baik tu akan dapat ditunaikan

    ReplyDelete
  17. dah 52 tok k.yb masih muda lagikan,memang berupaya utk dirikan masjid lebih dari satu,ehehehehehe.

    kts, ari minggu gini cubalah dok kat dapur belajar masak aair ke, masak nasik ke,ni dok dpn lappy sajok, cer tgk juliet tu, baikkkkkk je.

    ReplyDelete
  18. ijha,

    InsyaAllah. Saya ni mungkin nampak aje mcm ni tapi hati saya baik tau ngeeeee

    ReplyDelete
  19. ibuintan,

    Amin. Terima kasih kerana mendoakan.

    Jgn cakap mcm tu. Kita tak tahu rezeki kita. Mungkin satu hari nanti ibuintan jadi kaya raya.

    Bolehlah besarkan masjid Tg Ipoh tu hehehe

    ReplyDelete
  20. Lukhman,

    Manafaat utk dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  21. kak Erna,

    Saya benar2 berharap satu hari nanti niat saya ni tercapai.

    Kadang2 saya hiba bila melihat sesuatu kariah tu bertungkus lumus nak kumpulkan dana nak buat masjid atau nak besarkan masjid tapi masih tak mencukupi. Kalau lebih ramai org Islam yg kaya menderma, insyaAllah agama Islam akan lebih terbela.

    ReplyDelete
  22. juliet,

    Wah awak online pada hujung minggu. Ini satu perkembangan yg sgt baik! Nanti bagi alamat YM dan FB awak kat saya ya hehehe

    Saya muda lagi jika dibandingkan dgn Datuk K. Awak pun lebih muda dari Siti hahaha

    InsyaAllah panjang umur dan murah rezeki bolehlah dirikan beberapa masjid.

    kts dah hilang semangat nak masak selepas anak saudara 10 tahun tu kutuk roti telur dia baru2 ni.

    juliet dah pandai masak ke skrg? Bolehlah ajak saya makan nanti ngeeee

    ReplyDelete
  23. Alhamdulillah... Murah rezeki dorang.. Mudah2an ada yg mendoakan agar CT segera dapar anak..

    Mudah2an niat YB tu dimakbulkan Allah..

    ReplyDelete
  24. ~ Cik Azz~,

    Ya semoga CT dapat zuriat dlm masa terdekat ni. Mereka sedang diuji oleh Allah.

    Amin. Terima kasih mendoakan saya.

    ReplyDelete
  25. dulu ada sorang staff di tempat kami berhenti kerja dan jadi kontraktor.. projek pertama dia kerja ubah suai masjid..

    sekarang dia usahawan/konyraktor yg berjaya bergelar Dato..

    ReplyDelete
  26. salam YB
    dirikan masjid amalan mulia,
    saya hanya mampu tabungkan setiap Jumaat.

    ReplyDelete
  27. bagus jugak mak iti tu yer?...sekali sekala bertudung litup jugak dia!

    ReplyDelete
  28. zino,

    Itulah berkat kerja mula2 yg dibuat adalah berkaitan dgn masjid. Mungkin dia tak ambil untungpun utk projek tu.

    ReplyDelete
  29. AZANI,

    Wsalam.

    Banyak atau sikit derma kita yg penting adalah keikhlasan. Kalau sikit tapi ikhlas lebih baik drpd banyak tapi tak ikhlas.

    ReplyDelete
  30. ijha,

    Jauh di sudut hati saya percaya mak iti mmg nak menutup aurat. Lagipun majlis itu dibuat di masjid. Eloklah kalau dia bertudung litup.

    ReplyDelete
  31. salam yb
    alhamdullillah niat membuat kebajikan tu patut diteruskan..

    tapi lagi afdal jika tgn kanan memberi sambil tangan kiri tak taukan...

    wasalam

    ReplyDelete
  32. Memang bagus kalau ada niat nak dirikan sejid. Kita ni masih jauh lagi mampu.

    Tapi, kalau tak dapat nak buat satu bangunan mesjid pun, kita boleh tolong baiki mana-mana masjid atau surau yang uzur... dapat juga pahala nanti. Insyaallah.

    ReplyDelete
  33. Anonymous,

    Wsalam.

    Terima kasih di atas peringatan itu. Tujuan saya menzahirkan niat itu utk menguatkan iltizam saya utk mencapai hasrat saya ni.

    InsyaAllah jika tercapai nanti, mungkin tiada siapa yg tahu kecuali diri saya dan Allah.

    ReplyDelete
  34. Kak Tie,
    Kita kena pasang niat utk melakukan kebaikan ini. Jika tak mampu dilakukanpun insyaAllah akan mendapat pahala.

    Betul kata Tie tu. Tak perlu tunggu sampai mampu nak dirikan sebuah masjid. Sementara itu dermalah sekadar yg termampu utk baiki mana2 masjid dan surau.

    ReplyDelete
  35. emmmm bagus la banyak2 bersedekah bila dah kaya raya......

    ReplyDelete
  36. -tapi sebenarnya, bila makin byk masjid dibina (dan tak di imarahkan), itu petanda kiamat makin hampir.

    -apa guna masjid besar & cantik, kalau hanya penuh di hari Jumaat dan solat raya sahaja.

    ps: teringat satu sketsa drama swasta, satu family kaya raya yg tak solat/puasa ni, si bapa cakap " dosa kita terhapus lah nanti bila kita derma bina masjid"

    :)

    ~maaf, terpanjang komen kali ini

    ReplyDelete
  37. amin...insyaalllah YB...

    mudah mudahan..:)

    ReplyDelete
  38. saya tau masjid itu sbb sayalah PM projek masjid itu.tapi saya hanya sempat buat 4 projek ekon je.

    ReplyDelete
  39. Alimaz-Kembara Terasing,

    Semoga kekal dibukakan hati utk berkongsi rezeki yg diberikan Allah ini dgn saudara2 seagama.

    ReplyDelete
  40. Daddy Ziyyad,

    Ada betulnya apa yg DZ katakan tu. Memang ada masjid yg tersergam indah tapi tidak digunakan sepenuhnya. Apa juga masjid yg dibina jauh dari rumah org.

    Ada org ingat bila dah derma utk buat masjid dia tak perlu solat lagi sebab akan dapat pahala org lain yg bersolat. Where got road mcm tu hehehe

    Komen nak panjang mcmana pun saya tak kisah selagi ada pointnya.

    ReplyDelete
  41. cikceriacorner,

    Amin. Terima kasih kerana mendoakan.

    ReplyDelete
  42. Syida,

    Awak PM projek masjid yg dekat opis tu kan? Tapi ada juga dia wakaf masjid kat Penang dan surau Jumaat kat Subang tu.

    Tolong tanya dia samada nak pasang air cond utk masjid Keramat? hehehe

    ReplyDelete
  43. kalau nak dirikan masjid yang bebetul masjid tu takpe la.. ingat kot nak dirikan 'masjid' yg tu..:P

    ReplyDelete
  44. Lieya,

    'Masjid' yg tu tak bolehkah?

    Ada pahala jugak tu kan hehehe

    ReplyDelete
  45. asalamualaikum, cakap pasal masjid ni, masa saya di brunei, saya suka tengok tv waktu lunch org sembahyang jumaah untuk fardu Jumaat..
    Masjid hebat, jarak antara maamum besar inbetween.. imam sebut rapatkan saf takada org peduli...

    lepas tu tidak penuh sampai melimpah ruah seperti mana mana masjid kita dinegara kita.. sampai kaki lima pun tak muat.. mereka.. setengah hall aja..

    the rest fikirkan la kenapa saya tulis ni..

    sekian terima kasih
    jm

    ReplyDelete
  46. Anonymous aka jm,

    Waalaikumusalam.

    Antara kesempurnaan solat berjemaah adalah merapatkan dan meluruskan saf. Tak dinafikan ada org yg kurang selesa utk berdiri bersentuh bahu dan ini menyebabkan saf menjadi renggang. Menurut sebuah hadis, syaitan akan mencelah pada ruang2 ini dan akan menyebabkan jemaah hilang khusyuk.

    Bagi negara yg kaya spt Brunei mmg masjid mereka tak penuh. Saya pun pernah duduk di sana dulu.

    Di negara kita terutama di bandar2 besar, kebanyakan masjid tak muat utk menampung jemaah terutama pada hari Jumaat. Utk mengatasi masalah ini masjid perlu dibesarkan atau dibina masjid baru.

    Kalau nak harapkan kerajaan saja lambatlah kerana dana terhad. Sesiapa yg berkemampuan tu eloklah menderma ke arah ini.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails