Tuesday, January 25, 2011

Tuah Ayam Nampak Di Kaki

Orang selalu cakap. "Tuah ayam nampak di kaki."

Entah ya entah tidak. Berapa orang yg boleh melihat tuah ayam itu dari kakinya. Anak2 aku yg suka makan kaki ayam atau dalam bahasa ibunda disebut ceker tak pernah nampak tuah ayam. Aku pun tak pernah. Mungkin kerana aku tak sabung ayam laga. Tak kisahlah nampak ke tidak. Itu kisah tentang ayam.

Apa yg aku nak ceritakan ini ialah tentang seorg rakan aku atau lebih tepat lagi staf bawahan aku yg sama2 kerja di sykt kulit kerang dulu. Masa aku pindah ke KL dulu aku ditugaskan menjaga kawasan Selatan dan Sabah & Sarawak. Rakan aku ni di bahagian yg sama dgn aku. Dia melaporkan diri kepada Jurutera Kawasan Selatan dan jurutera ini kerja di bawah seliaan aku. Rakan aku ni ditempatkan di pejabat kami di Melaka.

Tak sampai setahun dia bekerja dalam pasukan aku dia telah meletakkan jawatan. Macam2 kerja yg dilakukan selepas itu termasuklah import eksport barang. Ada yg menjadi dan tak kurang juga yg bungkus tak berjaya.

Selepas itu perhubungan kami terputus. Hanya sekali sekala aku dengar berita dari kawan2 lain.

Baru2 ini seorg rakan aku yg lain menelefon aku mengatakan rakan kami ni ada di KL. Dia baru balik dari Oman. Dia bercuti di sini. Rakan aku mengajak aku berjumpa dgn rakan yg baru balik dari luar negeri ini utk bertanya khabar dan 'tengok2 kalau ada peluang'.

Maka satu pertemuan pun diatur pada petang tersebut.

Dari perbualan kami, aku diberitahu rakan aku ni telah diambil bekerja oleh sebuah keluarga kaya di Oman yg mempunyai hubungan rapat dgn kerabat diraja di sana. Dia telah dilantik sebagai penasihat dan diberikan sejumlah saham. Dia baru saja enam bulan di sana. Sebelum itu dia di Jakarta menjalankan bisnes di sana.

Selain dari bisnes di Indonesia dan Oman dia ada sebuah sykt di Malaysia. Sykt ini ditubuhkan bersama rakan2nya yg berpengaruh dan mereka akan menjalankan sebuah projek besar di sini tak lama lagi.

****************************************************************************


Sedang aku terkial2, bekas staf aku dah pergi jauh. Memang aku tak nampakpun tuahnya dari kakinya. Tapi sekarang dia dah kaya.

Kita ni bila lagi????

45 comments:

  1. bila lahi nak kaya?

    kaya budibahasa jer la...boleh?

    ReplyDelete
  2. kak long,

    InsyaAllah akan tiba masanya.

    Org kutip sampah pun boleh kaya apa.

    kaklong mmg sungguh berbudi bahasa.

    ReplyDelete
  3. kak long lagi,

    Tahniah. kalau time mcm ni kak long boleh beri saingan hebat kpd rakan2 kita yg lain.

    ReplyDelete
  4. kaya ank pun voley jugak...

    bila jumpa kenalan lama.. takkan tanya.. berapa harta ko.. berapa ringgit ko.. pastinya.. berapa ank ko skrg.. kan..kan..kan..

    ReplyDelete
  5. mungkin dia kaya dari awak tapi awak ada blog dan fb yang ramai peminat. dalam konteks ini awak lebih berjaya dari dia.

    ReplyDelete
  6. YB...rezeki orang kan...rezeki kita lom tau lagik camaner...

    ReplyDelete
  7. YB, bagus lah YB bersemangat apabila melihat bekas orang bawahan YB sudah berjaya dan 'kaya' ...

    tapi 'kaya' ini very subjective...bergantung kepada bgmn kita melihatnya...

    saya lebih suka melihat mereka yang lebih "kurang" dari kita...kerana dgn itu InsyaAllah kita akan selalu bersyukur dengan apa yang kita ada...

    Wallahu'alam..

    Nurazzah8

    ReplyDelete
  8. dapat makan roti dengan kaya pun sodap !

    ReplyDelete
  9. rezeki masing-masing kan YB. Bersyukurlah apa yang kita ada kann..




    satu sikap saya yang tak boleh buang ... inferiority complex.. jadi, macam mana nak senang ? hehehe...

    ReplyDelete
  10. dia mula awal, YB start lambat... Takpe.. Pelan-pelan kayuh... Lama-lama adalah laa tu... InsyaAllah... :D :D

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. Jom kita pakat-pakat bela ayam bebanyak, nanti bleh buat sup kaki ayam.

    Kira bertuah dah tuuu... :)

    Rezeki DIA yang beri, bang...

    ReplyDelete
  13. YB,
    pada saya kekayaan bukan diukur dengan apa yang kita ada,
    tetapi apa yang kita perlukan...

    Kaya tak semestinya bahagia...

    Itu prinsip sayalah...

    ReplyDelete
  14. kakngah,

    Kaya anak tu rezeki juga. Berapa ramai yg takde anak nak kan anak.

    Emak saya cakap mcm kakngah juga. Org tak tanya berapa banyak harta kita kalau berjumpa tapi akan tanya berapa org anak kita ada.

    ReplyDelete
  15. al-lavendari,

    Dia takde masa utk blog dan fb semua ni. Org mcm saya ni setakat bisnes mickey mouse lagi ni bolehlah. Kalau tak, mana ada masa.

    Peminat saya tak seramai peminat abg. Saya respeklah org besar mcm abg (Jusa tu) masih rajin menulis blog hehehe

    ReplyDelete
  16. Kak Anie,

    Betul tu. Itu sebab saya berkongsi kisah dia dgn harapan menjadi pendorong utk saya (dan mungkin org lain yg membacanya) berusaha lebih gigih lagi.

    ReplyDelete
  17. nurazzah8,

    Saya melihat kejayaan dia dari sudut kalau dia boleh buat kenapa tidak saya. Mungkin usaha dan networking saya masih belum mencukupi. (Memang belum cukup pun huhuhu).

    Saya suka pandangan awak yg lebih suka melihat kepada yg 'kurang' dari kita. Untuk 'dunia' itu yg lebih baik supaya kita sentiasa bersyukur. Utk akhirat kita disarankan melihat mereka yg lebih amalnya supaya kita berusaha lebih gigih lagi utk mencari keredhaan Allah.

    ReplyDelete
  18. a.z.r.i.n.a,

    Lama dah tak makan roti dgn kaya. Sebabnya kalau beli kaya satu bekas tu, tak ramai yg makan kat rumah saya ni. Akhirnya expired begitu aje huhuhu

    ReplyDelete
  19. a.z.r.i.n.a lagi,

    Rezeki kita Allah yg tentukan. Tapi kita kenalah berusaha mencarinya.

    Ada org dapat banyak, ada yg dapat sikit. Sekurang2nya utk kita setakat ini memadailah.

    Awak kena cuba kikis sikap inferiority complex tu sikit2. Abi tentu boleh membantu.

    ReplyDelete
  20. syah,

    Dia mula awal pun banyak kali jatuh bangunnya. Tapi dia tabah dan terus berusaha.

    Saya dah berkayuhlah ni. Rasanya saya nak letak enjin biar laju sikit hehehe

    ReplyDelete
  21. Daun Bidara,

    Terima kasih.

    Slmt maju jaya kpd awak juga.

    ReplyDelete
  22. azieazah,

    Bagus juga cadangan tu tapi org yg duduk rumah teres mcm saya ni mana ada tempat nak bela ayam? huhuhu

    Betul tu. Rezeki Dia yg beri. Kita kena berusaha dan berdoa. Kalau dapat buatlah solat dhuha setiap pagi.

    ReplyDelete
  23. zoul dahan,

    Ada betulnya. Kekayaan bukan hanya diukur dari segi harta. Banyak lagi perkara yg kita perlukan di dunia ini. Kalau banyak harta tapi tiada kebahagiaan rumahtangga, tiada jiran2 yg baik, teman2 yg memahami dan pekerjaan yg memberi kepuasan, belum lengkap hidup ini. Itu baru sebahagian contoh.

    Kekayaan itu bukan terletak pada harta tetapi di dalam hati.

    ReplyDelete
  24. makan kerabu kaki ayam klu nak berTUAH


    hihihi


    .
    .

    ko nak kaya sangat ke?

    ReplyDelete
  25. Bila lagi?? bila lagi apa YB??..
    ...bila lagi nak "KAYA: eh?..

    kaya apa??..

    Aku dah kaya dah..
    - aku kaya dgn kasih sayang yg mak ayah aku bagi..
    - aku kaya dgn keharmonian rumahtangga bersama suami dan anak2- aku serta mertua dan ipar biras aku..
    - aku kaya dgn persaudaraan adik beradik dan saudara mara aku..
    - aku kaya dgn kepercayaan Boss aku di atas amanah yg diberikan di tempat kerja..
    - aku kaya dgn masa, dgn kesihatan, dgn umur, dgn kelapangan waktu, dalam kehidupan yang Allah aturkan utk aku ni.. walaupun aku TAK KAYA DUIT RINGGIT (satu je pon yg Allah tak bagi kat aku berbanding yg lain yg Dia dh bagi..), tapi syukur sbb Allah tak biarkan aku merempat di tanah air sendiri.. ada jugak la kete, walaupun tak mampu beli CR-V waima Camry..


    .. sekian, tazkirah utk hari ini.. terima kasih.. kehkehkeh...


    (bila tgk balik senarai di atas.. WOW!!.. KAYA SUNGGUH AKU EH.. uish.. syukur syukur.. ALHAMDULILLAH.. segala puji hanya bagi ALLAH..)

    ReplyDelete
  26. dah berkilo-kilo kaki ayam i makan,tapi tak pernah sampai kat i aura tuah ayam tu.hihihi.adakah tak cukup kilo lagi?

    ReplyDelete
  27. rejeki kanss..alhamdulilah...

    tp ceker ayam buat sup memang best..heheh

    ReplyDelete
  28. salam kenal yb,

    eh..betul2 ke yb

    bilalah tuah nak datang kat kita yek

    ReplyDelete
  29. rezeki ketentuan allah.... yang penting usaha....

    ReplyDelete
  30. kts,

    aku tak suka kerabu ayam. Belum nak kayalah kot sebab tak makan kerabu ayam tu huhuhu.

    Kalau aku kaya pun bukan utk aku. Aku ada misi yg lebih besar dari kepentingan peribadi ecece

    ReplyDelete
  31. saya rasa.. orang dulu2 yang suka menyabung ayam yang cipta pepatah ni kan...
    sebab ayam yang terer.. taji di kakinya nampak tajam dan mengancam..tu yang depa usha kaki ayam tu..
    .
    now.. usha jugak kaki ayam..
    cari jari kaki yang bersih.. nak masuk dalam sup..
    :)

    ReplyDelete
  32. tu namanya rejeki org.. manusia ni mmg x penah puas dgn apa yg ade kan, tp bagus la kot. bole dipush utk memaksa diri menjadi lebih baik ececece

    ko klu dah kaya, jgn kerek plk tamo mkn kaki ayam. pastu jgn lupe hired aku. xkan nk kaye sorg je kot... hihi

    ReplyDelete
  33. hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri :D psttt...saya suka hujan emas :D

    ReplyDelete
  34. TINY,

    Alhamdulillah awak seorang yg sangat kaya. Sesungguhnya kekayaan bukan diukur dari berapa banyak harta yg kita ada tetapi terletak pada sifat qanaah - iaitu berpada pada yg ada.

    Dan syabas kerana awak seorg hamba Allah yg bersyukur sekaligus menjadikan awak merasa awak kaya.

    Sejuk perut ibu awak yg melahirkan awak dan untung Rizal dapat isteri mcm awak ni.

    ReplyDelete
  35. Syida,

    Rasanya masih tak cukup lagi. Lepas ni makan banyak lagi kaki ayam tu hehehe

    ReplyDelete
  36. cikceriacorner,

    Alhamdulillah. Kalau kita bersyukur nescaya Allah tambah nikmatNya.

    ReplyDelete
  37. Ati Masrif,

    Salam kenal. Maaf lambat balas komen ni sebab tuntutan tugas2 yg lain.

    YB tu singkatan dari nama saya.

    Rasanya hari2 tuah tu datang. Cuma besar atau kecil ajelah. hehehe

    ReplyDelete
  38. Alimaz - Kembara Terasing,

    Betul tu. Kita kena berusaha. Selebihnya kita serahkan kpd Allah.

    ReplyDelete
  39. PnConfused,

    Itu pun dah meraya ke'kaya'anlah kiranya hehehe

    ReplyDelete
  40. DrSinga,

    Kiranya perumpamaan oleh kaki sabung ayamlah ek? ngeeee

    Kaki ayam sekarang in demand. Harga pun semakin naik. Dulu org tak makan kaki ayam ni

    Bolehlah ajak saya makan sup. Tapi letaklah daging ayam tu sikit sebab saya tk suka kaki hehehe

    ReplyDelete
  41. Masy,

    selagi namanya manusia mana tahu nak rasa cukup dgn apa yg ada. Kalau dah ada satu lembah emas, mereka nak dua.

    Ko nak kerja jadi apa kat kompeni aku? Buat business development boleh tak?

    ReplyDelete
  42. juliet,

    Awak suka hujan emas w/p terpaksa menninggalkan negara sendiri?

    Jgn tinggalkan daku . . . . huhuhu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails