Wednesday, January 26, 2011

Berkahwin (Lagi) Di Usia Lanjut

Pagi tadi ada seorang saudara aku datang ke rumah. Dia seorg bapa tunggal setelah kematian isterinya kerana sakit buah pinggang kira2 dua tahun lalu. Dia sudah pencen lama juga. Jadi sekarang kalau siang dia duduk rumah atau berjalan ke rumah saudara mara dan rakan taulan selain dari ke masjid setiap waktu. Dia ada dua org cucu yg dihantar ke rumah org utk dijaga. Malam baru dia dapat main dgn cucunya. Kesian juga aku melihat hidupnya yg agak sunyi.

Aku bukan nak cerita dia nak kahwin ke tidak. Ini baru mukadimah aku aje hehehe

Ok kita sambung citer aku.




Nasib baik aku ada di rumah pagi tadi kerana rancangan aku nak ke Tapah hari ini terpaksa ditangguhkan kpd Jumaat ini kerana pegawai yg aku nak temui menghadiri mesyuarat di Ipoh. Jadi, dapatlah aku melayan tetamu aku tadi. Macam2 topik dibualkan termasuklah kisah salah seorg sepupu lelaki emak aku yg akan berkahwin tak lama lagi. Aku rasa dia dah dekat 70 tahun. Isterinya meninggal dunia lebih kurang 4 - 5 tahun lepas setelah bertarung dgn kanser payudara selama 17 tahun!

Setelah isterinya meninggal dunia, kami tengok dia macam cicak makan kapur begitu tak terurus. Mungkin dia rindukan arwah isterinya.

Hujung tahun lepas semasa ke majlis perkahwinan anaknya (ini yg terakhir sebab yg lain semua dah berkahwin) emak Adam sempat bertanya kpd salah seorg anaknya. Kiranya dua pupu akulah tapi emak Adam ini jenis rapat dengan semua org termasuk yg sebelah keluarga aku. Emak Adam kata lepas ni dah takde yg nak dikahwinkan lagilah tapi dua pupu aku tu kata mungkin ada. Salah seorangnya ialah kakak long dia yg dah menjanda dan mungkin juga abah mereka kalau dia mahu. Emak Adam kata elok jugalah kalau pak sedara aku tu kahwin lagi supaya ada orang yg boleh temankan dia dan tengok2 dia.

Tup tup pagi ni dengar berita dia nak kahwin! Mungkin dah jodoh dia. Walaupun dia tak sekaya macam seorg ahli politik yg kahwin dgn gadis dari Timur Tengah tapi tak salahkan dia kahwin lagi?

Apa komen kalian?

60 comments:

  1. ceh!!! tasikM...kau mengalah kaklong ari ni..!
    huhuhu..!!!

    ReplyDelete
  2. bapak mertua kaklong kahwin juga tuk kesekian kali nya....

    ialah,nak harap kan anak2 menjaga,masing2 dah ada keluarga sendiri...
    kami semua tak kisah!
    bahagia ayah bahagia lah kami!

    ReplyDelete
  3. andai kata emak adam pergi dulu dr yb,nak tak yb cari ganti?
    heheheh!!!

    ReplyDelete
  4. komen aku? kalu dah jodoh,kawin je la.kalu dpt calon dr lubnan pun ok jugak.hehe

    ReplyDelete
  5. kalo da jodoh..ape salahnye kan..heheh..bgusla kalo dia kawen lg..csian dia..atleast ada org jaga makan minum...hehehe

    ReplyDelete
  6. tasek,

    Tak tanyalah pula umur bakal bini dia tu. Tapi menurut saudara aku yg datang pagi tadi tu, bakal bini dia ni nurse yg tolong rawat arwah isteri dia masa isterinya sakit dulu. Kira nak balas budilah.

    ReplyDelete
  7. tasek lagi,

    Ko belum balik rumah lagi ke?




    Ko ni pantang first aje nak hadiah. Tunggu nanti masa aku datang 10 hari tu esok kalau nak hadiah hahaha

    ReplyDelete
  8. kaklong,

    Itulah kaklong sibuk komen kat fb saya tasek dah potong line.

    ReplyDelete
  9. aku dah kat umah dah bang.

    dah goreng karipap pun.
    meh la.
    jemput2...






    .

    ReplyDelete
  10. YB..tak salah kalau dah jodoh dia kan..

    ReplyDelete
  11. dah jodoh dia, kahwinlah kan yb.

    ReplyDelete
  12. kaklong lagi,

    Utk kesekian kalinya tu utk kali ke berapa? Macam dah banyak kali aje bunyinya tu ngeeee

    Memanglah kalau difikirkan dari tiada siapa nak jaga biarlah dia kahwin lagi. Ada juga tempat bermanja.

    Tapi kalau wanita yg kematian suami biasanya mereka ni tak pula sibuk nak kawin lagi kuang3x

    ReplyDelete
  13. erpp komen tu untuk YB... ; )

    hhahahahha...

    larik!!!!

    ReplyDelete
  14. pada pendapat sya, buarlah yg duda berkahwin lagi begitu jugak yg janda
    memang patut berkawen lagi
    sbb ada yg tolong jaga masa sakit pening, sihat suka duka kan..
    lagi pun zaman sekarang sangat tak sesuai duduk sendiri, memacam boleh jadi, persekitaran kurang selamat.

    ReplyDelete
  15. Penyuk,

    Siapa boleh nak tahan kalau dah jodoh kann?

    Kalau nak kahwin dgn org Lubnan duit kat bank kena ada juta2 wei

    ReplyDelete
  16. Masa arwah mama meninggal, Sally n kakak bersungguh pujuk arwah papa kawen lagi...tp cinta dua insan tu sgt kental,papa tak kawin2 hingga ke akhir hayat..

    Tak salah..mng tak salah. Yg tak berapa nak btol tu yg gatai nak menikah dgn laki org!!

    ReplyDelete
  17. salam YB,

    apa salahnya kahwin lagi... kurang2 dapat panaskan belakang bila tido malam..hehehehe

    ReplyDelete
  18. Biarlah dia kahwin..tua ke muda ke, sepi itu tetap serupa kalau tak berteman.

    ReplyDelete
  19. komen kite..

    .. masin mulut mak adam ..

    ReplyDelete
  20. nek wok yang umur ratusan tu pun bole kawin lagi. takkan pak sedara ko yg masih muda (70an tu muda, kaan)tu takleh

    ReplyDelete
  21. salam YB
    yang penting dia rela dan sanggup..

    ReplyDelete
  22. Komen saya...mula2 baca tajuk, ingatkan YB dah siap plan nak kahwin(lagi)nanti..:)

    ReplyDelete
  23. Kalu rasa badan dan pinggang tu ok lagi, kahwin jer la...

    Tumpang selagi ada orang mahuuu...hehehe

    ReplyDelete
  24. Sori, yg tadi gurau.

    Sekarang serius.
    Pada hemat saya, elok juga dia kahwin. Sebab pada usia sebegitu saya rasa keperluan batin tidak lagi menjadi keutamaan.

    tetapi dia memerlukan seseorang yang dapat mengisi sunyi dan rindu. Yang boleh menjadi teman bercakap, berbincang meluah rasa, mendengar keluh peningnya.

    sekali sekala bergurau, bermanja minta nak makan itu ini..

    atau beribadah bersama..

    Allah Maha Tahu, kan bang?

    ReplyDelete
  25. elok la dia kawin ada juga teman... orang lelaki ni mana boleh hidup sorang hehe

    ReplyDelete
  26. cikceriacorner,

    betul tu. Berapa lama nak harapkan anak2? Mereka pun ada tanggungjawab masing2.

    Org lelaki ni kan dah biasa dimanjakan sejak mula kahwin. Jadi kalau isteri dah takde, patah kaki dan patah hati huhuhu

    ReplyDelete
  27. tasek lagi,

    Karipap beku taklah aku. Ingat ko yg buat. Nak rasa jugak air tangan ko tu ecece

    Jgn ko jampi sudahlah. Nanti termimpi2 pulak aku ngeeeee

    ReplyDelete
  28. kak Erna,

    Mungkin dah jodoh dialah ni. Kami tunggu jemputannya.

    ReplyDelete
  29. Monalea,

    Lama juga dia menduda. Ada tu tanah kubur isteri masih merah dah sibuk nak kahwin lagi ngeeee

    ReplyDelete
  30. Eja no 1,

    Ini perkahwinan dia yg kedua kalau jadi. Takdelah lagi dan lagi dan lagi.

    ReplyDelete
  31. Eja no 2,

    Ceit.

    Dibuatnya makbul cakap awak tu, takde masa saya nak blogging hahaha

    ReplyDelete
  32. bole kawin tp cari yg betul2 nk menjaga waktu sakit pening.....

    jgn pula 'ada wang abg syg xde wang abg melayang'

    ReplyDelete
  33. Eja no 3,

    Setakat ni semua termasuk Eja menyokong. Biar betul. Sebab selalu ada yg kata dah tua2 tak payahlah nak kahwin lagi. Fokus buat ibadat aje sementara tunggu dijemput pulang ke sana.

    Kenapa awak cakap persekitaran skrg kurang selamat?

    ReplyDelete
  34. sally,

    Cinta papa dan mama Jaja dibawa sampai ke akhir hayat. Itulah cinta sejati. Mungkin papa Jaja tak sanggup melihat wanita lain menggantikan tempat mama kerana tak akan sama.

    Yang cari suami org mmg tak betul. Tapi yg cari isteri org tu 100 kali tak betul.

    ReplyDelete
  35. ibuintan,

    Wsalam.

    Kalau setakat nak panaskan belakang boleh beli tilam elektrik hehehe

    ReplyDelete
  36. gadisBunga,

    Jodoh di penghujung hayat.

    Awak yg muda lagi ni bila pula nak cari jodoh? hehehe

    ReplyDelete
  37. hani@debumelukut,

    Memang seksa bila dihimpit rindu. Semoga isteri baru ni boleh mengubat rindu pakcik saya ni.

    ReplyDelete
  38. kakngah,

    Nampaknya mmg masin mulut emak Adam. Kena berhati2 apa dia cakap lain kali hehehe

    ReplyDelete
  39. kts,

    Kalau nak kira muda, aku ni lagi muda. Amacam? hehehe

    ReplyDelete
  40. AZANI,

    Wsalam.

    Rasanya dia dah sanggup tu. Lagipun dia dah kenal bakal isterinya tu.

    ReplyDelete
  41. Daddy Ziyyad,

    Saya ni muda lagi hehehe

    ReplyDelete
  42. dah jodoh namanya.


    mencari ke datang sendiri ?

    ReplyDelete
  43. rata-rata...

    orang lelaki mesti kahwin semula lepas kematian isteri.

    dan jarang-jarang

    si isteri kahwin semula selepas kematian suami.

    ReplyDelete
  44. azieazah,

    Betul jugak tu. Kalau dah sakit2 pinggang kahwin pun takde maknanya hehehe

    Skrg ni dah tua pun masih ada yg mahu selagi ada harta ngeee

    ReplyDelete
  45. azieazah lagi,

    pandai juga awak bergurau hehehe.

    Betul apa yg awak kata tu. Dah tua2 tujuan kahwin bukan utk tuntutan seks. Dah tak larat pun (wakaka). Perkara2 lain tu yg lebih didambakan.

    Dapat beribadat bersama itu pun bagus juga. Hari2 di penghujung usia eloklah tambahkan ibadat.

    ReplyDelete
  46. zino,

    Dah dia setuju utk dijodohkan tu biarlah diteruskan. Kami doakan yg terbaik utk mereka.

    Betul ke org lelaki ni tak boleh hidup seorg? Mcm ada pengalaman aje hehehe

    ReplyDelete
  47. kak ct,

    Itu yg takutnya.

    Saudara saya yg datang pagi tadi ada cerita tentang jiran dia yg kematian isteri yg akhirnya kahwin lagi. Tak lama lepas kahwin habis barang kemas arwah isteri pertama diambil oleh isteri baru. Rumah dah tanah di Kg Baru dijual dan duit diambil isteri baru juga.
    Tak cukup itu, rumah yg mereka tinggal di KL dijual dan buat rumah di kg isteri baru. Bila suami itu meninggal, isteri itu suruh anak2 tirinya menguruskan jenazah bawa balik KL kerana tak nak tanam di kg isteri.

    Malang sungguh nasib dia.

    ReplyDelete
  48. a.z.r.i.n.a,

    Tak tanya pula tapi katanya bakal isterinya itu ialah jururawat yg pernah menjaga arwah isterinya.

    Dah kenallah tu.

    ReplyDelete
  49. a.z.r.i.n.a lagi,

    Itulah kebiasaannya. Seperti kata Zino lelaki mana boleh hidup seorg.

    Wanita ni lebih cekal. Lagipun mereka dah biasa menguruskan rumahtangga. Maka tak jadi hal kalau tak kahwin lagi.

    ReplyDelete
  50. kaklong (soalan cepumas)

    Saja saya jawab ni yg last utk malam ni. Susah soalan kaklong ni.



    Biasanya suami yg mati dulu sebab jangka hayat wanita lebih panjang dibandingkan dgn lelaki. Itu tak masuk kes laki yg mati sakit jantung. Biasanya 40an dah padam huhuhu

    Andai kata emak Adam pergi dulu susah saya nak cari ganti. Tapi kalau lisa masih belum kahwin masa tu dan nak kat saya, mungkin saya pertimbangkan!!! hahaha

    ReplyDelete
  51. biar dia kawin. ada orang ak tolong uruskan dan dibuat teman. Abah aku, aku suruh kawin gak tapi dia taknak...

    ReplyDelete
  52. kakpah,

    Siapalah saya nak halang atau nak suruh dia kahwin. Tapi kalau dah itu kemahuannya, saya hanya mampu mendoakan kebahagiaannya bersama isteri barunya.

    ReplyDelete
  53. biarlah dia kahwin...

    xsunyi sgt...


    bujang dgn bujang xder sapa marahhhh

    ReplyDelete
  54. bagi aku.. yg penting, diri org tu sendiri.. dia nak ke taknak?... kalau dia nak.. ON KAN JE.. dia lebih tahu diri dan perasaan dia..

    ... dan sementelah - masih ada org yg nak @ sanggup...

    plus takde orang yg nk bantah @ mengamuk menyerang.. (bini dia yg dh meninggal tu takdenya nak naik balik utk cekik dia..)
    (statement berani matik kan!!.. hahaha).

    ReplyDelete
  55. PnConfused,

    Rasanya takde siapa nak sekat kalau dia nak kahwin lagi.

    Banyak elok dari tidak kalau dia berumahtangga lagi. Setidak2nya ada kawan utk diajak berbual.

    ReplyDelete
  56. TINY,

    Secara jelasnya aku tak tahu sebab aku belum jumpa dia lagi sejak dia kahwinkan anak dia hujung tahun lepas. Tapi kalau dia nak, carry on.

    Rasanya nurse tu hendak dgn dia. Tak tahu sama ada kerana kasih atau kasihan.

    Ko ni banyak sangat tengok citer tahyul ke? Org yg dah meninggal mana ada yg datang cekik org yg masih hidup?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails