Monday, January 24, 2011

Jika Ini Jalan Yang Dipilih

Sejak seminggu lepas aku sibuk dari biasa kerana tuntutan tugas. Jadual aku penuh dengan mesyuarat, mengira tender, lawatan kilang dan berjumpa potential customers utk cari projek baru. Kalau biasanya petang Jumaat membawalah ke Isnin pagi aku agak free tetapi minggu lepas tidak begitu. Bahkan pada hari Khamis yg merupakan cuti umumpun aku kerja. Balik rumah pukul 9:15 malam.

Dalam sibuk2 itu sempat juga aku mencuri masa meng'update' blog aku. Kadang2 aku gunakan Blackberry aku aje sementara menunggu aktiviti seterusnya. Aku akan membaca komen2 dari kawan2 melalui BB aku juga. Tapi untuk membalas komen itu menggunakan BB adalah leceh sikit dan perlahan. Jari aku terlalu besar utk keyboard BB yg tak mcm keyboard hp tu

Akibatnya banyak komen tak sempat aku balas.

Dalam pada sibuk2 itu dan blog yg masih tak boleh ditinggalkan, aku juga sempat update status di fb. Yang ini biasanya aku balas kerana komennya lebih pendek dan santai. kadang2 sementara menunggu bilal iqamat sempat lagi aku balas komen tu

Hari ini juga banyak kerja. Dari pagi belum berhenti lagi buat kerja kecuali masa makan, solat dan menghantar Atikah ke UiTM tadi. Nampaknya kalau berterusan sibuk macam ni, terpaksalah aku belikan dia Swift Myvi sebuah. Tak perlu lagi aku menghantar dan menjemput dia setiap minggu ngeeee

Petang tadi semasa aku berehat minum petang sempatlah aku berfb. Ada seorg kawan yg sempat aku sapa di fb. Aku minta maaf kerana tak sempat melawat blognya walaupun dia sering ke blog aku dan memberi komen. Dia faham keadaan aku dan aku berterima kasih kerana itu. Aku beritahu mengapa aku sibuk kebelakangan ini. Aku kena mencari projek dan jika telah mendapat projek aku kenalah laksanakan dgn sebaik mungkin. Aku kena bekerja keras kerana itulah sumber pendapatan aku.

Nak tahu apa dia kata?

"Dah itu jalan yg yb pilih."



Aku terkedu sebentar. Benar apa yg dia kata. Inilah jalan yg aku pilih.

Kalau dah pilih jalan ini, terima ajelah.



Nota kaki: Di dalam hidup ini kita sentiasa berdepan dgn pilihan. Pilihlah yg terbaik dan setelah itu bertawakallah dan berdoa supaya Dia membantu kita.

50 comments:

  1. Setuju...kerja sendiri beginilah...kena cari projek,dah dapat kena laksanakan sebaik mungkin...tapi bila dah selesai rasa teramatlah puas hati bila lihat hasil usaha sendiri kan....

    ReplyDelete
  2. betul tu..kena jalankan kerja dengan baik..dah itu jalan yang dipilih..
    semoga terus berjaya,..

    ReplyDelete
  3. tak per la yb. asal kayo hikhik...

    ReplyDelete
  4. Salam YB,
    sibuk, banyak kerja itu bermakna rezeki semakin bertambah YB...Syukur Alhamdulillah...
    laksanakan sebaik mungkin dan bijaklah mengendalikan masa...
    bila bekerja sendiri seperti YB, time management adalah sangat penting... mungkin YB perlu menggaji seorang PA utk YB..??? Mungkin emak Adam boleh jadi special PA utk YB? atau YB sudah ada PA sendiri...

    Semoga terus maju...

    ReplyDelete
  5. shazarin (zaren la ni)January 24, 2011 at 8:26 PM

    salam uncle..

    kerja itu ibadah kalau niat kita tak lari dari tuntutan..

    ni yang dngki dengan uncle ni, makin sibuk, makin banyak pahala dia..hehe..

    yang paling penting dalam satu2 tanggungjawab tu, dalam sibuk2 pun family tak terabai. tabik!

    ReplyDelete
  6. setuju.............


    pilihan sendiri...... maka lalui dengan tabah dan berani!


    moga bertambah rezeki dr Ilahi

    ReplyDelete
  7. takde salahnya dengan jalan yang YB pilih, betul cara Yb tu..utamakan yang lebih utama dulu sebab itu sumber pendapatan utama..


    yg sampingan boleh buat dimasa lapang..

    setuju..Atikah dapat Swift or Myvi, untuk kemudahan dia juga dan tidak mengganggu urusan YB yg sentiasa sibuk

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum akhi YB...

    jalanilah sesuatu pekerjaan itu dgn ikhlas dan tawakkal ...

    insyaAllah Allah bersama2 dgn org yg ikhlas krnNYA....

    ReplyDelete
  9. ikutilah jalan yang benar..walaupun ada bengkang bengkok,traffic light ..namun tujuannya sampai dgn berkat...aminnnn

    ReplyDelete
  10. semoga jln yg dipilih mudah dilalui....

    ReplyDelete
  11. Sgt betul kata2 kawan YB tu..
    Kita yang pilih jalan hidup kita ni...
    Tak boleh salahkan tuhan, salahkan org lain...

    Apa2 pun YB, sila dgr pantun saya ni:

    "Berakit rakit ke hulu, berenang-renang ketepian...bersusah payah dahulu, bersenang lenang kemudian "

    :)

    ReplyDelete
  12. ct sarah,
    Terima kasih kerana sudi singgah di sini. Salam kenal.

    Betul tu. Ada projek yg beberapa bulan dah selesai tapi ada projek yg bertahun2 baru habis. Kena ada daya tahan kalau buat projek yg memakan masa yg panjang ni.

    psst - tak nak tambah lagi ke ikan dlm kolam en Mat tu?

    ReplyDelete
  13. salam yb
    seperti kata hadith
    perniagan itu 9/10 keksyssn

    bilalah pula ku nak cebur...

    ReplyDelete
  14. Saya tertarik cara YB nak selesaikan masalah tentang hantar anak ke kampus. “Belikan dia sebiji kereta.” Wahhh kalulah semudah itu dapat selesaikan masalah....

    Sungguh terkedu saya. Ya, itulah pilihan yang YB pilih.

    Jauh beza tu kalu nak banding dgn pilihan bagi orang2 yang tidak ada apa-apa...

    ReplyDelete
  15. berakit2 kehulu berenang2 ketepian.....

    ReplyDelete
  16. dah paham ngan org kerja sendiri ni yb. tak kiralah, hujung minggu, cuti umum pun kerja jugak. saya ni kadang2x geram jugak ngan suami.kadang2x sound jugak 'bangla pun tak kerja hari minggu' dia jawab balik. nak senang ke nak susah. --lea senyap terus. hehehehe

    ReplyDelete
  17. patutlah jarang dtg blog i skrg!!


    nak merajuk la camni


    :P


    go go chaiyok. semoga bahagia dgn jln yg dipilh

    ReplyDelete
  18. kak Erna,

    setiap tugas mestilah dijalankan dgn sebaik mungkin. Itu amanah. Setelah dilakukan dgn yg terbaik, hasilnya kita serahkan kpd Allah.

    Terima kasih kerana mendoakan kejayaan saya. Doa yg sama buat kak Erna.

    ReplyDelete
  19. kakpah,

    Bukan senang nak kayo. Kerja kuek pun kalau bolom nak kayo tak kayo jugak.

    ReplyDelete
  20. alamak!
    patut la tersedak!


    hukhukhukhuk!!!

    ReplyDelete
  21. sedih pulak baca n3 ni...!

    terima kasih juga kerana memahami..!

    heheheh!!!

    ReplyDelete
  22. nurazzah8,

    Wsalam.

    Time management mmg penting sama ada bekerja makan gaji atau kerja sendiri. Cabaran utk mengurus masa lebih besar jika bekerja sendiri kerana kita takde bos yg nak menegur. Kalau asyik buat kerja yg tak berkaitan, nanti kerja yg sepatutnya dibuat akan terbengkalai huhuhu.

    Setakat ini staf saya banyak membantu urusan saya. Tak payahlah nak minta emak Adam jadi PA saya utk kerja2 saya. Kerja dia pun banyak yg nak dibuat. Kesian dia.


    Terima kasih di atas kata2 semangat itu.

    ReplyDelete
  23. dan...
    tak sempat becerita panjang..

    kerana abang dah balik...huhuhuhu!!!
    byeeee....!!!

    ReplyDelete
  24. yb, cuit sana skit, cuit sini skit, kerja paling utama :)

    ReplyDelete
  25. zaren la ni,

    Wsalam.

    Apa2 pekerjaan kalau kita niatkan dgn betul insyaAllah akan dikira sebagai ibadat. Zaren study pun juga ibadat kalau niat Zaren betul. Uncle percaya niat Zaren menuntut ilmu itu kerana Allah.

    Banyak atau sikit pahala itu terpulang kpd Allah. Yang penting kita redha dgn apa yg Dia beri.

    ReplyDelete
  26. zonaku,

    ko pun telah melalui apa yg aku lalui. Kita memilih jalan yg kurang digunakan org. Semoga kita sampai ke destinasi yg kita tuju.

    Good luck to us!

    ReplyDelete
  27. ibuintan,

    Saya yakin jalan yg saya pilih ini adalah yg terbaik buat saya kerana saya telah meminta petunjuk dari Ilahi sebelum saya memilihnya. Apa yg terjadi skrg saya pasrah.

    Kerja sendiri ini memang adakalanya lapang dan ada masanya sibuk yg teramat.

    Blogging dan fb tu sambilan utk mengisi masa. Bila masa dah tak cukup, terpaksalah dikorbankan hobi tersebut huhuhu.

    Nasib baik Atikah masih dapat tinggal di kolej utk semeste ini. Jadi masih mampu saya menghantar dan mengambil dia. Tapi kalau ada rezeki, insyaAllah saya nak belikan dia kereta sendiri supaya senang dia bergerak tanpa perlu menunggu saya.

    ReplyDelete
  28. Ummi Humaira,

    Wsalam ummi.

    Betul kata ummi. Apa2 yg kita buat kenalah ikhlas baru dapat berkat. Kalau kita ikhlas kita tak akan merungut dan ini memberi kekuatan dalaman utk kita melakukan kerja2 kita dgn baik. Barulah pertolongan Allah beserta dgn kita.

    ReplyDelete
  29. ikan emas,

    jalan yg benar tak semestinya highway. Kalau tempat yg nak dituju agak tersorok, mungkin jalannya kecil dan berliku. Ketabahan dan kesabaran amat perlu.

    ReplyDelete
  30. kakngah,

    Begitulah yg diharapkan tapi realitinya tak semudah itu huhuhu

    ReplyDelete
  31. Daddy Ziyyad,

    Kawan saya tu mesti dah banyak pengalaman hidup w/p kami tak pernah bersua muka! Dia cakap dari pengalaman.

    Kita diberi akal oleh Allah utk memilih yg terbaik utk kita. Buatlah pilihan bijak dan setelah itu bekerjalah dgn ikhlas dan tekun.

    Harapnya tak dihanyutkan arus semasa berenang ke tepian tu ngeeee

    ReplyDelete
  32. pB memilih untuk meninggalkan komen hari ini

    ReplyDelete
  33. AZANI,

    Benar sabda Rasulullah s.a.w tu. W/p 9/10 pintu rezeki terdapat pada bidang perniagaan tak semestinya semua org menceburi diri dlm bidang ini. Masih ada 1/10 dan ramai juga yg kaya dan hidup senang w/p kerja makan gaji.

    ReplyDelete
  34. YB...bila kita menerima sesuatu projek...kita bertanggungjawab melaksanakannya... bila kita mengambil kakitangan bekerja dengan kita maka menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan periuk nasi mereka terjaga...

    ReplyDelete
  35. azieazah,

    Itu salah satu jalan yg boleh saya pilih utk mengatasi masalah tersebut. Tapi belum dapat dilaksanakan kerana dananya belum mencukupi.

    Kalau ada rezeki, saya rasa lebih sesuai dibelikan sebuah kereta sendiri. Kereta ini akan digunakan oleh adik2 Atikah selepas Atikah habis belajar.

    ReplyDelete
  36. zino,

    kita baru nak berakit2 org lain dah naik speedboat huhuhu

    ReplyDelete
  37. Monalea,

    Macam ni lah jika kerja sendiri. Bila klien panggil kenalah layan. Dan klien ni semuanya nak cepat. Harapnya bab bayaran nanti pun cepatlah jugak.

    Nasib baik cik abg awak tak jawab, "Kalau nak cuti sgt,pergilah ikut Bangla!" hahaha.

    Jgn marah, gurau aje Lea.

    ReplyDelete
  38. en_me,

    Bz org kerja sendiri dgn bz pegawai sykt mcm en_me tak jauh bezanya. Cuma yg membezakan org mcm en_me pasti ada gaji bila cukup bulan tapi kami bergantung pada rezeki.

    ReplyDelete
  39. kts,

    Saya datangpun awak bukan ada. Saya yg nak merajuk ni huhuhu.


    Saya pun doakan semoga awak bahagia dgn jalan yg awak pilih. Saya harap jalan kita akan bertemu satu hari nanti! ahaks

    ReplyDelete
  40. kak long,

    Kesiannya sampai tersedak. Minumkan air suam banyak2 hehehe

    Maaf gunakan kisah kita semalam tanpa meminta keizinan kak long terlebih dulu. Harap kak long tak marah.

    ReplyDelete
  41. kak long no 2,

    Kenapa sedih pula ni kaklong?

    Mcm inilah nak cari rezeki utk diri sendiri dan keluarga serta mereka yg mengharap bantuan kita. Sekurang2nya skrg saya berpijak di bumi nyata. Dulu masa kerja di Miri ada ketikanya saya dan rakan2 terpaksa menempuh ombak dan badai utk ke pelantar minyak utk mencari rezeki.

    ReplyDelete
  42. kak long no 3,

    Sekejap pun sudah meninggalkan kesan yg lama. Saya tahu kaklong sibuk dgn tugas sebagai surirumah di samping menjaga anak2 org dan membuat kuih.

    Tabiklah kak long!

    ReplyDelete
  43. Mak Su,

    Sebelum kita cuit seseorg tu, kita kena kenal baik dulu dgn mereka. Kalau tak, mahu naik penampar bila dicuit huhuhu

    ReplyDelete
  44. pB,

    Mana komennya? hahaha.

    Takpe. Ini meninggalkan jejak namanya.

    ReplyDelete
  45. juliet,

    Jalan yg takde tol lebih berliku huhuhu.

    ReplyDelete
  46. aNIe,

    Tepat sekali apa yg awak katakan itu. Kalau kita sambil lewa aje melaksanakan projek yg kita dapat, hasilnya mungkin tidak seperti yg diharapkan oleh semua org. Lain kali maaflah org nak bagi projek kat kita.

    Kalau kita buat dgn baik dan menggembirakan banyak pihak, mungkin kita akan diberi lagi projek di masa akan datang.

    Begitu juga dgn kakitangan kita. Mereka bekerja keras dgn harapan sykt akan terus maju dan menjaga kebajikan mereka. Keuntungan sepatutnya dinikmati bersama.

    ReplyDelete
  47. ini kah jalan yg i pilih?
    *nanges*

    ReplyDelete
  48. Syida,

    Awak belum terlambat kalau nak tukar arah dan tukar jalan.

    Dah jangan nanges lagi. Tak elok org dewasa mcm awak ni nangis hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails