Monday, January 10, 2011

Tentang Tempe dan Tapai

Ini bukan blog masak2 dan juga bukan blog resepi. Sebabnya aku dah tak pandai masak seperti suatu masa dulu kerana tak nak bersaing dgn emak Adam yg terer dan rajin memasak tu.

Habis tu apa hal pula dgn tempe dan tapai?

Untuk membuat tempe dan tapai, kita kena perap kacang soya dan ubi atau pulut utk satu tempoh tertentu. Kalau tak silap aku 48 jam. Dalam tempoh tersebut, kita tak digalakkan skodeng proses pembentukan kulat yg akan menjadikan tempe atau tapai itu seperti apa yg diharapkan.

Aku ingat lagi masa aku kecil dulu bila emak aku buat tapai. Setelah ubi yg direbus itu disejukkan di dalam dulang, dia akan menabur ragi dan digaul supaya rata. Lepas tu dia akan masukkan ubi2 yg dah beragi itu ke dalam periuk lalu ditutup dgn penutup periuk. Tak cukup dgn itu, dia akan membungkus periuk itu dgn kain batik basahan dan akhir sekali dimasukkan bawah katil. Aku dan adik kembar aku tak dibenarkan membuka bungkusan tersebut w/p kami memang selalu bermain di bawah katil tu. Rumah kami kecil aje dan kami 'terpaksa' gunakan segala ruang yg ada. Bawah katil adalah antara tempat permainan feberet kami. Masa tu mana ada Times Square ke bagai. Kalau adapun mmg kami tak mampu.

Ok balik kpd kisah tapai ini . . . . . . .

Setelah 48 jam emak kami akan membuka bungkusan kain batik dan penutup periuk untuk melihat hasilnya. Org kata kalau sedang datang bulan tak boleh buat tapai - nanti tapai yg jadi tu warna merah. Aku tak tahu apa hubungannya dua perkara ini tapi org dulu2 memang tak berani melanggar pantang ini.

Masa nak buka tu aku dan adik aku akan menunggu depan emak kami mcm korang tunggu keputusan AJL depan tv malam tadi.

Tapai yg baik akan berwarna putih bersih dan manis rasanya.

Sebenarnya dah lebih 48 jam aku tak update blog aku ni. Aku dah perap macam nak buat tempe dan tapai.

Tadi aku tengok site meter. Walawei, masih ada yg datang ke sini. Aku terharu huhuhu

Terima kasih kerana masih sudi ke sini walaupun blog ini terperap dua hari dua malam hehehe

74 comments:

  1. aku baru nk tanya kenapa org period tak bulih buat tapai. kononnya nnti tapai merah. aku rasa macam tak ada kaitan je.





    .

    ReplyDelete
  2. aku 1st?

    ok.
    aku nk hadiah.

    he he.



    .

    ReplyDelete
  3. tasekM,

    Ko org pompuan patut tahu hal ni. Aku nak tanya emak aku masa tu aku kecik lagi. Sgt inesen masa tu ok.

    ReplyDelete
  4. tasek lagi,

    Ha'ah ko 1st hari ni. Eh ni first time ke ko first? Ko free ke tu. Nanti aku kacau ko ngeee



    Baru sekali dah nak hadiah? Nanti org kata aku pilih kasih pulak hehehe

    ReplyDelete
  5. mitos tapai turns red(kalau period tuh) lebih kurang mcm mitos baby baru lahir takleh pakai baju kuning lah, takut jaundice..hehehe

    tempe goreng cecah kicap pedas..besttttttt :)

    ReplyDelete
  6. en YB..heheh..dulu kite ada tlg nenek buat tempe secara tradisional..best..hehehe..:)

    ReplyDelete
  7. aku x makan tapai atau tempe... sekian!


    eh.. tp kawan aku kata, mak dia rilek je buat tapai time period.. cantik jer jadinya

    ReplyDelete
  8. tempe & tapai

    2 - 2 ai punye feveret! hehe

    ReplyDelete
  9. dulu aku tak reti makan tapai ngan tempe nih..

    tapi, sejak kawen ngan org johor, tetiba mcm buleh telan je menda2 alah nih.. hahaha..

    .. dan so surprisingly.. anak aku yg lelaki tu, baru 4 tawon, buleh layan tapai pulut satu bekas sorang, tak dak share2.. confius aku!! tekak abah dia betul!!!.. hahahaaaa..

    ReplyDelete
  10. saya suka tempe goreng..sgt la sedap...

    ReplyDelete
  11. i luv tempe hoccay!!~
    blh berderai diet dek penangan tempe kehkehkeh!! diet la sgt kununnya...

    ReplyDelete
  12. Daddy Ziyyad,

    Nak kata mitos kadang2 tu jadi mcm tu. Mungkin tak bersih ke apa ke tapi menguatkan lagi kepercayaan org2 yg mmg percaya perkara2 mcm ni.

    Pakaian warna kuning mmg kurang laku utk newborn. Org beli yg biru atau pink. Kalau tak sure pilihlah warna putih.

    Saya suka tempe goreng berempah yg garing. Tak payah cicah apa2 pun best hehehe

    ReplyDelete
  13. alien,

    tapai ubi dan pulut kedua2nya sedap kalau manis. Kena disejukkan pula - terangkat beb.

    ReplyDelete
  14. cikceriacorner,

    Nenek org Jawa ke sbb tahu buat tempe?

    Yg best tu membuatnya atau tempenya? hehehe

    Skrg boleh buat lagi tak?

    ReplyDelete
  15. salam YB..aritu kenduri kat umah MDT, maklong siap supply tapai ubi 1 tempayan..makan sampai kembong perut! :)

    ReplyDelete
  16. Dua-dua peberet saya tu !

    Hari2 mesti amik tempe kalau lunch. tak kira goreng @ sambal.


    Saya suka tapai ubi. kat sg buloh ni sebekas taufofah tu RM3. Orang Sg Besar buat. Sedap sangat !

    ReplyDelete
  17. Tak tengok AJL lah YB.


    Tengok Hawaii-five-O @ AXN.


    hehe..

    ReplyDelete
  18. best tapai ubu kayu goreng...yummy....

    ReplyDelete
  19. zonaku,

    Ko kenalah kahwin dgn org yg makan tempe dan tapai mcm Tiny tu. Dulu pun dia tak makan tapai dan tempe sbb dia org Penang. Tapi sejak kahwin org Johor dia dah boleh terima makanan yg enak banget ini hehehe

    Dia pakai pad yg tak tiris kot? hahaha

    ReplyDelete
  20. tapai pulut pun sodapppp.. glurrrrpppp...

    ReplyDelete
  21. ~mrs azmi~,

    Apa kata awak belajar buat tempe dan tapai. Bila dah pandai, bolehlah buat side income. Kan hari tu awak kata nak cari pendapatan tambahan.

    Mana yg tak laku tu, boleh makan sendiri sebab faveret awak hehehe

    ReplyDelete
  22. TINY,

    Eh org Penang tak pandai makan tapai dan tempe ke? Zonaku pun mcm ko jugak tu.

    Para isteri yg sanggup korbankan perasaan utk menyukai makanan yg disukai oleh suami mereka adalah sangat aku respek. Bayangkan kalau isteri masih tak boleh makan apatah lagi membenci makanan kegemaran suami mereka, para suami terpaksalah makan luar. Kalau mereka cari lain nanti siapa yg susah? ngeee

    Biar betul Zaqwan? Uncle pun tak berani makan sampai banyak tu. Nanti panas badan huhuhu

    ReplyDelete
  23. sahrom,

    Tempe goreng yg ditaruk rempah mmg best.

    Saya suka yg garing. Awak yg mcmana?

    ReplyDelete
  24. Salam YB..

    masa skola dulu ade kwn yg ingat tempe dibuat dari tapak kaki kucing....

    apa punye kwn daaa...

    ReplyDelete
  25. tempe->susah nak dapat kat kota bharu.
    tapai->tak semua org boleh buat tapai ni jadi manis.

    ReplyDelete
  26. kakngah,

    Demi cinta, manusia sanggup lakukan apa saja. Apalah sangat diet yg sekejap on sekejap off tu bila nampak tempe

    hahaha

    ReplyDelete
  27. tapai ubi letak dalam abc mantap gaks.

    ReplyDelete
  28. org islam zaman sekarang pun mcm tapai gak. diragi dgn segala macam jenis bahan yg menapaikan. tgk rupa macam ubi, sentuh2 rupanya lembik. tapai.

    kesian org islam zaman sekarang.

    ReplyDelete
  29. salam akhi YB...

    ingat ker dah kuar menu atau resepi tapai tadi...

    ok ler tu blog di perap , lepas nie lg manis ler..

    ReplyDelete
  30. makdara TERdiva,

    Wsalam.

    Mak ai sampai satu tempayan! Jenuh nak buat tu.

    Kalau tak habis dimakan sebab dah kembung, boleh dibuat air. Minum pula sampai kembung jugak hehehe

    ReplyDelete
  31. a.z.r.i.n.a no 1,

    Ramai org kata tapai dan/atau tempe feveret mereka. Tapi Reen mmg 'hantu' tempe sbb hari2 mesti makan tempe. Patutlah kulit mulus.

    Setiap hari makan tapai tak panas badan ke? Kalau pergi Sg Besar boleh dapat murah lagi kot? ngeee

    ReplyDelete
  32. a.z.r.i.n.a no 2,

    Kebanyakan org tengok AJL tapi Reen tengok Hawaii five o pulak?

    Saya pergi tengok pengantin malam tadi.

    ReplyDelete
  33. Eja,

    Tak pernah makan tapai ubi kayu goreng. Kat mana ada jual ek?

    ReplyDelete
  34. blog kang YB dah fofuler kanns.. caiyok caiyok

    ReplyDelete
  35. saya suka tapai.
    tapi skarang diharamkan makan.
    i missed u tapai.

    ReplyDelete
  36. - GC -,

    Tapai pulut putih saya suka. Tapi tapai pulut hitam kureng sikit. Awak suka tapai pulut yg mana?

    ReplyDelete
  37. kak ct,

    Mmg apa punya kawan da.

    Kalau mcm tu habislah kucing kat Msia ni takde tapak utk jalan sebab dah dibuat tempe hehehe

    ReplyDelete
  38. shaliza,

    Tempe biasanya banyak dijual di tempat yg ramai org Jawa atau org2 yg telah dipengaruhi lidah mereka oleh org Jawa.

    Tapai kalau nak manis kena guna ragi yg elok. Masa emak saya buat tapai dulu beza harga ragi tapai yg manis dgn yg tak manis baru 20 sen. Itu pun ada yg nak jimat. Mcmana mereka buat perkiraan? ngeeee

    ReplyDelete
  39. Alimaz - Kembara Terasing,

    Tapai yg manis mmg world.

    ReplyDelete
  40. juliet,

    Bertambah mantop bila diminum waktu tengahari yg panas terik. Slurrppp

    ReplyDelete
  41. tapai ubi tak berapa best... sedap tapai pulut jugak... hohohohohoh :D :D

    ReplyDelete
  42. gadisBunga,

    Wah berfalsalah awak petang ni. Kalau mcm ni selalu susah Ustazah Norbahayah nak cari makan hehehe

    Apa yg awak cakap tu betul.

    Tapai ni dahlah lembik tak tahan lama pula tu. Peringatan utk kita semua sebagai org Islam.

    ReplyDelete
  43. saya memang suka muzik tapi hanya di radio. Bila berkenan, saya download.


    Jarang menonton di TV. Tak nak influence anak2 lah YB. Kalau Mahir Zain @ Sami Yusuf takpe..




    Ibu dorang dengar lagu Korea, Indie & Rock takpe... hehe..

    ReplyDelete
  44. Ummi Humaira,

    Wsalam.

    Saya dah tak pandai masak. Dulu masa bujang mcm2 resipi saya cuba. Masak nasi dalam buluh pun pernah saya buat.

    Harap2 lepas diperap ni tambah ummph blog ni. Bolehlah ummi rajin2 ke sini.

    ReplyDelete
  45. Tempe, sejenis makanan yang dulu-dulu mmg saya tak kenal dan tak suka makan...

    ReplyDelete
  46. tapi bila kahwin dengan orang "Parit" - orang Jawa kan, saya pun mula mengenali apa itu tempe...

    ReplyDelete
  47. lama-kelamaan dah jadi suka lah pulak..every week pergi pasar tak lupa beli tempe... macam2 yg boleh dibuat dgn tempe ni...

    selalu buat sambal goreng tempe...
    kalau malas potong nipis2 goreng garing2 pun sedap makan cicah sambal kicap...aiseyman,...dah terliur lah pulak cerita pasal tempe nih... stok dah habis...esok kena suruh bibik beli kat pasar! hehehe

    ReplyDelete
  48. Tapai pulak mmg kegemaran saya sejak kecil... tapi skrg saya dah cuba menghindari dari memakannya ... kenapa?

    ReplyDelete
  49. Sebab tapai ni terlalu manis... saya takut juga .. bak kata orang..itu "ubat" penyakit diabetes...
    tak ..tak...saya tak ada diabetes..tapi lebih baik take precaution terlebih dahulu drpd kita mengubati kan...

    ReplyDelete
  50. YB, terimakasih di atas doa dan ucapan... semoga anak saya terus kembali sihat spt biasa... masih lagi recovering...:-(

    ReplyDelete
  51. en_me,

    blog saya tak fofuler mana pun. Tak boleh lawan blog en_me yg itewww

    hehehe

    ReplyDelete
  52. Syida,

    Aqid nak dapat adik ya? Tahniah! Dah pilih nama ke? Kalau lelaki nak kasi nama Fahmi atau Safee? hehehe

    Eh pagi tadi kita selisih kereta ya?

    ReplyDelete
  53. syah,

    Saya pun lebih suka tapai pulut. Yummmy yummy

    ReplyDelete
  54. a.z.r.i.n.a,

    Baguslah tu. Kanak2 tak elok didedahkan dgn hiburan banyak sgt. Nanti tak jadi nak buat kerja lain yg lebih berfaedah.

    Rajin jugak awak download? Saya setakat dengar dlm kereta aje hehehe

    ReplyDelete
  55. nurazzah8 no 1,

    tak kenal maka tak cinta ..... hehehe

    ReplyDelete
  56. nurazzah8 no 2,

    itu untungnya kahwin dgn org Jawa ni.

    Lain kali kalau boleh, carilah menantu org Jawa hahaha

    ReplyDelete
  57. nurazzah8 no 3,

    Tempe adalah bahan masakan pelbagai guna seperti yg Azzah dah tahu sekarang. Tapi mungkin ada lagi resipi dari tempe yg belum azzah cuba spt pindang tempe. Dah pernah cuba ke belum? Emak Adam biasa buat. Kadang2 dicampur dgn ikan parang.

    Nak suruh bibik beli tempe yg bungkus dgn daun pisang atau bungkus plastik? Kalau dapat yg daun pisang lagi best.

    ReplyDelete
  58. nurazzah8 no 4,

    Saya pun suka tapai sejak kecil lagi. Kalau dulu makan yg emak saya buat sendiri.

    Kat Johor pun ramai org buat tapai kan?

    ReplyDelete
  59. nurazzah8 no 5,

    Banyak lagi benda yg manis selain tapai. Tapai yg masam pun ada juga hehehe.

    Tapi eloklah kalau boleh disiplinkan diri dari mengambil makanan yg manis w/p tak kena kencing manis. Saya cuba juga tapi bila nampak cokelat yg beli kat Langkawi tu, saya tewas huhuhu

    ReplyDelete
  60. nurazzah8 no 6,

    Itu saja yg mampu saya lakukan. Doa azzah sebagai emaknya yg paling makbul. Kami ini tolong2 aminkan aje.

    Semoga dia recover dgn cepat. Lepas ni insyaAllah dia akan lebih bijak. Macam Adam yg jatuh masa dia kecil dulu. Skrg ramai yg kata dia pandai ngeeee

    ReplyDelete
  61. teringat kat tapai mak buat.nasi campur ngan ragi.bungkus ngan daun, letak dalam periuk, periuk bungkus ngan kain dan letak bawah katil.sedapnya.....

    ReplyDelete
  62. segan nk komen sini. ramai sgt yg komen. hehehehe

    ReplyDelete
  63. hikey esok nak goreng tempe

    ReplyDelete
  64. Monalea,

    Eh cara emak Lea dan emak saya sama. Cuma emak Lea gunakan nasi dan emak saya gunakan ubi.

    Mmg tak boleh lawan tapai yg emak buat. Dibuat dgn kasih sayang utk anak2 ngeeee

    ReplyDelete
  65. Jard,

    iyalah tu. Nyampahlah ko ni jard. Mcm tak biasa kat sini pulak.

    ReplyDelete
  66. Anonymous,

    Nek arek goreng tempe, goreng seng akeh hehehe

    ReplyDelete
  67. adoi... tapai n tempe!!! alluring sunnguh... How i miss it!

    ReplyDelete
  68. zafi,

    Sesiapa yg pandai buat tapai dan tempe boleh cari makan kat UK tu rasanya sbb kat sana tiada benda2 ni hehehe

    ReplyDelete
  69. saya sangat suka tapai ubi. yang bestnye tapai ubi ini bole cegah breast cancer. InshaAllah

    ReplyDelete
  70. MasZuber,

    Ya ke? Kalau mcm tu kena selalu makan tapai ubi ni ngeeeee

    ReplyDelete
  71. betul tu yb.air tangan mak ni lain sikit.

    ReplyDelete
  72. Monalea,

    Bukan lain sikit tapi lain banyak. Dari kita lahir makan masakan mereka. Nasib baiklah emak saya pun pandai masak hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails