Hari ni hari Sabtu. Hari utk rilek dan bersama keluarga.
Pagi tadi tak banyak aktiviti sebab emak Adam tak ke pasar. Kalau tak, tak cukup satu pasar. Mula2 pergi pasar tani, lepas tu ke pasar borong Selayang dan utk melengkapkan jadual ke pasar Chow Kit. Setiap pasar ada barang yg berlainan yg mahu dibelinya. Kalau barang tu sama, dia kata harga di satu tempat tu lebih murah dari di pasar yg satu lagi. duit minyak dan masa aku ni dia tak kira huhuhu
Pagi tadi aku hantar Haizam ke sekolah kerana ada program Pasti Jaya utk pelajar2 tingkatan 3 dan 5.
Balik dari sekolah aku singgah di pasar tani beli keropok lekor, pisang dan tempe.
Dari pasar tani aku ke medan selera beli sarapan utk keluarga aku. Nak jadi suami mithali kenalah bagi peluang isteri rehat dari menyediakan sarapan bila hujung minggu. Suami2 lain tu amalkanlah petua aku ni kalau nak lebih disayangi oleh isteri masing2. Tapi kalau ada lebih dari seorg isteri jangan buat macam ni. Nanti dia ingat kita dah makan di rumah yg satu lagi hahaha
Itu kisah pagi tadi. Agak santai.
Petang ni banyak yg kami nak lakukan. First nak solat Zohor. Lepas tu nak hantar emak Adam beli buah utk dibawa ke jamuan dgn jiran2 malam ni. Anak2 pula nak ke Muzium Negara mengikuti program dgn Upin & Ipin pukul 2:30 ptg ni. Balik dari sana, aku nak hantar emak Adam buat rawatan kesihatan. Lepas ni slimlah dia. Tapi dah berapa bulan masih tak turun sangat pun huhuhu
Sementara dia di pusat rawatan aku nak jumpa orang di Gombak. Harap boleh settle hal di sana supaya aku boleh menjemput emak Adam semula. Dia nak tolong jiran2 sediakan makanan utk BBQ parti malam ni. Worse come to worst, buah yg nak dibeli tu ada. Itu sumbangan dari famili kami.
Oklah Zohor pun dah masuk ni. Aku nak solat dulu sebelum sibuk dgn program petang dan malam ni.
Pagi tadi tak banyak aktiviti sebab emak Adam tak ke pasar. Kalau tak, tak cukup satu pasar. Mula2 pergi pasar tani, lepas tu ke pasar borong Selayang dan utk melengkapkan jadual ke pasar Chow Kit. Setiap pasar ada barang yg berlainan yg mahu dibelinya. Kalau barang tu sama, dia kata harga di satu tempat tu lebih murah dari di pasar yg satu lagi.
Pagi tadi aku hantar Haizam ke sekolah kerana ada program Pasti Jaya utk pelajar2 tingkatan 3 dan 5.
Balik dari sekolah aku singgah di pasar tani beli keropok lekor, pisang dan tempe.
Dari pasar tani aku ke medan selera beli sarapan utk keluarga aku. Nak jadi suami mithali kenalah bagi peluang isteri rehat dari menyediakan sarapan bila hujung minggu. Suami2 lain tu amalkanlah petua aku ni kalau nak lebih disayangi oleh isteri masing2.
Itu kisah pagi tadi. Agak santai.
Petang ni banyak yg kami nak lakukan. First nak solat Zohor. Lepas tu nak hantar emak Adam beli buah utk dibawa ke jamuan dgn jiran2 malam ni. Anak2 pula nak ke Muzium Negara mengikuti program dgn Upin & Ipin pukul 2:30 ptg ni. Balik dari sana, aku nak hantar emak Adam buat rawatan kesihatan. Lepas ni slimlah dia.
Sementara dia di pusat rawatan aku nak jumpa orang di Gombak. Harap boleh settle hal di sana supaya aku boleh menjemput emak Adam semula. Dia nak tolong jiran2 sediakan makanan utk BBQ parti malam ni. Worse come to worst, buah yg nak dibeli tu ada. Itu sumbangan dari famili kami.
Oklah Zohor pun dah masuk ni. Aku nak solat dulu sebelum sibuk dgn program petang dan malam ni.
Tempat lea pun ada BBQ malam ni.Suami dah bz na tu. Tulah YB.Saya Sabtu n Ahad jarang buat sarapan.Selalu minum kat luar je. MAMAK TIME...
ReplyDeleteYeay...1st...
ReplyDeleteMonalea,
ReplyDeleteBBQ dgn jiran2 jugak ke? Kat tempat kami ada 22 famili nak ikut serta. Itupun tak buat kempen besar2an. Kalau tak mahu separuh dari org di taman perumahan ni nak ikut.
Suami mithali jugalah tu bawa famili sarapan di luar bila hujung minggu. Lea duduk di Kuching kan? Kat sana ada banyak kedai mamak ke?
Monalea lagi,
ReplyDeleteTahniah dapat jadi pengomen pertama! Kiranya pesaing baru ni hehehe
nak join bbq boleh??
ReplyDeleteaku pun nak join bbq gak. boleh ke.. kts.. tunggu ek..
ReplyDeleteYB, saya setuju amat part duit minyak tu..hehehe..nak berjimat 50 sen, tapi kos petrol ke tempat lain..lebih kurang aja(or even lebih). Tu tak dikira dgn masa yg terbuang
ReplyDeletebestnye..jadual penuh..heheh..:)
ReplyDeletetak baik tau, kenapa tak pakat semua penduduk taman tu buat BBQ... nanti jiran blok sebelah dapat bau je
ReplyDeletetak baik menyakiti jiran dengan bau-bauan wangi BBQ tu.... eh, nasib baik saya tak terbau juga
Lea dok punchong YB.Sesekali je balik Kuching.Aah.kawasan kejiranan.Adalah dalam 20+ famili. Dok collect RM20 satu family.Dapat beli seelor kambing, ayam, ikan, kerang. Sesekali mcm ni seronok YB.
ReplyDeletesepatutnya pagi tadi g pasar kat sabak ni ha.. kekeke
ReplyDeleteSalam yB..patutnya petang2 gini boleh meluruskan kaki jer..
ReplyDeleteYB..suami mithali..kena ikutkan aje..kemana kan..walaupun 3..4..pasar yang dijelajah..
ReplyDeleteakak pun kadang2 jadi macam tu..mula2 ke rembau..lepas tu..pasar ampangan..kemudian..pasar besar seremban..
nak buat camana..barang yang nak dibeli memang berlainan tempat..
Nanti kalu dah slim, tunjuklah gambar Mak Adam tu yerrrrr...
ReplyDeletewahh..
ReplyDeletemak saya pun camtu jugak.kalau tg karang tu dkat, mesti dia nak pergi kalau keluar beli stok dapur.
*JANGAN LUPA TAG TU YB...hehe.
Sibuk betul YB bila tiba hujung minggu. Memang betul-betul YB. Bagus tu program yang diadakan, boleh menambah kemesraan sesama jiran.
ReplyDeletenak joint sekaki boleh tak ? hehe oops dah selesai pun
ReplyDeletekts,
ReplyDeleteKenapa awak tak datang? Banyak kali saya call tau huhuhu
kakpah,
ReplyDeleteTahu ke kat mana tempatnya. Kalau ikut kts takpe sebab dia biasa ke tempat saya. Tapi smlm jgn kata kakpah, kts pun tak muncul huhuhu
Daddy Ziyyad,
ReplyDeleteKita org lelaki melihat perkara tu dari sudut yg berbeza dgn wanita.
Bukan mereka tak tahu opportunity cost yg awak sebutkan tu tapi mereka seolah2 mendapat kepuasan berbelanja di tempat yg mereka suka.
Ikutkan ajelah selagi larat. Utk menunjukkan kasih sayang jugak kan hehehe
cikceriacorner,
ReplyDeleteHa'ah penuh sampai lewat malam tadi. Hari ni pun banyak aktiviti. Ini baru sempat menjengah blog kejap sebelum ke surau utk solat Asar.
Harap hujung minggu awak pun menyeronokkan.
ibuintan,
ReplyDeleteKalau nak jemput semua lebih sesuai kalau persatuan penduduk yg lakukan.
Majlis mlm tadi pun melibatkan famili dari blok2 berlainan. Dekat nak penuh court bola keranjang dgn para hadirin malam tadi.
Kalau ibuintan ada dekat sini lain kali boleh join. Takde masalah sbb makanan mencukupi bila setiap keluarga bawa sorang sikit.
Monalea,
ReplyDeleteOh skrg Lea duduk di Puchong. Ada juga saya ke sana sekali sekala tapi tak tahu taman yg mana satu.
Skrg dah jaranglah kitak kelakar Sarawak? ngeee
RM20 boleh dapat kambing dan lain2 ke? Kami kat sini collect RM30 satu keluarga. Ramai yg beri lebih dan bawa makanan dari rumah. Sesama jiran bukan kami nak berkira sangat. Yg penting dapat bergaul mesra.
Tentu meriah majlis tempat Lea malam tadi.
Lieya,
ReplyDeleteJauh sangat nak ke sana. Lagipun baru sekali dua aje kami ke pasar Sabak. Biasanya ke pasar Big River aje kalau ke sana sbb kakak ipar dah kenal dgn para peniaga di pasar Big River tu hehehe
relevan,
ReplyDeletePetang semalam dan petang ni tak sempat nak luruskan kaki. Nampaknya kena tunggu hari kerja utk luruskan kaki ngeeeee
kak Erna,
ReplyDeleteItu lagi ganaz!!! Sekurang2nya saya dan emak Adam pasar sekitar KL ni aje.
Tapi saya rasa kaum wanita ni dapat semacam satu kepuasan bila dapat membeli barang di tempat yg disukainya w/p terpaksa pergi ke banyak tempat. Bila hati sudah suka, semua indah saja. Duit minyak dan masa tak jadi perhitungan lagi.
Saya cuma mahu emak Adam happy hehehe
azieazah,
ReplyDeleteLama lagi kot nak tunggu slim sbb emak adam kat konsisten buat rawatan. Semalam pun tak sempat nak pergi sebab lama di Muzium.
a.z.r.i.n.a,
ReplyDeleteSekali sekala bawalah dia ke Tg Karang supaya dia rasa happy dapat beli barang2 yg dihajati. Berapa jauh sangatlah TK tu jika dibandingkan dgn org yg pergi shopping ke London ekeke
Tak janji saya boleh jawab tag tu kali ini. Awak bukan tak tahu saya ni jenis tak berapa nak minat jawab tag ngeeee
Kak Long Mawar Merah,
ReplyDeleteHujung minggu seperti hari2 lain saya cuba gunakan sebaik mungkin. Rasa rugi pula jika hujung minggu cuma duduk menghadap tv atau komputer sehari suntuk.
Sambutan program malam tadi sungguh hebat. Semua yg hadir bersetuju utk membuatnya sekurang2nya 3 bulan sekali. Semalam kami dapat berbual mesra dgn jiran2 yg lama tak jumpa terutama yg duduk di jalan yg tak sama dgn kami. Di taman kami ada 8 jalan.
zino,
ReplyDeleteNak join sekaki tak jadi masalah. Tapi semalam kan awak menikmati asam pedas Hjh Mona? hehehe
eh..mak adam kenapa ?
ReplyDeleteadam nak dpt adik ke ?
salam YB
ReplyDeletesibuknyaaaaaaaa
ikan emas,
ReplyDeleteTakde apa2 dgn emak Adam. Pagi Sabtu tu dia tidurkan Adam masa saya hantar Haizam ke sekolah. Balik tu saya singgahlah ke pasar tani dan foodcourt.
Awak ni cepat aje nak buat speku hehehe
pB,
ReplyDeleteWsalam.
Harap pB dan baby sihat.
Biasalah hujung minggu memenuhi undangan dan aktiviti keluarga dan kejiranan. Baru seronok hehehe
salam en YB..
ReplyDeletehehehe..terima kasih..alhamdulila ujung minggu saya memang sangat menyeronokkan..hingga arini membuatkan saya tersenyum..heheheheh
emak Adam pegi buat slimming kat mana? heheh~
ReplyDeletecikceriacorner,
ReplyDeleteBaguslah hujung minggu awak menyeronokkan. Tak sia2 awak dipanggil cikceria hehehe
kuina,
ReplyDeleteSenyum itu sedekah. Senyum membawa cahaya.
gadisBunga,
ReplyDeleteDia buat dekat Ampang Point. Nak ikut ke?