Friday, January 7, 2011

Kenapalah Aku Tak Jadi Pilot . . . . .

Tengahari semalam selepas selesai urusan aku di TM Point, Kepong utk menamatkan perkhidmatan Streamyx dan Let's Talk kerana aku dah pasang Unifi yg datang dgn pakej panggilan percuma kpd semua no talian tetap di seluruh negara, aku pun telefon emak Adam utk memberitahu dia aku nak balik makan sebelum ke Kelana Jaya.

Emak Adam beritahu aku eloklah tu sebab salah seorg saudara aku yg berpangkat anak saudara (w/p dia lebih tua dari aku) ada di rumah kami menghantar kad jemputan kahwin bagi pihak abangnya yg nak mengahwinkan anaknya.

Setibanya aku di rumah aku dapati kereta BMW dia ada di depan gate rumah aku. Aku pun letak kereta aku di luar pagar aje. Kebetulan ada tempat kosong. Kalau sebelah malam penuh kereta keliling pagar rumah aku yg corner lot ini dengan kereta2 jiran.

Setelah memberi salam aku pun bersalaman dgn dia. Nampak ceria. Usia dia dalam 50 atau 51 tahun.

Setelah menghulurkan cawan kpd aku, emak Adam hulurkan kad jemputan utk aku baca. Majlisnya pada 16 Jan ini.

Panjang pula mukadimah n3 aku kali ini. Maklumlah dah lama aku tak buat n3 pagi2 macam ni.

Korang mesti tanya apa kena mengena kisah ini dgn tajuk n3 ni. Kalau korang tak bertanya tu, memang korang pembaca setia ruangan aku ni yg menerima apa yg aku tulis seadanya. Aku tabik kat korang.

Sebenarnya anak kedua saudara aku ni bekerja sebagai pilot di Air Asia. Baru berumur 24 tahun. Semalam dia bawa kapalterbang ke India. Minggu depan terbang ke Australia. Menurut saudara aku tu, bulan ni anak dia sibuk sikit sebab ramai pilot yg cuti. Sebulan dia boleh buat maksima 105 jam penerbangan. Itu had yg ditetapkan oleh badan yg mengawal selia kerja pilot ni. Menurut anaknya itu, kalau kerja di MAS, nak dapat 80 jam penerbangan pun susah.

Hujung tahun ni anak dia dah boleh jadi kapten kalau ikut jumlah jam penerbangan tapi mungkin Air Asia akan tangguhkan kerana sykt hanya akan melantik seseorg pilot itu menjadi kapten apabila mereka berumur 26 tahun keatas. Mungkin biar mereka lebih mature.

Aku pun tanya berapa pendapatan anak dia tu sebulan. Saudara aku beritahu, "berbelas-belas ribu jugaklah."

Itu baru pembantu juruterbang. Bila dah jadi kapten gaji dan elaun lagi besar.

Saudara aku beritahu anaknya bercadang berkhidmat dgn Etihad Airways setelah menjadi kapten nanti kerana gaji yg ditawarkan oleh sykt Timur Tengah itu jauh lebih besar dari yg dibayar oleh Air Asia atau MAS.

Walawei. Baru 24 tahun pendapatan dah 5 angka. Setahun dua lagi apabila dah jadi kapten, gaji mahu double.

Kenapalah aku tak jadi pilot walaupun memang itulah dulu cita2 aku? huhuhu


Oh ya. Kalau ada gadis2 yg menaruh harapan nak usha cucu saudara aku ni, lupakan ajelah hasrat itu. Dia dah ada girlfriend. Graduan UiTM. Mereka dah merancang nak kahwin pertengahan tahun ni. Korang cari ajelah pilot lain. Ataupun mantan engineer macam aku ni hahaha

76 comments:

  1. skrg pn YB dh jd pilot apa...
    pilot rumahtangga...

    ReplyDelete
  2. kakngah,

    Selamat pagi kakngah.

    Tak boleh jadi ni. Cucu lebih kaya dari atuk ni huhuhu

    ReplyDelete
  3. hhhmmm....

    aku awal2 dah kene rijek..

    sebab aku pompuan, kurang tinggi n mata rabun.

    pakej lengkap untuk penolakan

    salam pagi jumaat..........

    ReplyDelete
  4. kakngah lagi,

    Pilot tu takde dapat gaji huwaaaaa

    ReplyDelete
  5. zonaku,

    Eh pompuan pun dah ada yg jadi pilot tau. Tapi kalau tak tinggi dan rabun mcm ko, memang takde can lah. Kerja kat darat ajelah hehehe

    ReplyDelete
  6. kui kui kui

    baru nak sampaikan salam kepada cucu sedara itu.

    cancel la ;p

    ReplyDelete
  7. anways,

    pilot perlu dibayar dengan gaji yang tinggi, sebab educational fees dia pun..mak ai cecah ratusan ribu..

    so bole cover loan later..:)

    ReplyDelete
  8. MasZuber,

    kenalah cari pilot lain kuang 3x

    BTW cucu saudara saya tu hensem tau.

    ReplyDelete
  9. MasZuber,

    Pilot perlu dibayar gaji tinggi bukan pasal mereka kerja di tempat tinggi iaitu di langit? hehehe

    Educational fees utk engineer pun tinggi juga tapi kenapa gaji tak tinggi sangat? Salah ambil bidang huhuhu

    ReplyDelete
  10. Jadi pilot dan co-pilot bawak keta pun cukuplah YB...



    hehe..

    ReplyDelete
  11. Kena tunggu anak-anak dia lah nanti untuk anak-anak saya...


    haha...

    ReplyDelete
  12. jadi pilot kereta pun ok yb. hehehehe.ada niat dihati ke mantan engineer? hahaha

    ReplyDelete
  13. Kalau ada gadis2 yg menaruh harapan nak usha cucu saudara aku ni, lupakan ajelah hasrat itu. Dia dah ada girlfriend.


    lelaki boleh kawin 4. harap maklum


    .
    .


    kim salam kat pilot tu eh. time kasih :)

    ReplyDelete
  14. a.z.r.i.n.a no 1,

    Adik2 si pilot ni ada lagi. Bolehlah berkenalan kalau ada niat. Tapi mungkin mereka tak jadi pilot hehehe

    ReplyDelete
  15. cari pilot darat sudah la.... tapi orang kata pilot kat atas tu memang ramai yang encem kan..ehehehe

    ReplyDelete
  16. mesti la gaji 5-6 angka!
    yg digadaikan nyawa!

    ReplyDelete
  17. pailot kaklong pun blh tahan gak...ahakasss!

    ReplyDelete
  18. a.z.r.i.n.a no 2

    Terbalik pula jawab yg tadi tu dulu.

    Pilot dan co-pilot bawa kereta tak bergaji tak best. Nak yg gaji lebat mcm dia tu huhuhu

    ReplyDelete
  19. Chik Att,

    Samalah kita. Sebulan lebih dari 105 jam kita jadi pilot hehehe

    ReplyDelete
  20. Monalea,

    Jadi pilot kereta dah ramai sangat. Aweks pun tak terpikat kecualilah berlagak mcm tuan besar.

    Mantan engineer tu saja test market. Terbawa aura malam tadi wakaka

    ReplyDelete
  21. kts,

    Saya mmg sedia maklum.

    InsyaAllah akan saya sampaikan kalau jumpa dia. Kat mantan engineer tak nak kirim salam ke? Dia ada lagi 3 kekosongan tau hikksss

    ReplyDelete
  22. Cik Bee,

    Selamat mencari hehehe.

    Tak perasan pula saya sama ada pilot kat atas tu ramai yg ensem. Tapi kalau pramugari ramai yg cun hahaha

    ReplyDelete
  23. kak long,

    Banyak kerja lainpun mengadai nyawa. Masa saya kerja kat pelantar minyak dulu kalau meletup pelantar tu habis mati kami. Tapi gaji tak sampai pun 5 angka. Dah berbelas2 tahun kerja barulah 5 angka ngeeee

    ReplyDelete
  24. kak long no 2,

    Kak long apa kurangnya. Jadi sama padanlah tu hehehe

    ReplyDelete
  25. nampaknya saya kene usha pilot. hari2 lalu airport tapi tak usha. loser betul! hahaha!!!

    ReplyDelete
  26. baca fb awak tadi macam nak suruh orang baca blog awak. tapi memang pun kan ?

    ttg pendapatan ni .. abang pernah tulis tentang keperluan kain untuk kita nak buat baju. masih dengan jawapan yang sama.

    kalau awak jadi pilot .. harus awak tak ada fb dan blog sendiri dan terlepas satu nikmat dunia.

    ReplyDelete
  27. gadisBunga,

    Pilot yg kat Subang tu gaji kecil sikit kot. Alang2 awak nak usha pergilah ke KLIA. Yang international pun ada hehehe


    psst - nanti melepas pulak org yg tengah merisik awak tu ngeeee

    ReplyDelete
  28. al-lavendari,

    Bukan selalu saya update blog awal pagi mcm ni sekarang. Jadi mentelah dah ter'update' tu, kempenlah sikit hehehe.

    Hebatlah abg berfalsalah. Mmg otai.

    Kalau saya jadi pilot mungkin saya takde blog dan fb tapi mungkin juga saya akan tulis buku macam seorg pilot MAS yg dari Jupiter tu. Jutawan dah dia.

    ReplyDelete
  29. YB... sempat lagi mempromosikan diri agar diusha gadis2 di akhir entry...hahahaha....

    Yelah... masih ada kekosongan kan.. ada 3 kosong lagi...hehehe... siaplah nanti mama Adam tau...!!

    ReplyDelete
  30. hhmmm, naperlah saya x jadik pilot wanita..... :(

    hu hu hu

    ReplyDelete
  31. Saya gayat sbb tu tak jd pilot.

    ReplyDelete
  32. saya memang co-pilot laa ni... hahahahah :P :P

    ReplyDelete
  33. salam en.YB..

    saya pun ada kawan keje pilot MAS, seusia saya, 24 tahun..memang gaji diorg belas2 ribu sbb asyik fly australia, dubai bagai..

    mewah sangat hidup dia, siap boleh beli BMW 2 pintu,untungnya hidup dia...bestnyaaaa kalau dpt pakwe keje pilot..hahaha

    ReplyDelete
  34. jadi pilot memang kaya.
    tapi jadi politician lagi kaya raya, dan pilot yang kaya tu jadi drebar kita..hebat kan..

    YB tak mau join politik.

    nama pun dah'YB'

    hahaha..

    ReplyDelete
  35. mang aih meriah betul gaji. kalau pilot kapal laut plak berapa gamaknya eh gaji.

    ReplyDelete
  36. ada lebih dan ada kurang juga.
    gaji besar.
    masa utk keluarga pula kurang.




    .

    ReplyDelete
    Replies
    1. mencelah jap..x jugak.. masa bnyk free..lgpun annual leave banyk. bila2 pun leh cuti....hehe

      Delete
  37. Alaahai....
    Kalau YB jadi pilot, sure Tie jadi air-hostess kot, hihi...

    ReplyDelete
  38. alahaii YB,

    nasib baik YB tak jadi pilot kalau tak asyik terbang saja takde masa nak berblog dan berfb

    sempat jugak promosi tu, dah minta izin mak adam ke?

    ReplyDelete
  39. Salam YB,

    Kata pepatah, besar periok, besarlah keraknya.

    Apalah nasib Auntie...masa muda dulu tak ada sorang pilot pun yang berkenan....uwaaaaa...!Tapi Auntie tumpang gumbira juga sebab anak saudara sepupu Auntie menjadi pilot Mas dalam usia yang sangat muda, kalau tak silap 22 atau 23 tahun gitu...

    ReplyDelete
  40. kalau ko jadi pilot.. skrg mesti ko ada juta-juta dlm simpanan.. dan ko mesti menggeletis nk "tambah cawangan" dan rumah corner lot 2-3 bijik..

    untung emak adam sbb ko tak jadi pilot.. dan kerana ko seorang mantan engineer, makanya emak adam lah satu-satunya 'emak' kepada adam.. hahaha..

    syukur ko tak jadi pilot.. hihihihi..

    ReplyDelete
  41. Salam Paman..

    Haaa... hari tu kata Ina dah lama tak ngomen kan.. hari ni ada sikit free nak mengomen ni.. Lagi2lah Paman ada menyebut nama Etihad airline tu. Sensitip sikit dgn nama airline tu.. musuh tu.. ceewaaahh.. takdelaa.. main2 jek..

    Tak dinafikanlaa, Etihad antara airline terbaru dari middle east. Seriously masa mula2 nak operate dulu, diaorang byk tarik staff dari sini, esp MAS. Diaorang sedar memang staff MAS esp cabin crews memang very good, dan diaorang memang sanggup bayar lebih untuk dapatkan our talents ni. Dengar cerita, ada kawan dapat kerja di sana as ticketing instructor pun dah leh dapat USD7000/month. Tax free kalau tak silap. So bayangkanlah, cabin crew n pilot. Mesti melampau2 lebih daripada tu.

    In one hand, rasa macam rugi je ek, we're loosing good people/talent. But at the same time, rasa bangga juga, sebab they recognize Malaysians.

    Apa-apa pun, good luck la. It's not easy to work with middle eastern. Kena banyak bersabar.

    ReplyDelete
  42. aNIe,

    Ada peluang buat iklan percuma, rugi tak ambil kesempatan. Org lain nak iklan kat blog ni kena bayar tau hehehe

    Emak Adam jarang baca blog. Dah lama dia tak baca. Itu yg selit2 sikit haahaha

    ReplyDelete
  43. Mak Su,

    Kita nak menyesal pun dah tak guna.

    Suruhlah baby W jadi pilot wanita ngeeee

    ReplyDelete
  44. syida,

    tak dapek den nolong kalau dah gayat hehehe

    ReplyDelete
  45. syah,

    Awak dan kapten Firdaus terbang paling jauh pun ke Baling aje kannn hehehe

    ReplyDelete
  46. Zie,

    Wsalam. Tak payahlah panggil saya En. Rasa segan saya dibuatnya.

    Mmg pilot ramai yg muda2 sebab habis SPM terus masuk sekolah penerbangan. Kalau org masuk U pun 4-5 tahun baru habis tapi pilot sementara tu dah kerja 2 tahun. Dah banyak kumpul duit. Bila umur 24 thn bila org yg kat U baru nak mula kerja (itupun kalau ada kerja huhuhu) pilot dah nak naik jadi kapten.

    Kenapa awak tak usha pilot?

    ReplyDelete
  47. hehehhe...xpela da rejeki dia kan..umo muda..gaji da besau...

    ReplyDelete
  48. Daddy Ziyyad,

    Dulu masa saya tak dapat jadi pilot tapi mampu terbang ke sana kemari kerana dibayar oleh sykt utk urusan kerja, saya berkata kpd diri saya, "tak jadi pilot pun saya boleh terbang. Mereka pula yg jadi drebar saya" (mcm ayat awak tu!)

    Sejujurnya itu semua ayat nak sedapkan hati huhuhu

    Saya tak minat nak jadi ahli politik. Cukuplah seorg saja dari keluarga Badawi jadi ahli politik hehehe

    ReplyDelete
  49. The Nurul,

    Gaji pilot mmg agak besar tapi yg killernya tu ialah elaun mereka. Memang tak habis makan. Dahlah tu, bila bawa kapalterbang dapat makan free pulak tu hehehe

    Kapten kapal yg berlayar keluar negara tu gaji pun besar juga. Tapi kalau pilot kapal tangkap ikan atau feri mungkinlah tak besar sangat.

    ReplyDelete
  50. tasekM,

    Betul tu. Tapi yg malang dah lah gaji tak sebesar mana tapi masa utk keluarga pun kurang. Contoh mcm pemandu bas ekspres atau lori kontena.

    ReplyDelete
  51. Tie,

    Kalau 25 tahun dulu mungkinlah. Silap2 saya tertackle awak pulak hehehe

    ReplyDelete
  52. ibuintan,

    Eh pilot banyak masa lapang bila dia tak bawa kapalterbang. Bila pergi jauh mereka dapat rehat 2-3 sebelum terbang semula. Jadi lagilah banyak masa utk berblog dan berfb hehehe

    Mana boleh beritahu emak Adam. Nanti ada yg kena tidur kat luar bilik hahahaha

    ReplyDelete
  53. Auntie Yan,

    wsalam.

    Skrg org pakai periok karan. W/p besar periok tu tapi takde kerak hehehe

    Entah2 ada pilot yg berkenan kat Auntie tapi auntie yg jual mahal kot sebab dah ada pilihan hati ngeeee

    Tahniahlah kpd anak saudara sepupu auntie tu. Org lain paling kuat sedang buat praktikal pada usia tu kalau mereka belajar di U.

    ReplyDelete
  54. TINY,

    Mana ko tahu tak jadi pilot takde duit juta2? Dan bukan jutawan atau org kaya aje yg menggeletis nak tambah cawangan. Ada tu org kerja biasa aje tapi isteri sampai 2 -3. Contoh drebar lori kat Tganu tu hehehe

    Sedih wei engineer dan mantan engineer baca ayat ko tu. Kerja apapun hatta tak bekerja sekalipun insyaAllah emak Adam tetap yg seorg tu.

    ReplyDelete
  55. Ina,

    Wsalam.

    Terima kasih kerana sudi memberi komen setelah beberapa lama menjadi pembaca senyap.

    Bukan setakat Etihad aje yg buat mcm tu. Emirates, Gulf Air dan Qatar Airways pun biasa 'curi' staf dari MAS dan Air Asia. Dan ini berlaku bukan saja di industri penerbangan tapi juga di sektor lain termasuk Oil & Gas dan juga pembinaan. Jiran paman, seorg mekanikal engineer akan ke Bahrain tak lama lagi kerana ditawarkan pakej yg sungguh lumayan.

    Sesiapa yg rasa nak cari pendapatan lebih takde siapa boleh halang w/p kerajaan berusaha memanggil balik rakyat Msia yg berkhidmat sebagai professional di luar negeri.

    Kerja kat manapun memerlukan kesabaran dan keikhlasan.

    ReplyDelete
  56. juliet,

    Bukankah ko nak isi salah satu kuota tu? hahaha

    ReplyDelete
  57. cikceriacorner,

    Rezeki org tak sama. Mungkin rezeki kita banyak ni setakat ini tapi siapa tahu di masa depan kita menjadi jutawan hehehe

    ReplyDelete
  58. mantan tu pun hensem lagi hehe

    ReplyDelete
  59. YB.. memang la gaji besar.. mana taknya..risiko dia menerbangkan kapal terbang tu.. kang kot berlaku apa2.. dah tersimpang uwang berjuta utk family dia..huhu.. ohh ye.. kepada bekas engineer tu.. renti2kan la berangan ye..aahhaha

    ReplyDelete
  60. Lieya,

    Tak dinafikan tanggungjawab dia besar tapi apapun saya nak jeles dengar gaji mereka. Kalau kerja lain ingat boleh dapat berbelas ribu ke semasa berumur 23 - 24 tahun? Silap2 masih buat praktikal huhuhu.

    Bekas engineer tu kata berapa banyak angan yg menjadi nyata hahaha

    Honda kata, "The power of dreams"

    ReplyDelete
  61. salam YB,

    malam tadi kena tidur luar tak?

    sudi-sudikan terima award
    http://impianaintan.blogspot.com/2011/01/best-follower-award-from-sekamar-rindu.html

    ReplyDelete
  62. salam YB
    memang gaji pilot mahal mahal....termasuklah pilot pelabuhan....

    ReplyDelete
  63. ibuintan,

    Wsalam.

    Malam tadi tak kena tidur luar (sbb emak Adam tak baca blog ni kot hehehe).
    Lepas Subuh dia kasi saya masuk dlm selimut lagi hahaha


    Terima kasih memberi saya award tu. Nanti saya ke sana.

    ReplyDelete
  64. AZANI,

    Wsalam.

    Betul tu. Kapten kapal yg besar2 tu boleh bawa kapal mereka menyeberangi lautan tapi bila sampai pelabuhan kena guna khidmat pilot pelabuhan utk berlabuh di dermaga.

    ReplyDelete
  65. yb...nape tak terfikir lahir sbg anak sultan je..lg senang, walawei...

    mana dpt walawei tu yb? walawei....hahaha

    ReplyDelete
  66. MENTIBANG LAUT,

    Kita org kebanyakan biarlah jadi org biasa. Tapi pekerjaan atau profession kita boleh pilih. Ini kira kes tersalah pilih bidanglah huhuhu.


    Dapat walawei dari kawan2 Cina saya.

    Amacam? Walawei tak? hehehe

    ReplyDelete
  67. walawei...tak salah bidang la, kalau semua nak jd pilot siapa pulak nak jadi passenger.. walawei...

    ReplyDelete
  68. MENTIBANG LAUT,

    Biarlah ramai yg nak jadi passenger. Saya nak jadi pilotnya (kalau boleh) hehehe

    ReplyDelete
  69. aiiii...assalamualaikum..nice blog.... 8_O

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai..... Waalaikum salam.... terima kasih memuji..... maaf lambat balas sebab tak perasan ada komen awak ni ... ngeeee

      Delete
  70. yup seronok juga keja pilot ni,,tapi keja hospital pun seronok juga ,cuma take time lah tak lah seperti pilot,, muda2 dah dapat gaji belas ribu,,. tapi klu keja di luar negara pun dapat 5 angka juga macam saya ni huhu,,saya keja sebagai occupational therapsit di hospital arab saudi,,gaji pun belas belas ribu juga,,oooo yg paling seronoknya sembahyg bole on time bole buat umrah dan haji sesuka hati huhu lagi baik dari pilot oo,,,, duit pun lumayan beribdat umrah dan haji pun senang huhuh..so apa2 pun masih2 ada kelebihan,pilot duit banyaK,,,tapi kurang dng anak bini oo,,so perempuna yg suami pilot stress ooo malam2 hehheeheheee..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails