Sunday, January 23, 2011

Limau Free

Bila nak raya Cina aje mulalah melambak limau mandarin di merata2 tempat. Bukan saja di kawasan yg ramai penduduk dari keturunan Cina tapi di kawasan Melayu pun ada banyak jual limau. Kalau satu masa dulu limau ini dijual di dalam peti kayu, tetapi sekarang mereka gunakan kotak dari kertas kadboard.

Masa aku kerja dgn sykt kulit kerang dulu bila nak Tahun Baru Cina mcm ni kontraktor dan pembekal berlumba2 menghantar limau ke pejabat kami. Ada yg bagi sekotak dua aje tapi bagi mereka yg dapat kontrak yg besar atau untung yg banyak utk tahun itu, mereka hantar berkotak2. Itu sebagai tanda terima kasih kerana memberi mereka peluang kerja yg banyak di tahun tersebut. Biasanya aku akan meminta staf aku bahagi2kan limau tersebut sama rata. Kebanyakan kontraktor tahu perangai aku ni. Jadi ada yg awal2 dah beli lebih. Sebahagian utk staf aku dan satu kotak khas utk aku. Alasan mereka, anak aku ramai. Macamlah anak2 aku tu kuat melantak limau. Tapi utk tidak mengecilkan hati mereka, aku ambil jugalah limau2 tersebut. dalam hati kalau ada lebih lagi pun bagus juga hahaha

Itu dulu.


Sekarang sejak tak kerja dgn sykt kulit kerang tu tiadalah lagi limau2 mandarin free ini. Aku tak kisah pun. Bukannya mahal sangat. Kalau terasa nak makan, boleh beli.

Tapi semalam seorg rakan kontraktor aku ada datang ke rumah kerana nak bincang beberapa projek. Ada yg dah nak mula dan ada yg baru nak tender. Dia datang bersama 4 org pekerjanya. Mereka baru balik dari melawat tapak projek di Tg Malim.

Sebelum mereka balik, emak Adam hidangkan pasta yg dia buat pada sebelah paginya (seperti yg aku tunjukkan di dalam n3 semalam tu). Semasa makan, rakan aku menyuruh salah seorg stafnya mengambil sekotak limau yg dia beli. Dia kata dia ada beli dua kotak. Buat apa susah payah bawa balik sampai 2 kotak. Eloklah berikan aku sekotak. Itu katanya. Dapatlah kami limau percuma.


Ini dia limau free tu.

35 comments:

  1. YB..memang sekarang ni musim limau..dan kerap juga beli..
    tapi..susah pulak nak jumpa yang manis.

    ReplyDelete
  2. dulu minat gaks, tp sekarang dah x minat, dah jemu kot

    ReplyDelete
  3. saya kira ada 18 biji tu .. itu baru satu lapis.

    saya pun dah terbeli limau .. kerana makngahnya pun beli juga di luar pengetahuan saya.

    ReplyDelete
  4. saya hany tolong kirakan jer .. tak ada apa-apa !

    ReplyDelete
  5. ada 8 orang..

    cukuplah sorang 2 biji...

    ada lebih dua biji... ..

    ReplyDelete
  6. kak Erna,

    Ada juga yg manis tapi mungkin yg mahal sikit kot. Kalau yg biasa2 tu dah tak masam pun kira dah untung ngeeee

    ReplyDelete
  7. Mak Su,

    Dah biasa sgt makan kot. Itu yg dah biasa dan tak minat.

    ReplyDelete
  8. al-lavendari,

    pandai abg kira. Tapi sebenarnya selapis aje. Alasnya plastik keras. Tentu ada harga juga tu.

    Abg dan makngah sama2 nak ambil hati pasangan dgn limau kot. Itu yg masing2 beli hehehe

    ReplyDelete
  9. al-lavendari lagi,

    terima kasih tolong mengirakan. Kalau dekat, boleh saya bagi sebiji dua ngeh3x

    ReplyDelete
  10. zaren,

    Ada 9 org lah termasuk nenek adam. Kira cukup2lah seorg 2 biji.

    Kalau nak rasa, bolehlah cuba ayat Hazwan tu hehehe

    ReplyDelete
  11. pun tengah makan limau mandrin,percuma lagi!

    ReplyDelete
  12. rezeki 1Malaysia, limau ni pun ada saiz juga kan

    ReplyDelete
  13. kak long,

    abg pun dapat limau free ke kak long? Pulun makan buah free tu hehehe

    ReplyDelete
  14. Lieya,

    Ha'ah rezeki. Bukan saya yg minta.

    ReplyDelete
  15. ibuintan,

    Skrg semua dikaitkan dgn 1Malaysia ngeee

    Yang ini rasanya tak kira saiz. Yg kotak satu lagi tu kira saiz sbb di luar kotak ada tempat utk tanda jumlah limau dan saiznya. Lebih kurang macam lampin bayi pula hehehe

    ReplyDelete
  16. Pelikkan, limau ini wujud bila time raya cina aje..diluar musim raya cina, susah nak dpt limau2 ni...

    byk info yang cakap limau ni "dipaksa masak dalam peti/kotak" dgn disembur chemical. Tu sebab selalu serak/batuk bila makan limau ni, dan benda yg sama tak terjadi jika kita makan fresh orange tu

    ReplyDelete
  17. aku blom dapat lg.... bak sebijik bang.

    :)



    .

    ReplyDelete
  18. Daddy Ziyyad,

    Pandai mereka ini adjust time bila buah tu nak masak. Mcm juga limau kasturi di pokok yg dlm pasu tu. Masa inilah ia masak semuanya. Lepas tu habis gugur buah tu dan pokok dia togel(?) tak berbuah hehehe

    Benda2 yg guna bahan kimia ni mmg tak baik utk kesihatan. Tapi dah ramai yg makan, kita pun kadang tu sapu juga hahaha

    ReplyDelete
  19. tasek,

    Dalam minggu ni dapatlah tu.

    Tapi kalau ko nak sebijik dari aku, no problem. Dua bijik pun boleh hahaha

    ReplyDelete
  20. kalu release check time dekat-dekat nak raya nih, mesti lagi berkotak-kotak limau supplier anto... hihihihihih :P :P

    ReplyDelete
  21. syah,

    Pandailah awak ni. Bukan setakat limau aje, silap2 ang pow pun dapat hehehe

    ReplyDelete
  22. Amboiii... tu limau gred baik tuuu...

    Kata orang, macam salam berkaut gitu. hehehehe

    Orang memberi, kita merasa. Ya tak YB?

    ReplyDelete
  23. uncle..

    nak limau..satu kotak..hehehehhe

    ReplyDelete
  24. limau dalam plastik putih ni rase manis.. sebab tu rega die lg mahal dari limau dalam plastik oren tu..

    ReplyDelete
  25. assalamualaikum YB..itu limau 1 Malaysia ke??? hehehhe

    p/s: skrg nie smua kene ada 1 Malaysia la plak huhuhuh

    ReplyDelete
  26. tapi kan....takleh mkn lebih2 sebab manis. makan sikit2 dah la yb...yg lebih tu boleh bagi kat saya. huhu~

    ReplyDelete
  27. azieazah,

    Kawan saya ni tauke besar. Tak mainlah limau yg koman tu agaknya.

    Nak kata salam berkaut dia ni rakan bisnes saya. Kami sama2 buat projek tertentu sbg rakan kongsi.

    Masa dia datang ke rumah saya dia baru saja mengambil Landcruiser baru yg berharga setengah juta ringgit. Jadi baginya apalah sangat sekotak limau tu hehehe

    ReplyDelete
  28. cikceriacorner,

    Kalau nak limau datanglah sini tapi bukan mcm yg dalam gambar tu. Yg itu dah dimakan sebahagiannya. Nanti uncle bagi kotak yg biasa tu boleh tak? hehehe

    ReplyDelete
  29. juliet,

    Belum makan pun awak dah sakit tekak sebab jerit tengok badminton Terbuka Malaysia kannn?

    Pergi sana tak ajak saya huhuhu

    ReplyDelete
  30. shaza,

    Pandai awak. Mmg manis dan lebih berkualiti dari yg plastik oren tu. Itu sebab sekotak cuma 18 biji.

    ReplyDelete
  31. sahrom,

    Waalaikum salam.

    Yalah tu gamaknya sebab org cina bagi org Melayu limau. Kalau yg tukang bawa tu org India lagi lengkaplah konsep 1Malaysia tu hahaha

    ReplyDelete
  32. gadisBunga,

    Kalau manis mana boleh berhenti makan sebiji aje? Selagi tak habis sekotak tu selagi itu tak berhenti. Jadi macamana nak bagi awak?

    psst - nanti saya bagi awak buah lain boleh? ngeeee

    ReplyDelete
  33. assalamualaikum saudara yunus...
    saya ingin meminta bantuan dr saudara yunus, dimana saya boleh dapatkan bekalan kulit kerang dalam kuantiti yg banyak? jika saudara dapat membantu saya...saya amat berbesar hati, saya berharap harganya masih dlm budget kajian saya....tujuan kajian saya ini adalah ingin membantu syarikat org melayu....saya berharap saudara yunus dapat berikan harganya,lokasi dan contact no...atau emailkan kpd saya...ucekai78@gmail.com...wslm

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails