Isnin lepas semasa menghantar Atikah ke UiTM aku mendengar perbincangan topik yuran sekolah sama ada patut dihapuskan atau sebaliknya di Bernama Radio 24. Aku dengar juga stesen tu selain Hot FM, ERA dan Sinar. Radio IKIM dah jarang aku dengar.
Pagi ini aku baca di blog DrSinga tentang yuran sekolah juga. Dia menyokong menghapuskan yuran sekolah tapi bukan utk golongan2 tertentu. Nak tahu lebih lanjut boleh klik kat sini aku tolong promote blog awak yg dah memang femes tu pun
Bulan ini ramai ibubapa yg bersungut kerana terpaksa mengeluarkan perbelanjaan lebih utk yuran sekolah anak2. Ini tak masuk lagi duit utk beli buku latihan dan buku tulis dan juga pakaian seragam. Yuran sekolah pula ada macam2. Kalau setakat seorang anak yg bersekolah boleh tahan lagi, tapi kalau dah berderet, sakit juga nak bayar yuran2 itu semua. Mungkin sebab itu timbullah cadangan menghapuskan yuran sekolah. Ini bermakna anak2 kita sekolah percuma 100%. Bila benda free ini ramai yang menyokong termasuk yg berkemampuan. Macam kes duit syiling yang bertaburan di lebuhraya PLUS dua hari lalu. Berebut org mengutipnya w/p tahu itu bukan duit mereka.
Aku pada dasarnya menyokong yuran sekolah dikecualikan daripada ibubapa atau penjaga yg TIDAK berkemampuan. Memang ada mereka yg di dalam golongan ini w/p negara kita sedang menuju utk menjadi negara berpendapatan tinggi. Aku berani cakap kerana aku sendiri pernah mengalami dan melalui situasi sebegini semasa aku kecil dulu.
Abah aku masa itu kerja tukang kebun dgn gaji pokok tak sampai RM300. Untuk menampung perbelanjaan, emak aku terpaksa bekerja membasuh baju di rumah orang putih dengan pendapatan yg tak seberapa. Walaupun aku cuma dua beradik, tetapi kami dihantar belajar di sekolah jenis kebangsaan Inggeris. Sekolah jenis ini kena bayar yuran bulanan sebanyak RM9. Apa sangatlah yuran sebanyak itu bagi yg mampu tapi bagi kami itu satu jumlah yg bukan sikit. Biasanya aku dan adik kembar aku adalah murid yg terakhir membayar yuran setiap bulan iaitu apabila abah aku dapat gaji dari membuat kerja2 sambilan.
Semasa kami hendak menduduki peperiksaan MCE, kami kena bayar yuran peperiksaan sebanyak RM120 kalau tak silap. Sehinggalah hampir ke tarikh akhir utk membuat pembayaran yuran, kami masih belum mampu membayarnya. Kalau gagal membayar sudah tentu kami tak boleh menduduki peperiksaan tersebut. Akhirnya, dengan bantuan Pusat Zakat yg memberi duit zakat sebanyak RM90 dapatlah kami membayar yuran peperiksaan tersebut dan seterusnya menduduki MCE pada tahun tersebut. Selebihnya adalah sejarah.
Berbalik kpd yuran sekolah, memang ada golongan yg tak mampu seperti:
Pagi ini aku baca di blog DrSinga tentang yuran sekolah juga. Dia menyokong menghapuskan yuran sekolah tapi bukan utk golongan2 tertentu. Nak tahu lebih lanjut boleh klik kat sini
Bulan ini ramai ibubapa yg bersungut kerana terpaksa mengeluarkan perbelanjaan lebih utk yuran sekolah anak2. Ini tak masuk lagi duit utk beli buku latihan dan buku tulis dan juga pakaian seragam. Yuran sekolah pula ada macam2. Kalau setakat seorang anak yg bersekolah boleh tahan lagi, tapi kalau dah berderet, sakit juga nak bayar yuran2 itu semua. Mungkin sebab itu timbullah cadangan menghapuskan yuran sekolah. Ini bermakna anak2 kita sekolah percuma 100%. Bila benda free ini ramai yang menyokong termasuk yg berkemampuan.
Aku pada dasarnya menyokong yuran sekolah dikecualikan daripada ibubapa atau penjaga yg TIDAK berkemampuan. Memang ada mereka yg di dalam golongan ini w/p negara kita sedang menuju utk menjadi negara berpendapatan tinggi. Aku berani cakap kerana aku sendiri pernah mengalami dan melalui situasi sebegini semasa aku kecil dulu.
Abah aku masa itu kerja tukang kebun dgn gaji pokok tak sampai RM300. Untuk menampung perbelanjaan, emak aku terpaksa bekerja membasuh baju di rumah orang putih dengan pendapatan yg tak seberapa. Walaupun aku cuma dua beradik, tetapi kami dihantar belajar di sekolah jenis kebangsaan Inggeris. Sekolah jenis ini kena bayar yuran bulanan sebanyak RM9. Apa sangatlah yuran sebanyak itu bagi yg mampu tapi bagi kami itu satu jumlah yg bukan sikit. Biasanya aku dan adik kembar aku adalah murid yg terakhir membayar yuran setiap bulan iaitu apabila abah aku dapat gaji dari membuat kerja2 sambilan.
Semasa kami hendak menduduki peperiksaan MCE, kami kena bayar yuran peperiksaan sebanyak RM120 kalau tak silap. Sehinggalah hampir ke tarikh akhir utk membuat pembayaran yuran, kami masih belum mampu membayarnya. Kalau gagal membayar sudah tentu kami tak boleh menduduki peperiksaan tersebut. Akhirnya, dengan bantuan Pusat Zakat yg memberi duit zakat sebanyak RM90 dapatlah kami membayar yuran peperiksaan tersebut dan seterusnya menduduki MCE pada tahun tersebut. Selebihnya adalah sejarah.
Berbalik kpd yuran sekolah, memang ada golongan yg tak mampu seperti:
1) ibubapa yg OKU.
2) ibubapa yg tiada pendapatan tetap
3) ibubapa yg bergaji rendah seperti mereka yg bekerja sebagai buruh kasar
Bagi golongan ini, yuran sekolah sepatutnya dikecualikan.
mmg patut utk golongan yg YB sebutkan tu
ReplyDelete:D
tapi tulah kekadang ade pulak yg menipu.
ReplyDeletemanusia ni tak kdg2 tamak. mampu kata tak mampu.
ish
sbb ade gak kes yg menipu kewarganegaraan semata mata nk masuk sekolah.
ReplyDeletekalau nk laksanakan hal ni, semua pihak kena jalankan tugas dan bertegas spy yg patut terima tidak tercicir
:D
ok dah puas hati
ReplyDeletehahhaha
golongan yg mamp membantu golongan yg kurang mampu.. macam ada cross subsidi lah kiranya.. yg ada duit bayar lebih yg kurang ada bayar sikit..
ReplyDeletesokong!!!
ReplyDeletelg baik drp naikkan gaji kakitgn kjaan sbb barang akan naik..
memang sepatutnya golongan yang tidak berkemampuan di beri pengecualian bayaran yuran.
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteBetul tu patut kena dikecualikan untuk mereka yang tak mampu. Mek & arwah ayah saya dulu asingkan duit (hasil padi & getah) tiap kali jual. Jadi, bila naik sekolah takla terasa sangat nak keluarkan duit bayar segala mak nenek tu....sejarah jugak tu. Dulu getah bukan mahal macam sekarang.
Yb..sebenarnya..kalau ditgk bebetul..yuran sekolah takla semahal mana.. tp yuran2 sampingan tu yang buat mahal..
ReplyDeleteSaya sokong Yati.. memang ada yg tamak.. mampu kata tak mampu..duit pun jadi tak berkat..
hapuskan untuk org yg benar2 layak..bukan main ejas gaji dekat borang..
ReplyDeleteSaya amat amat meyokong cadangan YB nih...lagipun, UMNO banyak duit kan..baik disumbang ke arah pendidikan kannnnnn :)
ReplyDeletesejarah yg tak mungkin berulang..
ReplyDeletepssst...
ReplyDeletedepa tgh kumpul duit utk pilihanraya tahun depan...
ops!
kalau tak...
ReplyDeletemesti tak femes dan tak masuk paper tahun tu kannnnnn!!!
:)
:)
yelah YB, kalau yang mampu tu janganlah berkira bab yuran sekolah.. ni untuk pendidikan anak2 juga kan.. yuran ni tak lah semahal bayar bil astero tiap2 bulan.. lagipun bayar setahun sekali je kan..
ReplyDeletetiada bantahan yang arif!
ReplyDeleteSaya dah lama berharap yuran ni dimansuhkan sepenuhnya.
ReplyDeleteOrang yg ada anak 2,3 orang merungut, apalagi saya yang ada 6 orang anak!
Semua bersekolah....
yuran wajib sebenarnya tak la byk mana ..(tak tau pulak berapa) tetapiyg jadi byk tu sbb yuran dan fee yg lain-lain..pibg la, it la...kelab , koop,..kena pulak sekolah elit lagi la..
ReplyDeletetp sering jg tertanya..bebudak pakai handphone boleh bayar yuran kedekut ??
Sally setuju dgn Ikan Mas..sbg seorg guru..i might hv a different point of view,ye lah sbg org yg berurusan terus dgn pelajar n parents ada bbrapa senario biasa yg kami hadapi bab kutipan duit yuran ni (cikgu kan serba serbi tasking..)
ReplyDelete1. Kata x mampu..tp bila dtg prjmpaan dgn guru, mak aihhhh ngalahkan hartis! Berkereta jenama x kalah.
2. Kata x mampu..tp dlm info patents no enset smpai 2..3.Si anak tu pun ber-enset! Cap canggih manggih lak tu!
3. Ada jugak yg parents dah bg duit utk byrn yuran dll, anak tu pulak p enjoy duit tu.
Dah mmg zaman skrg memerlukan kita berduit. Tak boleh la nak compare zaman dulu. Arwah ayah dulu kerja guru, gaji starting 35 hengget! Haaaa..tak adil la kan kita nak banding2 dulu n skrg. Ni my personal view ya, anak tu anugerah dan tanggungjawab kita, mcm mana pun kita sbg patents la kena usahakan. Rumah boleh beli,kereta bole beli..yg merokok pulak: berkotal2 rokok bole beli TAPI bola bab yuran dan byrn buku anak sendiri KECOH TAK MAMPU itu ini. Yg btol2 susah, itu lain cerita.
yuran tadika lagi mahal ! nasib baik dua tahun aje..
ReplyDeleteSetiap tahun isi borang yang sama, sama dan sama untuk Along. Sampaikan gaji pokok dan payslip pun dimintanya.
ReplyDeleteBila tak nak beri, Along dah mula sedih..
macam nak apply loan lah pulak.
sokong juga...bagus
ReplyDeleteuntuk 3 golongan tu,
ReplyDeleteS.E.T.U.J.U!
atau buat macam dulu, buku beli sendiri bagi yang mampu, yuran murah.
sekarang, buku dapat pinjaman. tapi yuran 2x lebih mahal.
sedangkan kira2 balik, harga buku lagi murah dari bayar yuran tu...
maksudnya, yuran tambahan yang pihak sekolah kenakan...
ReplyDeletep/s - teringat dulu, yuran tandas pun mau caj....lain kali suruh semua orang bawak portable potty.
AiTotYati,
ReplyDeleteItu contoh beberapa golongan aje. Ada lagi yg memang susah dan patut dikecualikan. Pihak sekolah dan PIBG patut menjalankan kaji selidik utk mengenal pasti golongan ni
AiTotYati no 2,
ReplyDeleteGolongan yg menipu ni mmg ada. Yang tak sedapnya mereka ini sebahagiannya org kita Melayu yg beragama Islam.
AiTotYati,
ReplyDeleteYang bukan warganegara tetapi memegang myKad pun ramai. Dari raut muka dan loghat sah mereka dari seberang tapi dalam MyKad mereka lahir di Malaysia!
Anak2 siap ada MyKid!
cadangan di sokong......
ReplyDeleteerpp..... dan di tutup!!!!
ReplyDeleteada sesapa yang sokong?
ReplyDelete