Dulu masa kecil, setiap hari aku di sini kerana menjual kuih muih di perkarangan muzium ni.
Keretapi ni dulu aku biasa panjat2 dan main dalam tempat pemandunya. Kalau nampak penjaga muzium datang, aku pun lari. Sekarang cuma bergambar dari luar
Masa dulu sebiji kuih cuma 10 sen. Sehari nak dapat sepuluh ringgit pun susah kerana ada saingan budak2 lain yg sama2 berjual kuih. Pernah aku tulis kisah itu di blog aku ni dulu tapi malas nak cari n3 yg mana hehehe.
Selain dari membawa anak2 aku 4 org melawat pameran di muzium tujuan lain aku ke sana semalam utk menghantar Atikah melapor diri utk bekerja sebagai pembantu di gerai Segway di perkarangan muzium. Dia sedang bercuti semester sekarang. Siapa tak tahu segway tu apa, silalah google. Tapi secara ringkasnya ia adalah kenderaan dua roda yg menggunakan tenaga elektrik (bateri) utk bergerak.
Gaji yg ditawarkan agak lumayan. Sejam dibayar RM6. Satu hari kerja 9 jam. Kalau dia kerja dua jam aje dah kalah pendapatan aku masa jual kuih dulu huhuhu. Atikah kata nak pulun kerja 7 hari seminggu. Tak kisahlah. Itu rezeki Atikah. Dulu ayahnya pun cari duit kat muzium ni. Nampaknya sejarah berulang.
Oh ya. Mari kita layan gambar2 yg sempat aku ambil di dalam muzium
hehehe
ReplyDeleteehh..
ReplyDeletekaka ct aka kak ct
kaka ct bkn nama sebenar..
ReplyDeletelama tak jejak kaki kt situ..
ReplyDeleteAkak pun dah puluhan tahun tak kesana..
ReplyDeletetakde anak sedare pompuan la pulak nak kenenkan kat adam :D
ReplyDeletegeram tgk haikal, nak cubit2.
adam sangat comel. hehe.
ReplyDeletekaka ct,
ReplyDeletetakkan sengeh2 aje. Ni mesti nak banyakkan bilangan komen utk bersaing dgn kak long hehehe
kak ct,
ReplyDeleteingat pemain bola terkenal tu tadi.
lama xg muzium..kuih srg xdpt 10sen..hehe..semua mahal..nak ngorat adam bleh?heheh
ReplyDeletekak ct lagi,
ReplyDeleteramai org beri nama yg bukan nama sebenar. Takut org dpt tahu siapa mereka itu agaknya ngeeee
kak ct lagi dan lagi,
ReplyDeletekalau ada masa pergilah ke muzium tu. Tapi skrg masuk dah kena bayaran RM2.
Marina Monroe,
ReplyDeletePameran di dalam dah banyak yg berubah. Saya rasa dulu lagi menarik. Kalau ada kesempatan pergilah sana kak.
juliet,
ReplyDeleteKalau mcm tu awak ajelah kahwin cepat dan cuba dptkan anak perempuan. Boleh kita berbesan ahaks.
Nak cubit2 Haikal takpe. Jgn cubit2 ayahnya hehehe
- GC -,
ReplyDeleteKat rumah ni kami panggil Adam budak comel.
cikceriacorner,
ReplyDeleteEloklah pergi ke sana. Pelancong dari jauh2 sanggup datang ke muzium tu.
Kuih skrg makin mahal. Sebiji 40 sen. Tak lama lagi mahu naik jadi 50 sen kalau harga gula dan tepung naik lagi.
Adam belum tahu kalau ada org ngorat dia. Jgn ngorat ayahnya sudahlah hehehe
adammmm...!
ReplyDeletemy son in law...!
hehehehe!
kak long,
ReplyDeleteKira nak bookinglah ni ya?
hehehe
beza 7-8 tahun ok ke YB? mana tahu kot2 kite boleh berbesan...kikiki!!!!
ReplyDeletegadisBunga,
ReplyDeleteKenapa sampai 7 - 8 tahun? Kalau awak kahwin tahun depan dan beranak hujung tahun 2011 beza anak awak dgn Adam 3 - 4 tahun aje. Sesuai sangatlah tu.
Tapi awak kena dapatkan anak perempuan hehehe
ok selamat meronda lagi..
ReplyDeleteBanyak yg anak2 boleh belajar dan lihat.
ReplyDeletekali terakhir pergi tahun lepas.
Along nak tengok keris..
owh... kue karipap ekau la yang kakpah beli dulu tu ek...haha..
ReplyDeleterelevan,
ReplyDeleteAda seminggu lebih lagi sebelum buka sekolah ni. Sempat lagi kalau nak meronda hehehe
a.z.r.i.n.a,
ReplyDeleteBetul tu. Kita kenalah rajin membawa mereka ke tempat2 seperti itu utk menambah pengetahuan dan pengalaman mereka.
Ada banyak keris yg along boleh tengok kat muzium tu. Dia bawa buku nota tak?
kakpah,
ReplyDeletekalau karipap yg sedap tu sayalah yg jual tu hehehe
mesti kiut sebab dua budak kembar yang menjual....
ReplyDeleteDrSinga,
ReplyDeleteKami kadang2 bergilir2 kerana ada warung yg nak dijaga tak jauh dari muzium tu.
Kalau masa dulu YB menjual kuih muih kat sini... saya datang setahun sekali ke sini mengikuti rombongan sekolah... dan Muzium adalah tempat wajib lawat bila ada rombongan sekolah
ReplyDeleteaNIe,
ReplyDeleteAda tak beli kuih dari budak yg berjual kat kaki lima muzium tu? Kalau ada, mungkin sayalah budak itu hehehe.
Kalau Muzium tempat wajib rombongan sekolah aNIe, sekolah rendah saya pula memilih Zoo Negara sebagai tempat wajib setiap tahun terutama pada Hari Kanak2 Sedunia. Rasanya dah naik kenal binatang2 kat zoo tu dgn kami ngeeee