Saturday, December 25, 2010

Macamana Nak Berniaga Kalau Mesin Kutip Duitnya Rosak?

Mesin parkir yg rosak sejak seminggu lalu

Aku ke Chow Kit pagi ini menghantar emak Adam ke pasar. Selepas mendapat parkir, akupun ke mesin tiket bayaran parkir tak jauh dari kereta aku. Tapi mesin tu rosak. Kerana biasa di kawasan tersebut aku tahu ada lagi satu mesi depan 7E yg terletak kira2 50 m dari tempat aku parkir. Dgn gigihnya aku ke mesin tersebut hanya utk mendapatinya juga rosak. Cis burger betul.

Akupun menuju ke mesin ketiga yg terletak 50m dari mesin kedua. Dalam hati aku dah berkata2 "kalau yg ini rosak juga, memang aku tak bayar parkir hari ni". Nasib baik yg itu ok.

Aku lihat majoriti kereta yg parkir sebelah menyebelah aku tak bayar parkir. Mungkin pemandunya tak sanggup jalan jauh2 cari mesin yg berfungsi.
Sent via BlackBerry from Maxis

22 comments:

  1. jangan buat main x bayar parkir. kalu nasib x baik, tetiba peronda lalu, x pasal ja kene saman. nak jimat 2 hengget konon nye. sekali kena saman, 200 dia bagi plk nanti.



    haru..haru..

    ReplyDelete
  2. saye bangun lambat...

    sob..sob..sob..

    ReplyDelete
  3. hati2 dgn bdk 'jaga kereta' kt sana tu...

    ReplyDelete
  4. sepet,

    Betul tu. Kalau tak bayar parkir selalu kena saman. Yang sakit hati mereka yg parkir sesuka hati tak masuk dalam petak parkir sehingga menghalang lalulintas tak pula kena saman huhuhu

    Parkir kat Chow Kit tu cuma 80 sen sejam. Kalau parkir tu penuh kena masuk parkir hotel. Itu kena RM3 sejam.

    Dulu saya pernah kena saman RM30. Skrg tak tahulah - mungkin dah naik mcm harga gula dan minyak jugak hehehe

    ReplyDelete
  5. sepet lagi,

    Tahniah kerana first hari ni!

    Welcome to the club. Semakin ramai yg nak berebut jadi first.

    psst - kalau dapat jadi first tiga kali berturut2 ada hadiah misteri menanti.

    ReplyDelete
  6. kak ct,

    Mentang2 cuti hari ni bangun lambat ek? Kesian abg Lan dah lapar nak sarapan tu hehehe

    ReplyDelete
  7. kak ct lagi,

    Tadi ada dua org budak 'jaga kereta' masa saya nak keluarkan kereta.


    Emak Adam kata tak payah kasi sebab saya dah bayar parkir yg betul tapi saya bagi juga sikit. Kalau tak lain kali calar pula kereta saya huhuhu

    ReplyDelete
  8. susah mcm tu kan.saya dekat opis saya YB.Dekat PKNS Shah Alam. Saya tak buat pas bulanan lagi.gunalah mesin tu.sehari kena 3.60. kalau rosak asyik nengok dr jauh jelah.ada tak org masuk syiling mesin tu.kalau nengok lama je org kat mesin tu eloklah dah tu.baru masuk syiling.nak parking kat parking PKNS RM1 sejam.8 jam 8 hengget.kat siti 40sen je sejam.8 jam 3.60.Belum tol lagi shah alam ke puchong.gaji naik pun mcm tak naik je YB

    ReplyDelete
  9. Monalea,

    Opis Lea kat Kompleks PKNS Shah Alam tu ke? Saya selalu ke sana sebab bank sykt saya di sana. Saya pernah terkena jalan jauh2 ke mesin yg di belakang tu tapi ianya rosak. Kena masuk ke dalam semula dan bayar kat kaunter. By that time dah lebih dari sejam dan kena lagi seringgit huhuhu.

    Skrg parking kat situ dah naik jadi RM1.50 sejam. Oh kat siti cuma 40sen ya. Bolehlah parking kat sana kalau nak pergi lama.

    Tol dari Puchong ke Shah Alam boleh tahan lagi. Kalau dari rumah saya ini ke Shah Alam tol aje dah RM11.40 pergi balik.

    ReplyDelete
  10. tahniah sbb telah berjaya membakar kalori hari ini

    :P

    ReplyDelete
  11. kts,

    terima kasih di atas ucapan tahniah awak tu.

    Hari2 pun saya membakar kalori dgn cara yg berbeza.

    Jom kita jogging. Lama tak jogging dgn awak.

    ReplyDelete
  12. sya kan?pernah jadi gini, mesen tu rosak, apa lagi dah malas nak pergi jejauh siap ambik gambar sebab kalau kena saman nak tunjuk bukti tu sekali
    hehehehe... ok tak? bijak kan... ;p

    ReplyDelete
  13. tu maknanya tak payah bayar. kalau kena saman, saman dia orang balik..

    ReplyDelete
  14. untung IM tak payah bayar parkir..

    ReplyDelete
  15. SALAM,
    KIRA FREE LAH TU ! MACAM MANA NAK BAYAR KERANA TAK TAHU JUMLAHNYA !

    ReplyDelete
  16. Eja,


    Bijak tu. Sekurang2nya ada bukti kalau kena saman.

    Patutnya saya tiru cara eja tu huhuhu

    ReplyDelete
  17. kakpah,

    Patutnya mcm tu lah kan. Saya ini baik sangat.
    Org sykt parkir tu pun tak kisah nak betulkan meter mereka lepas seminggu rosak.

    ReplyDelete
  18. Insan Marhaen,

    Mmg untung kalau mcm tu.

    Kat KL ni bukan saya kena bayar parking, nak dapatkan tempat parking pun seksa huhuhu

    ReplyDelete
  19. luahfikiran,

    Tak pula mereka kata free. Itu sebab saya dgn gigih mencari meter yg berfungsi dan tetap bayar parking tu.

    Org lain saya tengok takde yg bayar. Rugi saya bayar huhuhu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails