Sunday, November 14, 2010

Gelagat Remaja Sekarang

Petang semalam aku, Haikal dan Haizam ke pasar malam utk membeli makanan. Biasalah kalau nak bagi emak Adam rehat dari masak pada malam minggu, kami akan ke pasar malam. Macam2 ada. Takkan setiap malam emak Adam nak masak. Seminggu sekali bagilah dia cuti.


Kisah Pertama
Semasa kami sampai hujan turun renyai2. Aku terlihat 3 org pekerja sebuah pasaraya dekat situ di salah sebuah gerai di pasar malam tu. 2 org perempuan dan seorg lelaki. Aku tahu mereka kerja di pasaraya berhampiran kerana mereka memakai uniform. Yang gediknya lelaki tu boleh pula meletakkan tangannya di atas kepala salah seorg gadis seolah2 cuba melindungi kepala gadis itu dari kena hujan. Kedua2 gadis tu tak pakai tudung. Kerana tangan lelaki itu di atas kepala (kena rambut) gadis tu, apabila mereka berjalan, mereka bersentuh2an. Ini barulah mcm belangkas. Sungguh tak sesuai kerana di tempat awam. Ramai org pula tu. Aku syak mereka belum kahwin kerana tak pernah aku tengok suami buat mcm tu kpd isterinya.

Kisah Kedua
Semasa nak balik ke kereta aku ikut jalan pintas tepi pagar pasaraya tersebut. Kawasan tu skrg telah ditumbuhi semalu yg gemuk2 dan besar kecuali laluan pejalan kaki yg sempit. Kiranya muat seorg aje. Kalau berselisih, alamat ada yg luka2 kena duri semalu itu.

Kebetulan masa aku nak lalu di situ ada 3 remaja lelaki dari arah bertentangan. Melihatkan mereka nak cepat (biasalah org muda semua nak cepat kannn) aku pun memberi laluan kepada mereka. org yg dah berpengalaman ini selalunya slow and steady Apabila remaja yg pertama lalu di sebelah aku, dia pun mengucapkan terima kasih. Berbudi pekerti budak ini kata aku dalam hati. Lalu remaja kedua, senyap aje. Senyum pun tidak. Tiada sopan santun. Kesopanan dan kesusilaan hancus.

Apabila lalu remaja yg ketiga dia pun berkata, "Tumpang lalu pakcik."

Bagus budak ni kata aku lagi dalam hati juga. Tapi alangkah lebih baik jika dia berkata, "Tumpang lalu Abang."

51 comments:

  1. tumpang lalu pakcik....


    no. 1 kan.. kan..


    bg laluan kat org lain lak!

    ReplyDelete
  2. Asslamu'alaikum Pakcik..

    ada jemputan kenduri tak hari ni? boleh lah mak Adam cuti masak...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..bagusnya ayah adam ni...bg rest kat mama adam..untungkan mama adam.

    biasalah remaja zaman sekarang...yang akan datang ntah mcm mana pulak gamaknya...ibubapa pun dah terkawal bila jauh dari pandangan mata mereka...berdoalah muga anak2 kita tidak begitu.

    ReplyDelete
  4. slamat pagi YB,

    takut juga perkara yang sama dilakukan anak2 nanti....

    semoga mereka tahu menjaga adab dan batas dalam pergaulan...

    pakcik...sedap bunyinya, elok sopan budak tu

    ReplyDelete
  5. kakngah,

    Silalah lalu nak.

    Ha'ah no 1. Kalah yg lain.

    Kaklong dah sampai rumah awak ke? Dia kata nak ke sana hari ni.

    ReplyDelete
  6. nurazzah8,

    Waalaikum salam makcik.

    Hari ini kami ada jemputan kahwin di UPM. Rakan sekerja saya masa di sykt kulit kerang dulu nak kahwinkan anak dia.

    Tapi emak Adam tengah masak tu sbb anak2 kami tak ikut. Lagipun emak saya sentiasa ada di rumah sejak dia berkerusi roda ni. Kalau tak masak mereka nak makan apa.

    ReplyDelete
  7. menarik entri ini.
    hihi.

    selamat hari ahad YB!

    ReplyDelete
  8. salam ziarah..dah selalu 'nampak' YB kt fb n blog,ari ni baru sempat terjah sini..

    :)

    ReplyDelete
  9. Idalara,

    Apa salahnya bagi emak Adam rest sekurang2 sekali dalam seminggu kan. Selain tu dapat juga rasa masakan org.

    Anak2 muda skrg banyak yg depan ibubapa berlagak baik tapi di belakang jadi kacang hantu. Semoga anak2 kita terpelihara dari gejala buruk spt ini.

    ReplyDelete
  10. ibuintan,

    Selamat tghari.

    Ya risau juga kalau tengok gelagat budak2 skrg sebab kita ada anak yg dah remaja ni. Semoga mereka dijauhkan dari perkara2 yg tak baik dan sentiasa menjaga batas2 pergaulan.

    Pakcik pun pakciklah huhuhu

    ReplyDelete
  11. BonekadalamChermin,

    Terima kasih kerana menyukai entri ni. Kebanyakan n3 di blog ini adalah kejadian seharian yg saya lalui.

    Selamat berhari minggu.

    ReplyDelete
  12. Mimie.Candy Cane

    Salam kenal. Terima kasih kerana sudi menziarahi blog saya yg tak seberapanya ini.

    Semoga kita menjadi sahabat maya yg baik.

    ReplyDelete
  13. salam YB..

    kak ct ok je kalo bebudak panggil aunty tp kalo panggil makcik ni rasa cm dh tua la pulak..

    ReplyDelete
  14. sya sangat geram dgn remaja yg merosak dan mengotorkan taman permainan depan rumah nih, geraaammmmmmmmmmmmmmmm

    ReplyDelete
  15. tumpang lalu abang pakcik...hehehehe muleh gitu?

    ReplyDelete
  16. bersiran dari umah kak ngah...!



    tumang keta boleh bang...!



    hehehehe..!

    ReplyDelete
  17. alamak..!

    dah tercicir la hari ni...

    huhuhuhu...


    kulpa nk suh abang publis n3 lambat sikit hari ni....!

    ReplyDelete
  18. dahnyer, mereka tu remaja.. dan ko tu dh dewasa..

    kalau remaja, mereka panggei ler abang..

    kalau dh dewasa tu, sesuai ler dapat pak cik..

    ok la tu.. sikit lagi bersediala dengar: "Tumpang lalu tok wan"..
    hahahhaaa... (bila dengar ayat tu....ketahuilah bahawasanya tu tanda ko dh WARGA EMAS..kuikuikui!!)

    ReplyDelete
  19. salam..takpalah pakcikpun dah remaja tu baru 13 tahun...

    ReplyDelete
  20. mereka perlukan bimbingan kita. kerana asal mereka adalah ibarat kain yang putih..

    ReplyDelete
  21. kak ct,

    Wsalam.

    Ada beza ke antara auntie dgn makcik.

    Kalau mcm tu nak suruh remaja2 ni panggil saya uncle. Jgn panggil pakcik hehehe

    ReplyDelete
  22. Eja no 1,

    Peralatan di taman permainan tu utk kanak2 di bawah 12 tahun aje. Remaja dan bibik2 yg dah tua bangka pun ikut main yg menyebabkan permaianan tu cepat rosak. Kena pula yg tangan gatal dok mengotorkan di samping merosakkan permainan tu.

    Buatlah aduan kpd PBT.

    ReplyDelete
  23. kak long,

    Hebatlah kak long ni. Mmg susahlah Reen nak mengalahkan kalau mcm ni.

    Sampai rumah kakngah pukul berapa tadi? Dania dah ok ke? Harap dah tak muntah2 lagi.

    Sebab panggil abg, nak tumpang kereta anytime boleh hehehe

    ReplyDelete
  24. TINY,

    Masa dia cakap "Tumpang lalu pakcik," sejuk perut emak dia mengandungkan dia.

    Tapi kalau dia cakap "Tumpang lalu bang," sejuk perut aku hahaha

    Nanti bila aku dah usia emas harap remaja ni panggil aku datuk. Jgn panggil tok wan. Org dengar ingat aku ni Dato' hehehe

    ReplyDelete
  25. suri solehah,

    Wsalam.

    Remaja2 semalam tu lebih dari 13 tahun. Saya rasa awal 20an.

    Kalau budak 13 thn mmg sesuai panggil saya pakcik ngeeeeee

    ReplyDelete
  26. Insan Marhaen,

    Masyarakat skrg tak mcm masyarakat dulu.

    Dulu anak jiran, anak kita. Anak kita, anak jiran. Kalau remaja buat tak betul, jiran akan tegur kerana menganggap remaja2 itu spt anak mereka sendiri.

    Skrg jarang org nak tegur anak org lain sbb silap2 tegur utk kebaikan, emak bapak remaja tu pula melenting kerana ingat kita nak jaga tepi kain keluarga mereka.

    ReplyDelete
  27. sampai rumah kakngah 1.30 tadi...
    alhamdulillah selamat semua nya..!


    dania dah ok. sikit nampak nya tu...


    maceh uncle....(dania ckp lagi)...hehehe

    ReplyDelete
  28. haha.....abang yunus..aduh..tak sesuai la uncle............

    kita ni pun sebaya anak sulung dia huhu

    psst - atau pun remaja tu perempuan sampai suka dipanggil abang? hehe

    ReplyDelete
  29. haha.....abang yunus..aduh..tak sesuai la uncle............

    kita ni pun sebaya anak sulung dia huhu

    psst - atau pun remaja tu perempuan sampai suka dipanggil abang? hehe

    ReplyDelete
  30. mujur la dia panggil pakcik, kalau panggil atok mau pitam....

    ReplyDelete
  31. Cakap pasal rehat untuk masak ni, stok saya dah nyawa-nyawa ikan.

    Beli ajer; mau kopkak saya dibuatnya..

    ReplyDelete
  32. tumpang lalu pakcik....

    kasik peluang makcik2 n pakcik2 lalu dulu... tu y dpt nombor corot ni...



    kadangkala, aku juga x bersuara... sekadar senyum sj, bukan kurang sopan n tatasusila, cuma pemalu!

    ReplyDelete
  33. kak long,

    Kira lambat juga sampai rumah kakngah tadi ek. Sempatlah dia nak masak lauk banyak sikit hehehe

    Dania dah ok kan malam ni? Nak raya kalau tak sihat nanti tak boleh balik kampung huhuhu

    Sama2. Kalau Dania yg panggil uncle takpe sbb Dania kecil lagi dibandingkan remaja semalam hehehe.

    ReplyDelete
  34. zaren,

    Remaja semalam tu lebih tua dari awak dan Hazwan rasanya. Itu sbb tak salah kalau nak panggil Abg hahaha.

    Mereka semua lelakilah. Ada uncle sebut dlm kisah kedua tu.

    ReplyDelete
  35. Za Nans,

    Kalau dia panggil atok mmg saya himpit dia biar masuk ke dalam semak pokok semalu tu hahaha

    ReplyDelete
  36. a.z.r.i.n.a no 1,

    Kalau dah biasa tak seram. Tengok DrSinga kadang2 panggil saya abg. Tijah pun biasa panggil saya abg hehehe

    ReplyDelete
  37. a.z.r.i.n.a no 2,

    Kalau anak2 awak tu panggil angkel mmg ok. Emak mereka panggil mcm tu mcm tak sesuai huhuhu

    ReplyDelete
  38. a.z.r.i.n.a no 3,

    Kat BTP takde ke kedai yg jual bahan mentah dgn harga murah? Kat rumah ni kalau stok dah tinggal nyawa2 ikan, kadang tu masak megi aje. Budak2 lagi suka hehehe

    Hari2 beli lauk yg dah siap mmg mahal. Kadang lebih murah makan nasi campur kat gerai atau kedai makan tu dari beli lauk bungkus bawa balik.

    ReplyDelete
  39. zonaku,

    Pandailah ko nak cover line hehehe.

    Bukan susah sangat nak cakap terima kasih kalau org dah buat baik kat kita. Banyaklah ko punya pemalu ngeeee

    ReplyDelete
  40. Ye lah uncle YB.. dia nak ucap terima kasih pun dah kira baik..kekeke

    ReplyDelete
  41. Lieya,

    Oklah tu sebab cuaca dah mula gelap masa tu sebab gerimis hehehe

    ReplyDelete
  42. tasek,

    Adik nak lalu ke mana? Mak ai dgn bas lagi ni hehehe

    ReplyDelete
  43. en_me,

    alaaa u ni. Menyampah ai tau wink2x


    hahaha

    ReplyDelete
  44. kisah pertama: husband i still tutup kepala i dengan jemarinya walaupun kepala i lagi besar.mmg cnfm kene ujan.

    kisah kedua: nasib baik dia tak panggil u 'atuk'.heheheheh

    ReplyDelete
  45. gadisBunga,

    Anak nak lalu ke mana ni?

    Hari tu dah tukar kata nak panggil abg. Skrg panggil uncle pulak semula huhuhu

    ReplyDelete
  46. Syida,

    Korang tak simpan payung ke dalam kereta? Saya ingat lagi kita kongsi payung masa nak pergi jumpa Dato kat Mindef. Habis basah kena percikan air. Kalau org tengok mesti jeles hehehe


    Melampaulah kalau dia panggil atuk. Aqid takpelah sbb kecil lagi huhuhu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails