Saturday, November 13, 2010

Keropok Keramat

Bila sebut keropok org mesti ingat keropok Pantai Timur seperti di Losong dan Chendering. W/p tak dinafikan di sana terkenal dgn tempat membuat keropok tapi pasaran keropok yg terbesar adalah di KL. Dan antara tempat di KL yg tinggi permintaan utk keropok tentulah di kampung aku - Kg Datuk Keramat! Sebahagian besar pemakan keropok adalah org Melayu dan Datuk Keramat adalah antara 'perkampungan' Melayu terbesar di Kuala Lumpur ini. Selain dari Kg Datuk Keramat yg asal, banyak tempat2 "keramat" di sekitarnya: Bukit Keramat, Seri Keramat, Keramat Dalam, Keramat Tepi, Keramat Hujung, Taman Keramat, Keramat Wangsa dan yg paling utama Keramat Permai.

Menyedari potensi ini, ada seorg usahawan telah membuka kedai khas menjual keropok di Datuk Keramat. Kedai ini terletak di depan masjid Keramat. Pada permulaannya ia menggunakan singkatan nama taukenya iaitu ANM tetapi sekarang telah melakukan penjenamaan semula (rebranding) kpd Keramat Lekor Sdn Bhd.


Ini kedai keropok tu

Berbagai jenis keropok dijual di sini dari keropok lekor kpd keropok kering. Semuanya dibawa khas menggunakan lori dari Chendering, Terengganu setiap pagi.

Sebahagian keropok yg terdapat di kedai ini. Budak 2 org ni nak enterframe pula

Keramat Lekor Sdn Bhd menggunakan business model spt Pizza Hut dan McD iaitu selain menjual di premisnya mereka juga menyediakan khidmat penghantaran. Antara pelanggan mereka ialah peniaga pasar malam dan kantin sekolah.


Lori kecil dan motor roda tiga digunakan utk menghantar pesanan pelanggan

Untuk pergerakan yg lebih pantas dan tangkas di dalam mengatasi masalah kesesakan jalanraya, motor juga digunakan. Semasa aku ke kedai itu pagi ini motor yg ada peti simpanan dah keluar menghantar keropok. Yang ada motor biasa ini.

Aku beli keropok nipis aje tadi. Sebungkus 70 keping berharga RM6. Aku beli 2 bungkus. Emak Adam dgn rajinnya telah menggoreng keropok tersebut. Dah banyak yg aku makan sambil menonton tv tadi. Lebihnya masuk botol ini.


Sesiapa nak rasa jemputlah datang. Tapi kenalah cepat sebab tak sampai sehari habislah keropok ini hehehe

44 comments:

  1. sekarang ni tak payah susah2 nak pergi pantai timur nak makan keropok,...kat sini dah byk jual...!

    ReplyDelete
  2. rasa kaklong n3 yb yang ni la paling banyak gambar....!

    jadi photographer ke ari ni...!

    ReplyDelete
  3. boleh la bagi royalti kat toke kerpook ni...hehehe!

    ReplyDelete
  4. kak long no 1,

    Opocot! Terkejut saya. Cepatnya sampai.

    Cop tempat ke cop keropok?

    ReplyDelete
  5. kak long no 2,

    Bacalah. Rasanya org tak ramai yg buka blog. Ramai yg ke pasar malam atau jalan2 di taman.

    ReplyDelete
  6. kak long no 3,

    sah gila kuasa sudah menjalar di dalam diri kak long. Buatlah apa saja asalkan bahagia hahaha

    ReplyDelete
  7. kak long no 4,

    Betul tu. Kat sini kebanyakannya buat di sini. Tapi yg ini buat di sana hantar guna lori awal pagi. Subuh dah sampai Keramat.

    Dulu saya pernah beli keropok lekor masa pergi Terengganu. Balik sampai KL satu kereta bau keropok lekor tu. Pening semua org huhuhu

    ReplyDelete
  8. kak long,

    Ha'ah dah lama saya tak tempek gambar banyak2. Dulu n3 saya banyak yg ada banyak gambar.

    Ok tak?

    Tadi saya bawa kamera cap ayam saya tu. Kalau guna BB selalunya cuma boleh upload satu gambar aje.

    ReplyDelete
  9. kak long no 6,

    Ingat saya yg nak minta royalti dari tauke keropok tu sbb saya iklankan kedai dia hehehe

    ReplyDelete
  10. bgus gak iklan ni..tk yah g jauh2 kat ganu tu...kt keramat pun sama je rasanya kalau dah dibawa dr ganu..tak sempat gamaknya nk g umah YB..sesat barat..sampai2 keropok pun habis...

    ReplyDelete
  11. iss...ingat nak porakperanda td sampai no-5 rupanya terlambat. ;p

    ReplyDelete
  12. dekat sini pun dah ado, tak susah nak makan kepok tengganu dah, sama je rasa
    tiap minggu mesti beli, goreng dan jamu bebeduk nih sbb diorang suka

    mak diorang pun suka gak ..tp bab mengoreng kureeenggg suka hehehehehe... ;p

    ReplyDelete
  13. Keropok buat raya ke Wak Yunus?
    Selamat hari raya ya!

    ReplyDelete
  14. kak long!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    sampainya hatimu......huhuhu.. :(

    ReplyDelete
  15. di Taiping ada satu keramat...org panggil keramat tok bidan susu lanjut..

    ReplyDelete
  16. huu.. keropok ni faveret IM. mesti beli kat pasar tani kalau ada...

    ReplyDelete
  17. Idalara,

    Betul tu. Tak payah susah payah nak ke Ganu nak beli keropok. Kat Keramat pun dah ada.

    Ada lagi keropok tu w/p dah banyak yg dimakan sbb ada 140 keping. Kalau nak datang esok ada lagi rasanya.

    Kalau takut sesat rogerlah saya bila sampai kawasan Keramat tu hehehe

    ReplyDelete
  18. Eja,

    Itulah hati kena baik be.

    Eja setakat nak porak perandakan sampai no 5. Kaklong sampai no 6. Kiranya kaklong lagi ganazzzz lah hehehe

    ReplyDelete
  19. Eja lagi,

    Kat sana tu keropok dari Ganu mcm yg di Keramat atau keropok buatan sini? Tapi keropok buatan sini pun ada yg sedap. Malah lebih sedap dari yg Ganu punya pun ada hehehe

    Bila dah goreng semua org suka makan keropok. Cuma nak menggoreng tu yg kurang rajin kannn? hehehe

    ReplyDelete
  20. BonekadalamChermin,

    Memang best hingga tak boleh nak berhenti huhuhu

    ReplyDelete
  21. ckLah,

    Keropok utk makan hari2. Takut tak sempat raya dah habis keropok tu. Tapi takpe sebab tak jauh kalau nak beli lagi hehehe

    Selamat Hari Raya buat ckLah sekeluarga.

    Selamat bercuti. Kalau datang KL jemputlah singgah rumah kami.

    ReplyDelete
  22. kak ct,

    kak long sekarang juara carta Top 7. Utk mengekalkan kedudukan teratas tersebut, kaklong tidak teragak2 utk gila kuasa hahaha

    kaklong jgn lah marah. Gurau aje ni.

    ReplyDelete
  23. cikgooden,

    Lain macam nama keramat kat Taiping tu. Kat sebelah mana tu?

    Keramat yg di Datuk Keramat ni dah lama dirobohkan sbb ramai org buat perkara2 kurafat kat situ dulu.

    ReplyDelete
  24. Insan Marhaen,

    Saya pun selalu beli kat pasar tani kalau nak cari keropok lekor. Cuma keropok keping beli kat Keramat tu.

    Bila nak pergi pasar tani ni?

    ReplyDelete
  25. amboi-amboi Kak Long tu..


    Nasib baik petang ke malam saya tak online..

    ReplyDelete
  26. Dulu rasanya depan masjid tu rumah orang..

    Dulu masa sekolah rendah tunggu bas sri jaya kat depan masjid tu

    ReplyDelete
  27. Selalu saya cari di pasar chowkit... lenkali terjah sini pulak.

    timasehlah bgtau..


    *tengahari semalam ada orang jual keropok dtg dari Pattani..sebungkus dua ringgit /tiga- 5 ringgit. Along minta duit utk beli (saya di dapur)... bawak masuk sebungkus adalah dekat 15keping keropok kecik comel lote tu.... buat celah gigi anak-anak jer..

    ReplyDelete
  28. nampak sedapnya..xpenah pula makann yg nipis dan pjg cam tu..

    ReplyDelete
  29. a.z.r.i.n.a no 1,

    Nampaknya lepas ni petang ke malam awak kena online juga utk memberi saingan kpd kak long. Takkan nak beri kaklong menang senang aje kan hehehe

    ReplyDelete
  30. a.z.r.i.n.a no 2,

    Memang itu rumah org tapi dah dijadikan kedai. Belakang kedai tu masih ada rumah org.

    Bas Sri Jaya no 8 kan? Tiket kalau dari Bangkok Bank sampai situ 20 sen hehehe

    ReplyDelete
  31. a.z.r.i.n.a no 3,

    Chow Kit yg dekat pondok polis tu ke? Itu buatan sini rasanya. Kalau nak rasa yg buatan Chendering bolehlah ke Keramat.

    Along beli keropok yg dah siap goreng tu ya. Kalau kat KB dia tulis keropok makan selalu yg bermaksud boleh dimakan terus kerana org Kelantan cakap sekarang tu selalu. Tapi kerana keropok tu sedap dan sikit aje, kenalah selalu makan hahaha

    ReplyDelete
  32. Hamizah,

    Dia pasar malam ada jual. Biasa penjual tu akan menggoreng keropok nipis ni di situ. Kalau yg sedap tu berbaris org nak beli. 8 keping RM1.

    Balik Malaysia nanti bolehlah try yg nipis ni.

    ReplyDelete
  33. fa'atip,

    Makan keropok tak kenyang pun. Sambil tengok tv satu bekas tu boleh habis hehehe

    ReplyDelete
  34. YB..meh make delivery ke sabak..kekeke

    ReplyDelete
  35. Lieya,

    kalau saya ke Big River bolehlah make delivery ke sabak hehehe

    ReplyDelete
  36. Bukan YB, keropok yang kena goreng tu.. Keropok utk makan dgn nasi kerabu..

    Ingatkan nak goreng petang tadi.. budak2 ni tidur tak reti nak bangun.. dekat maghrib baru kejutkan .

    ReplyDelete
  37. a.z.r.i.n.a,

    Oh keropok itu. Yg ikan tamban tu ke? Kalau banyak ikannya sedap keropok tu. Makan sikit mesti tak puas.

    Budak2 ngantuk sebab apa? Tidur lambat malam minggu tu ke?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails