Monday, November 15, 2010

Kecantikan Tak Menjamin Kelangsungan Rumahtangga

Semalam aku dan emak Adam serta Haikal ke majlis perkahwinan anak bekas rakan sekerja aku. Majlis diadakan di sebuah dewan di UPM Serdang.

Kami sampai agak lewat kerana emak Adam kena memasak utk emak aku dan anak2 lain yg tinggal di rumah. Masa kami sampai tu ada beberapa org mantan pekerja sykt kulit kerang tempat aku kerja dulu sedang menjamu selera. Salah seorg daripada mereka adalah pelukis pelan wanita di Jabatan aku dulu. Memandangkan dia hanya duduk di meja itu bersama suaminya saja, kami pun duduk di meja yg sama selepas mengambil makanan.

Kami pun bersalam2an dan mulalah bercerita terutama kisah2 kami dan rakan2 semasa di sykt kulit kerang dulu. Semasa kami kerja dulu ada 4 org pelukis pelan - semuanya wanita dan telah berkeluarga. Cerita punya cerita, rakan aku itu memberitahu bahawa salah seorg daripada mereka telah bercerai. Aku dan emak Adam terkejut kerana mereka ni dulu kelihatan sebagai 'loving couple'. Isterinya juga seorg yg cun dan mempunyai anak2 yg berjaya dalam akademik.

Menurut rakan aku tu, suaminya kahwin lain. Itulah punca penceraian mereka.

Dalam perjalanan balik, aku berkata kepada emak Adam, "Kalau nak kira cantik, Mrs. X tulah yg paling cantik di antara 4 org tu. Apa lagilah yg laki dia cari sehingga sanggup bercerai?"

"Cantik aje tak cukup Bang! Orang lelaki ni susah nak faham apa yg mereka mahu," balas emak Adam.

Moral of the story:

  1. cuba fahami pasangan anda - satu perkara yg bukan mudah nak dilakukan tetapi mesti ada untuk kebahagiaan berterusan
  2. jangan nak menggatal
  3. fikir dan kesianilah anak2 jika berhasrat nak bercerai. Kalau fikir betul2, kemungkinan besar tak jadi bercerai.

49 comments:

  1. kaklong pun tak la cantik..!
    insyallah..!
    nak kekal keakhir hayat...!
    harap2 yb pun begitu yer...!

    ReplyDelete
  2. tanyalah pd mana2 wanita. siapa yg rela bermadu.


    .

    ReplyDelete
  3. oh yer...apa khabar emak yb sekarang yer...lama dah tak ada n3 pasal nya...!

    ReplyDelete
  4. jodoh ajal maut di tangan tuhan
    takdir tu YB!
    siapa tk nak bahagia kekal hingga ke akhir hayat..

    tp..

    yg pnting...

    jgn menggatal..yes..i like

    ReplyDelete
  5. Salam YB,

    Cantik dan lawa ni sangat subjektif..
    Dulu, saya ada seorang kawan (ofismate le) dia ni seorang ofisboy...rupa paras dia memang menarik, hensem,lawa, segak.Bila dia kahwin,kami pun (yg. kepoh2 ni) macam rasa ...tah le, nak cakap macam mana....isteri dia ni, langsung tak matching dengan rupa paras dia.Rupa-rupanya, bila saya bersembang dengan dia, dia bukan main lagi bangga mengatakan yang dia sungguh bernasib baik dapat isteri secantin dan secun isteri dia......maka benar le kata mat salih....> 'beauty is in the eyes of beholder'...(ha!..ha! yang kepoh2 buat apa kan?)
    Anyway Jodoh tu ketentuan Allah jugak adanya. :-)

    ReplyDelete
  6. cantik pun tak cukup..pandai masak pun tak cukup.. pandai amik hati pun tak cukup...ape lagi le yg tak pueh hati smpi cari yg lain ye..heran

    ReplyDelete
  7. kalau dah tak suka, dah tak nampak indah..

    ReplyDelete
  8. kekadang muika cun perangai tak cun pun jadi hal jugak bang.

    apa2 pun...gataiiii tau laki tu. kihkihkih

    ReplyDelete
  9. if we don't make it work, it will never work in the first place...

    ReplyDelete
  10. kakak iparku itu.. sungguh ganaz mengonker kotak komen hrni...

    ReplyDelete
  11. me macam sgt setuju ngan mak adam ...

    tapi ... me sangat bersoala jawab gak ngan soalan YB tu

    ReplyDelete
  12. bukan nk menggatal abang yb tewww.. 'fitrah' namernyerr.. ikiki

    ReplyDelete
  13. Betul tu YB...cantik je tak mencukupi... yang penting seorang isteri kena menjadi istimewa di mata suaminya... istimewa ini subjektif... jadi bila dia ternampak yang lebih cantik dari isteri dia.. dia akan ingat keiistimewaan isteri yang tiada pada org lain....

    ReplyDelete
  14. bila buat keputusan masa tengah marah @ kemaruk, takdenye nak mikir anak semua... haish...

    ReplyDelete
  15. cantik x cantik x boleh pakai zaman skrg ni...


    hihihi...kalo dah gatai acana?

    ReplyDelete
  16. salam,

    ingat tu...
    jangan nak menggatal!

    ReplyDelete
  17. kak long no 1,

    Cepatnya komen! Kak long dah mmg standby ke? hehehe

    ReplyDelete
  18. kak long no 2,

    Yes. Kak long berjaya di kotak komen dah di shout mix. Tahniah.

    Ada org dah mula nak berebut jadi pengomen pertama di FB saya. Kak long tak nak bagi saingan kat sana juga ke? ngeeee

    ReplyDelete
  19. kak long no 3,

    Ciri2 org gila kuasa terpancar! Komen atau cop tempat dulu baru baca n3. Tak kisah kak long. Org lain pun buat stail tu.

    ReplyDelete
  20. kak long,

    Setiap org itu ada kelebihan dan kekurangan mereka.

    Mungkin kak long kata tak cantik tapi ada sesuatu yg menarik pada diri kak long yg hubby kak long aje tau.

    Kecantikan tak kekal.

    Semoga perkahwinan kita kekal sehingga akhir hayat.

    ReplyDelete
  21. tasek,

    Takut aku nak tanya. Kalau aku minta ko tolong tanyakan boleh tak? hehehe

    ReplyDelete
  22. kak long no 5,

    Alhamdulillah emak saya sihat. Cuma sejak keluar dari hospital tempoh hari dia sudah tak boleh berjalan sendiri dan terpaksa menggunakan kerusi roda. Sebab itulah dia susah nak kemana2.

    ReplyDelete
  23. Rozita,

    Mmg tak dinafikan jodoh dan ajal maut di tangan Tuhan. Tapi ada pula org menyalahgunakan ini utk menjustifikasikan kenapa mereka kahwin lain.

    Menggatal ini tak terhad pada org lelaki aje. Ada juga wanita yg gatal dan memberi ruang kpd lelaki lain jalankan jarum.

    Jadi semua pihak jangan gatal kalau tak nak cari pasal hehehe

    ReplyDelete
  24. Auntie Yan,

    Wsalam.

    Saya rasa kalau mamat tu pegawai mesti ramai gadis dan yg bukan gadis nak tackle dia! hehehe.

    Betullah tu kecantikan itu subjektif. Bila hati sudah suka semua indah saja. Yang busuk pun kata wangi.

    Begitulah sebaliknya.

    ReplyDelete
  25. Kazaztan Team,

    Mungkin bekas suami dia dilanda mid life crisis.

    Tiada yg tak cukup pada bekas isteri tu cuma nak bertukar yg baru.

    Bos saya pernah memberitahu kami bila lelaki masuk umur 40an dia akan cuba tukar salah satu dari 2 perkara: pekerjaan atau isteri.

    Oh ya, BTW bekas suami rakan sekerja saya yg dah menjanda tu berusia 40an ngeeeee

    ReplyDelete
  26. Hamizah,

    Tepat sekali. Semua yg dibuat ada aje tak betulnya. Tambahan kalau ada pihak ketiga.

    Semoga kita dijauhkan dari cubaan seperti ini.

    ReplyDelete
  27. bnd nih kdg2 sukar diramal....



    susah...

    ReplyDelete
  28. Tijah,

    Mmg ada org yg harap muka aje cun tapi perangai tak cun. Tapi bekas kawan sepejabat saya tu muka dan perangai mmg cun. Solat tak tinggal (kecuali masa uzurlah), tak bergaul bebas dgn rakan sepejabat terutama lelaki, cakap lemah lembut. Pendek kata wanita solehah. Dia pun baru pergi umrah dgn kawan yg saya jumpa masa majlis di UPM tu.

    Tentang bekas suami dia tu, saya tak boleh nak komen sbb tak nampak apa yg berlaku. Mungkin dia dah kena guna2.

    ReplyDelete
  29. syah,

    I guess it was working perfectly alright until the calamity happened.

    Kereta yg sentiasa diservis dan berjalan dlm keadaan elok pun kadang2 rosak tiba2.

    ReplyDelete
  30. kakngah,

    Bukan hari ni aje kakak ipar awak tu ganazzz. Tapi saya tabiklah kegigihan dia menguasai kotak komen ni. Saingan dah takut rasanya (atau mungkinkah mereka sibuk?).

    ReplyDelete
  31. T@sh Sch@,

    Awak ni bila soalan datang dari sesama wanita cepat aje setuju.

    Bila dari lelaki termasuk dari saya, mesti awak ingat ada agenda tersembunyi huhuhu.

    Emak Adam kenal dgn semua rakan sekerja yg satu dept dgn saya dulu sbb bila ada hari keluarga kami semua pergi bersama famili masing2.

    Ada juga yg kami lawati masa raya.

    ReplyDelete
  32. en_me,

    Ini satu pengakuan ikhlas dari seorg bernama lelaki.

    Kaum Hawa sila ambil perhatian

    wakakaka.

    ReplyDelete
  33. aNIe,

    Satu point yg sangat baik. Perkara ini bukan saja perlu pada isteri tapi juga suami.

    Masa bercinta masing2 berusaha sedaya upaya nak jadi istimewa di mata pasangan mereka tapi lepas kahwin lupa atau tak memberi penekanan kpdnya lagi.

    Mungkin itu antara sebab mengapa cinta beralih arah.

    ReplyDelete
  34. ~mrs. azmi~,

    Realiti yg pahit utk ditelan. Tapi ini yg sering terjadi. Kesiankan.

    Semoga kita dijauhi dari semua perkara buruk ini.

    ReplyDelete
  35. Ms. Lilies,

    Betul juga cakap awak. Kadang isteri yg ada tu lebih cantik dari penggantinya.

    Kalau dah gatal kenalah digaru hehehe

    ReplyDelete
  36. ikan emas,

    Wsalam.

    Akan cuba selalu ingat tapi kalau selalu sgt kena goda akhirnya tewas juga huhuhu

    ReplyDelete
  37. Mak Su,

    Selalu yg jadi mangsa kaum wanita. Patutlah mak su pun pening ngeeee

    ReplyDelete
  38. PnConfused,

    Itulah kadang kita lihat mereka bahagia. Tiba2 bercerai.

    Ada yg hampir setiap hari bergaduh tapi setiap tahun tambah anak. Lepas tu kekal pula sampai tua.

    Meminjam kata2 ko:
    Aku pun keliru dgn hidup ini.

    ReplyDelete
  39. byk sgt kisah cerai berai sekarang nih. sye pun jadi cuak jugak.

    ReplyDelete
  40. no komen hal ni...kadang bila review semula, things happens.........


    merujuk reply ko pada syah, sila tambah sikit, keta elok, bawak cermat, ada org datang langgar pun hancussssss gak

    hehehe

    ReplyDelete
  41. no komen hal ni...kadang bila review semula, things happens.........


    merujuk reply ko pada syah, sila tambah sikit, keta elok, bawak cermat, ada org datang langgar pun hancussssss gak

    hehehe

    ReplyDelete
  42. apa ada pada cantik.. dah tua kerepot juga..

    ReplyDelete
  43. sepet,

    Dari segi peratusan mungkin masih terkawal tapi bagi mereka yg mengalaminya "its a case of one too many," kata mat salleh.

    Tapi jgnlah jadikan itu alasan utk tidak berkahwin kerana berkahwin itu sunnah Nabi.

    "Bukan dari golonganku mereka yg tak mengikut sunnahku," sabda Nabi s.a.w.

    ReplyDelete
  44. zonaku,

    Pada analisa terakhir, kita hanya mampu merancang, tetapi Tuhan yg menentukan. Kalau sudah itu suratanNya, kita tak mampu mengatasinya.

    Cakap pasal kereta kena langgar org, ko dah buat keputusan ke nak jual cik putih atau gunakannya terus?

    ReplyDelete
  45. a.z.r.i.n.a,

    Memanglah dah tua kerepot tapi belum tua dan masih jambu pun dah ditinggalkan. Apa hal?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails