Wednesday, November 3, 2010

Cabaran Jika Disangka Lebih Muda Dari Usia Sebenar

Ini kisah 'kawan' aku. Aku kena tekankan di sini ini bukan kisah mengenai diriku yg inesen ini. Kalau nak tahu citer aku tentang tajuk yg sama boleh baca di fb aku hari ini.

Bagi sesetengah org, mereka kelihatan lebih tua dari usia sebenar. Golongan ini aku panggil org bermuka season. Ada baik dan ada tak baiknya bermuka season ni. Tapi aku bukan nak citer tentang golongan ini. Apa yg aku nak citer ialah org yg kelihatan lebih muda dari usia mereka yg sebenarnya macam aku ni hehehe

Salah seorg 'kawan' aku dianugerahkan kelebihan ini. Kenapa aku kata kelebihan? Kerana w/p dia dah berumur pertengahan 40an, kebanyakan org yg melihatnya menyangka dia masih 30an. Tak kira perempuan mahupun lelaki. Dah lah tu. Hensem pulak mamat ni. Tak cukup dgn pakej tu, dia ni kaya raya. Jutawanlah kiranya. Dulu dia pakai Mercs tapi dah tukar Porshe pula skrg. (hah kan bukan aku tu sbb aku tak pakai kereta jenis2 tu)

Oleh sebab itu ramai gadis dan yg bukan gadis ingin berkenalan dan rapat dgn dia. Akibatnya isteri dia menjadi cemburu. Siapa yg tak cemburu wei kalau suami dikejar dan diusha oleh org lain. Isterinya akan membontot kemana saja suami dia pergi. Kalau tak dapat ikut, isterinya akan telefon dia setiap 15 minit utk bertanya di mana dan dgn siapa suami dia berada. Mula2 mamat ni bolehlah tahan tapi bila dah berpanjangan mcm ni dia pun naik rimas. Sampai dia tak fokus kpd kerjanya. Nasib baik dia kerja sendiri mcm aku ni juga ngeeee . Kalau kerja bawah org lain, mesti dah lama kena marah oleh bos dia.

Dipendekkan cerita, akhirnya mereka berpisah! Kesian kawan aku ni. Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan sehingga banjir di tengahari.

Eh cukuplah kisah ini. Kan aku dah kata dipendekkan cerita.

Sekian. Terima kasih.

57 comments:

  1. memang syok muka muda dari usia kan?>

    ReplyDelete
  2. is3 mano yg tak cembura weyy....

    ReplyDelete
  3. syokk...syokk lama dah tak kacau blog YB ;P

    ReplyDelete
  4. OPSSS...
    CUKUP 5
    GIVE ME f.i.v.e ;p

    ReplyDelete
  5. Awet muda ke kawan tu?..harap2 tidak memakai susuk..

    ReplyDelete
  6. Eja no 1,

    Yeah awak first hari ni.

    Org2 yg biasa dapat first tengah sibuk berkemas nak balik kot hehehe

    ReplyDelete
  7. Eja no 2,

    Masa dia remaja mesti tak best sbb org ingat dia budak sekolah rendah. Kalau nak tengok wayang dewasa dia mesti tak dikasi masuk hahaha.

    Tapi bila dah dewasa ni mmglah best sbb org ingat kita masih muda wakaka

    ReplyDelete
  8. Eja no 3,

    Cemburupun kenalah berpada2. Kalau dah lebih sangat, suami pun naik rimas.

    Dalam berumahtangga ini kena ada saling mempercayai dan amanah.

    ReplyDelete
  9. Eja no 4,

    Buatlah apa saja asalkan bahagia hehehe.

    Saya tak kisah sebenarnya. Janji kawan2 happy.

    ReplyDelete
  10. Eja no 5,

    Nah high 5 satu. Bukan roti high 5 tu tau hehehe

    psst - kuota 4 ajelah ngeeee

    ReplyDelete
  11. orang juga selalu meneka umur Ai 5tahun lebih muda.

    sila perasan.

    *kembang hidung*

    ReplyDelete
  12. relevan,

    Setahu saya dia tak mengamalkan awet muda yg tak ori seperti memakai susuk. Mmg dia kelihatan muda semula jadi.

    ReplyDelete
  13. AiTotYati,

    5 tahun aje ke? Kalau 7 tahun kan bagus. Ingat baru habis u. Mesti ada yg nak ngorat hahaha

    ReplyDelete
  14. YB, mmg cool kalu muka muda dari umur. sentiasa jer rase muda belia.

    ReplyDelete
  15. sepet,

    Patutlah mamat ni nampak cool. Jiwa remaja.

    ReplyDelete
  16. aku tau sapa tu bang. tapi dia mmg ensem. aku dah penah jumpa dia dulu. aku ada citer kan?

    ReplyDelete
  17. susah juga bila serba lebih ye..selamatlah kita ni segala2nya sedarhana..tp belum pasti lg ms depan, kan?

    ReplyDelete
  18. kepada yang belum kawin tu, moral of the story, carilah calon yang sederhana je. sederhana rupa, sederhana kaya hiii..
    susah weh, kalau cemburu cemburu ni..

    ReplyDelete
  19. Tijah,

    Aku ingat lagi ko citer tu. Dia dgn kawan dia yg tua gatal tu hahaha.

    Dia skrg dah menduda. Ko takde ke calon yg suggest? Nanti boleh kita 2 org dapat komisen hehehe.

    ReplyDelete
  20. Hamizah,

    Itulah cabarannya. Kalau serba sederhana pun tak mesti selamat. Kadang ada juga org nak ngorat org yg sederhana ni. Entah kat mana menariknya tak tahulah tapi ini soal hati.

    ReplyDelete
  21. kakpah,

    kalau boleh kebanyakan org nak yg ensem, kaya dan bergaya. Kalau yg kuat agama lagi bagus. Baru cukup pakej.

    Ada juga yg tak kaya, langsung tak ensem tapi isteri tetap cemburu. Habis camno?

    ReplyDelete
  22. walau dah jadi duda ai tetap takmau ngorat dia! mueheheh

    ReplyDelete
  23. huhuhu memang besh muka awek muda neh..

    tp yg x beshnye kenkadang, ramaila pule anak ikan nak masuk line..;)

    ReplyDelete
  24. dalam setiap kelebihan itu ada kekurangannya dan dalam kekurangan juga ada kelebihannya.

    ReplyDelete
  25. gadisBunga,

    awak belum jumpa dia lagi. Kalau dah terlihat keensemannya mahu awak tergoda hehehe

    ReplyDelete
  26. MasZuber,

    Itulah sbbnya ramai yg nak awet muda. Biar org ingat dia masih tua w/p sebenarnya dia dah tua.

    Kenalah pandai kalau diri dari digoda oleh anak2 ikan.

    ReplyDelete
  27. Daun Bidara,

    Tepat sekali apa yg awak katakan tu.
    Kenalah kita beringat dan berhati2.

    ReplyDelete
  28. betulla teww kang.. orang dah berkawen ber-anak ber-cucu pown leh bercerai berai.. inikann pula kawan syber kanns.. kelaut fulakk uoolss.. ihiks

    ReplyDelete
  29. adakah yb tergolong dlm kumpulan ini?
    ahaks...!

    ReplyDelete
  30. bila ada kelebihan
    pasti ada kekurangan

    ReplyDelete
  31. en_me,

    Kita tak tahu jodoh kita sampai ke mana tapi kita kenalah memupuk kasih sayang dan hormat menghormati supaya ianya bukan saja kekal hingga ke akhir hayat tapi bertambah segar dan mekar.

    ReplyDelete
  32. kak long,

    takdelah rasanya. Saya ni kan baik org nya hehehe

    ReplyDelete
  33. kakngah,

    itu sbb jangan eksen bila diberi kelebihan.

    ReplyDelete
  34. lepas bebas salah, kongkong pun salah... hohohohohoh :D :D

    ReplyDelete
  35. berpisah ngan sapa? ngan bini dia?.. hmmm... (ooo... yg tijah citer tu eh.. dia tu laaa ropanya!..)... HAMPEEEHHH!!...

    alaaahhh... pada aku menda2 anugerah ni mudah je.. tepuk dada, tanya iman..
    Tun Dr. Mahathir tu pon hensem je walaupun umur dh 80.. ramai gak org kejar dia, tp maintain jer.. tetap setia je pon ngan Tun Siti Hasmah..

    pokok pakal hati dan iman.. andai imannya kukuh, setia pada isterinya utuh, tanggungjawab pd keluarga teguh, amanah Allah dipegang patuh, .... jgn kan pompuan dunia, turunlah bidadari syurga pon, TAKDAK HAL.. maintain je pasal diri tu tak MENGGELETIS NAIK DAUN.. InsyaAllah, selamat..

    tapi, kalau sendiri cari penyakit, cari bala, cari nahas.. hmm... TAK DAPEK LE SESAPA NK NOLONG!.

    ReplyDelete
  36. single lagi x member ko tu? meh kenenkan kat aku. meh meh meh

    ReplyDelete
  37. semoga dia dpt usha rozita che wan huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  38. Saya masih 21 tahun...




    ....21 tahun yang silam!

    ReplyDelete
  39. moralnya...
    lebih baik kelihatan lebih tua dari umur eh??

    ReplyDelete
  40. nampaknya mamat ni tak tahan digoda juga yer ?

    ReplyDelete
  41. sebenarnya cabaran lebih BESAR klu disangka jauh lebih tua dari usia



    :P

    ReplyDelete
  42. dah takde jodoh...



    * seram bila fikirkan yg abg tua setahun aje dari saya sebab orang2 tua kata pomfuan cepat tua dari usia sebenar bila umur 40 ke atas..

    ReplyDelete
  43. TINY,

    Mula2 mereka tak duduk sama tapi akhirnya bercerai setelah gagal menemui jalan penyelesaian.

    Ha'ah dia yg Tijah cakap tulah.

    Aku tak tahu samada salah kawan aku ni atau bekas isterinya atau kedua2nya. Cabaran org yg diberi anugerah ni mungkin lebih hebat dari mereka yg biasa.

    Mmglah kena kuat iman tapi kalau tak diuji senanglah nak cakap. Bila diuji baru tahu berapa kuatnya iman itu.

    ReplyDelete
  44. Masy,

    Dengar citer dia dah ada calon. Janda kaya - jutawan wei.

    Ko carilah calon lain hehehe

    ReplyDelete
  45. sahrom,

    Dia sedang usha org lain. Aku pernah terserempak dgn calon isteri dia yg baru tu. Cun juga w/p dah ada anak berderet. Kecil molek orgnya mcm Rozita Che Wan tu hehehe

    ReplyDelete
  46. ckLah,

    Pandai awak mengira ya. Kalau mcm tu saya pun masih 21 tahun 24 tahun yg silam hehehe

    ReplyDelete
  47. MELAH,

    Tak panjang pun mereka ada 3 org anak. Jodoh tak berpanjangan rasanya.

    ReplyDelete
  48. DrSinga,

    Kalau dah kahwin takpelah nampak lebih tua dari umur sebenar. Kalau yg belum kahwin tapi muka season, berat nak dapat jodoh huhuhu

    ReplyDelete
  49. ikan emas,

    Mamat ni kata dia tak tahan dgn kerenah bekas isterinya itu. Godaan dia boleh tahan. Itu kata dialah hehehe

    ReplyDelete
  50. kts,

    cabaran lebih BESAR yg macamana tu? Saya kurang faham. Boleh tolong jelaskan?

    ReplyDelete
  51. kts,

    cabaran lebih BESAR yg macamana tu? Saya kurang faham. Boleh tolong jelaskan?

    ReplyDelete
  52. a.z.r.i.n.a,

    Itulah kesimpulannya.

    Ramai juga perempuan nampak muda w/p telah berusia lebih 40an. Kena pandai menjaga kesihatan dan penampilan diri.

    Tapi bila sampai masa semua manusia akan kelihatan tua.

    ReplyDelete
  53. ok yb-kem slm pada kwn YB tu.
    we are in the same boat (perasan!)..
    *oh, dia dah kawen-sy je masih solo.
    NOTA selitan: sape yang ada pg haji tahun ni-sila doakan utk sy :D

    haha-umur sy dah 30++, tapi depa slalu ingat saya masih 20++. ngueh2x. cuma time serabut (macam sekarang&handle unit peperiksaan), muka dah jadi raksasa. tapi masih kelihatan muda! ecece~

    sori yb, lama tak jengok blog. sgt sibuk. skang dok kalut check paper. oh, bila nak banjer sy makan besau nih? **alolo~

    ReplyDelete
  54. Jules,

    Minggu depan dia kata nak datang KL. Nanti saya sampaikan salam awak tu.

    Kira bot yg sama jugalah kerana sama2 available.

    Dah minta org yg pergi haji doakan jodoh awak ke? Jgn lupa sendiri pun mahu kena berdoa jugak.

    Untunglah awak muka kelihatan muda. Muka aje yg jadi raksasa kerana banyak kerja takpe. Jgn awak yg jadi raksasa sudahlah.

    Takpe kalau sibuk tak sempat jengok blog saya ni. Raya hari tu ramai blogger dtg. Segan pula saya nak jemput awak sbb mungkin awak tak kenal dgn blogger yg dtg tu.
    Bila2 awak senang roger saya. Kalau ada masa kita pergi makan.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails