Monday, November 8, 2010

Cabaran Bila Ada Abang Dan Kakak Yang Pandai

Tadi semasa Haikal balik dari sekolah agama dia terus mencari aku. Dia nak tunjukkan kad laporannya. Ini dia keputusan peperiksaan akhir tahun dia kali ni.



Aku saja nak sakat dia.

Aku kata, "Apasal ada satu mata pelajaran aje yang dia dapat 100%?"

Dia jawab, "Tapi yg lain tu pun > 90%"

Aku balas, "Ini ada yg setakat 88 aje?"

Dia jawab balik, "Itu pun kita yg paling tinggi utk mata pelajaran tu tau. Ada budak dapat 35 aje. Budak yg paling nakal dalam kelas."

Aku, "Budak nakal memanglah. Haikal yg tak nakal patut kenalah dapat lebih dari 90."

Sebenarnya aku bangga juga dgn Haikal kerana meneruskan tradisi abang2 dan kakak2nya yg sering mendapat no 1 - 3 semasa di sekolah agama dulu. Inilah cabaran dan harapan keluarga kalau anak2 yg terdahulu telah mendapat Top 3. Yang adik dapat no 1 pun ayah kata kenapa tak dapat markah penuh. Nasiblah aku tak pergi sekolah agama masa aku kecil dulu. Kalau tak mesti Haikal tanya samaada aku dapat markah penuh hehehe.

Lepas Haikal, Adam pula akan menyusul. Masa tu mesti harapan yg disandar kpd dia tinggi melangit sebab dia yg bongsu. emak Adam pening dan muntah2 semalam tak bermakna Adam nak dapat adik tau.

Mampukah Adam mengGALAS harapan tersebut?







"Patut2lah ayah. Adam kecil lagi dah letakkan harapan tinggi. Gayat tau". Mungkin itu yg hendak dikatakan oleh Adam

64 comments:

  1. sabarlah jerlah Adam (sambil tepuk2 belakang Adam), kuatkan semangat jiwang ko ya (eh! semangat juanglah!). sowi yb, sowi

    ReplyDelete
  2. kalau ko tgk keputusan MC mesti ko tak bagi ank ko berkawan dgn anak aku...




    .

    ReplyDelete
  3. adam oh adam

    baek kau enjoy puas puas

    (^_^)

    ReplyDelete
  4. pandai nya Haikal. moga jd anak yg berguna..jd anak yg baik

    ReplyDelete
  5. ntahnye. budak tu baru nak belajo bergayut. bior le dulu....kihkihkih

    ReplyDelete
  6. hebat gak lah
    aku dulu belajar kejap top kejap down
    hehehe

    ReplyDelete
  7. Tu lah nasib si Adam tu..ayahnye pon tak yah pressure sangat..tension tau!..hihi

    ReplyDelete
  8. setiap anak ada kelebihannya.. tak di pelajaran, di bidang lain..

    tak semestinya 100% markah exam menjamin 100% kejayaan kehidupannya..

    syukur anak2 ko bijak belajar dan semoga mereka semua juga bijak dlm mata pelajaran kehidupan yg lebih mencabar.. ameen.

    ReplyDelete
  9. saya tak pegi sekolah agama, malas,hahahaha.

    Jom Haikal kita mandi kolam yg cantik tu :P

    ReplyDelete
  10. iman br 24 hari, abiummi dh pikir nak anto tadika mn...


    kiasu sungguh....

    ReplyDelete
  11. kesian adam...digayut nya bdk tu....!

    adesss..!

    ReplyDelete
  12. salam YB..

    kak ct dulu dpt gred 9 je utk sabjek ugama masa MCE..

    9 tu gagal la kan...

    nasib baik yg lain distinction n credit..

    ReplyDelete
  13. salam YB..

    kak ct dulu dpt gred 9 je utk sabjek ugama masa MCE..

    9 tu gagal la kan...

    nasib baik yg lain distinction n credit..

    ReplyDelete
  14. aaaiks..

    kak ct bkn nk kejar 77,777 ye..

    cuma jari rancak menari...hehehe

    ReplyDelete
  15. sorry nak tanye, sekolah agama mane nih?

    ReplyDelete
  16. jgn anak2 tertekan sudah.. :)

    ReplyDelete
  17. i tak skolah agama kat kl, tapi kat jb je i skolah agama.tu pun 2 thn je.
    i pun dah nak stat mendidik anak i supaya menjadi jawa ooops pelajar no1.

    ReplyDelete
  18. Mak Su,

    Adam sedang menguatkan semangat juangnya. Skrg dia dah pandai guna iPad abgnya. Boleh on dan cari game dia sendiri. Dah habis main dia off kan sendiri.

    Mula2 ni main game ajelah. Lepas ni belajar yg senang2. hehehe

    ReplyDelete
  19. tasek,

    Nape pulak? Aku tak kisahpun sbb anak aku berkawan dgn semua jenis budak. Ikut mcm aku juga. Tak pilih yg genius aje.

    ReplyDelete
  20. AiTotYati,

    Adam mmg sentiasa enjoy. Dia peduli apa result abg atau kakak dia bagus ke tidak hehehe

    ReplyDelete
  21. Rozita,

    Alhamdulillah sekolah agama boleh tahan keputusannya. Sekolah kebangsaan lebih mencabar. Tak dpt Top 10 pun huhuhu.

    Terima kasih doakan Haikal.

    ReplyDelete
  22. gadisBunga,

    Mula2 ajar dia bergayut, lepas ni ajar dia swing mcm tarzan. Pastu ajar berenang. Siapkan dia utk cabaran zaman sekarang.

    ReplyDelete
  23. lg besar cabaran bila ada ayah seorang blogger...

    .
    .

    habis sume org tau result anaknya.. :P
    hihihihi

    ReplyDelete
  24. yb..yb....
    ada orang tu kan...
    dia panggil yb 'uncle....'


    kita tak kan...
    kita panggil 'abang'
    heh heh heh...

    ReplyDelete
  25. alien,

    Sekolah agama ok lah Haikal tu. Dari darjah 1 sampai darjah 3 skrg ni biasanya dpt no 1. Cuma sekali tahun lepas dia jatuh berdebek dpt no 4.

    Awak main2 kot mcm saya dulu. Itu sbb up and down hahaha

    ReplyDelete
  26. sally,

    Mana saya ada pressure Adam. Dia kecil lagi. Nanti kalau dah besar tak tahulah. Mungkin pressure semulajadi dari abg2 dan kakak2nya kalau mereka berjaya.

    Itu sbb tajuk n3 saya tulis mcm tu.

    ReplyDelete
  27. TINY,

    Betul tu. Manusia ini Allah jadikan tak sama. Ada yg lebih dlm pelajaran tapi mungkin kurang dlm segi lain. Begitulah sebaliknya. Oleh itu jangan action.

    Aku saja suruh dia dptkan 100% supaya dia tak leka masa periksa. Kadang2 dia buat silly mistakes. Apapun alhamdulillah sbb dia dpt maintain no 1.

    ReplyDelete
  28. Juliet,

    kecil2 ko dah malas? Jgn sampai dah anak dara ni ko malas juga sudahlah.

    Nak mandi kat kolam cantik yg mana tu? Takkan ajak Haikal aje? Aku pun nak ikut jugak hahaha

    ReplyDelete
  29. Tahniah pada haikal...Adam pasti boleh...!!

    ReplyDelete
  30. besa laa kalu camtu... tapi sebab anak-anak mak saya macam-macam ragamnya, jadi dia redha ajelaaahhh walau kekadang bebunyik jugak kenapa tak buleh score...

    Alhamdulillah, adik saya yang bongsu lagi terel dari abang kakak dia walopon perangai sama cam abang kakak dia... hik hik hik hik :P :P

    ReplyDelete
  31. Mmg ler Adam blom ter-pressure, nnt dia dah bole bc blog YB mcm mana? :))

    ReplyDelete
  32. PnConfused,

    Anak pertama mmg excited giler. Kalau boleh nak dia boleh jadi hafiz masa umur 5 tahun.

    Take your time. Jgn sampai dia burn out

    ReplyDelete
  33. kak long,

    Kuat tangan Adam tu memegang besi tu. Sempat saya ambil gambar.

    Tapi skrg naik kereta pun dia bergayut kat pemegang di tepi sebelah tempat duduk belakang. Nasib baik dia tak gemuk. Kalau tak mahu tercabut benda tu.

    ReplyDelete
  34. kak ct,

    Wsalam.

    Mesti kak ct tak minat subjek tu atau ustazah yg mengajar tu tak best hehehe.

    ReplyDelete
  35. kak ct lagi,

    Sekali masuk dikira satu visit w/p komen banyak2. Kalau masuk 2 - 3 kali yg berbeza baru dikira 2-3 lawatan dan menaikkan sitemeter tu punya bacaaan.

    ReplyDelete
  36. Olive,

    Sekolah dekat rumah saya di dlm negeri Selangor.

    ReplyDelete
  37. makdara TERdiva,

    Anak2 saya dah biasa dah. Dah lali. Nak periksa pun mereka rilek aje bila suruh ulangkaji. Dapat keputusan bagus alhamdulillah, tak dapat mereka tak kisah. Sabar ajelah.

    ReplyDelete
  38. pandai anak abah...baru betul - bapa borek anak rintik - tapi bapa pandai - anak lebih pandai !!!

    ReplyDelete
  39. Syida,

    Kenapa tak sambung sekolah agama kat sini? Zaman saya dulu mmg tak ada lagi sekolah agama huhuhu.

    Aqid tu nampak pandai. Kalau betul caranya boleh jadi professor tu hehehe

    ReplyDelete
  40. kts,

    Haikal peduli apa semua tu. Tadi selamba dia boleh tolong ambilkan gambar result dia.

    Kakak kts tak nak belanja Haikal ke? Dulu kakak selalu main dgn Haikal.

    ReplyDelete
  41. DrSinga,

    Itulah. Menyampah hahaha.

    Nanti awak suruh dia panggil saya mcmana awak panggil tu jugak boleh kann?

    Hari tu raya kata nak datang dgn org tu? huhuhu

    ReplyDelete
  42. Kak Anie,

    Terima kasih bagi pihak Haikal.

    Adam kecil lagi. Biar dia puas main dulu hehehe

    ReplyDelete
  43. syah,

    Emak awak guru senanglah sikit kalau nak tolong anak2 dlm pelajaran.

    Kadang2 yg bongsu terer sebab dia dah ada contoh dari abg dan kakak2nya. Dia akan cuba utk setidak2nya sama mcm abg dan kakak tapi selalunya dia akan lebih berjaya at least dlm akademik. Kalau tak malulah dia.

    ReplyDelete
  44. ala..salah taip la. nak taip 'abang' tapi terjadi 'uncle' pulak. hehehe....!!

    ReplyDelete
  45. bijak jawap soalan mak sama macam bijak jawap soalan periksa.. he..he...

    ReplyDelete
  46. sally,

    Bila Adam dah boleh baca blog saya, saya kot yg ter pressure. Silap2 saya dah berhenti blogging masa tu huhuhu

    ReplyDelete
  47. sonata,

    Ayah dia dulu takde kemudahan mcm Haikal ni. Alasan aje tu.

    Mmg anak2 saya lebih pandai dari saya huhuhu

    ReplyDelete
  48. gadisBunga,

    Iya ke ni? Mcm tak percaya aje hehehe

    ReplyDelete
  49. Insan Marhaen,

    Budak skrg mmg pandai menjawab sebab ibubapa skrg lebih terbuka. Kalau dulu sesiapa menjawab akan dicop melawan atau kurang ajar.

    ReplyDelete
  50. Memang pandai Haikal. Kena tunjuk pada Along ni.

    Result sekolah kafa Along Bawah 95 atas 70 aje.

    ReplyDelete
  51. Kengkadang kesian juga pada Along sebab tak boleh nak ajar bahasa Arab pada dia.


    * Haikal sekolah yang sama dengan anak Rahimah & Baharuddin ke YB ?

    ReplyDelete
  52. hehehe...

    digantungnya Adam macam tu..

    ada pulak muscle yg keluar nanti..

    ReplyDelete
  53. betul2 stress tau kalau abg2 dan kakak bijak2..saya dah alami dl..

    ReplyDelete
  54. sabar ye adam.. klu tak mampu menggalas, suruh je mak adam bg adam adik yee.. tak susah pun, ayah kan dah biasa.. hahahahahahahha

    ReplyDelete
  55. tengok gaya Adam ni, budak ni bleh pergi jauh ni. lagipun ayah Adam ni cam nak tambah ahli baru lagi jer.hehe

    ReplyDelete
  56. salah tu YB, kami tak suka belajar ngan mak sebab dia sangat garang.. Tapi kalu dengan anak murid dia, dia baik... Geram aje rasa... Hahahahahahah :P :P


    Adik saya sama je perangai cam abang dan kakak dia... study main-main... tapi alhamdulillah, result dia tak penah mengecewakan... :D :D

    ReplyDelete
  57. a.z.r.i.n.a no 1,

    Bolehlah tunjukkan kat Along utk jadi motivasi. Semoga Along dapat memperbaiki pencapaiannya di tahun2 akan datang.

    Atas dari 70 tu kira elok juga. Cuma perlu penumpuan yg lebih utk naikkan lagi markah tu.

    ReplyDelete
  58. a.z.r.i.n.a no 3,

    Terpaksalah Along tanya ustazah dia. Nasib baik kat rumah ni abg dan kakak Haikal pun pernah belajar di sekolah agama tu. Atikah bahkan pernah mengajar di situ semasa menunggu keputusan SPM dia dua tahun lepas.

    Anak Baharuddin sekolah Al- Amin kalau tak salah saya. Itu sekolah org2 yg mampu.

    ReplyDelete
  59. a.z.r.i.n.a no 3,

    Tangan Adam tu kuat. Badan dia pun keras w/p tak berisi. Skrg kalau naik kereta dia bergayut dlm kereta pulak huhuhu

    ReplyDelete
  60. Hamizah,

    Stress masa periksa besar aje kot spt UPSR, PMR dan SPM. Kena pula bila abg dan kakak semua dpt straight A's.

    Awak berjaya mengikut bahkan mengatasi pencapaian abg dan kakak kan? Tahniah!

    ReplyDelete
  61. Masy,

    Kami tak paksa dia. Tapi nampak gaya mcm boleh tahan budak tu. Abg dan kakak dia pun kata dia ni pandai dari mereka sejak dari kecil lagi.

    Ko ingat buat anak mcm buat kuih ke? hahaha

    ReplyDelete
  62. Penyuk,

    Cara ko tulis tu mcm pakar motivasi. Pergi jauh sampai mana tu? Sampai Amerika ke?

    Aku musykil apa kaitan Adam boleh pergi jauh dgn tambah ahli baru?

    ReplyDelete
  63. syah,

    Biasalah tu - dgn anak sendiri garang mcm singa tapi dgn anak org lemah lembut. Bukan golongan cikgu aje yg mcm tu.

    Adik awak ni yg belajar di Kuala Selangor dulu tu ke? Dia jenis yg gifted kot - tak perlu belajar teruk2 tapi result bagus.

    ReplyDelete
  64. bila anak2 yang tua dah berjaya... mesti lah nak adik2nya ikut jugak..:)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails