Tuesday, November 9, 2010

Adam Dah Semakin Maju

Rentetan dari n3 semalam:

Petang semalam Haikal balik dari sekolah kebanggaan kebangsaan dgn membawa kad laporannya. Dia dapat no 8. Walaupun bukan Top 3 yg memungkinkan dia naik pentas utk menerima hadiah, tapi alhamdulillah masih Top 10.

Malam tadi semasa aku dan emak Adam ke Giant, aku belikan Haikal aiskrim Top 10 Walls. Satu kotak ada 4 batang. Bila sampai rumah aku yg sebat dulu sebab Haikal dah beli aiskrim McD semasa aku berbaris nak bayar barang2 yg aku beli di Giant tu. McD dan Giant tu dalam satu bangunan yg sama.

Itu kisah Haikal di dalam menangani cabaran utk mengikut jejak langkah kejayaan abg2 dan kakak2nya.

Ini kisah Adam pula.

Ramai yg nasihatkan aku jangan beri tekanan kpd Adam kerana dia masih kecil. Tapi setahu aku masa kecil inilah otak kanak2 paling banyak berkembang. Kalau dah tua esok, nak kembang pun susah mcm aku ni kot .

Nak kan otak Adam berkembang macam2 cara boleh dilakukan. Pagi ni, dia sibuk nak main WII. Selalu dia main dgn abang2nya tapi skrg ni mereka di sekolah. Rupa2 Adam pandai hidupkan permainan tu sendiri. Aku pun tak pandai hehehe


Adam sedang memilih game yg dikehendakinya. Siap ada nama dia yg abg dia dah masukkan dlm komputer

Mula2 dia main lawan pedang

Dah puas lawan pedang (dia menang) main kayuh basikal pula

Sekarang dia dah nak main water ski pula. Tak larat aku nak layan. Lebih baik aku pergi surau. Biar Atikah aje yg layan kerana kebetulan kakaknya takde kuliah hari ini.

45 comments:

  1. hahaha yg sebenarnya YB yng teringin nak main tu.. tapi sbb segan nampak dek orang n tak tahu mcm mana nak main, hatta nak on kan pun x reti, tu yg jadi penonton je kan hahaha..

    ReplyDelete
  2. wahhh...

    Cerdik betul Adam .

    Auntie ni pun suka men game tau..
    boleh kita main sama-sama..

    ReplyDelete
  3. go adam go!!!

    budak2 nama adam mmg bijak.

    adam anak buah saya speaking laju je. serius.

    lepas tu cakap bm pelat mcm omputih.
    *nyampah*

    bgs YB kembangkan otak adam, lps ni mmg lebih kreatif adam berfikir (^_^)

    ReplyDelete
  4. wah terrernye adam! saya pun tak pandai main sume2 tu

    ReplyDelete
  5. YB...hikhikhik..rasanya tak perlu berikan tekanan pada Adam pun..

    dari sini dah nampak... Adam sangat cerdik... :)

    untung nya ibu dan ayah Adam..

    ReplyDelete
  6. haha pandai si adam. budak2 ni dari kecik la kita kena bagi imput macam2.jangan lupa doa2 harian tu yb..

    ReplyDelete
  7. kan men macho lagi adam yer.... hehehehhehe

    ReplyDelete
  8. eleh.... tak reti main sebenarnya kan.... :>

    ReplyDelete
  9. Che' Pit,
    sysss jgn cakap kuat2. Bila Adam dah main tak rasalah saya nak main huhuhu. Tunggu dia tidur tapi saya ni tak pandai nak on kan benda tu. Jadi terpaksa pandang ajelah benda tu huwaaaaa

    ReplyDelete
  10. a.z.r.i.n.a no 1,

    Terlambat 2 minit.

    CP membuat come back yg dramatik dgn merampas tempat pertama.

    ReplyDelete
  11. YB tak larat nak layan ke.. atau tak larat sebab asyik kalah ngan adam tu

    ReplyDelete
  12. a.z.r.i.n.a no 2,

    Kalau auntie nak main datanglah sini. Nanti boleh main mcm2 kat virtual game tu. Boleh lawan dgn Adam.

    ReplyDelete
  13. AiTotYati,

    Besar mana Adam anak saudara awak tu? Bolehlah bawa ke sini main dgn Muhammad Adam Hakimi.

    Cayalah cakap BM pelat omputih. Besar esok pandai speaking.

    Selain main game tu Adam suka main iPad bila abg dia balik dari UIAM. Tengah ajar dia ABC kat iPad tu.

    ReplyDelete
  14. ~mrs. azmi~

    Budak2 skrg cepat belajar. Adam ni tengok aje abg dia buat beberapa kali dah pandai buat sendiri. Kalah saya. Seronok melihat budak2 yg sedang berkembang akalnya ni.

    ReplyDelete
  15. GaDis CoMeL,

    nanti kalau awak dah kahwin kalau dapat anak lelaki boleh namakan Adam. Biar comel mcm Adam yg ini.

    ReplyDelete
  16. Sekarang dia dah nak main water ski pula. Tak larat aku nak layan.

    .
    .


    .
    .

    org tak berapa muda mana bole nak lawan ngan org muda


    :P

    hikkssss

    ReplyDelete
  17. imanamani,

    kami tak mahu memberi tekanan kpd Adam. Biar mindanya berkembang mengikut rentaknya sendiri. Apa yg kami lakukan memberi galakan dan alat2 yg boleh membantu menjadi insan yg lebih baik.

    Semoga apa yg awak katakan itu betul. Ramai yg kata Adam sgt cerdik.

    Rezeki kami dikurniakan Adam. Ingat dah berhenti setakat abg nya. hehehe

    ReplyDelete
  18. kakpah,

    Terima kasih atas nasihat tu w/p pendek. kakpah mmg pakar dlm hal ini sebab hari2 main dgn budak2.

    ReplyDelete
  19. PnConfused,

    Eh ko nampak ke? Aku ambil gambar tepi dan belakang dia aje hehehe

    ReplyDelete
  20. kakngah,

    Main tu reti jugaklah tapi kalau yg lawan pedang tu Adam lagi tinggi level dari saya huhuhu

    psst - bowling saya terer.

    ReplyDelete
  21. ibuintan,

    Dua2 betul. Ada game yg Adam lagi terer dari saya huhuhu

    ReplyDelete
  22. kts,

    Jom kita dua lawan. Tengok siapa menang. Ada berani?

    ReplyDelete
  23. tetiba rasa dengkis kat Adam... Huahahahahah :P :P :P

    ReplyDelete
  24. kenapa kita berdua kena lawan??


    .
    .

    oooooooo..... kump. tak berapa muda nak lawan kump muda eh

    .
    .

    takpe aar... aku kasi can ko menang!!

    :P

    ReplyDelete
  25. kenapa kita berdua kena lawan??


    .
    .

    oooooooo..... kump. tak berapa muda nak lawan kump muda eh

    .
    .

    takpe aar... aku kasi can ko menang!!

    :P

    ReplyDelete
  26. syah,

    Kenapa harus rasa dengkis dgn Adam? Adakah kerana dia boleh main WII tu? hehehe

    ReplyDelete
  27. kts,

    Takut tu kata ajelah takut. Belum tentu ko boleh menang. Jom datang sini kita lawan. Aku bagi ko pilih 3 jenis permainan. Petang ni pun ok kalau ko nak datang.

    Roger aku sebelum ko datang tu.

    ReplyDelete
  28. Ini abah Adam yang suka main sebenar nya ni..

    ReplyDelete
  29. go adam go adam...!

    heh nk gi mana?

    ReplyDelete
  30. YB kene kursus pasang dulu bende tu dgn adam, baru boleh kursus main. huhuhu~

    ReplyDelete
  31. relevan,

    Ayah Adam suka main bowling aje. Yg lawan pedang tu cepat lenguh tangan.

    Yang basikal lagi lah tak pernah cuba huhuhu

    ReplyDelete
  32. kak long,

    Adam nak pergi kepsi dan mekdi. Dah kenal sgt bila nampak 2 tempat tu hehehe

    ReplyDelete
  33. gadisBunga,

    eh mana awak tahu?

    Tadi masa nak main basikal Adam suruh saya sambung ada satu kabel lain. Saya langsung tak tahu kena sambung kabel bagai kerana sebelum ni cuma pakai remote control aje.

    ReplyDelete
  34. adus kecik2 dah pandai main video game..elok juge utk perkembangan minda..tp kawalan juga perlu ada..takut nanti dia ketagih main video game aje..;))

    ReplyDelete
  35. kenapa ada parut halus kat kelopak mata adam? aritu nampak dia...

    ReplyDelete
  36. MasZuber,

    Bukan setakat main video game, main iPad pun dah pandai. Selalunya Adam tak lama main video game ni. Tak mcm abg2 atau kakaknya hehehe.

    Apapun kami akan memantau dia.

    ReplyDelete
  37. a kl citizen,

    parut tu sbb tercalar. Budak tak tahu duduk diam mcm tu lah. Tapi alhamdulillah dah hilang parut tu.

    (Saya angkat dia nak pastikan sebelum jawab komen ni hehehe)

    ReplyDelete
  38. budak2 zmn skrg ni cepat tangkap mcm2 perkara

    ReplyDelete
  39. Ms.Lilies,

    Sampai kita tak terkejar. Nanti mereka lebih advance dari ibubapa.

    ReplyDelete
  40. bukan sebab dia boleh main wii, tapi sebab dia ada wii... huahahahahah :P :P

    ReplyDelete
  41. syah,

    WII tu abg dia yg beli. Tapi pakai duit ayahnya huhuhu.

    Kalau awak nak main dtglah sini. Kita lawan bowling. Emak Adam pun dah terer. Setakat ayam turki tu dah biasa dapat hehehe

    ReplyDelete
  42. adakah ini bermaksud i pun kene belikan wii utk aqid?hmmmm......

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails