Thursday, October 21, 2010

Susu Badan

Semalam aku pergi blog kak long. Kesian dia kena campak. Bukan dicampak keluar rumah oleh suami dia lah tapi kena demam campak (gurau aje - jangan marah kaklong).

Doktor nasihatkan kaklong stop dulu memberi susu badan kpd anaknya yg berusia 1 tahun 3 bulan sbb takut terjangkit. Kaklong kata Dania anaknya itu dah setahun lebih pun masih menyusu badan.

Baguslah tu kaklong. Susu ibu yang paling berkhasiat utk bayi. Sambil menyusu bayi akan bertambah rapat dgn ibunya. Dan tak kurang pentingnya dapatlah jimat sikit duit beli susu. Susu formula semakin mahal skrg. Yang kurang berjenama sekilo pun dah lebih dari RM20. Kalau yg jenama pelik2, mahu mencapai RM30 - RM40 setin. Kecil pula tu tin nya. kalau tin besar takut org tak mampu nak beli huhuhu

Adam yg dah berumur 2 tahun 1 bulan pun masih menyusu dgn ibunya walaupun skrg kami terpaksa campur dgn susu botol. Kalau harapkan susu emak Adam aje mmg tak cukup utk dia yg dah dua tahun lebih tu. Bila menyusu sehingga dah kering sebelah, dia boleh suruh emak dia bagi susu yg sebelah lagi. Budak dah besar dan dah pandai cakaplah katakan.

Pagi tadi lepas bangun tidur Adam nak menyusu. Emak dia tanya kalau dia nak susu botol tapi dia kata nak susu emak. Lalu emak Adam pun baring sebelah dia dan mula menyusukan Adam.

Aku pun nak baring juga sebelah mereka dan aku cakap kat Adam aku pun nak menyusu. Tahu apa dia kata?



?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?


"Ayah gi minum teh!"


Duussssss sebiji. Potong stim betullah Adam.

Aku pun ke dapur lalu membancuh satu mug Milo.

75 comments:

  1. keh keh keh...!
    kena sebijik....


    yang kaklong heran tu dr.tu bukan nk beri sokongan moral...dia boleh gelak lagi...ada ke patut...doktor gamen lak tu...

    ReplyDelete
  2. Pandaaaiiiiii Adam... kih kih kih kih :P :P

    Imran punya susu setin aje RM50+... AMu tak kopak mak bapak dia tetiap bulan... Maintenance mahal dia tuh... Kih kih kih kih :P :P

    ReplyDelete
  3. give me 5 lah Adam...hahahahahhahahaah!

    MDT tumpang gelak!

    ReplyDelete
  4. baru jek redeem point susu adief. jimatttttttt bulan dpn....

    ReplyDelete
  5. kak long,

    bukan nak bagi sokongan moral kat saya tapi gelak pulak kak long ni. Nyampess.

    Oh doktor gamen. Dia kecewa sbb dapat 500 aje kot hehehe

    ReplyDelete
  6. syah,

    Iyalah tu. Ada lori ada bas. Nanti bila dia nak susu botol tahulah apa saya nak buat. ngeeee (tanduk dah mula tumbuh)

    Mak ai RM50+. Susu soya ke? Mahal maintenance budak tu. Nasiblah anak baru sorang.

    ReplyDelete
  7. makdara TERdiva,

    Adam tidur lagi tu.

    Tak nak geng dgn MDTlah kalau mcm ni huhuhu

    ReplyDelete
  8. kakngah,

    susu jenama apa tu boleh redeem point? Susu yg Adam minum takde pun skim mcm tu. Susah2 nanti saya bagi dia susu pekat manis aje hehehe

    ReplyDelete
  9. ape ni mintak susu laa ape la. isk2...

    arinie aku baik. jadi bicara dabel meaning mmbuatkan aku jadi tersipu2 hahaahhaha

    ReplyDelete
  10. fae,

    Budak baru nak belajar cakap ini kadang2 kita pun terkejut apa yg dia katakan. Unsangkarable hehehe

    ReplyDelete
  11. Masy,

    Tempoh menyusukan anak adalah dua tahun. Selepas tempoh tersebut kena dapatkan izin suami kalau nak teruskan menyusu.

    Kena bagi can kat suamilah pulak kot hahaha

    Hari ni aje ke ko jadi baik? Larikkssss

    ReplyDelete
  12. shaiiza,

    Kuatnya awak gelak. Dengar sampai ke sini hehehe

    ReplyDelete
  13. susu aqid dekat rm50 utk 900g.nasib baik dia tak suka minum pekat2, so i bagi 2 scoop je untuk sekali minum.

    yb tak bole minum teh la, tak elok utk org tua mcm u,heheheheh

    ReplyDelete
  14. Jom ayah..kita pergi mengetea kat warung makcik Leha sana..

    ReplyDelete
  15. Syida,

    Tak patut betullah awak ni. Ada ke 2 scoop utk sebotol? Kalau nak dia berisi bagilah pekat sikit ikut sukatan hehehe.

    Teh elok utk menjauhkan dari sakit jantung tau.

    psst - pagi tadi saya minum Milo lah hehehe

    ReplyDelete
  16. relevan,

    Nah ambik duit ni. Adam ajelah yg pergi ke warung makcik Leha tu. Ayah nak minum kat rumah aje dgn emak Adam

    hahaha

    ReplyDelete
  17. susu formula mahal tp kurang berkhasiat..

    kalau hentikan si adam BF dah boleh dah sbb dah besar sgt tuh..

    dah pandai bg arahan kat bapak dah..hehehe

    ReplyDelete
  18. T@sh Sch@,

    Menyesal buat n3 ni. Org dok pakat gelakkan saya huhuhu

    ReplyDelete
  19. Eja,

    Mana tak bijaknya. Dia banyak minum susu ibu hehehe

    ReplyDelete
  20. Hamizah,

    Emak dia belum bercadang nak berhentikan Adam menyusu selagi ada susunya w/p dah tak banyak mcm dulu. Mentang2lah dia yg bongsu.

    Ayahnya kena sabar ajelah nampaknya huhuhu

    ReplyDelete
  21. budak2 yg nama Adam ni mmg bijak gamaknya.

    anak buah saya nama Adam pun bijak.

    bagus Adam bagus.

    (^_^)

    ReplyDelete
  22. kah3x.

    bijak la Adam. Ayah Adam tu kaco je, pegi la minum teh.

    ReplyDelete
  23. Salam YB,

    Hehehe thumbup 4 adam... bijak... bijak...

    ReplyDelete
  24. minum milo rupanya, patutlah sihat bagai johan,ehehehe.

    ReplyDelete
  25. kahkahkahhhhhh. pandaiiii adam. ayah dia mmg tak patotttt...

    ReplyDelete
  26. meh nak sep dengan Adam!!
    .
    .
    eh..
    milo pun kena campur susu tau Adam!!!!

    ReplyDelete
  27. adam suruh minum teh la. bukan milo! hahaha

    ReplyDelete
  28. kihkihkih..tak tau nak komen apa dah..
    rasa ak gelak je nih~

    ReplyDelete
  29. adam suruh minum teh bukan minum milo.

    susu Formula 1, lagi mahal kot !

    ReplyDelete
  30. aku dah boleh agak, sure ada ayat2 yg mcm tu akan kuar..haha...anyway..lawak2, gelak gak aku baca...

    ReplyDelete
  31. salam huhuhhu..harga susu makin meningkat..nape tiada kawalan dalam bajet yang lalu..kenapa patut cukai untuk perfume dihapuskan huhuhuhu....
    p/s: komen ini telah lari dari tajuk hahahahah..jgn mare YB...

    ReplyDelete
  32. Adekah YB nak taruh teh dalam botol Adam? Atau YB nak suh Adam bancuh susu sendiri? Kikikikikik :D :D

    ha'ah, susu soya... susu lembu dia takleh minum... semua benda yang ada dairy milk trace pun dia takleh telan... banyak pantang budak tuh...

    susu aje dah satu hal, blom kira dia punya ubat-ubatan lagi tu... Imran tu membesar kenyang makan ubat aje... kesian betul... huhu~~

    ReplyDelete
  33. akakakaka....
    pandai dah dia cakapkan..

    ayah pi minum teh x lps tu?
    :p

    ReplyDelete
  34. nasib baik ada tak kata.... "kenapa sekarang ni susu mak cepat sgt kering... abah isap eii"

    kuang kuang kuang

    ReplyDelete
  35. "sy suka milo o"

    .
    .

    .
    .

    "tak lari topik kaaaan" kata sy malu2 :P

    ReplyDelete
  36. susu ibu ...bukan susu badan...

    kena faham tuu

    ReplyDelete
  37. aiyo....lenkali jgn kacau anak tengah menyusu

    ReplyDelete
  38. hahahaha....naseeb la YB, ngendeng tak kena time

    ReplyDelete
  39. hahaha....

    pandai Adam.


    ya ke buat milo lepas tu..

    ReplyDelete
  40. what a good move for adam :)))

    takmo share kemanjaan dgn ibunya.

    ReplyDelete
  41. AiTotYati,

    Mungkin betul juga kata awak tu. Skrg ini dah ramai org letak nama anak mereka Adam.

    Kalau 7 -9 tahun dulu ramai yg nama Haikal hehehe.

    ReplyDelete
  42. GaDis CoMeL,

    Lepas Subuh ingat nak tumpang bermanja. Rupanya kedekut Adam ni huhuhu.

    ReplyDelete
  43. Atikah,

    Wsalam.

    Nasib baik Adam belum pandai baca blog. Kalau tak mesti kembang dia baca komen awak ngeeee

    ReplyDelete
  44. juliet,

    Dah lama saya minum Milo. Lain kali saya buat 2 mug - satu utk saya dan satu utk awak. Amacam? Bolehlah awak pun berisi sikit.

    ReplyDelete
  45. Tijah,

    Apa yg tak patut pulak? Dah satu malam Adam yg conquer. Bagilah ayah dia can sikit hehehe

    ReplyDelete
  46. ~mrs. azmi~,

    Kalah tumbukan TKO.

    Terus hilang mood huhuhu

    ReplyDelete
  47. Dr Singa,

    Adam sibuk nak kacau kakaknya. Nak kacau ayahnya, ayahnya sibuk blogging hehehe. Siapa suruh dia buli ayahnya pagi tadi.

    "Buat Milo pakai susu apa?" tanya Adam. hehehe

    ReplyDelete
  48. gadisBunga,

    Dia susah nak sebut Milo agaknya. Tapi lebih senang buat Milo. Teh nak kena guna air mendidih baru best.

    ReplyDelete
  49. Rozita,

    Sampai hati awak ketawakan saya huhuhu

    ReplyDelete
  50. al-lavendari,

    Emak Adam buat teh utk sarapan pagi. Utk basahkan tekak saya buat Milo sebab senang sikit nak buat.

    Susu Formula 1 tu jual kat SIC ke?

    ReplyDelete
  51. MENTIBANG LAUT,

    Pandai ko mengagak. Aku pun tak sangka Adam akan cakap mcm tu kat aku huhuhu.

    Bolehlah ko gelak sbb tak kena kat ko ngeeee

    ReplyDelete
  52. sahrom,

    wsalam.

    Point yg awak utarakan itu mmg relevan. Mungkin org yg buat bajet tu takde anak kecik yg menyusu.

    ReplyDelete
  53. esok adam suruh minum kopi o plak !

    ekekee

    ReplyDelete
  54. syah,

    mana boleh bagi tahu. Nanti kalau kakak atau abg Adam baca, bocorlah rahsia saya.

    Susu soya mmg mahal. Dulu Haikal masa kecil pun alergik barang tenusu. Kalau kakak atau abg dia cuba2 nak bagi ais krim yg ada susu sikit pun habis merah padam mulut dan muka dia. Nasib baik bila dah 3 -4 tahun dah ok. Imran pun insyaAllah akan ok juga tak lama lagi.

    Kesian juga dengar dia mcm tu. Semoga dia akan bertambah kuat ketahanannya bila dia semakin besar.

    ReplyDelete
  55. Ms. Lilies,

    Dia dah 2 tahun lebih. Jadi dah mula pandai cakap.

    Ayahnya tak minum teh lepas tu tapi minum Milo.

    ReplyDelete
  56. Shifu,

    Tak sempat abah hisap pun dah kering huwaaaa

    ReplyDelete
  57. kts,

    Saya pula suka Milo campur susu. Awak boleh bagi susu kan kalau susu kat rumah ni habis? hehehe

    Larikksss (sbb awak lari topik)

    ReplyDelete
  58. ikan emas,

    Kalau Adam mmg dia panggil susu ibu. Kalau saya takkan nak panggil susu ibu jugak? Susu badan lagi sesuai rasanya hahaha

    ReplyDelete
  59. Mak Su,

    Baik maksu. Tapi anak pun lain kali jgn kacau org dewasa sedang menyusu wakaka

    ReplyDelete
  60. ibuintan,

    Tak sangkalah pulak dia nak cakap mcm tu.

    Ini emak Adam sedang tidurkan dia. Tak payah saya ngendeng lepas dia dah tidur ngeh3x

    ReplyDelete
  61. a.z.r.i.n.a

    Ramainya org puji Adam. Nasiblah dia tak baca blog ni.

    Ha'ah saya buat Milo lepas tu.

    Ini kisah benar pagi tadi.

    ReplyDelete
  62. MasZuber,

    Kemesraan keluarga kongsilah bersama. Tak baik tahu Adam kemut sendiri aje hehehe

    ReplyDelete
  63. shafarina,

    Lagi sorang memuji Adam. Mesti kembang dia kalau dia tahu ni.

    ReplyDelete
  64. LiNda,

    Esok saya dah tak nak kacau dia sbb malam ni saya dah kacau emaknya dulu.

    Emaknya nampak dah semakin ok lepas makan ubat ni ekeke

    ReplyDelete
  65. YB
    mana lak org tak pakt gelak ... geli ati menggeletek .. malu pun ada gaks ... n3 berani mati !!!!

    ReplyDelete
  66. T@sh Sch@,

    Iya ke geli hati. Adam selamba aje suruh ayah dia minum teh semalam. Senyum pun tidak huhuhu

    Takkanlah n3 mcm ni dah kira berani mati T@sh Sch@? hehehe

    ReplyDelete
  67. kekeke... dah tak tau nak komen apa..hanya mampu tergelak..hahaha

    ReplyDelete
  68. Lieya,

    Tengah2 malam awak gelak. Nasib baik hubby tak terkejut.

    Psst - tak dpt nak jumpa balik kg kali ini kerana balik kejap aje mlm ni. Tak ke Big River pun.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails