Wednesday, October 20, 2010

Semalam aku ada tulis benda di bawah ni dalam facebook aku. Tujuan aku supaya takde yg keliru atau salah tafsir. Tapi biasalah. Orang akan kata 'ya' bila kita kata 'tidak' dan 'tidak' bila kita kata 'ya' seperti yg selalu dilakukan oleh ahli politik atau artis. Padahal aku ni bukan ahli politik w/p org panggil aku YB. Aku juga bukan artis w/p aku rapat (rapat sebab berdiri atau duduk rapat) dgn FBI dan Tomok.

Oh ya nak tahu apa yg aku tulis? bagi mereka yg tak masuk fb aku

Ini aje pun . . . . . .

Emak Adam bakar ikan siap dgn air asam taruh kerisik utk lauk tengahari ni. Saya dari Shah Alam balik rumah utk menikmatinya (ikan bakar tu lah dan bukan emak Adam hehehe). Petang akan ke Shah Alam semula.

Macam2 orang speku bila aku tulis macam tu huhuhu

Oklah aku nak ke Kuala Kubu Baru pagi ni. Nak tulis nama atas batu


57 comments:

  1. errr aku xwat apa2 speku ye..

    balik rumah semata2 nk nikmati lunch yg disediakan oleh isteri kat umah adalah sgt sweet ok!

    tapi ini xbermaksud aku kata ko yg sweet..haha

    ReplyDelete
  2. tanpa tajuk pula hr ni,ye..
    apa2 ajelah asalkan bahagia..

    ReplyDelete
  3. he he he..
    jnji kita sendiri faham apa maksud kita tulis..
    org mmg suka buat speku..adat manusia..

    ReplyDelete
  4. tiada salah dlm status FB anda...org aje suka buat ribut...

    ReplyDelete
  5. err... nak resepi tu.. tlg mintak kt emak adam.. hihihi...

    ReplyDelete
  6. Salam YB,

    hehehe... saja nak kasi havoc tu...

    ReplyDelete
  7. ikan bakar campur kerisik
    memang sodap
    memang patut dinikmati...;p

    ReplyDelete
  8. sapa yg keliru tu? saje2 kot...ayat yb pun bleh tahan konfiusnya...

    ReplyDelete
  9. bongok je orang yg speku tu. or maybe, saja nak bercanda

    ReplyDelete
  10. aik.. tiba2 ayat sy sedikit skema.. hahaha.. bercanda la pulakkkk..

    ReplyDelete
  11. dh terang2 YB tulis nak nimati ikan bakar..

    mmm..dorg mmg sesaje nak bikin havoc kat dinding YB tu.


    heheee..

    ReplyDelete
  12. sekali sekala buat havoc apa salahnya...

    ReplyDelete
  13. status itu mempunyai maksud yang bukan stakat double, dah berpuluh-puluh maksud dah tu... tapi terpulang pada yang interpret laa...

    cam saya salu cakap, tulisan adalah tanpa emosi dan interpretasi, orang yang membacanya lah yang meletakkan emosi dan menginterpretasi tulisan itu...

    ReplyDelete
  14. pg td pegi KKB. tak nmpak YB pn...

    ReplyDelete
  15. tulis nama atas batu boleh dikira vandalisme tak? :P

    ReplyDelete
  16. moment no 1,

    Cayalah Wafa. Semalam mak su dpt no 1 sbb ko sibuk.

    ReplyDelete
  17. moment no 2,

    Tahniah. Aku buat posting awal pagi yg lain sibuk lagi kot. Kalau hari2 time mcm ni mahu ko dapat no 1 tiga kali berturut2 huhuhu

    ReplyDelete
  18. moment no 3,

    Ko tak speku semalam sbb ko tak komen kat fb aku tu. Kalau tak aku tak tahu samada ko akan speku ke tidak.

    Mmg sweetlah kalau sanggup balik dari Shah Alam ke rumah utk makan tghari. Lepas makan balik semula ke Shah Alam. Pergi balik 90 km wei. Tol RM11.40. Semalam kira 2 kali pergi balik huhuhu

    Kalau ko nak terus terang kata aku sweet pun apa salahnya. ahaks

    ReplyDelete
  19. Hamizah,

    Masa saya mula menulis n3 saya belum fikirkan tajuknya lagi. Habis menulis saya lihat jam sudah pukul 8:21 pagi. Saya janji nak jumpa kawan di Sg Buloh pukul 8:30 kerana nak pergi KKB.

    Terus publish tanpa sempat letak tajuk. Itulah kisahnya hehehe

    ReplyDelete
  20. Rozita,

    Ha'ah saya dah letak dalam kurungan maksud perkataan NYA itu. Tapi ada yg speku kata yg saya nikmati tengahari semalam adalah ikan bakar dan emak Adam. Kalau mcm tu saya kenalah gunakan perkataan MEREKA agaknya hehehe

    ReplyDelete
  21. pB,

    Tak pelik bagi org yg sudah berumahtangga ngeee

    ReplyDelete
  22. Kazaztan Team,

    Terima kasih kerana memahami. Saja kawan fb nak berguraulah tu hehehe

    ReplyDelete
  23. TINY,

    Ko nak resepi ikan bakar atau air asam berkerisik tu? Datang ajelah rumah kami dan tanya direct dgn emak Adam. Tapi mmg power air asam tu.

    ReplyDelete
  24. Atikah,

    Wsalam.

    Betullah tu. Saja mereka suka mengusik saya ni.

    ReplyDelete
  25. tulis nama ai sekali tak atas batu tu
    .
    .


    .
    .

    errr... batu kat kuala kubu tu la :P

    ReplyDelete
  26. Eja,

    Yang dicampur kerisik ialah air asam dan bukan ikan bakar tu. Tapi tetap sedap. Boleh cuba lain kali.

    ReplyDelete
  27. MENTIBANG LAUT,

    Mungkin perkataan 'NYA' boleh ditafsirkan merujuk kpd ikan bakar dan boleh juga kpd emak Adam. Tapi saya dah terangkan maksud saya di dalam kurungan. Terpulang kpd interpretasi masing2.

    ReplyDelete
  28. GaDis CoMeL,

    Org yg baca blog saya ni ramai yg pandai2. Mereka mungkin nak bercandalah tu nak lepaskan tensen.

    Apa jadi agaknya kalau saya tulis status yg lebih kontrovesi?

    ReplyDelete
  29. GaDis CoMeL lagi,

    Sekali sekala kenalah gunakan ayat yg skema. Baru nampak mcm nerd hahaha

    ReplyDelete
  30. sepet,

    Biarlah mereka bikin havoc. Bukan org lain pun - kawan2 jugak. Kalau serius sgt pun tak best jugak huhuhu

    ReplyDelete
  31. Syida,

    Selalu pun takpe kalau kawan2 ni. Tahu mereka saja nak usik saya.

    ReplyDelete
  32. syah,

    Sampai berpuluh2 interprestasi? Hebat daya imaginasi awak tu. Selalunya org yg lurus hanya satu interpretasi manakala org yg kreatif akan tafsir di sebalik yg nyata.

    Harap awak tak labelkan fb saya 18SX mcmana awak cop blog saya huhuhu

    ReplyDelete
  33. kakngah,

    Ya ke? Saya sampai sana pukul 10 pg sehinggalah pukul 1 lebih. Kakngah pergi sebelah mana? Kalau tak boleh saya belanja lunch tadi.

    Ada saya letakkan gambar di fb sebagai bukti saya ada ke sana hehehe

    ReplyDelete
  34. juliet,

    Kalau merosakkan pemandangan boleh dikira vandalism. Tapi tadi saya nampak atau tulisan atas batu:

    "Juliet loves Romeo"

    Bukan awak yg tulis tu kan? hahaha

    ReplyDelete
  35. ikan emas,

    Hai. Boleh kita berkenalan.

    (macam gedik nak ngorat pulak saya ni hehehe).

    ReplyDelete
  36. kts,

    Nak tulis 'kts' atau nama ko yg sebenarnya?

    Lain kali kita sama2 tulis bila kita pergi sana. ahaks

    ReplyDelete
  37. Heheheh...biasalah orang femes...biarpun bukan ahli politik atau pun artis...

    ReplyDelete
  38. fesbuk YB saya kelaskan sebagai 18sx jugak... hahahahahah :P :P

    ReplyDelete
  39. Salam yB..

    Banyak yang salah tafsiran ni..

    ReplyDelete
  40. Salam yB..

    Banyak yang salah tafsiran ni..

    ReplyDelete
  41. saya bukan kawan anda di fesbuk....
    :(

    ReplyDelete
  42. hahahaaa!!!! mmg best nak salah tafsir ni!
    (psstt YB, mintak nak add fesbuk can ah? ngeee)

    ReplyDelete
  43. salam yb,
    kaklong pulak tak boleh nak balas kat kotak sembang yb ni...not available..huhuhu..

    nape kotak komen kaklong ada masaalah ker?

    ReplyDelete
  44. YB,
    kan orang tulis nama atas batu nesan je, itupun orang lain yang tuliskan..

    ReplyDelete
  45. Kak Anie,

    Siapalah saya ni? Tak femes mana pun. huhuhu

    ReplyDelete
  46. syah,

    Kalau awak kerja dgn Lembaga Penapis Filem, habis semua filem awak kelaskan sebagai 18SX.

    Saya punya blog dan fb banyak kisah keluarga ni pun takkan 18SX juga? huhuhu

    ReplyDelete
  47. relevan,

    Wsalam.

    Salah tafsir mungkin berpunca dari salah penggunaan perkataan ganti nama.

    ReplyDelete
  48. DrSinga,

    Nak kawan dgn awak kat fb boleh tak? Add lah saya sbb saya guna nama sebenar.

    ReplyDelete
  49. gadisBunga,

    seronok jugak kalau tak membawa mudarat.

    Awak ke yg request tadi? Yg nama bermula dgn Z tu? hehehe

    ReplyDelete
  50. kak long,

    patutlah takde sebarang komen di kotak jerit saya hari ni. Ada masalah rupanya.

    Saya cuba 2 kali nak komen kat kotak komen kak long tapi tak keluar. Last2 komen kat shoutbox aje. Bolehkan?

    ReplyDelete
  51. ibuintan,

    Insaf.

    Tapi org muda selalu tulis atas batu. Kalau pergi Batu Feringgi banyak batu yg ada tulisan. Kat KKB tak nampak pun ngeeee

    ReplyDelete
  52. masa baca mula-mula baca kat Wall YB tu tak perasan pun.

    Bila ada perkataan dalam bracket tu yg terus pikir lain daaa...

    ReplyDelete
  53. a.z.r.i.n.a,

    Pasal takut org salah fahamlah saya letak perkataan dalam bracket tu. Tapi makin ramai yg baca secara songsang rupanya huhuhu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails