Monday, September 27, 2010

Wang Bukan Segala-galanya (tetapi segala-galanya perlukan wang)

Dah beberapa minggu aku nak buat n3 ni tapi kerana sibuk kisah raya, n3 ni terpaksa ditunda. Pagi tadi aku terfikir lagi nak menulisnya dan semasa aku blogwalking sikit2 tadi terbaca pula n3 LiNda Semuanya Maniss tentang perkara yg sama. Macam sehati sejiwa aje kita ni LiNda

Begini kisah yg aku nak citer tu:

Semasa bulan puasa baru ni ada seorg kawan aku datang berjumpa aku. Mula2 kami citer perkara2 biasa aje tapi aku tengok macam ada sesuatu yg terbuku dalam hatinya. Tiba2 dia kata nak tanya aku beberapa perkara. Muka dia nampak serius masa tu. Wah ini mesti perkara agak besar ni.

Dia memberitahu aku dia merasa agak tertekan dgn kerja dia sekarang. Sebelum ini dia bekerja di tempat lain tetapi baru ditukarkan oleh pihak syarikatnya ke KL ni. Jawatan baru dgn gaji yg sangat lumayan. Dekat seribu ringgit sehari! Ya sehari seribu bukan sebulan seribu. Makna nya dekat RM30 sebulan. Sykt dia sykt tempatan yg kalau aku sebut mesti semua org tahu. Kalau korang nak gaji besar, mintalah kerja dgn sykt tu!

Walaupun bergaji besar tapi dek tekanan kerja dia bercadang nak berhenti kerja. Dia tertarik melihat aku skrg ni 'rilek' setelah berhenti dari sykt kulit kerang.

Banyak yg kami bincangkan malam itu dan tiba2 aku terasa menjadi seperti kaunselor pula.

Tak perlulah aku huraikan perbincangan kami tapi aku nasihatkan dia kalau belum bersedia betul2, janganlah berhenti kerja. Sekurang2nya sekarang setiap bulan dia ada gaji (banyak pula tu). Bila kerja sendiri tak semua yg kita rancang akan menjadi. Masa itu mungkin tekanan akan lebih hebat lagi. Aku tahu ramai kawan2 yg kononnya nak kerja sendiri yg tak tahan menghadapi situasi seperti itu.

Lagi satu aku beritahu dia, kalau hutang keliling pinggang seperti hutang rumah dan kereta, berhati2lah sebelum mengambil keputusan nak berhenti. Lainlah kalau takde hutang macam aku ni hehehe

53 comments:

  1. errr ko lupa letak 'k' kat RM30 tu..huhu xkn gaji RM30 sebulan kot...kikiki

    ReplyDelete
  2. rm30k sebulan...dah kawen belum org itu? muehehehe

    ReplyDelete
  3. nak pi kencing pun kena kuar duit kan yb hahahaha

    ReplyDelete
  4. bagi saya, tak apa gaji kecik (moderate), janji saya boleh enjoy dengan life. ada masa nak spend dgn family n kawan2, dan diri sendiri.

    hehe.

    ReplyDelete
  5. Wafa,
    Ya ko first hari ni. Kata kat field?

    Apapun sekalung tahniah!

    ReplyDelete
  6. Wafa lagi,
    teruja betul ko hari ni.

    Saingan ko tengah sibuklah tu ngeeee

    ReplyDelete
  7. gadisBunga,
    sayang betul. Awak lambat seminit aje. Mungkin beberapa saat aje pun.

    ReplyDelete
  8. Wafa lagi dan lagi,
    Tak letakpun org faham kot. Cekap juga ko ni.

    ReplyDelete
  9. yb, wang bukan segalanya, sy ada mendpt 100 sehari (lebihkurang) dan sgt tertekan ngan kerja, tp sy dan laki belum lagi free dari bebanan hutang... sy sgt tak tahn dan terasa mcm nak lepaskan gaji ni utk jadik housewife jer..... patutkah? umur plaks cecah 40 tahun, takut tak ada siapa yang nak kat saya lagi.......

    ReplyDelete
  10. besar periuk besar la keraknya.............

    ReplyDelete
  11. gadisBunga,
    dah kahwin dan dah ada anak. Awak sanggup ke nak jadi yg no 2? hahaha.

    (tambah pening mamat tu karang ngeee)

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. besar periuk besar jugak keraknya

    ReplyDelete
  14. Ms.Lilies,
    betul tu. Terutama kalau duduk kat KL ni huhuhu

    ReplyDelete
  15. GaDis CoMeL,
    alangkah bahagianya kalau semua org boleh mendapat apa yg dihajatinya. Semoga awak mendapat apa yg mahukan iaitu enjoy life dan ada masa utk keluarga dan kawan2.

    psst - ada ketikanya kehidupan tak semudah itu. Mungkin satu hari nanti awak faham apa yg saya cuba nak beritahu ni.

    ReplyDelete
  16. Mak Su,
    Alhamdulillah kerana pendapatan maksu boleh tahan juga. Ramai lagi yg hanya mampu impikan gaji sebanyak itu.

    Kalau tertekan dgn kerja skrg cuba berbincang dgn bos. Mungkin ada dept lain di sykt maksu yg lebih sesuai dgn jiwa maksu. Kalau maksu berhenti skrg, banyak juga paksu chot nak tanggung sorang2 tu.

    Satu lagi, cuba cari sumber pendapatan alternatif. Kalau kena gayanya tulis blog pun boleh dapat ribu2 setiap bulan. Maksu kan berbakat dlm penulisan?

    My two cents worth. Kalau rasa merapu, abaikan saja.

    ReplyDelete
  17. zonaku dan Monalea,
    skrg kan dah ada periuk karan? Tak semestinya berkerak setiap kali kita masak.

    Begitu juga dalam kehidupan ini. Gaji besar tak semestinya kita banyak hutang. Pengurusan kekayaan sangat penting tetapi ramai di antara kita tak didedahkan dgn ilmu ini huhuhu

    ReplyDelete
  18. kalo gaji besar tapi hati tak gembira pun susah nak buat keje kan. dan kalo nak mula berniaga kena juga ada simpanan sikit utk keluarga,takut apa2 jadi nanti. haihh, akhirnya ku pilih utk bekerja dgn gaji yg bulehlah :P

    ReplyDelete
  19. "Mula2 kami citer perkara2 biasa aje tapi aku tengok macam ada sesuatu yg terbuku dalam hatinya."

    Hebat betul mata awak .. macam x-ray, boleh nampak apa yang ada dalam hati orang. hehe

    Ini komen serius.

    Gaji ini ibarat kain untuk di buat baju. Kalau kita perlu 2 meter, kita dapat lebih pun tak guna. terbuang atau terbazir begitu sahaja. mungkin kawan awak tu, dah ada kain cukup 2 meter kot !

    "wang tak jamin kita akan bahagia, tapi kalau tak ada wang, jamin kita tak akan bahagia"

    ReplyDelete
  20. juliet,
    ramai juga org yg gaji besar berhati gembira dan tak kurang pulak yg gaji kecil berhati duka. Susah nak buat kerja juga tu.

    Dan tak semua org yg berniaga itu akan lebih senang dari yg makan gaji.

    Yang penting kita bahagia dgn apa yg kita lakukan.

    ReplyDelete
  21. Saya skang takde keja dan takde gaji... Dan sy jugak takde hutang...

    Ingat nak kerja balik semula la... huhu...

    ReplyDelete
  22. al-lavendari,
    Mata saya mmg tak nampak apa yg ada dlm hati dia tapi apa yg ada dlm hati dia terpancar keluar di mukanya. Saya boleh melihat riak mukanya dan boleh mengagak ada sesuatu yg terbuku di lubuk hati.

    Hebatlah abg ni. Ini yg saya suka pendapat dari otai mcm abg ni. Harap kawan saya baca. Kalau dia tak baca pun nanti bila ada kesempatan saya sampaikan.

    Saya perlu 4m kain tapi cuma ada 2m. Boleh buat baju tapi tak dapat buat seluarnya sekali. Kenalah saya pakai kain pelikat aje bang. Abg faham apa maksud saya ini kan bang?

    Kebahagiaan terletak di hati dan bukan di harta. Ia datang dari Allah dan bukan dari kebendaan.

    ReplyDelete
  23. ~Kak AZZ~,
    Kita ni lebih kurang aje.

    Saya pun takde kerja tapi kenalah buat2 ada kerja. Kalau tak jadi fitnah pula nanti huhuhu

    ReplyDelete
  24. betul tu.dh ada keje lain baru lah quit..kecuali lah sbb mmg gaji byk..leh la quit terus smbil cari keja lain sedaya upaya..gaji tu leh lagi kot tmpung idup beberapa bulan kalau expense tak byk

    skang sy kerja di client site - kulit kerang

    ReplyDelete
  25. saya pun dah takde hutang... tapi bakal membuat hutang... hahahahah :P :P

    ReplyDelete
  26. ramai betul yg nk fes kt blog ko ni kan bang. ko ada bg hadiah yek...?

    :)


    .

    ReplyDelete
  27. Daun Bidara,
    jika kamu bersyukur nescaya Allah akan menambah nikmatNya.

    ReplyDelete
  28. Kawan last tak per..janji komen..

    ReplyDelete
  29. HEMY,
    kalau duit banyakpun aku rasa lebih elok dapatkan kerja lain dulu sebelum quit. Sehari masuk dekat seribu ringgit mana nak cari wei. Bila dah ada kerja baru quit.

    Bahayanya kalau belum ada kerja dah quit nanti kalau tak dpt kerja dah menggelabah. w/p ada simpanan tapi sedangkan bukit kalau dicangkul lagikan habis huhuhu.

    Ko kerja di Dsara Heights ke atau Cyberjaya? Kalau kat HQ kirim salam aku kpd org kat situ. Org2 lama kenal aku rasanya kalau ko sebut YB hehehe

    ReplyDelete
  30. syah,
    tahniah takde hutang.

    Awak nak beli rumah ke yg nak buat hutang baru tu? hehehe

    ReplyDelete
  31. tasek,
    aku pun kadang2 hairan jugak nape org berebut2 nak fes. Tapi ai like. Sesama kengkawan.

    Hari tu aku ada tawarkan hadiah kpd sesiapa yg boleh dpt jadi fes 3 kali berturut2. Ramai yg dpt 2 kali berturut2. Yg dpt 3 kali hanya 2 org. Adalah aku bagi hadiah sikit.

    ReplyDelete
  32. relevan,
    nak dapat yg first mmg mencabar. Tapi nak dapat yg last pun bukan senang. Tengok Hamizah dah komen lepas awak hehehe

    ReplyDelete
  33. Hamizah,
    Itulah sbb Nabi Muhammad s.a.w mengajar kita doa utk lepas dari hutang.

    Tanpa hutang hidup merdeka (w/p tak kaya).

    ReplyDelete
  34. Awak tu, kalau 10 meter pun mungkin tak cukup ... sebab awak nak buat macam2, bukan setakat baju sahaja. mungkin nak buat kain selimut sekali.

    faham tak ? saya masih ingat akan cita2 awak nak beli jet peribadi.

    ReplyDelete
  35. Nasihat yg bernas utk kawan, bukan semua org pandai berniaga. Tekanan lagi kuat, bila terputus project nak tanggung staff punya gaji dan bagai2 bil maintainance pejabat...

    Syabas YB, memberi nasihat yg baik.

    ReplyDelete
  36. betul apa yang yb nasihatkan tu...
    tapi kadang2 akibat tekanan,manusia tak boleh nak berfikir panjang...
    memang zaman skrg semua nya guna duit...ada duit semua boleh jadi...
    tapi mesti hati2,yg dikejar tak dapat yang dikendong berciciran....

    wowww...dkt 30k satu bulan tu....
    rugi klu dia berhenti...

    ReplyDelete
  37. al-lavendari,
    dah alang2 ambil lebih takkan setakat 10m. Biarlah ambil sekodi terus.

    Sejujurnya saya cari bekerja bukan utk diri dan keluarga saja. Kalau utk itu, gaji saya semasa di sykt kulit kerang insyaAllah dah mencukupi. Saya bekerja utk menolong agama dan bangsa dgn cara saya. Buat apa yg terdaya semasa hayat di kandung badan.

    Macamana nak beli kapalterbang kalau kereta Swift pun belum mampu? huhuhu

    ReplyDelete
  38. salam Yb, adatlah tu..wang perlu untuk hidup dan perlu juga supaya kita dapat meneruskan kehidupan dengan selesa..

    besar imbuhan maka besar juga bebanannya

    cuma kita harus berhati-hati dengan hutang, biar besar debit dari kredit...cewah..betul ke tu YB

    ReplyDelete
  39. sally,
    its money that makes the world revolve hehehe

    ReplyDelete
  40. sy bahagiaaaaa klu ada wang

    .
    .


    yang benar,
    si jujur

    ReplyDelete
  41. Marina Monroe,
    Saya cuma berkongsi apa yg saya tahu dari pengalaman sendiri dan rakan2 yg pernah melaluinya.

    kalau ada kompeni sendiri mmg banyak tanggungjawabnya. Org tengok dari luar sedap ajelah. Tapi kita yg menanggung ni, letih jugak.

    ReplyDelete
  42. kak long,
    Saya rasa mesti dia merasa berat tekanan tu. Dia bukan calang2 org - pengurus kanan tu. Kalau tak mesti dia tak citer dgn saya. Saya ada bagi dia tips mcmana nak menangani tekanan kerja. Harap dpt membantu dia.

    Bagi kebanyakan org RM30K sebulan mmg gaji yg sgt besar. Tapi bagi sebahagian org, wang sejumlah itu tak penting jika hari2 rasa tertekan. Terpulanglah pada individu.

    ReplyDelete
  43. ibuintan,
    wsalam.

    Kalau takde wang mmg susah nak hidup. Nak mati pun kena gunakan wang. Semoga kita mempunyai wang yg cukup utk keselesaan hidup kita.

    Biasanya besar bebanan besarlah imbuhannya. Mungkin kawan saya ni masa di tempat lain bebanan tak terlalu besar tapi imbuhannya boleh tahan. Skrg tambah sikit imbuhan tp bebanan terasa amat berat. Mungkinkah ini jerami terakhir yg akan mematahkan belakang unta?

    Hutang kena ditadbir dgn bijaksana. Kalau tak pandai bolehlah berbincang dgn AKPK hahaha.

    ReplyDelete
  44. kts aka si jujur,
    kebahagiaan tak boleh dibeli dgn wang ringgit w/p ramai yg menyangka sebaliknya.

    Kebahagiaan dtg dari dalam diri.

    Aku bahagia melihat ko bahagia cewah

    ReplyDelete
  45. lumayan tu.. tapi kena tolak income tax pun tinggi tu .. dah masuk ketegori potongan max tu hehe

    ReplyDelete
  46. zino,
    Sykt Malaysia boleh bayar gaji setinggi itu. Mmg hebat. Dan sykt itu mempunyai beribu2 kakitangan.

    W/p bayar cukai max, masih banyak yg berbaki dibandingkan dgn yg bayar cukai sikit atau tak bayar cukai langsung. Rezeki manusia mmg tak sama.

    ReplyDelete
  47. Kalaulah hutang keliling pinggang settle... bezznya...


    Boleh enjoy sakan .. hehe..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails