Tuesday, September 28, 2010

Keghairahan Untuk Menjadi Yang Pertama

Blogger tasekM said...

ramai betul yg nk fes kt blog ko ni kan bang. ko ada bg hadiah yek...?

:)


.

Monday, September 27, 2010 4:30:00 PM

Itu pertanyaan dari tasek merah semalam. Sebelum inipun ada juga yg bertanya soalan yg sama.

Akupun tak tahu mengapa ramai yg berebut2 nak menjadi pengomen pertama pada setiap n3 aku. Kebanyakan yg mahu menjadi yg pertama sudah tentulah para gadis! Betul aku cakap ni. Kalau tak percaya bacalah komen mereka. Semalam moment. Hari sebelum itu kts. Zonaku dan juliet juga biasa merebut tempat pertama. Di samping itu ada juga pendatang baru spt T@sh Sch@ yg teringin menjadi yg pertama. Semua mereka anak dara.

Tapi ada juga yg sudah berkahwin. Dua hari lepas Azrina berjaya menjadi yg pertama setelah sekian lama menyepi kerana sibuk dgn kerja. pB juga pernah berada di persada utk beberapa ketika tak lama dulu.

Selain dari kaum Hawa terdapat juga kaum Adam. MENTIBANG LAUT pernah menguasai tempat teratas ini beberapa kali.

Kerana 'kegilaan' utk menjadi pengomen pertama di blog ini aku dengan besar hati pernah menawarkan hadiah kpd mereka yg berjaya menjadi pengomen pertama 3 kali berturut. Hanya dua org saja yg berjaya melakukannya dgn bantuan talian hayat . Sebagai tanda terima kasih, aku ada memberi hadiah misteri kepada pemenang. Tapi pemenang pertama masih belum menuntut hadiah tersebut. Dia nak duit raya lebih dari hadiah tersebut. Bukan sikit yg dimintanya. Duit raya itu mestilah bersamaan dgn mas kahwin negeri Selangor. kalau mcm tu lebih baik aku masuk meminang dia aje hahaha

Jom kita tengok siapa yg berjaya menjadi pengomen pertama pagi ini. Aku rasa aku tahu siapa dia itu ngeeeee

62 comments:

  1. nombo tige pun gua jugak lah.. hihihi

    ReplyDelete
  2. -•»Á®ÐZMÀ®Ñ«•- no 1

    Lu firstlah arini bro. Sungguh tak disangka! Tahniah!

    Mungkin anak2 dara tu belum sampai opis lagi.





    gua first ke?

    ReplyDelete
  3. -•»Á®ÐZMÀ®Ñ«•- no 2,

    Tahniah utk kali kedua. Selalu org yg dapat no 1 akan juga mengambil tempat yg kedua ni. Dia takut org lain himpit agaknya hehehe

    ReplyDelete
  4. -•»Á®ÐZMÀ®Ñ«•- no 3,

    nape berhenti kat no 3? Selalu org ambil sampai 4 tempat. Mereka kata nak penuhkan kuota hahaha

    ReplyDelete
  5. sejak akhir2 ni kaklong selalu keciciran...memang tak der peluang la tu...
    masa selalu dpt 1st dulu..tak der pulak tawaran hadiah...huhuhuh

    ReplyDelete
  6. kak long,
    jgnlah cakap mcm tu. Hari kak long org yg kedua komen. Kira hebat jugaklah tu.

    Tawaran hadiah ini dah lama. Sejak tahun lepas lagi. Cuma tak dihebahkan dgn meluas melalui TV3, Astro dan RTM aje hehehe.

    Sepatutnya tawaran ni telah berakhir pada 30 Ramadan hari tu. Tapi kalau ada permintaan, mungkin saya sambung tawaran.

    psst - boleh tanya Azrina apa hadiahnya. Dia pun ada masukkan dlm blog dia.

    ReplyDelete
  7. mencik!! aku no 9 tu!!
    adoi! aku gi kilang td..
    T____T

    ReplyDelete
  8. Wafa,
    aku ingat ko boleh dapat first tadi.

    Patutlah tiba2 ko senyap masa YM tadi. Mencik

    ReplyDelete
  9. aku xtau pun ade hadiah, saje je nk jd 1st.. suka bila org lain pun nak jd 1st, tp aku yg dpt..haha

    *lps ni nk jd last la..hahah
    *sgt senget bila kaitkan yg nk 1st tu majority para gadiz..adoi!

    ReplyDelete
  10. Wafa lagi,
    Kenapa ko tak tanya?

    Aku tahu mereka yg berebut tu saja suka2. Biasanya cop aje tempat dulu. Belum baca pun n3 aku huhuhu.

    Ko ingat senang nak jadi yg last ke? Kalau aku tawarkan hadiah, mahu tak berhenti org komen kat setiap n3 aku. Dulu pernah ada fenomena mcm ni. Letih aku membalas komen hehehe

    Ko ini suka cakap aku senget huhuhu. Biar senget jgn sengat. Bahaya tau!

    ReplyDelete
  11. abang pulak lain .. kalau belum ada orang komen lagi, abang tak nak komen. biar orang lain dulu. abang segan nak jadi pengomen nombor 1. tak tahu kenapa ! hehe

    ReplyDelete
  12. hehheheheee......



    sesaja..... blog ko kan ker glamer..... n sesapa y menang ngan talian hayat, x hebat!


    *khianat nye aku rasa*

    ReplyDelete
  13. al-lavendari,

    Takpe bang. Kat sini (setakat inilah) ramai yg nak komen dulu. Kiranya abg beri laluanlah kpd mereka ni hehehe

    ReplyDelete
  14. hanie,
    bagilah can kat man. Baru pertama kali dapat jadi no 1 tu.

    Dah alang2 no satu kenalah giler kuasa sikit hahaha

    ReplyDelete
  15. zonaku,

    aku rasa pun mcm tu. Sesaja aje berebut biar yg lain frust.

    Yg gunakan talian hayat tapi tak menang pun ada.

    Ko jgnlah ambil hati sgt. Org nak menang kenalah guna macam2 cara ngeh3x

    ReplyDelete
  16. sape laaaa yg demand sgt kat ko tu smpi nak duit raya sama dgn mas kahwin sgor?? nape dia tak mintak je swift terus kaaaann :P

    hihihihi.... aku sarankan ko pinang je dia....

    errr.. dia tu anak dara ke?? :P

    ReplyDelete
  17. kts,

    Tak boleh bagi tahu kat sini siapa dia tu. Dia tu dahlah pemalu sgt org nya.

    Dia hendak ke pakai Swift? Aku tengok dia happy aje pakai Kancil hehehe.

    Ko tolonglah cakap kat dia aku nak pinang dia. Dengarnya ramai lelaki yg nak masuk line hahaha

    Mmglah dia anak dara. Aku rasalah sbb dia belum kahwin. Ko boleh tak tolong checkkan utk aku samada dia tu anak dara?

    larikkksss

    ReplyDelete
  18. hamboi depa....brebut no... awat tak buat hadiah tempat terakhir saja....

    ReplyDelete
  19. harini YB pun gila kuasa gak jadi pengomen nombor 1 kat blog bonus 3 bulan setengah tuh. eheheh~

    ReplyDelete
  20. jd pengomen terakhir pun takpe, juliet rela,hikkssss.

    ReplyDelete
  21. Hahahaha....

    Saya tak kisah jadi tukang komen nombor berapa... Asalkan komen tu berjawab walaupun hanya dgn perkataan TQ atau simbol =)... itu dah memadai sbg tuan punya blog menghargai kehadiran komen2 tersebut...

    Kat blog saya sndri saya mmg lambat nak balas komen.. Lepas buat post baru, barulah saya balas komen2 terdahulu.. Itupun jika ada komen la... huhuhu...

    ReplyDelete
  22. Alimaz-Kembara Terasing,

    Depa suka2 aje tu. Saya pun suka tengok depa suka. Antara sebab kita berblog kan utk happy2 hehehe

    Kalau buat hadiah tempat terakhir saya khuatir tak habis2 org komen. Pernah nak terjadi lagu tu ngeeee

    ReplyDelete
  23. aku suka jadik pengomen yg last sebab kalu takde idea nak komen pasal entri,aku akan komen pasal komen sebelum aku komen ni.

    setakat ni aku pengomen yg last.Yeah! ko patut bagi hadiah kat aku.hehe

    ReplyDelete
  24. gadisBunga,
    bila ada peluang gila kuasa, apa lagi tunggu. Pulun.

    Saya dah komen kat blog awak juga kejap tadi. Jgn kata saya gila kuasa tau sbb saya bukan pengomen pertama.

    ReplyDelete
  25. juliet,
    hari tu ko kata ko pilihan ke 11. Hari ni nak rela nak jadi yg terakhir. Love u lah juliet hahaha

    ReplyDelete
  26. ~Kak AZZ~,

    TQ =) hehehe

    Mmg kita berharap bila kita komen tuan blog akan balas. Lebih2 lagi bila kita dah baca dan komen apa yg dia tulis tu. Ada tuan blog yg boleh balas dlm satu baris (saya tabik org jenis ni) dan ada yg balas agak panjang. Saya pulak jenis yg komen balas kadang2 lebih panjang dari n3 asal sehingga boleh buat n3 baru hahaha.

    Ada masanya kita tak sempat nak balas semua komen. Itu pun terjadi pada saya. Kepada mereka yg tak sempat saya balas komen tu, saya minta maaf banyak2.

    Lambat balas pun takpe kak AZZ asalkan balas.

    ReplyDelete
  27. selalu xtau no brapa pun..kalau kebetulan YB publish saya tgh on9 dptlah no satu..
    tp xyah bimbang xminta mas kawinnya..

    ReplyDelete
  28. Penyuk,
    ko mmg macam tu. Ada tuan blog tak kasi komen atas komen. Dia nak org komen pasal n3 dia aje. Aku tak kisah. Semua komen aku layan sbb semua yg datang ni dah kira kawan2 aku.

    Maaflah ko bukan pengomen yg last setakat ini. Sebenarnya sengaja aku tunggu ada komen lagi selepas ko sebelum aku jawab komen ko ni hahaha

    ReplyDelete
  29. Hamizah,

    Ramai juga pengomen yg tak kisah no berapa. Tapi dah banyak kali juga awak dapat no 1.

    Mas kahwin kat Australia ikut ikhlas kita nak bagi kan? hehehe

    ReplyDelete
  30. tak per laa...

    walau asyik yg ke 33 laa...kekadang yg ke 50 namun yg penting den tetap ke sini !!!!

    ReplyDelete
  31. fes seken terd foth or iven las komen... kekadang ai baca tapi tak komen pongs... hahahahahahah :P :P

    janji ai baca, sudeyyy... hik hik hik :P :P

    ReplyDelete
  32. ikan emas,

    tak per jgn bersedih dan bergundahgulana.

    Yg penting awak tetap setia berkunjung ke mari. Berbanyak2 terima kasih saya ucapkan.

    ReplyDelete
  33. syah,
    kadang2 saya nampak juga awak masuk sini senyap2 tanpa meninggalkan komen. Tak kisah jika rasa takde apa yg nak dikomen atau awak nak cepat.

    Awak pengunjung tetap blog ni dari dulu lagi.

    ReplyDelete
  34. salam tuan YB semoga ceria selalu...

    walaupun agak lambat harap2 ana bukanlah yang terakhir...

    ReplyDelete
  35. Abi Al-Baihaqi,

    Wsalam tuan dan semoga tuan pun ceria selalu.

    Taklah lambat sangat - baru 4 jam saja n3 dipublish. Biasanya satu hari satu n3 aje. InsyaAllah ada lagi yg akan memberi komen lepas ni.

    ReplyDelete
  36. hahahah
    mas kahwin selangor bape hengget ek? RM 80 ke :))

    ReplyDelete
  37. Rozita,

    Mas kahwin Selangor dah dinaikkan jadi RM300 utk anak dara. Kalau janda separuh dari tu.

    Sebelum ni mas kahwin Selangor cuma RM80.

    ReplyDelete
  38. salam akhi YB...

    lepas ni buat ler plak N3 n hadiah untuk pengomen paling terakhir , baru ler ummi plak dpt nama ,
    he he he

    ReplyDelete
  39. Ummi,

    Wsalam.

    Saya risau kalau bagi hadiah utk pengomen terakhir takde org nak mulakan memberi komen. Atau lebih bimbang lagi kalau2 org tak henti2 beri komen kerana berebut nak jadi pengomen terakhir tu.

    ReplyDelete
  40. saya nombor 44 hari ini kerana tiada talian hayat..
    :)
    .
    .

    ReplyDelete
  41. sehari tujuh lapan kali saya masuk sini YB... Ada apdet, ke, takde ke, saya terjah jugak... tak kire. Hahahahahah :P :P

    ReplyDelete
  42. Sally yg ke 47 yeay!!!!!!!!! bangga!! bukan senang kalau nak dpt no 47 nih!

    ReplyDelete
  43. DrSinga,

    awak pun nak talian hayat jugak ke? Talian yg mana satu? hehehe

    ReplyDelete
  44. syah,

    tabik springlah saya kat awak kerana begitu gigih masuk sini setiap hari. Terasa sunyi tau kalau awak takde contohnya masa awak balik kg hari tu.

    ReplyDelete
  45. sally,

    Betul kata Jaja tu. Kadang komen pun tak sampai 47 huhuhu.

    ReplyDelete
  46. bang... silalah pinang dak ardzmarn tu... dia fes. ha ha.





    .

    ReplyDelete
  47. tasekM,

    huish ko ni. Tak rela aku jadi mcm kaum Nabi Luth.

    Yang anak dara pun ramai yg jadi fes. Cuma kalau sanggup, mereka kenalah jadi yg second adeh deh deh

    ReplyDelete
  48. saya memang tak terkejar sebab lari pun tak laju macam anak2 dara tu .. biar lambat asal selamat (membaca blog ini ) ...hihi .

    ReplyDelete
  49. salam YB,
    saya memang jamin tak dapat fes, kalau hari kerja waktu petang atau malam je baru dapat sampai sini..

    ada ku kesahhhhh.....

    ReplyDelete
  50. silversarina,

    Tak payah terkejar2 terutama dgn anak2 dara tu. Mereka mmg pantas. Kadang2 belum sempat saya edit mereka dah komen hehehe

    Lambat2 asalkan baca pun ok.

    ReplyDelete
  51. ibuintan,

    Wsalam.

    Waktu saya buat posting tak semestinya pada sebelah pagi. Kadang2 ada juga posting sebelah petang, malam dan tengah malam mengikut masa dan idea yg ada.

    Tak kisah takpe. Bukan semua org nak jadi yg fes ngeee

    ReplyDelete
  52. YB..ada nama aku tu, ahaks. ari tu sbb ada hadiah tu yg aku bersungguh..sapa tak nak hadiah oiii..tapi kantoi plak sekali, ada sorg tu mesti dengki dgn aku..kalau tak dah dpt hadiah misteri tu walaupun tak la misteri sangat. tu kiranya percubaan ulung aku la tp tak sukses plak. dua kali berturut-turut takde hadiah ke? saguhati pun jadik la...huhu

    ReplyDelete
  53. bagus bagus.. satu kaedah utk meningkatkan rating blog.. kalau tak asyik ke FB je hehe..

    ReplyDelete
  54. Nak girang jugak macam kanak2 ribena. Saja suka-suka..

    Asyik serious jer..takbezz..

    betul tak YB?..

    ReplyDelete
  55. MENTIBANG LAUT,

    Semalam dah dua kali aku balas komen ko ni tapi bila nak posting ada problem. Nyampah betul. Itu yg malas nak balas smlm.

    Ko bukan kena sabo utk menang tapi kebetulan ko sibuk dgn tugas negara pada hari ke3 tu. Itu yg org lain dah masuk dulu.

    Kalau setakat 2 kali berturut2 dah nak bagi hadiah tak mencabarlah kontes ni. Lagipun hadiah 'misteri' aku dah tinggal sikit hehehe.

    ReplyDelete
  56. zino,

    sebelum saya buat kaedah ni pun dah ramai yg berebut2 nak jadi pengomen pertama. Jadi sebagai tanda sokongan, maka saya tawarkan sikit hadiah.

    FB masih terus aktif. Hanya org yg takde kerja macam saya ni yg sibuk layan kedua2nya huhuhu

    ReplyDelete
  57. azrina,

    Awak antara kanak2 Ribena yg beruntung sbb telah berjaya mendapat hadiah tu.

    Betul kata awak. Kita saja nak suka2 berblog ni selain merapatkan silaturahim.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails