Wednesday, September 15, 2010

Selamat Hari Raya (bagi yg belum puas beraya)

Hari ni dah masuk hari ke 6 umat Islam berhari raya. Ramai yg masih rancak menyambutnya kerana masih bercuti. Kepada golongan ini aku sekeluarga ingin (sekali lagi) mengucapkan

Seperti di tahun2 lalu kami akan menyambut raya pertama di rumah kerana emak aku tinggal bersama2 aku. Ramai tetamu yg datang. Kira macam rumah terbukalah. Jadi hari pertama kami tak sempat keluar beraya ke rumah saudara mara. Raya kedua pun masih ramai yg datang. Cuma lewat petang baru kami dapat berjalan. Ada sikit kisah di n3 sebelum ni. Raya ke3 makcik aku yg berasal dari Tg Sepat tetapi sekarang duduk di Taman Seri, Banting (takde kena mengena dgn kes Datuk K tu tau) bersama anak cucu beliau datang ke rumah. Penuh rumah kami tapi seronok.

Tengahari raya ke4 baru kami balik kg emak Adam. Nasib baik dia faham. Takdelah perang dingin atau periuk belanga terbang sbb tak balik kg dia di hari pertama. Sayaaaaang kat emak Adam hehehe.

Aku akan mencatitkan berapa org yg datang ke rumah sepanjang Syawal ni dan juga berapa rumah yg kami sempat ziarahi. Setakat ini baru 20 rumah yg sempat kami ziarahi. Itupun rumah2 peringkat mereka yg lebih tua dari kami.

InsyaAllah raya akan disambung 23 hari lagi seperti kebanyakan org di Malaysia. Setahu aku hanya di negara kita ni org raya sampai sebulan.

psst - bagi kawan2 blogger yg nak datang ke rumah kami, kami sangat alu2kan. Sila beritahu dulu sebelum datang kerana takut kami takde di rumah.

34 comments:

  1. kalau aku ke kl lps bulan raya pun leh kan ziarah rmh ko????





    dapat duit raya x?

    ReplyDelete
  2. salam

    seronok baca cerita beraya awak. memang sakan, tambah2 lepas dapat habuan dari nuff kan !

    awak tak baca entri abang semalam. ada gak sebut2 nak pergi beraya rumah awak .. tapi .. bacalah sendiri.

    ReplyDelete
  3. raya sakan YB.Lea raya ke 5 dah kerja dah.Berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara.

    ReplyDelete
  4. nak gi serang umah YB dgn DrSinga and Tuan AL.
    tapi sekrang tgh keje lorr... :(

    ReplyDelete
  5. Ramai yg masih rancak menyambutnya kerana masih bercuti.....

    aku la tu... aku masih bercuti... uhuk..uhuk.. tersedak pulak makan batang buruk

    ReplyDelete
  6. apa ni YB, orang dah start kerja berapa hari dah. raya sakan, tau lah dah cash out nuffnang pun.

    haha.

    ReplyDelete
  7. Raya sebulan YB...indah.

    ReplyDelete
  8. salam yb..

    haaaaa!!!!baru 20 rumah!!!!

    kak ct baru 2.......

    2 rumah je....

    ReplyDelete
  9. kita tumpang kereta gadisbunga je....
    kita bayar duit tol..

    ReplyDelete
  10. Laaa....orang dah habis beraya lah YB. Dah mula terima kat Raya Haji dah ni...he..he..

    ReplyDelete
  11. zonaku,
    kejap aje beraya?

    Pergilah ko kerja. Aku nak sambung raya ni. Kejap lagi nak pergi rumah makcik aku yg di Kg Baru pulak. Lepas tu ada lagi beberapa rumah kami target.

    ReplyDelete
  12. zonaku lagi,
    Bila2 masa ko boleh dtg rumah aku ni.

    Tapi duit raya takdelah sbb dah bukan raya hehehe

    ReplyDelete
  13. al-lavendari,
    kalau baca pun dah seronok, org yg beraya (sayalah tu dan keluarga) tentu lagi seronok. Niat kunjung mengunjung dan bermaaf2an. InsyaAllah cari keredhaanNya.

    Semalam tak sempat lawat blog kawan2. Buat posting tu pun gunakan BB aje. Balik ke rumah dah pukul 1 pagi malam tadi.

    Nanti kalau sempat saya baca n3 tu. Terima kasih ingat kat saya semasa menulisnya.

    ReplyDelete
  14. Monalea,
    Kebetulan saya dan anak2 masih cuti ni berayalah mana yg sempat. Ahad anak2 dah balik ke tempat mereka belajar.

    Kerja pun ibadat juga kalau diniatkan utk agama, bangsa dan negara.

    ReplyDelete
  15. gadisBunga,
    takpe buat kerja tu dulu. Nanti pakat2 dgn DrSinga dan abg AL kalau nak dtg rumah saya.

    ReplyDelete
  16. Shifu,
    Ko cuti sampai Sabtu ni ke? Aku cuti sampai Ahad. Kira lebih sehari dari ko. Tapi tak kisahlah. 4-5 hari ni kita pulun beraya.

    Kalau makan batang buruk tu jangan bercakap huhuhu

    ReplyDelete
  17. GaDis CoMeL,
    awak tak boleh cuti raya panjang2 sbb nak simpan cuti utk kahwin. Jadi sila jgn jeles dgn saya hahaha.


    Kalau nak harapkan duit nuff tu dtg budak 2 dozen ke rumah dah habis duit tu huhuhu

    ReplyDelete
  18. Rozita,
    Jom kita teruskan beraya.

    Puasa 6 jgn lupa pulak hehehe

    ReplyDelete
  19. kak ct,
    Balik kg pun satu malam aje kali ni. Itu yg banyak rumah sedara emak Adam tak sempat pergi.

    Kak ct cuti esok dan weekend ni bolehlah tambah koleksi rumah yg dilawati. Dtg ke rumah Adam tau.

    ReplyDelete
  20. DrSinga,
    carpool lagi bagus sbb parking dekat rumah saya ni susah sikit. Jiran2 ada banyak kereta.

    Ikut DUKE lagi cepat. Tol baru RM2 hehehe

    ReplyDelete
  21. ckLah,
    cepatnya habis raya. Pasal nak periksa ke? Afifah pun nak SPM tadi raya tetap raya hahaha.

    Wah dah dapat kad raya haji? Saya dapat kad juga hari ini. Kad raya puasa dari kts dan juliet ngeee

    ReplyDelete
  22. peeeewwwwiiiiiiiiitttt!!

    cerianya abg yg berbaju melayu biru itu.. mesti byk dpt duit raya :P

    .
    .

    eh.. chop.. kaler biru ke kaler turqouise tu??


    .
    .

    tak sedondon la kita!

    ReplyDelete
  23. dgr kata YB dpt duit raya dari nuff...nk g umah YB lah..untung2 dptlah seringgit dua..ngeee...

    ReplyDelete
  24. salam lebaran yb sekeluarga

    sya cuma dapat beraya sakan dari siang ke malam pada raya pertama

    dari raya ke-2 sampai sekarang cuma dapat beraya waktu malam

    sebab...........










    sebab...............



    enpakwe dah ajak berpuasa dan dia kata











    i temankan u ganti puasa, nanti u ngelat lelambat baru nak ganti puasa ;p


    jdnya.........


    hikutkan sajalah yo...

    kan ke syurga tu di bawah tapak kaki enpakwe ;p

    ReplyDelete
  25. kts,
    Abg yg berbaju biru tu mmg sentiasa ceria. Kalau nak bahagia jadilah sebahagian ahli keluarga dia wakaka.

    Tak kiralah biru ke torqouise. Kalau yg pakai tu ensem atau cantik ianya tetap menawan hahaha.

    Ko pakai warna apa tahun ni? Mana gambar yg ko kata nak MMS kat aku pagi tadi? huhuhu

    psst - terima kasih di atas kiriman kad raya ko yg aku baru aje terima tadi.

    ReplyDelete
  26. Idalara,
    bukan setakat dengar tapi dah terpampang di n3 sebelum ni ngeee

    Tak lah banyak mana duit tu tapi kalau Ida dan anak2 dtg rumah, insyaAllah ada duit raya (sementara stok masih ada)

    ReplyDelete
  27. Eja,
    Selamat Hari Raya kpd Eja sekeluarga.

    Hari Jumaat ni rayalah awak dan enpakwe sekali lagi.


    enpakwe ajak awal2 tu takut awak ngelat atau takut dia sibuk dgn rumah terbuka bila dah kerja minggu depan?

    Dulu masa saya kerja dgn sykt kulit kerang tu, rumah terbuka koperat bukan main banyak sehingga kalau kita tak rancang hari berpuasa enam, maka tak sempat nak habiskan. Mungkin enpakwe pun mcm tu jugak kot. Maklumlah org penting PPK.


    Bila nak datang rumah saya?

    ReplyDelete
  28. Huhu..x de rezeki nyinggah rumah Mak Adam la..balik dr Pontian via Segamat-Muazam-Kuantan-KT-KB..

    ReplyDelete
  29. nnt la kitorg wat plan...
    Jgn tunggu tau...
    Rilek je..huhu

    ReplyDelete
  30. nnt la kitorg wat plan...
    Jgn tunggu tau...
    Rilek je..huhu

    ReplyDelete
  31. Sally,
    Cuti kan panjang lagi - nape nak balik KB cepat sgt?

    Kami beraya di KL sampai raya ke 4 kot2 sally nak singgah huhuhu

    ReplyDelete
  32. moment,
    buatlah plan tu cepat sikit. Lambat2 nanti aku dah sibuk kerja dan mungkin outstation pulak.

    Ok aku tak tunggu. Rilek aje. Korang dtg pun kami hidangkan kuih raya aje hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails