Thursday, August 5, 2010

Serupa Tapi Tak Sama

Cuba perhatikan fasha sandal di bawah ini.


Nampak tak perbezaannya? Huh nampak serupa aje? Memang tak boleh kerja CSI. Tengok betul2. Hah kan ada bezanya.

  • yg kanan tu panjang sikit
  • yg kanan tu cantik sikit
  • yg kanan tu bergaris hitam dgn latar belakang putih
  • yg kiri tu bergaris hitam dgn latar belakang kelabu tahi anjing
Kenapa dua sandal ni berbeza? Sebabnya ada org yg tak nampak bezanya pada hari Jumaat lepas semasa nak balik dari solat Jumaat. Yang kanan tu aku punya, yg kiri org tu punya! Bila aku keluar dari masjid aku tengok sandal ini dah terlentang terlingkup di sepak2 org ramai. Bila aku sarung ke kaki aku, kaki kiri aku terasa lain. Kaki kita ni bila pakai selipar atau sandal yg bukan selalu kita pakai akan merasakan perbezaanya. Kira hebat jugalah deria rasa kat kaki ni hehehe

Walaupun merasa sesuatu yg tak kena aku terus juga ke kereta. Sampai di kereta aku tak sedap hati lalu melihat sandal ini dgn lebih dekat. Sah sebelah lain, sebelah lagi lain.

Yang kanan (aku punya) dari jenama Asadi. Baru aje beli 2 minggu lepas huhuhu


Yang kiri (org tu punya) jenama pasar malam kot. Saiz pun kecil sikit. Dah lah tu, mungkin dah 2 tahun bulan dipakai. Huwaaaa

Aku ke pintu masjid semula utk mencari kot2 ada lagi sandal aku di situ walaupun tadinya aku tak nampak pun yg sepasang lagi. Setelah puas mencari, nasib tak menyebelahi aku. Pulanglah aku dgn sandal yg serupa tapi tak sama ni.

Semasa aku nak keluar masjid aku terlihat ada seorg pemuda berkaki ayam. Mungkin kasut atau seliparnya kena curi.

Aku berkata dalam hati, "alhamdulillah sekurang2nya aku masih ada sandal walaupun dah tertukar yg sebelah. Mungkin ada sesuatu Allah nak tunjukkan kpd aku."

Nota kaki: Emak Adam dah belikan aku sandal baru yg lebih cantik. Walaubagaimanapun aku tetap simpan yg ini dan aku akan gunakan ke masjid esok. Takut kalau bawa yg baru tu, aku pula yg balik berkaki ayam kali ini.

51 comments:

  1. sok g, insyaallah.. org tersebut kembali ke masjid dgn seliper serupa tp x sama. blh la YB tukar semula..

    ReplyDelete
  2. orang yang tertukar selipar tu agak-agak deria rasa kaki dia tak berapa berkesan kot sebab tak terasa berbeza masa dia pakai selipar tu... kikikikik :P :P

    ReplyDelete
  3. takut nt..ilang seblah jek. org tu ambik balik..haha

    ReplyDelete
  4. bapa aku dah biasa balik surau berkaki ayam.. berkaki itik pun dah biasa gak..

    hihihi.. redha je laaa...


    pssttt... mungkin bole dtg umah aku, kenal pasti sandal ko tu.. banyak selipar yg tak 'serasi' kat umah ni..

    ;D

    ReplyDelete
  5. kena pakai lah gamaknya Jumaat ni..

    mana tau orang tu pun pakai selipar tu juga..


    jumpa kawan dia balik..

    ReplyDelete
  6. mcm yb ngn kembar yb gak...
    sama tp tak serupa...

    lain kali jgn pakai kasut atau selipar yg lawa2 atau mahal2 ke surau atau masjid...alamat la jawab nyer...
    kat bandar kat kampung ke sama jer...

    tp mungkin org yg tertukar selipar ngn yb tu tak perasan gak nyer...pagi ni dia bru nmpk...he3

    ReplyDelete
  7. kakngah,
    InsyaAllah esok nak cuba nasib pakai sandal tu ke masjid. Kena masuk ikut pintu yg sama dan harap org tu pun berfikiran mcm tu.

    Jangan dia sapu yg Asadi tu udahlah. Balik saya dapat yg cokiyia pulak. Tak kisah sangat kurang cantik tapi sempit bila saya pakai sbb kecil satu saiz.

    ReplyDelete
  8. syah,
    deria rasa kaki dia dah kematu agaknya hehehe

    ReplyDelete
  9. hanie,
    ko ni tak bagi semangat langsung huhuhu

    ReplyDelete
  10. kts,
    kat surau pun hilang selipar? Selalunya kat masjid masa sembahyang Jumaat. Oh ya. Bapak ko pergi surau yg buat solat Jumaat tu kan? hehehe

    Betul ke ko nak suruh aku datang rumah ko ni? Nanti org ingat aku datang bukan nak cari selipar tapi nak cari lain pulak huhuhu

    ReplyDelete
  11. a.z.r.i.n.a,
    Mmg kena pakai yg ini balik sbb kalau pakai yg baru, kebarangkalian saya balik kaki ayam adalah besar. Ada org yg kerjanya curi kasut dan selipar baru kat masjid.

    Kalau ada jodoh jumpalah yg sebelah lagi tu.

    ReplyDelete
  12. kak long,
    Pernah nampak ke kembar saya? Kalau yg dah biasa tahu perbezaannya. Tapi yg tak biasa selalu silap org.

    Jumaat lepas dah terdetik yg guna yg lama yg dah putus sikit telinga dia. Tapi gara2 nak cepat, tersarung yg baru sikit tu. Nak patah balik malas. Akibatnya ambik ko huhuhu.

    Beberapa tahun lepas ada budak curi kasut kat masjid kampung saya di Datuk Keramat kena tangkap. Setengah mati dikerjakan oleh jemaah sebelum diserahkan kpd polis.

    ReplyDelete
  13. Ha ha..tunggu esok hari jumaat tukar semula..jika tidak jumpa tukar kan saja dengan selipar orang lain..carik yang baru baru punya..

    ReplyDelete
  14. relevan,
    Baguslah awak punya cadangan. Silap hari bulan balik pakai selipar jepun sebelah lain sebelah lain hahaha

    ReplyDelete
  15. abang yb nih yg celok sandal orang dikatanyer orang len yg celok sandal dierr.. uhuhu

    ReplyDelete
  16. en_me,
    Kalau saya nak cilok, saya cari yg baru. Apa kelas ambil yg cap ayam tu? hehehe

    ReplyDelete
  17. ko pakai kasut mak adam je la semayang jumaat sok bang. kompom tak de org tersilap amik. ha ha.



    .

    ReplyDelete
  18. tasek,
    kaki dia lebih kecik dari kaki aku. Kalau tak boleh jugak aku pakai tapi kalau hilang lagilah kecoh.

    ReplyDelete
  19. terlalu branded selipar tu tetapi rupa parasnya lebih kurang sama dgn yg pasar malam punya.

    ReplyDelete
  20. hahahaha.... perkara normal :D

    ReplyDelete
  21. tambah lagi 2 mata YB!!!!
    bior yadik 6!!!

    ReplyDelete
  22. selalu benar terjadi sebegini...

    ReplyDelete
  23. salam en yunus...
    ini namenye kembar tak seiras...
    pandai pulak dpt pasanganye tu..ye...

    ReplyDelete
  24. hihihihi.. esok2, try pakai kasut mak adam, sure tak ilang punya...

    ReplyDelete
  25. ada setengah org panggil selipar yg tak sama gitu "selipar kawen",...opppsssssssss :P

    ReplyDelete
  26. betul.. mmg kena bersyukur.. daripada jadi kes laki aku yg berkaki ayam gara2 seliparnya (croc tiruan jer pon.. org ingat original kot!!.. huhuhu) di curik org.. masa pegi lawat umah taman mini mesia kt melaka tuh!!..

    last2.. pinjam kasut "HIGH HEEL" aku nk pegi carik selipar jepun kt kedai john labu mane tah!!.. huhuhu... pastu dgn pakai selipar jepun tu, pegi masuk carrefour carik kasut.. kehkehkeh...
    (comei jer laki aku pakai high heel.. mcm nk tumbang pon ada... opsss...)

    ReplyDelete
  27. anak aku duduk kat asrama ntah berapa pasang selipar hilang! hilang - ganti - hilang - ganti....tak ade kerja lain !

    ReplyDelete
  28. salam,

    sandal baru tu tulis je nama YB tu besar2 kat situ dijamin tak tertukar nak curi pun fikir 8 kali hehe..

    ReplyDelete
  29. try tgk kat pasar mlm yg terdekat dgn masjid...confirm bleh jumpa balik sandal YB sblah kiri yg ilang tu....

    hihihi

    ReplyDelete
  30. kesian kat orang berkaki ayam...
    teruk betul orang yang mencuri tu...tak selamatlah hidupnya

    ReplyDelete
  31. Syida,
    Nak kata branded sangat takdelah sbb Asadi aje. Kat pasar malam lagi kelas - mereka jual croc jadian hehehe

    ReplyDelete
  32. meo188,
    selalu terjadi tapi kalau kena kat kita sedih jugak huhuhu

    ReplyDelete
  33. DrSinga,
    nak taruh kat mana yg 2 lagi tu?

    ReplyDelete
  34. Rozita,
    rasanya yg lebih kerap terjadi selipar atau kasut kena kebas terus. Tertukar sebelah ni jarang sikit kot.

    ReplyDelete
  35. ainnoraini,
    Wsalam Puan Ain. (tak payahlah panggil saya en yunus. Kebanyakan org panggil YB aje hehehe).

    Mcm kembar seiras aje. Saya ni pun kembar seiras. Ramai org tersilap org antara saya dan adik kembar saya. Rasanya org tu tersilap selipar mcm org tersilap antara saya dan adik saya.

    ReplyDelete
  36. GaDis CoMeL,
    takut org kat masjid ingat saya cilok kasut makcik jual sayur kat pasar aje huhuhu

    ReplyDelete
  37. juliet,
    nape agaknya dipanggil selipar kahwin?

    Kat rumah kts ada banyak selipar kahwin kata dia. Jom kita serang rumah dia.

    ReplyDelete
  38. TINY,
    sungguh sadis kisah suami awak hilang croc tu. Awak tak rakamkan gambarnya ke? Kalau hantar suratkhabar mesti dapat hadiah hehehe.

    Nasib baik tak patah high heel awak tu.

    psst - esok saya nak ke Melaka tapi tak lah ke Mini Msia tu.

    ReplyDelete
  39. sonata,
    budak duduk asrama jgn kan selipar, baju pun hilang.

    Anak aku yg belajar kat UIAM tu hilang laptopnya. Nama uni Islam, tapi ada juga org yg panjang tangan.

    ReplyDelete
  40. penjejak maya,
    Segan pulak nak tulis nama saya besar2. Dah tu nanti ada bodyguard YB yg ori ingat saya cilok sandal bos dia huhuhu

    ReplyDelete
  41. pu3iman,
    kat pasar malam dia tak jual sebelah tapi selalunya sepasang. Konon2 bundle tapi banyak kasut curi. Mungkin ada yg dicuri di masjid.

    ReplyDelete
  42. a kl citizen,
    haah. Kena pulak yg hilang tu kasut pergi kerja. Ke opis berkaki ayamlah.

    Kawan2 saya pernah hilang kasut masa pergi masjid. 2-3 org sekali hilang. Nasib baik surau kat opis ada selipar utk wudhu. Pinjamlah sehari.

    ReplyDelete
  43. Salam YB,

    Masih lagi bernasib baik,kalau YB pergi pakai kasut, balik pakai selipar lagi haru....jadi, bila nak ke masjid atau surau, pakai saja selipar lama/buruk...tak sapa berkenan.
    Ada pernah terjadi kat kawan saya,dia pergi sembahyang Jumaat pakai kain pelikat saja, seluar kerja disimpan di bonet kereta. Selesai sembahyang, tengok-tengok, bukan saja selipar kena kebas, kasut dan seluar yang disimpan di bonet pun lesap juga. Maka dia ke ofis berkaki ayam dan berkain pelikat saja, nak balik rumah, rumahnya jauh...maka jadilah bahan lawak jenaka pada hari tuh...

    ReplyDelete
  44. abang hari-hari pakai kasut atau selipar mesti tak sama.

    satu kiri dan satu lagi kanan. kalau dua-dua kanan atau dua-dua kiri, memang tak selesa ! hehe

    ReplyDelete
  45. Sharinginfoz,
    rasanya org tu tak tengok betul2. Nampak macam sama, dia main sarung aje sandal saya yg sebelah tu.

    ReplyDelete
  46. AuntieYan,
    wsalam.

    Itulah saya bersyukur kerana tak balik berkaki ayam. Kalau hilang terus sandal tu lagi haru.

    Kisah kawan auntie tu mmg sadis. Silap2 dia nak buat report kat balai polis pun pakai kain hehehe

    psst - letak kat bonet pun boleh kena curi? Biasanya letak kat tempat duduk yg org pecahkan cermin kereta bila nampak barang yg dianggap berharga.

    ReplyDelete
  47. al-lavendari,
    abg bab mcm ni mmg cekap. Kena hati2 bila bercakap dgn abg kalau tak nak terkena hehehe

    ReplyDelete
  48. Teja,
    sampai hati ko ketawakan aku ya huhuhu

    ReplyDelete
  49. Paman,

    Kalau arwah pak mertua saya, setiap kali ke masjid untuk jumaat (especially), dia tak pakai selipar. Dia pakai kasut. Tapi bukanlah kasut yg cantik pun. Alhamdulillah, takde orang nak ambik kasut dia. Tapi kelakar tgk dia pakai kasut dgn berkain pelekat.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails