Malam semalam aku menghadiri majlis kenduri tahlil di rumah pakcik tukang yg selalu buat kerja renovation kat rumah aku. Kenduri 100 hari arwah emak dia. Mereka ini berasal dari Pulau Boyan tapi dah lama tinggal di negara kita. Mungkin mereka dah tinggal di sini sebelum ada antara korang dilahirkan! Dah dapat PR.
Kenduri dibuat lepas Maghrib. Aku solat di masjid Sg Tua kerana tak sempat nak sampai surau di kawasan rumah dia. Kawasan tempat dia tinggal itu dihuni oleh komuniti org2 dari Seberang. Rumah mereka cantik2 kerana kebanyakan mereka bekerja sebagai pekerja kontrak binaan.
Satu kampung tu hadir pada majlis malam tadi. Semua org dari sana kecuali aku. Ada dalam 50 org tak termasuk kaum wanita mereka. Bila mereka bercakap sesama mereka dlm bahasa Boyan, aku senyum2 aje sbb tak faham. Tapi bila majlis hendak dimulakan, jurucakapnya cakap Bahasa Malaysia kerana aku ada hahaha.
Usai tahlil kami dihidangkan dgn nasi putih berlauk
Kenduri dibuat lepas Maghrib. Aku solat di masjid Sg Tua kerana tak sempat nak sampai surau di kawasan rumah dia. Kawasan tempat dia tinggal itu dihuni oleh komuniti org2 dari Seberang. Rumah mereka cantik2 kerana kebanyakan mereka bekerja sebagai pekerja kontrak binaan.
Satu kampung tu hadir pada majlis malam tadi. Semua org dari sana kecuali aku. Ada dalam 50 org tak termasuk kaum wanita mereka. Bila mereka bercakap sesama mereka dlm bahasa Boyan, aku senyum2 aje sbb tak faham. Tapi bila majlis hendak dimulakan, jurucakapnya cakap Bahasa Malaysia kerana aku ada hahaha.
Usai tahlil kami dihidangkan dgn nasi putih berlauk
- ayam goreng
- siput sedut masak lemak
- sup tulang
- ikan
- kerabu kacang botol dan taugeh
Pertama kali aku jumpa kenduri gunakan siput sedut sebagai hidangan. Mesti jenuh menyediakan siput tu.
Sebelum pulang, para jemputan diberi seorg sebotol minuman berkarbonat. Ada yg dapat 7up ada yg dapat F&N. Kira nasib ajelah.
Aku biarkan jiran tetangga pulang dulu kerana aku nak bersembang dgn tuan rumah. Kami bercerita tentang arwah. Tuan rumah lupa nak beritahu kami semasa emak dia meninggal tempoh hari. Dia rasa ralat sangat tapi aku faham kalau dah dalam situasi mcm tu, memang banyak perkara kita terlupa. Dekat pukul 9:15 aku minta dirikerana nak tengok drama Isabella kerana dah lama aku di situ.
Salah seorg dari jirannya baik hati nak tunjukkan jalan pintas utk aku balik. Kalau ikut jalan yg aku gunakan semasa datang agak jauh. Dia dan isterinya yg membonceng motor sanggup bersusah payah menghantar aku sehingga ke simpang jalan besar.
Oh ya, isteri tuan rumah membawakan lauk pauk dan nasi utk keluarga aku kerana mereka tak dapat datang semalam. Bila aku sampai ke rumah famili aku dah makan. Ini aku nak pergi makan lauk semalam. Sedap masakan Boyan ni.
La Obe hati bule
Sebelum pulang, para jemputan diberi seorg sebotol minuman berkarbonat. Ada yg dapat 7up ada yg dapat F&N. Kira nasib ajelah.
Aku biarkan jiran tetangga pulang dulu kerana aku nak bersembang dgn tuan rumah. Kami bercerita tentang arwah. Tuan rumah lupa nak beritahu kami semasa emak dia meninggal tempoh hari. Dia rasa ralat sangat tapi aku faham kalau dah dalam situasi mcm tu, memang banyak perkara kita terlupa. Dekat pukul 9:15 aku minta diri
Salah seorg dari jirannya baik hati nak tunjukkan jalan pintas utk aku balik. Kalau ikut jalan yg aku gunakan semasa datang agak jauh. Dia dan isterinya yg membonceng motor sanggup bersusah payah menghantar aku sehingga ke simpang jalan besar.
Oh ya, isteri tuan rumah membawakan lauk pauk dan nasi utk keluarga aku kerana mereka tak dapat datang semalam. Bila aku sampai ke rumah famili aku dah makan. Ini aku nak pergi makan lauk semalam. Sedap masakan Boyan ni.
La Obe hati bule
siput-->jenuh nak sedia & jenuh jugak tu nak makan, mesti ramai yang kontrol mkn siput sedut tu.
ReplyDeletesalam YB,
ReplyDeleteaduyai perut makin berkeroncong
mintak sikit (^_^)
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletelagu la obe tu best tu..
ReplyDeletehahaha..
siput sedut? uiks...rare..
jangan sampai la obes dah la YB banyak makan tu hahahahaa
ReplyDeleteNL
Sg.Tua? Saya pun tau jln pintas, :P
ReplyDeleteciter ko ni ngingatkan kakpah masa kecik2 dulu terlalak2 nyanyi lagu la obe..
ReplyDeleteshaliza,
ReplyDeletemmg jenuh menyedut kalau nak makan tapi semalam 3 org yg sama hidang dgn saya tu selamba aje makan lauk siput sedut tu. Saya makan benda tu bila dah nak habis nasi. Sebelum tu makan lauk ayam goreng dan sup tulang aje hehehe
TotYati,
ReplyDeletewsalam.
Dekat pukul 2 awak belum makan lagi ke tadi? Skrg ni dah makan ke belum? Kalau nak datanglah sini. Ada lagi sikit lauk2 tu saya simpankan utk awak ngeeee
hanie,
ReplyDeleteawak hafal ke lagu tu? Bolehlah masuk jgn lupa lirik hehehe.
Mmg jarang org hidang siput sedut utk kenduri. Ini first time bagi saya.
berkawan biar beribu kan YB...hehehe
ReplyDeletedapat bygkan mcm mna bisingnya masing2 nak menyedut siput. ekekekekek
ReplyDeleteNL,
ReplyDeletesetakat ni belum obes lagi. Nanti bulan puasa turunlah berat badan tu insyaAllah. Target dalam 7 kg hehehe
juliet,
ReplyDeleteJom tunjukkan aku jalan pintas tu. Ko nak aku ambik ko kat opis ko ke kat Giant. Kat rumah aku takut abg long ko hahaha
psst - nak naik kemri ke crv?
kakpah,
ReplyDeletefaham ke apa makna senikata lagu tu?
HEMY,
ReplyDeletemereka baik2 dan sangat menghormati saya. Ramai kawan tak rugi hehehe
salam yb..
ReplyDeletenape tak tepek gambar lauk2 boyan tu...
boyan?
ReplyDeletemasa kaklong duk JB dulu...
kt kg melayu majiedi tu ramai boyan..kebayankan nyer boyan singapore...orang nyer cantik2,baik 2 pulak tu...
tapi kalau dari segi perckapanya lbh pekat dr jawa kot...he3
sedapnya
ReplyDeleteSalam YB,
ReplyDeleteLain kali tak payah nak tergesa-gesa balik hanya kerana nak tengok Isabella. Ada ulangannya pada hari Sabtu (..ke Ahad) pukul 4.30 - 5.30ptg. :-)
Sekian untuk makluman. ;-)
apa maksud la obe tu ya??
ReplyDeletedah puas google, tp tak membantu laaaa..
juliet mmg terer bab2 jln pintas ni.. tp hati2.. takutnya nak ke sg tua, tp smpi ke sg muda..
ReplyDeletehihihi
cering bulu roma dengaq siput sedut....jenuh menyedut...
ReplyDeleteYB...kat kampun mertua di Melaka...memang ramai kawan saya dari kaum boyan... dulu pernahlah belajar sikit2 ...tapi pastu dah lupa dah
ReplyDeletealahai rindu pulak kawan2 msa kecik2 kat kg bumiputera tu..
ReplyDeletemajoriti orang boyan..sampaikan taulah sesikit cakap bahasa dorang dulu..
yang masih saya ingat
sitong
deduak
satalog
bebeluk
sesangak
ntah apa lagi lupa dah..itu pun satu, dua, tiga jer ikut turutan; yang lain ntah no berapa tak tau..
beruntung betul dorang dapat PR. Kwan2 saya tu dah kawen dgn orang sini pulak tu..
kat ofis lama dulu (kl) ada sorg kakak ni org boyan..kalauu dia marah habis keluar cakap boyan..melopong kitaorg..
ReplyDeletesI tEDI,
ReplyDeletememang bising org lawan menyedut masa makan semalam
kak ct,
ReplyDeletewsalam.
Terfikir juga nak ambil gambar masa makan tu tapi segan pulak. Nanti terkejut boyan2 tu hehehe
kak long,
ReplyDeleteHaah. Tempat yg saya pergi malam semalam semuanya keturunan boyan. Tapi kebanyakannya dah lama duduk di Msia.
Kalau tengok pakaian dah mcm kita org sini tapi bila tengok muka kita kenal mereka dari seberang.
Yg kat Majidee tu pun mcm ni ke?
pB,
ReplyDeleteMemang sedap. Pandai yg masak tu.
Auntie Yan,
ReplyDeletewsalam.
Terima kasih utk makluman tu. Kalau tak salah saya Ahad malam Isnin pukul 12:30 pun ada ulangannya. Kalau petang Ahad selalu saya takde kat rumah.
kts,
ReplyDeleteko nak tahu yg betul atau ikut tafsiran aku?
Kalau tafsiran aku ini maknanya
La = tidak (dari bahasa Arab)
Obe = over
Jadi maksudnya: tidak berakhir.
Ring a bell?
kts lagi,
ReplyDeletekalau dah sampai Sg Muda dgn juliet lajak aje ke Siam hahaha
Alimaz - Kembara Terasing,
ReplyDeletekalau dipotong belakang siput tu secukupnya taklah susah sangat nak sedut. Kalau tak, memang sampai kembang kempis pipi menyedut siput tu huhuhu
Anie,
ReplyDeleteKg mertua kat mana tu? Boyan ni selalu suka tinggal satu kelompok. Kadang siap dgn pondok boyan yg mcm rumah panjang tu.
a.z.r.i.n.a,
ReplyDeleteKg Bumiputera tu tinggal nama aje. Mcm Bumiputera Rocker jugak.
Kat sana mmg ramai org boyan. Anak2 mereka sekolah kat sekolah Datuk Keramat sehingga mengalahkan org tempatan dari segi bilangan. Org kita ramai yg hantar anak ke sekolah Gurney atau Padang Tembak mcm awak hehehe.
Kalau jumpa kawan2 lama awak tu kenal lagi tak agaknya?
Kalau jumpa bolehlah awak praktis cakap boyan sikit2 hahaha
Idalara,
ReplyDeleteNasib baik dia marah dlm bahasa boyan - org opis tak faham. Kalau cakap dlm bahasa yg boleh difahami, mesti ramai yg sakit hati hehehe
siput seduttt..?
ReplyDeletewey jenuh nak menyedut
jenuh sesangat
dulu dulu sya tak suko, sbb geli
tp masa ngandung si ayong duk di langkawi, menu tu hari hari ado di kedai makan
sya pun cubalah
wah sodap ghupo eh
tp kalau terlebih sedut boleh tersedak tu yang nasi masuk idung tu..
hahahahahha... ;p
siput seduttt..?
ReplyDeletewey jenuh nak menyedut
jenuh sesangat
dulu dulu sya tak suko, sbb geli
tp masa ngandung si ayong duk di langkawi, menu tu hari hari ado di kedai makan
sya pun cubalah
wah sodap ghupo eh
tp kalau terlebih sedut boleh tersedak tu yang nasi masuk idung tu..
hahahahahha... ;p
salam yb,
ReplyDeleteyg kt majidee tu,x mcm ni la...diaorg kan kebykanyer boyan singapore...life diaorg lbh up to date...
cantik2 dan hensem2 lagi...
kita mesti ingat tu orang malaysia punya...he3
salam kenal dari saya...
ReplyDeletebahasa boyan...kalau balik kg suami kebanyakkan cakap banjar...itu pun saye tak berapa nak faham..
ade siput sedut masak lemak..sedap tu...
aduihhh... tak reti nak makan siput sedut.. kena manja2 mintak org lain tolong sedut kan.. hihih.
ReplyDeleteEja,
ReplyDeleteMasa keluar hidangan saya pun terkejut tengok ada siput sedut. Kali pertama jumpa di majlis tahlil.
Skrg Eja dah tererlah makan siput sedut ek? Masak sendiri atau beli kat kedai.
Kalau nak senang sedut kena buang 'ekor' dia lebih sikit sebelum dimasak. Tapi ada juga siput yg susah disedut sampai naik buntang mata. Silap gaya itu yg nasi masuk hidung huhuhu
kaklong,
ReplyDeleteHari tu pergi JB sayang tak sempat singgah Kg Melayu. Kalau tak mungkin boleh jumpa boyan Singapore tu. Tapi kalau dah up to date, susah pulak nak bezakan dgn org tempatan hehehe
ainnoraini,
ReplyDeleteSalam kenal. Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya ni.
Suami awak org Sg Manik ke? Kat sana ramai org Banjar. Bahasa boyan dgn bahasa banjar mahupun Jawa berbeza. Saya yg faham bahasa Jawa ni pun tak faham bahasa boyan.
Lauk di majlis tu termasuk siput sedut tu sedap2 belaka. Pandai yg masak.
GaDis CoMeL,
ReplyDeleteawak minta ajelah dot dot dot awak tu sedutkan. Eh tahu ke dia makan siput sedut? kuang kuang kuang.