Saturday, August 21, 2010

Kisah Pengantin Baru dan Solat Terawih

Ini kisah aku dan emak Adam masa kami baru kahwin dulu.

Selepas bernikah aku membawa emak Adam (masa tu tentulah Adam belum ada) mengikut aku tinggal di Miri kerana aku bekerja di sana. Kiranya kami ini pengantin barulah masa tu. Tak lama lepas kami tinggal bersama tiba bulan Ramadan. Sejak aku mula2 duduk di Miri, aku suka berpindah2 masjid dan surau utk solat terawih. Dapat berjumpa saudara2 Islam di merata tempat. Bila aku mati dan ditanya oleh dua malaikat, "Siapa saudara kamu?" insyaAllah aku jawab org2 Islam itu saudara aku. Aku pun pernah menziarahi mereka ketika berterawih. Agak2 boleh pakai tak alasan ini?

Selepas kami kahwin, aku membawa emak Adam pula solat di beberapa masjid dan surau sekitar bandar Miri. Ketika itu cuma ada dua buah masjid iaitu satu di bandar Miri dan satu lagi di Lutong. Surau pula ada dalam sedozen termasuk di Piasau Jaya, Kampung Pulau Melayu Ulu dan Hilir, Kg Hj Wahid di Bukit Kanada, Luak Bay dan Pujut.

Kebanyakan org Miri sangat peramah. Mereka suka bergaul dgn org yg baru mereka kenali. Pernah satu malam itu, jemaah wanita telah tanya kepada emak Adam, "senay kitak diam?"

Emak Adam tak berapa faham soalan itu kerana ianya dalam bahasa Sarawak. Emak Adam ingat mereka tanya kenapa awak diam saja. Emak Adam pun senyum ajelah kerana tak tahu apa nak cakap terutama dalam loghat Sarawak.

Masuk dalam kereta emak Adam beritahu aku mengenai perkara ini. Aku kata org tu tanya "Di mana awak tinggal?" dan bukannya kenapa awak diam?

Sejak peristiwa itu aku kena mengajar emak Adam sedikit sebanyak bahasa Sarawak.

Aku bolehlah cakap sikit2. Mun siapak mauk kelakar Sarawak dgn kamek, boleh juwak hehehe

44 comments:

  1. ingatkan ada citer pasal pengantin baru... ;D nak ambik petua
    hikhikhik




    .
    .


    .
    .

    eh eh eh
    Mancal sekali jak mbiak ya.

    ReplyDelete
  2. kalau sy pun diam je lah sbb tk faham apa diaorg ckp..td pun fikir org tu tnya mengapa awak diam jer...hihihi..jauh menyimpang rupanya..

    ReplyDelete
  3. salam YB,
    ...bulan2 puasa ni YB flashback ceto masa pengantin baru, naseb baek ceto ke surau..

    ReplyDelete
  4. pengalaman hidup...merantau..hmmm..memang bermakna

    ReplyDelete
  5. pakcik saya tinggal sana dan kawen org Kuching . 4-5 tahun lepas dapat tukar sini di JB. Isteri tak ajar anak2 cakap Sarawak pun..sayang rasanya..

    ReplyDelete
  6. masa duk prjk double track dulu ramai kwn klate.. blh la sikit goyak klate... pastu msk prjk proton CT, layan ckp tamil. ada sorg spvr tu mmg rajin ajr sy speking tamil. la ni.. kat third lane.. ramai org banjar.. tak lak pandai ckp banjar.. pandai mkn "mandai" [mknan tradisi org banjar]jekk..

    ReplyDelete
  7. ingatkan pengantin baru liat nak pergi sembahyang terawikh...

    ReplyDelete
  8. YB..teringat masa kerja kat klia..orang sarawak tanya..tandas kat mana..akak tak paham..sampai..dia nak bukak zip seluarnya baru menjerit cepat2 tunjuk arah tandas...

    ReplyDelete
  9. kamek sayang kitak...hehehe

    psssstt..marah plk mak adam kang...

    yb x rasa ke sampai sekarang pun masih lagi rasa pengantin baru...walaupun dah lapuk...

    ReplyDelete
  10. kts,
    auk kitak first. Syabas!

    Kalik tuk kitak laju gilak ngomen.

    ReplyDelete
  11. kts no 3,
    harik tuk sik ada.

    Marik kitak udah menang. Bilak boleh kitak datang situk ngambil hadiah? Mun kitak mauk, kamik boleh kirum ke rumah kitak.

    (hah ambik ko - entah ko faham entah tidak hahaha)

    ReplyDelete
  12. kts no 4,
    patutlah ko bukan main cepat mengomen. Ada tujuan lain di sebalik tajuk aku tu. Ciss.

    Kalau nak belajar boleh berguru dgn emak adam hehehe

    Ada berani?

    ReplyDelete
  13. Shifu,
    ini kisah flash back. Ko ingat citer apa ke? hahaha

    ReplyDelete
  14. Idalara,
    Kalau tak biasa mmg susah nak tangkap makna cakap org sana. Kadang tu perkataannya sama dgn yg kita gunakan di sini tapi maksudnya jauh berbeza.

    ReplyDelete
  15. ibuintan,
    Wsalam.

    Tahun ni pun saya solat terawih di masjid yg berbeza. Maka teringat masa di Miri dulu.

    Bulan puasa tak baik citer yg XXX hehehe

    ReplyDelete
  16. HEMY,
    Betul tu. Tak semua org dapat merasakannya. Saya berpindah randah dlm negara aje. Tak nak keluar negara w/p pernah ditawarkan.

    ReplyDelete
  17. Reen,
    wsalam.

    Awak ingat apa tadi?

    Mentang2lah abi dah balik hehehe

    ReplyDelete
  18. Reen lagi,
    kami pun pernah duduk di JB lepas pindah dari Miri dan KL.

    Mmg sayang kalau tak diajar cakap bahasa ibunda. Bila balik Kuching anak2 tak faham saudara mara di sana cakap.

    ReplyDelete
  19. pengalaman di perantauan mmg best..


    dah x amik pic surau n masjid ker?

    ReplyDelete
  20. ishhh...


    ingatkan apo tadi..




    errppp.....

    tajuk bukan main lagi
    macam drama minggu ini... ; p

    ReplyDelete
  21. sya ada kawan sekerja di kedah dulu, tp dah arwah

    arwah sangat suka buat macam tu, hari hari bertukar masjid setiap masjid dan surau arwah dah jelajah dgn isterinya
    semoga arwah mendapat kebaikan yang setimpal dengan amalan semasa hayatnya
    alfatihah...

    ReplyDelete
  22. caya la bro tahan kau kawen bulan bulan puasa ni

    ReplyDelete
  23. salam..sy ingat nk story mlm pertama td huhuhuhuhuh

    ReplyDelete
  24. Bakal menantu saya orang sarawak...hmmm...bila dia bercakap dlm tepon dgn mak atau sedara dia...kita diam je...langsung tak paham

    ReplyDelete
  25. kakngah,
    wah banyak pengalaman dan pandai macam2 dialek dan bahasa kakngah ni. Belajarlah banjar. Nanti boleh cakap dgn tasekmerah. hehehe

    ReplyDelete
  26. kakpah,
    kami ni pengantin yg beriman hehehe.

    Kat Miri pukul 8:45 dah habis terawih. Banyak masa utk aktiviti lain lepas tu hahaha

    ReplyDelete
  27. kak Erna,
    Dia nak 'terkemeh' lah tu hehehe

    ReplyDelete
  28. kaklong,
    kamik sayang kitak juwak.

    Dengar abg long mati saya dikerjakannya hahaha.

    Masih lagi aku terasa. Ni tunggu emak Adam buat kuih. Mcm kami baru kahwin dulu cuma masa tu takde blogging hehehe

    ReplyDelete
  29. GaDis CoMeL,
    ko ingat ada citer apa? Otak kena bersih tau ngeee

    ReplyDelete
  30. zonaku,
    betul tu. Ko pun merantau sampai ke Kajang. Bila nak balik sini lg?

    Jauh berjalan luas pandangan.

    Ada juga ambil gambar masjid tapi jarang masukkan blog. Nanti org kata nak menunjuk2 aku ni alim pulak huhuhu

    ReplyDelete
  31. Eja,
    Saya rasa biasa aje tajuk tu tapi nape ramai yg ingat lain ni? Awak pun mcm tu jugak rupanya hahaha.


    Mcm drama Emily tadi tu ke? Kalau nak buat citer, kisah kami di Miri lagi hebat kot ngeh3x

    ReplyDelete
  32. Eja lagi,
    Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah. Mungkin niat dia supaya masjid2 dan surau2 yg dikunjungi utk bersolat itu menjadi saksi di Akhirat nanti.

    ReplyDelete
  33. hanya faham sikit2 je org swak cakap wpun bergaul hampir 5tahun..sbb diorg tkr slang bila cakap ngan kita..xbest betoi..

    ReplyDelete
  34. b.r.u.t.a.l.s.o.l.o
    kami tak berkahwin di bulan puasa tapi tak berapa lama lepas kami bernikah tu bulan puasa.

    Tetap mencabar bagi pasangan pengantin baru bro hehehe

    ReplyDelete
  35. sahrom,
    takkanlah malam pertama kat masjid? hahaha.

    Oh mungkin awak ingat balik terawih tu ada cerita malam pertama kah kah kah

    ReplyDelete
  36. Kak Anie,
    Dia org mana tu? Kuching ke? Org Kuching cakap berlagu sikit.

    Nanti mintalah bakal menantu tu ajar kak Anie sikit2. Kalau tak, bila pergi ke Sarawak nanti org sana cakap lain kak Anie faham lain ngeeee

    ReplyDelete
  37. Hamizah,
    Awak bergaul dgn org Sarawak kat Perth atau kat Sarawak? Kat Perth ada arsaili tu kan.

    Mereka tukar slang biar org yg bukan Sarawak senang faham. Tapi kalau mereka tahu kita faham, mereka maintain cakap Swak.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails