Friday, August 20, 2010

Ek Alah - Kerja Kat Luar Sikit Dah Haus

Semalam ada pemeriksaan tapak oleh Bomba utk projek kami yg baru siap di Shah Alam.

Skop kerja straight forward: tambah 2 buah pam diesel siap dgn kanopi utk kenderaan berat di stesen sediaada.

Ini dia kerja yg telah siap. Di sebelah belakang tu bangunan sediaada

Pam diesel - kereta yg pakai petrol jangan mengada nak masuk sini. Pam ni hanya mengepam diesel (nampak tu ada satu hos aje)

Bomba kata nak datang pukul 2:00 ptg. Kontraktor, konsultan dan aku pun tunggu sebelum pukul 2 lagi. Takut mereka datang cepat. Sementara menunggu mereka tiba, aku pusing tapak utk ambil gambar. Biasalah bila dah jadi blogger ni. Kalau dulu semasa aku kerja dgn sykt kulit kerang, aku akan pastikan kerja2 dijalankan dgn sempurna. Skrg itu bukan kerja aku. Kalau aku yg periksa stesen ni semalam, memang aku dah reject!

Pusing punya pusing aku dah haus. Mungkin sebab semalam cuaca panas terik. Tapi yg sebenarnya aku dah lama tak berjemur. Kalau dulu bukan setakat pusing di atas tanah, atas bumbung kanopi tu pun aku panjat. Usia dah menghambat aku huhuhu.

Dalam pukul 2:30 ptg pegawai Bomba telefon bertanyakan arah ke stesen ini. Lambat setengah jam tapi sekurang2nya mereka dah OTW.

10 minit kemudian mereka sampai. Balai bomba dgn stesen ni bukan jauh sangat pun.

Mereka menjalankan pemeriksaan apa yg patut. Kami buat ikut kelulusan. Tak perlu nak risau.

Pegawai Bomba (berjaket hitam sebelah kanan sekali tu) dan pembantu beliau memeriksa perangkap minyak (oil interceptor) sambil diiringi oleh konsultan dan kontraktor.

Setelah membuat pemeriksaan dan diberi penerangan oleh kami, pihak Bomba berpuas hati. Minggu depan aku boleh pergi ke balai utk mengambil surat sokongan. Itulah kerja aku.

Nasib baik 2 buah stesen yg di Klang tu dah siap semua pemeriksaan. Kalau tak, itu lagi banyak pihak yg perlu memeriksa kerana stesen baru.

58 comments:

  1. terasa beza stamina bila umur bertambah,kan?

    ReplyDelete
  2. pusing memusing panjat memanjat memang keje yb pun kannnn....

    ReplyDelete
  3. haus xper..jangan hilang keputihan tu sudah...hihihi

    ReplyDelete
  4. kita sekejap je berjemur tengah panas udah haus kan? macam mana lah org yg bekerja sbg buruh tu...yg 8 jam di bawah terik mentari. korang agak dia org tu pose tak????

    ReplyDelete
  5. haaa..shah alam smlm panas betul. balik tempat sejuk.. terus pening..

    ReplyDelete
  6. Salam YB,
    reject sebab tak ikut S.H.E ke ?

    ReplyDelete
  7. tu yang minum milo ais satu jag tu...

    mau kembung dibuatnya..


    haha.

    ReplyDelete
  8. berpanas , tu sbb haus kot... :)

    ReplyDelete
  9. penang ni pun selalu panas. dalam kereta pun panas sebab dengar Hot FM. hehe.

    ReplyDelete
  10. YB,
    ala baru round sikit dah haus, jgn cari alasan nak buka awal pulak YB..
    nanti tak pasal2 naik kereta jenazah..

    ReplyDelete
  11. bykkan minum air masa malam, jgn minum ais jek.hehehe

    ReplyDelete
  12. Bila usia sudah meningkat...segala2nya berkurangan...

    ReplyDelete
  13. macam kenal aje stesen minyak tu... tapi tak sure plak... heheheheh :D :D

    ReplyDelete
  14. dokek sini dari semalam , hari tu, hari ni
    sejuk yo..
    mendung berarak kelabu
    hujan rerenyai, hujan lebat
    segalo lah..
    tp dahago jugak...hehehehehe... ;p

    ReplyDelete
  15. dulu2 ms suami jaga highway LPT,premix semua,kuat dia tahan panas.smpai gambar masa kawen jadi gelap gelita.skang dah keja building,kejap je tak tahan dah.ke sbb dimakan usia entah.kekeke! [makan usia kemende,umo blom 30 lagi]

    ReplyDelete
  16. OTW tu on the way kan..

    p/s: almaklum lah gua baru nak belajar short hand short hand nie.. hehehe...

    ReplyDelete
  17. Hamizah,
    bukan setakat kerana umur dah bertambah tapi dah berapa bulan tak exercise hehehe

    ReplyDelete
  18. kak long,
    apa ni kak long boleh kalah dgn Mizah. Dia datang dari jauh lagi tu hehehe.

    Cuba lagi lain kali. Takkan nak guna talian hayat kot? ngeee

    ReplyDelete
  19. kak long,
    2nd to none. Kalau mcm tu oklah hehehe

    ReplyDelete
  20. kak long lagi & lagi,
    itu dulu. Skrg saya panjat benda tertentu aje wakaka.

    ReplyDelete
  21. kak long no 4,
    haus di bulan puasa ni mencabar iman jugak.

    Keputihan saya dah lama hilang sejak kerja di pelantar minyak dan tapak pembinaan. Kalau anak2 tanya kenapa saya tak putih mcm emak Adam, saya cakap sbb nak cari rezeki utk keluarga. Haru mereka dengar ngeeee

    ReplyDelete
  22. Rozita,
    Kebanyakan pekerja kontrak yg terlibat dgn projek kami org bukan Islam.

    Org Islam sebahagian besarnya tak puasa kalau kerja berat mcm ni. Yg tak bestnya tu selamba aje mereka makan dan minum.

    Yg kuat iman akan bercuti sepanjang Ramadan dan balik kampung.

    ReplyDelete
  23. hanie,
    Betul tu. Aku tengok suhu kat papan tanda tepi Lebuhraya Persekutuan tulis 35 darjah. Kalau betul, itu dah macam kat gurun.

    ReplyDelete
  24. sI tEDI,
    Pemeriksaan Bomba berjalan lancar tapi ada lagi pemeriksaan oleh Jab Perancang, Jab Kejuruteraan dan Jab Bangunan MBSA huhuhu

    ReplyDelete
  25. Reen,
    kalau tak ikut S.H.E terus kena saman atau lebih teruk lagi stop work order. Sykt kulit kerang ni SHE atau kami panggil HSSE sangat ketat.

    ReplyDelete
  26. Reen lagi,
    syyyy jgn bagi tahu yg lain. Cuma yg baca fb saya aje yg tahu ngeh3x

    ReplyDelete
  27. Mak Su,
    Berpanas tu dlm sejam aje. Lepas tu pergi Kompleks PKNS berpanas kat sana pulak. Itulah agaknya haus semalam.

    ReplyDelete
  28. GaDis CoMeL,
    kalau nak lagi panas biar aku kenakan ko dgn panggilan hangit. Bak mai no tepon ko hahaha

    ReplyDelete
  29. ibuintan,
    Dah lama tak berjemur di bulan puasa. Mungkin itu yg tak tahan haus.

    Kalau nak buka cepat jgnlah kat tempat terbuka. Skrg ramai org pergi drivethru McD beli satu set lunch. Lepas tu carilah port di mana org tak nampak.

    ReplyDelete
  30. Syida,
    Minum air aje mana nak puas? Kenalah yg dah disejukkan dlm peti ais hehehe

    ReplyDelete
  31. Kak Anie,
    tulah. Tapi kalau panjang umur lama lagi nak pakai badan ni cari rezeki sbb Adam belum pun 2 tahun huhuhu

    ReplyDelete
  32. Kalau dulu bukan setakat pusing di atas tanah, atas bumbung kanopi tu pun aku panjat


    .
    .



    betul ke?? fuhhhhh!!! tabik spring kat ko


    .
    .



    errr... skrg pun ko panjat kanopi gak kan???


    .
    .

    tp dgn tujuan lain...

    .
    .


    skodeng anak dara org :P :P

    errr.. bulan posa tak baik memfitnah.. sorry klu salah.. sorry juga kalau betul :P

    maaf zahir batin... duit raya jgn lupa tau :D

    ReplyDelete
  33. salam YB..takde ke minyak free utk pengomen tegar????

    ReplyDelete
  34. syah,
    ala tu stesen yg kat Seksyen 22. Kalau dari KESAS nak ke Shah Alam ianya sebelah kiri.

    ReplyDelete
  35. Eja,
    tempat awak dgn tapak projek saya tu bukan ke dekat aje? Macamana pulak cuaca berbeza ek?

    Org puasa mestilah dahaga. Cuma tahap dia berbeza. Kalau tak dahaga, saya syak dia curi2 minum kot hehehe

    ReplyDelete
  36. aNiS,
    Suami awak kerja dgn MTD Prime ke dulu? Saya ada terlibat kerana kami membina stesen di R&R Temerloh. Masa tu highway tu belum dibuka kpd pengguna tapi kami dibenarkan masuk kerana ada sticker khas.

    Org kalau dah terbiasa kerja dlm bangunan sekali sekala kerja kat site akan rasa tercabar. Kena pula bulan puasa. Org yg belum 30 thn pun boleh rasa pening2 tau hehehe

    ReplyDelete
  37. -•»Á®ÐZMÀ®Ñ«•-

    Betullah tu: OTW tu on the way.

    LOL hehehe

    ReplyDelete
  38. KTS,
    panjat kanopi dan bumbung stesen minyak taklah mencabar mana sgt. Panjat pelantar minyak atau gas yg di dalam pembinaan lebih mencabar. Kena jalan atas besi bulat (steel tubular). Kalau yg gayat, duduk bawah ajelah.

    Terima kasih tabik spring kat aku. Lama aku tak dapat tabik dari ko huhuhu

    Skrg aku tak perlu panjat kanopi sbb itu diluar bidang tugas aku. Kalau nak skodeng tak payahlah naik atas kanopi tu. Dalam kereta pun boleh skodeng ahaks.

    Happy annniversary!

    Maaf zahir batin.

    Jgn lupa dtg ke rumah kalau nak duit raya. 1st day raya insyaAllah kami ada di sini.

    ReplyDelete
  39. sahrom,
    wsalam.

    Saya bukan dealer dan saya pun dah tak kerja dgn sykt minyak. Kalau dulu saya sering beri baucer minyak percuma kpd pihak2 tertentu hehehe

    ReplyDelete
  40. projek dah lulus... boleh la pegi makan colek lepas taraweh

    ReplyDelete
  41. projek dah lulus, bleh kirim satu BB kt sy yb! yeah!

    *eh, kite kan geng :D (dan2,..)

    ReplyDelete
  42. Salam YB....

    Syabas !!

    Sy kagum dgn YB.....

    :)

    ReplyDelete
  43. Pusing punya pusing aku dah haus. Mungkin sebab semalam cuaca panas terik. Tapi yg sebenarnya aku dah lama tak berjemur. Kalau dulu bukan setakat pusing di atas tanah, atas bumbung kanopi tu pun aku panjat. Usia dah menghambat aku huhuhu.

    yg kat bawah sekali tu yg tak tahan tu..'usia dah menghambat aku' ...betul lah YB..nak agresif2 mcm dulu2 dah tk boleh sbb usia dah senja..(eh! rasa mcm dah tua pulak ngeee)

    ReplyDelete
  44. aku ucapkan tahniah & syarat bagus ! excellent job....menandakan aku boleh dapat duit raya dari ko kali ni...he3x

    ReplyDelete
  45. Shifu,
    Projek belum lulus lagi. Baru Bomba aje. Itupun kena tunggu minggu depan utk dapat surat sokongan. Lepas ni kena aturkan pemeriksaan oleh beberapa jabatan lagi huhuhu.

    Tapi setakat nak makan colek lepas terawih tu no problem. Ko bukalah gerai colek kat KL ni. Mesti laku.

    ReplyDelete
  46. Jue,
    Mcm saya beritahu kat Shifu, projek belum lulus lagi.

    BB tu saya gunakan utk cari makan. Kalau bagi kat geng mcm awak, saya nak guna apa? huhuhu

    ReplyDelete
  47. Catwoman,
    Wsalam.

    Terima kasih di atas pujian.

    Tak perlu kagum. Takde apapun huhuhu

    ReplyDelete
  48. MENTIBANG LAUT,
    Kalau ada projek kat KK takut tak boleh cover kos sbb jarak yg jauh. Biarlah org sana yg buat.

    ReplyDelete
  49. Idalara,
    Sampai hati awak cakap kita dah senja. Rasanya baru Asar hahaha

    ReplyDelete
  50. sonata,
    Projek ni kecil aje. Bayaran pengurusannya pun ciput aje. Belum boleh tuntutpun lagi sehingga CCC dikeluarkan. Lepas tu kena tunggu 2 bulan baru dapat duitnya. Maknanya raya haji pun belum tentu masyuk huhuhu

    ReplyDelete
  51. salam singgah...

    haus2 di bulan puasa ni bahaya. takut nanti tgk nozzle pam minyak pun jadi terliur. hihihi...

    ReplyDelete
  52. thanks komen blog saya...
    len kali siinggah lagi..
    hehehe..
    nway selamat berpuasa....
    jgn batal pose lak..
    tugas tetap tugas....

    =)

    nanti raya bagi duit raya kat kite erk...

    ReplyDelete
  53. Fidde Omar,
    Salam kenal.

    kalau dah haus sgt harus nozzle minyak tu dihisap hehehe

    ReplyDelete
  54. cik Lynda,
    masuk blog awak selepas baca rekomendation dari en_me.

    InsyaAllah.

    Selamat berpuasa kpd awak juga.
    Belajar tetap belajar. Raya ni balik sini tak?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails