Thursday, August 19, 2010

Kisah Air Soya dan Keputihan

Sepanjang bulan Ramadan ini setiap petang tak boleh tidak Haikal mesti nak berbuka dgn air soya. Itu yang aku terpaksa ke pasar Ramadan setiap hari. Biasanya aku akan ke param belakang sekolah dia tu aje. Kerana param tu dekat sekolah dia, Haikal selalu nak aku ambil dia lepas waktu sekolah pukul 5:30 ptg. Tetapi selalu aku tak layan. Kalau pergi petang mcm tu, jalan jam teruk. Aku selalu pergi lepas solat Asar terus dari surau atau masjid.

Semalam selepas mengambil Atikah dari UiTM (minggu ini satu hari aje dia pergi kelas kerana ada exam) aku singgah di sekolah Haikal dan bawa dia ke param. Aku tanya dia kenapa dia nak minum air soya setiap hari.

Dia jawab, "biar kulit jadi putih dan gebu."

Aku dah syak dah itu sebabnya.

Dalam famili aku, Haikallah yg paling cerah kulitnya. Masa lahir putih melepak. Mungkin disebabkan emak Haikal (emak Adam juga) suka minum air soya. Pernah aku letakkan gambar Haikal masa bayi di opis aku. Ada seorg staf aku ingat gambar anak mat saleh sbb dia tak tahu kami ada baby baru masa tu. Ek elah betullah dia ni. Ingat kalau Jawa mesti kulit sawo matang. Nyampess.

Bila Haikal masuk tadika kulit dia dah tak seputih masa dia kecil. Maklumlah dah pandai main panas.

Satu hari tu kami tanya dia, "Kenapa kulit Haikal dah tak putih macam dulu?"

Dengan inesen dia jawab, "Kakak Tikah dah sedut KEPUTIHAN kulit Haikal."

Kami terkesima dgn jawapan dia. Ini mesti tak faham penggunaan penambahan "ke" dan "an". Maklumlah budak tadika.

Kebetulan Atikah pun berkulit cerah.

Kami tanya Haikal lagi, "Macamana kakak sedut 'keputihan' Haikal?"

Lalu dijawabnya, "Dia guna magic!"

Kalaulah aku ada magic macam tu aku pun nak sedut keputihan orang putih tu.

47 comments:

  1. salam YB,

    beria saye baca kot2 air soya boleh mengawal penyakit keputihan.

    aduyai senyum2 saya psl dak haikal ni (^_^)

    ReplyDelete
  2. ayong masa kecik2 putih tp
    bila dah sekolah golap pulak..
    apa pun golap golap totap anak ibuayah jugak.. ;p

    ReplyDelete
  3. AiTotYati,
    wsalam.

    Maaflah kalau tajuk ni misleading. Ini gunakan istilah Haikal tu lah hehehe.

    ReplyDelete
  4. Eja,
    cop jgn tak cop. 2nd pun jadilah. Esok cuba lagi utk dpt first semula mcm semalam hehehe

    ReplyDelete
  5. Hai YB,

    "keputihan" betul lah kulit anda. hehe.

    ReplyDelete
  6. masa wife aku peknen Batriysia,dia suka makan nasi berlauk kicap,minum air soya tak bleh,muntah.masa peknen Qariena,dia suka minum air soya dan tak suka kicap. that's why qariena lagi putih dari batrisyia.

    ReplyDelete
  7. Eja lagi,
    Ayong bukan golap tapi hitam manis. Atau seperti yg Haikal pernah sebut cokelat manis sbb bukan hitam tapi cuma cokelat ngeee

    ReplyDelete
  8. GaDis CoMeL,
    Hai GC,

    Kulit anda pun tak kurang "keputihan" nya. hahaha

    ReplyDelete
  9. Penyuk,
    Itulah bukan boleh paksa2 minum soya masa mengandung ni. Kalau tak anak2 kita semua dah putih huhuhu.

    Tapi selalu yg kulit gelap sikit tu lagi tahan lasak. Jarang kena sakit hehehe

    ReplyDelete
  10. 'keputihan'...memang selalu dikaitkan dengan orang pompuan...hehehe

    ReplyDelete
  11. kak long,
    Budak 5 tahun tak tahu nak bezakan kulit putih dgn keputihan. Inilah jadinya hehehe

    ReplyDelete
  12. hehehehe... inesen je menjawab... kih3

    ReplyDelete
  13. 3-3 anak saya minum soya tapi 2 menten putih hanya angah sorang gelap.

    pelik gak.. tapi sekarang semua sekaler..

    hehe..

    ReplyDelete
  14. hehehe...betul la tu penggunaan dia..tp ada maksud lain..abeh nak guna apa ek??

    ReplyDelete
  15. Aku pun dah hari-hari minu soya, mana tahu boleh putih pulak lepas ni

    ReplyDelete
  16. Aku pun dah hari-hari minu soya, mana tahu boleh putih pulak lepas ni

    ReplyDelete
  17. anak wong jowo kanns..

    salamm ramadhan abg yb itteww

    ReplyDelete
  18. sawo matang pun ok whatt....
    (merefer ke ayah haikal...)
    (dengan penuh harapan ada ipad lagi)

    ReplyDelete
  19. hahaha...! pandai haikal jawab...

    ReplyDelete
  20. kelakar sgh..kalau boleh sedut2 ramai mat saleh jd hitam agaknya..

    ReplyDelete
  21. Salam YB,
    Anak bujang saya yg form 5 tu dulu peminat setia air soya, bila kakak dia bgtau org lelaki tak elok minum air soya nanti hormon pompuan terlebih, boleh jadi auww..lembut dan gebu terus tak berani minum lg. Percaya betul dia dan paksa saya beli dumbbell, nak bagi lengan dan badan dia tough konon..

    ReplyDelete
  22. pB,
    cubalah minum air soya banyak2 masa mengandung ni. Mana tahu baby cerah bila lahir nanti.

    ReplyDelete
  23. mula2 nak gelak sbb rasa lucu baca anak2 kecil punya minda....hahaha..

    anak bungsu sy pun putih melepak masa dilahirkan..smpai ada kwn2 kata sy tertukar anak cina...padahal diaorg tk tahu anak bungsu sy sedut 'keputihan'atuk dia yg putih melepak juga..

    ReplyDelete
  24. PnConfused,
    Haikal mmg macam tu. Selamba aje dia jawab atau tanya soalan.

    ReplyDelete
  25. Reen,
    Masa mengandung angah awak makan kicap kot di samping minum soya hehehe.

    Budak kalau dah berjemur, yg lahir cerah pun boleh jadi gelap. Silap2 cerah lagi emak mereka hahaha

    ReplyDelete
  26. HEMY,
    Ini kena tanya cikgu bahasa mcm ckLah tu. Tapi dah lama pulak dia tak masuk blog ni huhuhu

    ReplyDelete
  27. anjang,
    kalau nak putih, ibu yg mengandung tu yg minum soya. Kalau awak yg minum habis satu tong pun saya rasa takkan putih hehehe

    ReplyDelete
  28. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  29. en_me,
    anak wong jowo pun anek seng ganteng hehehe

    Selamat bersahur.

    ReplyDelete
  30. DrSinga,
    kalau awak kata saya cerah barulah cerah harapan nak dapat iPad. Ini cakap saya sawa matang. Kensel hehehe

    ReplyDelete
  31. PUTUBAMBU,
    Haikal mmg dari kecil dah pandai cakap. Belum setahun dah petah. Ramai yg suka borak dgn dia.

    Adam dah nak dua tahun belum petah bercakap huhuhu

    ReplyDelete
  32. Hamizah,
    itulah yg saya pun nak sedut kalau boleh main sedut2 ni hehehe

    ReplyDelete
  33. DAMAI IMPIAN D'BANGI,
    skrg dia dah tak minum air soya lagilah? Percaya betul dia cakap kakaknya. Kalau mcm Haikal tu takpe jugak sbb kecil lagi. Ini dah Form 5. Mesti dia sayang kakak dia tu.

    psst - otot dia dah ketul2 ke sejak angkat dumbbell?

    ReplyDelete
  34. Idalara,
    Atuk dia Cina ke sampai putih melepak? Tak turun kat anak boleh turun ke cucu. Kira hebatlah tu.

    Anak saudara saya ada seorg yg agak gelap sampai atuk dia cakap tertukar dgn anak India huhuhu

    ReplyDelete
  35. kena mandi susu la jawapnyaa...

    ReplyDelete
  36. Shifu,
    Masa mandi tu putihlah sekejap.

    Keluar dari bilik air bertukar ke kaler asal hahaha

    ReplyDelete
  37. saya rasa penggunaan perkataan tu ok je... tak salah pun... cumanya dia paham satu, kita paham bukan setakat double meaning, ada yang seploh meaning pun ada... kikikikikik :P :P

    ReplyDelete
  38. anak2 saya pun hari2 berbuka ngan soya, tp tak mau putih2 pun hahahhaha

    ReplyDelete
  39. anak2 saya pun hari2 berbuka ngan soya, tp tak mau putih2 pun hahahhaha

    ReplyDelete
  40. Soya bean memang sedap..tapi tak sedap pada orang yang ada menghidap penyakit Gaut..

    ReplyDelete
  41. syah,
    putih kalau ditambah ke dan an jadi macam perkataan malu. Lain dah maknanya.

    ReplyDelete
  42. Rozita,
    Jadi putih kalau ibu mengandung minum soya masa mengandung. Baby yg lahir selalunya berkulit cerah.

    Kalau dah besar baru nak minum soya sampai kembungpun rasanya tak nak putih hehehe

    ReplyDelete
  43. relevan,
    Kesian org yg ada gaut ni. Tengok org lain minum air soya boleh tahan lagi, tapi tengok org makan seafood sedap2, meleleh air liur.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails