Thursday, July 22, 2010

London Here We Come!

Dari komen2 yg aku terima utk n3 yg lepas, ternyata ada banyak tempat di Malaysia yg menggunakan nama seperti di luar negara. Atau mungkinkah mereka yg cilok nama dari kita?

Tempat2 ini aku boleh kategorikan kpd 2:

Yang sebijik gunakan nama seperti di luar negara. Contohnya:
1) Sungai Manila di Teluk Intan - kampung ckLah tu hehehe
2) Kg Paris di Sandakan
3) Canada Hill di Miri, Sarawak - tempat minyak mula2 ditemui
4) Kg Arab di Port Dickson
5) Kg New Zealand di Maran, Pahang - Felda tu
6) England Garden di Seremban - nasib aku tak jadi kahwin awek TESL tu hehehe
7) Tok BALI di Kelantan - boleh ke masuk kategori ini?


Yang diubahsuai menjadi macam tempat di luar negara. Contohnya:
1) PILAHdelphia utk Kuala Pilah
2) Paris utk Parit, Perak
3) MASAIchusett utk MASAI, Johor
4) KULAIfornia utk Kulai, Johor
5) GOPENGhagen utk Gopeng, Perak
6) London utk Londah, NS
7) Poland utk Palong juga di NS. Felda jugak tu


Oh ya ada lagi satu kategori iaitu nama tempat di sini sama dgn yang di luar negara cuma telah dialih bahasa ke BM. Contohnya:
Kota Baru untuk Newcastle

Oklah aku nak sambung kerja ni. Nak kumpul duit nak bawa emak Adam pergi London. Bye

38 comments:

  1. tak terpikir pun new castle ..




    YB, saya bau jer sampai terus nampak di dashboard ..hehe...

    ReplyDelete
  2. hai..i asal dari royal town..

    kehkehkeh..

    kuala kangsar bandar diraja = royal town

    ReplyDelete
  3. rasanya ada lagi... tapi saya tak hengat... hohohohoh :D :D

    ReplyDelete
  4. "Hollywood,hollywood, sapa nak turun cepat", jerit driver bas.

    Punyalah kita ni terheran2, rupanya Greenwood :P

    ReplyDelete
  5. wahh..
    skrd azrina dah menguasai takhta...
    den selalu tercicir skrg..huhuh...
    carta top7 pun dah kebawahhh..

    pssstt...!
    masukan senarai nama kaklong...
    trip to london tu yer...

    ReplyDelete
  6. eekekekeke. betul juga ek/
    rajin Yb senaraikan .
    ekekeekekke

    ReplyDelete
  7. keramat takde nama omputih ke yb?

    ReplyDelete
  8. a.z.r.i.n.a.03.07,
    Dapat. Tahniah kerana berjaya menjadi pengomen pertama 3 kali berturut2.

    Sila hubungi saya utk urusan mendapatkan hadiah misteri.

    Syabas sekali lagi dari pihak penganjur!

    ReplyDelete
  9. a.z.r.i.n.a,
    ada dua tempat dipanggil newcastle kat Msia ni. Satu yg di Kelantan dan satu di Perak.

    Nasib awak baik sbb Hanie komen 5 limit lepas awak. Juliet pun sibuk agaknya pagi ni. Dia komen 20 minit lepas awak komen.

    ReplyDelete
  10. Rina, (malas nak taip nama penuh yg siap dgn titik2 tu hehehe)

    Saya tak pasang comment moderator. Jadi sebaik tekan "publish your comment" dah tahu komen ke berapa.

    ReplyDelete
  11. hanie,
    ada 9 royal town kat Malaysia ni. Tak acilah mcm tu huhuhu

    ReplyDelete
  12. syah,
    saya pun rasa ada lagi tapi tak ingat jugak (tak tahu yg sebenarnya hehehe)

    ReplyDelete
  13. juliet,
    bila pulak ko naik bas?

    Jom ikut aku naik bas pergi Bangkok nak?






    Bangkok Bank lah hehehe

    ReplyDelete
  14. Ada lagi!!! Rumah Sally dekat London!!!



    Lundang=London

    ReplyDelete
  15. kak long,
    azrina tengah semangat skrg ni. Tiap 2-3 jam sekali mesti dia singgah sini tinggalkan jejak. Dia pun nakkan hadiah misteri utk pengomen pertama. Dah berjaya pun hari ni.

    kak long boleh cubalah lepas ni.

    Kalau nak masuk top 7 tu salah satu cara ialah komen bertalu2 sampai 2,3 atau 4 utk satu n3. Azrina, Juliet dan kts selalu buat mcm tu walaupun ada yg perli kata giler kuasa hahaha.


    Senarai ke London dah ditutup. Cuma ada nama saya dan emak adam aje ngeh3x

    ReplyDelete
  16. so bila nak sampai ke "New Castle" nnati saya jemput YB & famili,dok homestay lagi...semua ditanggung beres.

    ReplyDelete
  17. sI tEDI,
    bukan rajin tapi itulah namanya org takde kerja huhuhu.

    ReplyDelete
  18. salam...bos sy kjer kat london..dia ajak lawat dia tp tak mampu nk beli tiket walau penginapan free hehehehe....

    ReplyDelete
  19. Syida,
    Keramat tu perkataan yg hebat dan keramat. Suci dan mulia. Tak berani omputih nak kacau hahaha

    psst - dah banyak kali cuba masuk blog awak tapi tak boleh. Kenapa ek?

    ReplyDelete
  20. awak selalu je lupa akan Lavender Heights, Senawangakistan !

    ReplyDelete
  21. Sally,
    Wah bagus tu. Boleh bawa emak Adam ke London cuti sekolah hujung tahun nanti.

    Org kat London tak makan budu ek?

    ReplyDelete
  22. shaliza,
    terima kasih banyak2 di atas jemputan dan tawaran tu. Nantilah hujung tahun ni kalau ada rezeki bolehlah kami ke Newcastle jumpa awak sekeluarga. Boleh ke rumah Sally sekali di Lundang oppps London hehehe

    ReplyDelete
  23. sahromnasrudin,
    cubalah booking tiket airasia kalau mereka buat promosi. Untung2 dapat tiket free. Sementara dia kat London tu bolehlah ke sana makan angin.

    ReplyDelete
  24. al-lavendari,
    Saja aje tak sebut Lavender Heights sebab abg mesti beri komen tentang tempat tu hehehe.

    Senawangakistan tu ada ramai taliban tak bang? ngeee

    ReplyDelete
  25. GADIS COMEL,
    Georgetown tu kat mana ek? hehehe

    ReplyDelete
  26. komen 1 - yang sebijik tuu

    i like tempat no 6 tuuu !!!!!
    sape x ewek tuan tu ???
    ...nasib kita tak berjiran !!!


    ...ada byk tempat lain yg blh IE catatkan di sini..namanya sebijik atau diubahsuai ..alihbahasa

    tp masa lak terhad ni..

    ReplyDelete
  27. wah, jadi gak agenda g london, bolehlah kirim..
    kirim salam yo... ;p

    ReplyDelete
  28. ikan emas,
    awak duduk dekat tempat tu ke?
    Belum sempat jadi awek - baru nak usha saya dah pindah U hahaha

    Skrg kalau nak jiran pun apa salahnya. Ada rumah utk disewa kat kawasan saya ni hehehe

    Nanti kalau ada masa senaraikanlah. Ramai yg nak tahu tempat2 tu.

    ReplyDelete
  29. Eja,
    Iyolah tu. Nak pergi London bukan macam nak pergi Melaka huhuhu

    ReplyDelete
  30. macam best je gi london..huhu, jom ramai2 melencong.

    ReplyDelete
  31. saya nak gelak kuat2 lah YB...

    ReplyDelete
  32. MENTIBANG LAUT,
    Kalau pakai kapal awak tu ramai boleh ikut. Awak cakaplah kat bos kata nak pinjam sebulan kapal tu hehehe

    ReplyDelete
  33. Rozita,
    tang mana yg kelakar sangat tu? ngeee

    ReplyDelete
  34. Sg Manila bukan di TI...di luar penguasaan MPTI pun...




    Saya tinggal di tempat kaya. Lorong Emas, Teluk Intan, Perak. Kaya kan!

    ReplyDelete
  35. ckLah,
    Maaflah di atas kesilapan saya tu. Saya tak pernah sampai ke Sg Manila. Ingat dekat dgn rumah awak makanya dlm kawasan MPTI. Rupanya di luar.

    Memang kaya org tempat awak tu. Nama taman takde ke? Yang elok letak nama Taman Permata. Biar lengkap kekayaan tu hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails