Wednesday, June 23, 2010

Setiawangsa Yang Semakin Happening

Semalam kami sekeluarga pergi makan ikan bakar di Sekinchan sempena hari lahir Haizam. Ini bukan Sekinchan yg di Sabak Bernam tu. Dan bukan adik beradik dgn Shin Chan walaupun nama mereka dekat2

Sampai di situ, kebanyakan petak letak kereta dah penuh. Dulu kalau malam kawasan tu macam tempat jin bertendang. Skrg mungkin jin2 semua ke Afrika Selatan utk bertendang. Nasib baik aku ni YB. Adalah parking satu utk aku (jgn percaya ayat ni. Kebetulan aje dapat parking tu hehehe).

Ini dia rupa restoran ikan bakar tu.

Pekerja2nya ramai. Kesemuanya memakai baju berwarna oren. Nasib baik aku tak pakai t-shirt oren yg Adam buat lap lantai hari tu. Kalau tak ada yg ingat aku kerja part time kat situ pula. Malam tadi mungkin lebih ramai pekerja dari pelanggan sebab kebanyakan org belum dapat gaji. Ikan bakar kat situ boleh tahan juga mahalnya.

Sementara menunggu ikan dan kerang kami dibakar, kami merayau2 di Uptown Setiawangsa yg baru dibuka (boleh ke cakap dibuka kalau tempat tu memang terbuka?)

Pintu gerbang menggamit pengunjung

Kebanyakan barang yg dijual adalah pakaian

Masih banyak gerai yg kosong.

Kalau ada yg berminat nak berniaga bolehlah tanya penganjur. Tapi sanggupkan anda berjaga malam (selepas musim bolasepak Piala Dunia ni?)

Oh ya. Kalau nak tengok ikan dan kerang sila lihat gambar di bawah ni. Udang bakar tak sempat diambil gambar kerana cepat kena sambar.

46 comments:

  1. a'ah laaa..

    :D

    jap eh.. ai nak baca jap

    hihihi

    ReplyDelete
  2. kat mana weiyh?? bg la landmark skit...

    .
    .


    errr..takpun, ko je la bawak aku gi sana.. err... blanja sekali tau


    hihih terima kasih

    ReplyDelete
  3. salam,

    tempatnya tak jauh dari rumah tapi malas nak jalan-jalan kat situ..

    ReplyDelete
  4. happening...

    tapi pening nak cari parking walaupun sekadar nak ke kedai buku..

    ReplyDelete
  5. ada uptown? nanti bole serbuuuuuuuuu. ikan sekinchan tu ai dah pegi dulu...hehehe

    ReplyDelete
  6. singgah jer sebelum balik.

    malam ni baru komen. hehe..

    ReplyDelete
  7. lama betul tak pegi setiawangsa ni,dulu masa anak kaklong si haziq
    dulu bt pembedahan kt pedriatik HKL ada gak pegi...
    sebab masa tu mak saudara kaklong tinggal kt mindef,husbandnya seorang mejar disana...
    adalah sebulan kaklong duk umah dia...
    di bwk nya kaklong jln2 kt setiawangsa ni..tapi tak la semeriah sekarang...
    dan sekarang macik kaklong dh dijemput ILLAHI....
    tinggal kenangan bersama dia...
    semga tuhan mencucuri rahmat keatas rohnya..
    amin...

    ReplyDelete
  8. Ohhh tidakkk ..

    ngape dulu time saya dok KL , setiawangsa tak meriah begini ?

    Tetiba rasa rindu nak balik KL ..

    ReplyDelete
  9. mcm best jek...dh lame x lyn mende2 gini..sedap jgk kalo JJCM..

    hahahah

    ReplyDelete
  10. tengok ikan bakar kena buat menu ikan bakar pulak lah esok..haiihh.... ;p

    ReplyDelete
  11. lagi satu uncle..
    mmg mahal sikit..

    sebab tulah owner dia boleh pakai ferrari ngeeee

    ReplyDelete
  12. hehehhheee......

    x per la... aku x tau pun camana nk kesana....

    ReplyDelete
  13. org kl byk hiburan..kami kat luar bandar nie tak merasa semua tue..usahkan berukband, jln pun masih tak sempurna lg...
    p/s : hrp kerajaan lebih adil agihkan peruntukan utk penduduk luar bandar..skrg sgt tak adil...

    ReplyDelete
  14. hahahaha..setiawangsa memang sgt bes skarang....

    ReplyDelete
  15. kts,
    ya ko first kali ni. Ko mmg selalu first walaupun ko mungkin yg kedua kah kah kah

    ReplyDelete
  16. kts lagi,
    boleh pulak book tempat dulu? Tapi ko punya pasal aku tak kisah. Ai like hehehe

    ReplyDelete
  17. pB,
    First time makan rasa sedap. Kalau dah selalu mungkin kurang sbb hanya ada satu jenis bakaran ie mcm dlm gambar tu.

    ReplyDelete
  18. kts lagi,
    alaa setiawangsa tu besar manalah sgt.

    Ko tunggu kat tempat biasa. Nanti aku dtg ambil ko. Kita makan ikan bakar puas2. Aku tahu ko tak makan ayam, udang mahupun kerang.

    Bila kita nak pergi wei?

    ReplyDelete
  19. penjejak maya,
    kalau senang2 silalah ke situ. Ajak kawan2 sekali hehehe

    ReplyDelete
  20. zaren,
    haah skrg dah susah nak cari parking. Sampai depan kedai perabot yg kat hujung tu pun penuh. Silap2 kena parking depan sekolah dan jalan kaki ke situ ikut tepi Centrum tu ngeee

    ReplyDelete
  21. Syida,
    dah ada uptown sejak minggu lepas. Sebelum ni buat BackLane tapi kurang sambutan.

    Saya baca n3 awak mengenai ikan bakar Sekinchan tu. Kan ada awak ajak saya pergi sana ngeee

    ReplyDelete
  22. a.z.r.i.n.a,
    sempat lagi singgah dah dekat pukul 5:30 ptg. Kesian Abe tunggu kat luar hehehe.

    Malam tadi sibuk ke? Tak nampak awak di dunia maya ngeee

    ReplyDelete
  23. kak long,
    al-fatihah utk emak saudara kak long tu.

    Masa kak long pergi jalan2 kat Setiawangsa dulu dah ada pasar tani tak? Entah2 Giant yg kat Petronas tu pun belum ada lagi. Kalau mcm tu mmg dah lama sangatlah tu.

    Kalau ada masa dtg lah lagi skrg. Rumah saya dekat aje dgn Setiawangsa walaupun saya tinggal di Selangor sedangkan Setiawangsa tu di WP hehehe

    ReplyDelete
  24. LiNda,
    jom balik KL. Nanti kita boleh berronggeng sama2 hehehe

    Kita ajak rakan2 blogger yg lain.

    ReplyDelete
  25. hanie,
    best jugak makan kat situ. Sebenarnya JJCM dah buat rakaman kat situ. Ada plague dia dekat kaunter bayaran. Tak tahu bila nak disiarkan.

    ReplyDelete
  26. amin...

    tak pasti plak,ada pasar tani ke tak...
    sbb pakcik kaklong tu bwk jln wktu ptg ngn mlm je...
    thun 2002 kot...dh lama sangat..

    tp caerfour n tesco ada pegi...

    ReplyDelete
  27. al-lavendari,
    sewa dia mahal sangat kot terutama yg khemah putih tu hehehe

    ReplyDelete
  28. Salam YB,


    Macam happening jer tempat tu. kat mana-mana dah ada bazaar uptownlah ,midtownlah, downtownlah..


    semahal mana ikan bakar tu? Kali terakhir saya pergi setiawangsa masa jumpa kawan yg baru kawin dekat kg warisan tu sepuluh tahun lepas.

    *************************

    yelah,semalam sibuk sikit.

    keje kat rumah menanti,..huhu..
    basuh baju, lipat baju kelmarin, tu pun nasib baik abg ajak makan luar;kalau tak memang penat!

    11 dah habis... lama sungguh tak tidur awal....

    wah..panjangnya..long winded jugak saya ni kan ? hehe

    ReplyDelete
  29. saya tak gemar bakar bubuh sambal macam tu... saa lebih suka bakar kosong, pastu cicah sambal kicap atau air asam... pehhh... tetiba rasa nak bakar sotong plak malam nih... iskkkk... kecur air liur sungguh.

    ReplyDelete
  30. Eja,
    Dah beli ke ikannya yg nak dibakar malam ni? hehehe

    ReplyDelete
  31. zaren,
    harga mahal sbb org Setiawangsa ramai yg kaya2. Org tempat uncle jugak yg tak berapa kaya huhuhu.

    bukan setakat ferrari aje. Lepas ni kalau maju tauke dia boleh pakai bentley pulak mcm ac mizal ngeeee

    ReplyDelete
  32. zonaku,
    alaa ko ni tak rock langsunglah. Kalau ko nak ke sana, ko roger aje aku. Nanti kita jumpa kat masjid Setiawangsa.

    ReplyDelete
  33. sahromnasrudin,
    banyak hiburan inilah bahaya. Kalau tak betul2 boleh hanyut.

    Kerajaan kena jaga kawasan Setiawangsa tu sbb itulah satu2nya kawasan parlimen yg dimenangi oleh BN di KL. Lagipun MP nya sebelum ini Menteri WP.

    Sedihnya kawasan kami yg cuma dipisahkan oleh sebatang jalanraya agak terbiar kerana terletak di negeri Selangor. Jadi bukan kawasan luar bandar aje yg kurang mendapat agihan huhuhu

    ReplyDelete
  34. ayiz,
    kalau pergi Setiawangsa jgn lupa singgah rumah wak hehehe

    ReplyDelete
  35. kak long,
    oh dah 8 tahun. Rasanya masa tu Giant kat Petronas tu belum ada lagi. Tapi pasar tani tu dah ada masa tu cuma tak sebesar skrg. Skrg dah jadi pasar tani mega.

    Datanglah sini kak long. Bukan jauh sgt pun kalau dari Kajang tu. Kat sini pun dah ada Jaya Jusco.

    ReplyDelete
  36. a.z.r.i.n.a03.07,
    wsalam.

    Dgn uptown tu tambah hiduplah tempat tu. Dulu kalau malam setakat kedai mamak kat situ. Lepas tu dah ada kopitiam. Skrg dah ada Centrum dgn kedai2 makannya termasuk Sekinchan dan uptown tu.

    Lamanya awak tak ke sini. Skrg bolehlah datang lagi tengok tempat ni. Saya pun dah ada ahaks.

    Biasalah org perempuan. Kerja rumah tak habis2. Kesian jugak. Suami kalau tak tolong tapi ajak makan luar pun dah happy. Awak dah tak merajuk lagi lah ya? ngeh3x

    Pukul 11 awak dah kata awal tido. Ada org pukul 9 mlm dah tido. Tapi kat rumah ni selalunya pukul 1 pagi belum tido lagi hehehe

    ReplyDelete
  37. syah,
    Ada mcm2 cara org bakar ikan ni. Kat Sekinchan dia org buat mcm tu.

    Saya pun suka yg bakar mcm tu aje. Cicah air asam atau sambal kicap mcm kat Melaka.

    Cadang nak pergi Melaka Sabtu ni makan ikan bakar. Jom kita konvoi hehehe

    ReplyDelete
  38. bukan semua yang perasan kaya (cth, orang ini hehe)..


    ada je bentley kat situ, tak tahu siapa punya, tokey dia atau share partner atau customer..

    ReplyDelete
  39. zaren,
    duit tak berkokok. Itu yg org tak perasan.

    Tak lama lagi adalah sebijik lagi bentley tu hehehe

    ReplyDelete
  40. jauhnya sampai ke melaka nak makan ikan bakar... kat Jeram kan ada?? Sedap plak tu...

    ReplyDelete
  41. syah,
    dah biasa buat mcm tu. Dulu pun petang drive pergi Melaka. Jumpa kawan2, pergi makan ikan bakar dan balik ke KL semula. Sini ke Melaka pun dalam sejam setengah.

    Kalau ke Jeram pun dekat sejam jugak. Lain kali nak try jugak yg kat Jeram tu. Dengarnya sedap.

    ReplyDelete
  42. mahal la pakcik.. hehehe.. nnt nk tinjau2 gak pasar mlm tu. nk carik baju murah2

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails