Tuesday, June 22, 2010

Best Cendol In Town

Ini dia kedai yg mendakwa menjual cendol paling sedap

Semenjak emak aku sakit tempoh hari, selera makannya merudum. Macam2 dah emak Adam masakan tapi masih tak berapa lalu nak makan. Sampai pening memikirkan apa menu yg dia nak. Kadang2 buat apa yg emak minta tapi makannya cuma sikit aje.

Tghari tadi selepas pulang dari HKL kerana menziarahi jiran kami yg patah tulang tangannya, kami pergi ke Wangsa Maju utk mencuba cendol dan mee goreng mamak yg dikatakan sedap tu.

Memang tak mengecewakan kerana emak aku lalu makan dan minum cendol tu.
Sent via BlackBerry from Maxis

53 comments:

  1. owh.. nenek ari tuh ke? harap she gets well..

    ReplyDelete
  2. peberet kaklong cendol ngn mee goreng mamak ni...
    nti kaklong nk pegi ar..

    ReplyDelete
  3. Itulah penawar utk penyakit emak YB ye......

    Huhuhuhuu....

    :)

    ReplyDelete
  4. hehehheheee......

    cam sedap jer!

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..
    seronok kan bila tengok kalau orang yang kita sayang boleh makan, boleh senyum..ceria...
    bahagia dan puashati rasanya..
    semoga mak YB akan sembuh sesembuhnya...

    ReplyDelete
  6. sri rampai..

    sedap, cuma mahai sikit la cendol jagung rm4 semangkuk..

    semoga nyai cpt lalu makan

    ReplyDelete
  7. cendol mamak kek bus stand pilah pun sodap..

    ReplyDelete
  8. Ibuintan
    betul tu cendol mamak pilah tu yg sodap..ingat maso kekocik dulu arwah atok selalu bawak makan cendol dan rojak pilah tu,kalau sya merajuk..
    opppss..sorry naik lori YB dah keluar tajuk.. ;p

    ReplyDelete
  9. ibuintan &sayangsayangibu...

    sekarang ni dah tak berapa sedap kt
    pilah tu...
    cubo poie bahau,kt belakang bank RHB tu,ada mamak stall jual mee goreng,rojak,sup ayam,sup kambing,cendol dan ABC pun ado...
    sup eh memang terangkek...
    klu lambek poie memang tak ngaso...
    tak cayo cubo try sekali..
    sampai bilo2 pun teringat yo
    miaaahhahhh...!

    ReplyDelete
  10. sejak bila plak jiran aku pakcik wahab ni ada cawangan kat sana..emmm konfius, mesti dia dah kaya ni..

    ReplyDelete
  11. Jard,
    haah nenek Adam yg ko jumpa masa ko datang rumah aku hari raya hari tu.

    semoga dia sembuh seperti sediakala harapnya.

    ReplyDelete
  12. kak long,
    kalau mcm tu bolehlah kita pergi sama2. Bawa famili kak long sekali kalau nak datang ke Wahab tu.

    ReplyDelete
  13. Catwoman,
    Bukan senang nak pastikan emak saya ada selera makan. Alhamdulillah dia nak makan mee goreng dan minum cendol tu walaupun tak lah banyak sangat.

    ReplyDelete
  14. zonaku,
    boleh tahan jugak. Worth trying.

    ReplyDelete
  15. Eja,
    Niat kita nak pastikan dia semakin sihat dan ada tenaga supaya dia boleh bergerak dgn sendiri. Skrg ni dia masih terbaring saja. Kalau nak ke bilik air atau nak solat kenalah kami hantar dgn kerusi roda.

    Kalau dia nak makan sikit2,harap2 dia akan bertambah baik.

    Terima kasih di atas keprihatinan awak tu.

    ReplyDelete
  16. zaren,
    mmg lebih mahal dari tempat lain.
    Tak payahlah minum cendol jagung yg RM4 tu. Cukuplah cendol biasa yg RM2.20 tu hehehe

    Terima kasih di atas doa zaren tu.

    ReplyDelete
  17. ibuintan,
    dah ada beberapa org cakap mcm tu termasuk kakpah dan tijah. Sayang saya belum pernah cuba lagi.

    ReplyDelete
  18. Eja lagi,
    wah bukan main kempen lagi. Nantilah bila ke serting saya cuba singgah situ.

    Tak kisah keluar tajuk. Lori saya ni boleh kemana2 aje.

    ReplyDelete
  19. kaklong,
    cendol Bahau lagi power ke? Mcm ni saya nak cuba yg Bahau pulaklah. Tapi skrg saya jarang lalu Bahau kalau nak ke Serting sbb situ jalan sibuk dan belok2.

    Eja & ibuintan,
    kalau kalian dapat merasa cendol tu sebelum saya, tolong beritahu cendol mana lebih sedap antara Pilah dan Bahau.

    ReplyDelete
  20. MENTIBANG LAUT,
    Oh Wahab tu jiran awak ya? Kalau saya tahu saya gunakan nama awak utk mintak diskaun tadi hehehe

    ReplyDelete
  21. Salam YB, Tekak dan selera orang tua memang macam tuh, macam2 dia mintak tapi makan nyer sedikit saja..tapi akan rasa gembira kalau dia makan lebih. Arwah mak saya berumur 84 tahun sebelum meninggal dan bersama dengan saya selama 14 tahun. Emm..alhamdulillah puas hati dpt jaga arwah..

    ReplyDelete
  22. salam yb..

    menjaga org tua ni kene bnyk sabar..ikut je kerenah dia..

    beruntung Wak Imah dpt menantu seperti mak adam..

    ReplyDelete
  23. Marina Monroe,
    Wsalam.

    Betul cakap kakak. Kalau dia tak berkenan ada aje yg tak kena walaupun masa sihat dulu bukan main lagi sukanya masakan tu.

    Besar pahala kakak menjaga mak kakak sehingga akhir hayatnya. Tak semua anak sanggup buat mcm tu lebih2 lagi sampai berbelas2 tahun.

    ReplyDelete
  24. kak ct,
    wsalam.

    Jaga budak lagikan perlukan kesabaran inikan pulak nak jaga org tua. Kalau anak2 kita boleh jugak kita nak marahkan mereka. Org tua kena sabar ajelah huhuhu

    Tak ramai menantu boleh tinggal dgn emak mertua. Alhamdulillah dah berbelas tahun sejak kami pindah ke KL emak Adam dan emak tinggal serumah.

    ReplyDelete
  25. maka jugak..sy tak layan mamak la YB..geli nk mkn air tgn depa nie huhuhuh

    ReplyDelete
  26. org tua kalau tak sihat memang tak berselera walaupun macam2 kita masakkan. Nasib baik ada yb boleh habiskan masakan mak adam,:P

    moga nenek cepat sihat dan boleh ikut yb ke cameroon,ehhehehee.

    ReplyDelete
  27. Ada orang kata, cendol yang sedap tu, dia letak c....g di dalamnya. Betul ke ? Kalau betul, sedap juga.

    p/s: Selamat kenyambut hari ulangtahun kelahiran Haizam.

    ReplyDelete
  28. kita kenal adik beradik dia...
    .
    .
    .
    .
    wahib...
    wahub...
    .
    lariiiiiiiiiiiiiiii...

    ReplyDelete
  29. Salam YB,

    aikk... malam tadi saya ada komen tapi tak keluar rupanya..hehe..


    jap...refresh balik.....

    Kena bawak ibu YB selalulah kat situ ye.Semoga selera makan ibu YB bertambah-tambah lagi lepas ni.


    Kat Wangsa Maju belah mana YB? Walaupun tempatnya s.e.t.a.p.a.k tapi jenuh nak mencari kalau tak tau..hehe.


    dulu masa keje di USJ, selalu saya makan cendol kat satu lori mamak di USJ 21. Memang sedap cendol ngan mee goreng, mee rebus dia... Kengkadang sampai tapau utk bawak balik.

    ReplyDelete
  30. terasa nak makan cendol la pulak..

    tapi cendol kat idung nie bila nak berenti tah..

    ..

    ReplyDelete
  31. selera orang sakit ni mmg takleh nak agak.
    Rasa mcm nak makan tapi bila ada taknak pulak.

    ReplyDelete
  32. sahromnasrudin,
    mmg ada cerita2 mamak tak basuh tangan lepas ke tandas sehingga ada benda yg melekat di cincinnya bluekkk

    Tapi sekali sekala kami layan juga masakan mamak ni. Harap takdelah benda2 yg tak diingini tu ngeee

    ReplyDelete
  33. juliet,
    jangankan org tua, kita yg muda ni pun takde selera juga bila sakit. Ya ke? Mungkin ko sentiasa ada selera kot hehehe.

    Kalau ko dah rasa masakan emak Adam, mesti ko nak makan hari2 walaupun badan ko akan naik berganda2. Tak caya cubalah.

    Aku dah tak nak ke cameroon sbb mereka dah kalah. Aku ingat nak ke Argentinalah pulak. Ko nak ikut ke?

    ReplyDelete
  34. al-lavendari,
    ok jugak kalau letak c....g sbb boleh jadi sumber protein.
    Janji tak nampak c....g tu hehehehe

    Malam tadi sudah diadakan sambutan ulangtahun tu ngeee

    ReplyDelete
  35. DrSinga,
    ini tidak adil. Mcmana saya cuma kenal yg dah nak dijual sbg hamba ni aje?

    ReplyDelete
  36. a.z.r.i.n.a,
    wsalam.

    Patutlah malam tadi tak nampak komen awak. Selalu sebelah malam ada komen tambahan hehehe.

    Kedai tu kalau dari simpang Selangor Pewter ke arah Jaya Jusco ianya sebalah kanan. Di deretan kedai2 yg baru siap. Kalau takut tak jumpa roger aje saya. Dari rumah saya ke situ sepelaung aje (tapi kena melaung guna hp lah hehehe)

    Cendol kat lori kecik tu pun ada juga yg sedap. Kebanyakan dimonopoli oleh Kadir. Dulu kerja kat USJ21 ya. Skrg kerja kat mana pulak?

    ReplyDelete
  37. alangkan kita kalau sakit pun selera tak tentu, apalagi orang tua... layanka saja, asal diorang makan sikit, jadilah, daripada tak makan langsung, kan?

    try buat masakan masam-masam sket, kot laa buleh buka selera makcik... masak asam singgang ke, asam pedas ke, tomyam ke, sup ke...

    ReplyDelete
  38. -•»Á®ÐZMÀ®Ñ«•- ,
    kesiannya tak boleh makan cendol lagi. Sabar ajelah dulu. Takut kalau minum skrg boleh bercampur cendol tu hehehe

    ReplyDelete
  39. shaliza,
    itulah yg saya risau. Kalau diikutkan sangat akhirnya tak makan apa2. Badan pun dah susut banyak tu.

    ReplyDelete
  40. syah,
    ini tengah layan emak saya lah ni. Nasib baik dia nak makan mee goreng tu smlm. Takut kalau tak makan langsung masuk angin pulak perut dia. Lagi susah sbb lepas tu tak boleh makan langsung kerana kalau makan nak muntah sbb ada angin dlm perut.

    Dah cuba buat mcm yg awak sarankan tu tapi kadang2 dia makan sikit, kadang2 tak dijamahnya langsung huhuhu

    ReplyDelete
  41. YB, bukan ke dulu ada lombong kat situ? laa..lama sangat tak ke sana.

    masa bujang2 dulu selalu shopping kat alpha angle tu.

    dulu kan ada kedai makan latif ibrahim kat korner tu..

    hp no kosong ye YB..hehehe..

    rasanya lori tu bukan kadir yang punya.skarang keje kat Sg. Buloh , 3 tahun lebih sikit. Lega sikit sekarang ni.. tol&petrol save sesangat.

    ReplyDelete
  42. org kurang sihat mmg macam tu.. tekak rasa tak sedap je...

    .
    .

    pasni bole la hari2 beli cendol


    .
    .



    errr.. utk ai tau.. klu utk emak tu, takut dia jemu plak..hihihihi

    ReplyDelete
  43. Cendol memang sedap bila makan dimusim hujan ni..

    ReplyDelete
  44. kadang-kadang kena paksa makan... takmo makan kalu, paksa dia minum susu... err... itupun kalau dia takde elergi dengan laktosa dalam susu...

    abis-abis, buat cucur kat dia... variaskan... macam nenek saya dulu, itu ajelah yang dijamahnya... yang lain takmau...

    ReplyDelete
  45. kak long & YB, kalau pegi jangan lupa bawak aii. Kalau tak ajak, nti i bakar umah YB.hehehe.nak bakar umah kak long jauh sgt.

    ReplyDelete
  46. betul jugak tu kak long ada satu tempat dekat bahau cendol dia memang best, sentiaso penuh dgn umat berhampiran pasar,belakang kedai buah tu..
    errkkk balik hari tu nape sya tak hinggat nak singgah sana ye?
    isshhh..ishh..ishhh

    ReplyDelete
  47. a.z.r.i.n.a.03.07,
    lombong bukan kat situ tapi dekat masjid Sri Rampai tu.

    Skrg dah ada Jusco baru di AU2. Alpha Angle dah kurang laku.

    Tak pernah makan kat kedai latiff ibrahim tapi kedai yusof haslam yg dekat hospital tawakal tu biasalah.

    Dah azan. Kita sambung lain kali hehehe

    ReplyDelete
  48. a.z.r.i.n.a lagi,
    Husband and wife kerja kat Sg Buloh ke? Saya ada juga ke sana. Pergi kilang perabot kat Kg Baru Sg Buloh.

    Kalau tahu opis awak nanti saya korner kejap hehehe

    ReplyDelete
  49. kts,
    betul tu tapi dia dah lebih sebulan keluar dari hospital. Kalau asyik tak nak makan nanti tambah tak sihat huhuhu.

    Ko nak cendol hari2 no problem. Tapi larat ke ko nak telan benda tu setiap hari? Nanti tambah bulatlah ko kena santan tu hehehe

    ReplyDelete
  50. relevan,
    kat sini musim panas. Rasanya musim panas lagi sedap ngeeee

    ReplyDelete
  51. syah,
    terima kasihlah kerana banyak memberi saranan.

    Emak saya tak suka minum susu. Dulu belikan enelin biar kuat tulang tapi minum sikit dah berhenti.

    cucur ada juga emak Adam buatkan tapi makanlah seketul dua.

    Tapi hari ini alhamdulillah nampak dah nak makan banyak sikit. Mungkin berkat doa dari kalian semua.

    ReplyDelete
  52. Syida,
    dari dulu tak habis2 asyik nak bakar rumah aku. Kesianlah sikit kat org yg takde kerja ni. Nak duduk kat mana kalau rumah dah terbakar huhuhu.

    Kalau ko nak bakar sgt, pergi tolong budak2 kat Sekinchan tu bakar ikan. lagi baik. Betul tak kak long? hehehe

    ReplyDelete
  53. Eja,
    Ini dah kempen cendol Bahau pulak. Nantilah saya singgah sana kalau pergi Serting. Saya roger awak dan kak long dulu sebelum pergi.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails