Wednesday, June 9, 2010

Seronok Melihat Perangai Adam

Di antara nikmat ada anak kecil ialah melihat telatah mereka terutama yg berumur di bawah 2 tahun. Aku dan emak Adam sudah melalui proses itu 5 kali sebelum ini. Kali ini kami melaluinya lagi dgn Adam. Dan kami tetap teruja setiap kali melihat atau mendengar sesuatu yg tak kami sangka dari si kecil ini.

Dua malam lepas Adam telah menumpahkan air dari gelas neneknya. Sejak sakit ini nenek Adam selalu lepak depan tv di ruang tamu. Sebelah malam jika hendak tidur, baru kami tolak dia menggunakan kerusi beroda ke dalam bilik.

Malam itu kebetulan cawan yg digunakan nenek Adam masih ada sedikit air. Entah macamana air itu telah tertumpah ke atas tikar buluh.

"Ayo tak tahu! Adam tumpahkan air," kata Emak Adam seperti menyergah walaupun acah2 aje.

"Pergi lap cepat sebelum meresap," perintah emak Adam. Macamlah budak tu tahu air tu akan meresap ke dalam tikar.

Tanpa berlengah Adam pun mengambil tisu dari kotak tisu di sebelah tv lalu mengelap air yg tumpah itu. Aku senyum melihat telatah dia.

"Jangan pakai tisu. Banyak yg tumpah tu," terang emak Adam."Pergi dapur ambil kain lap," arah emak Adam.

Adam pun melulu ke dapur. Sebentar kemudian dia datang dengan 'kain lap' dan terus mengesat tumpahan tersebut. Rupanya baju yg aku pakai siang tu yg diambilnya!

Emak Adam gelak guling2. Ha gelaklah. Kalau Adam gunakan baju awak baru tahu. Masa tu saya pula yg akan gelak guling2 kah kah kah

Aku sempat merakamkan aksi Adam. Ini dia sedang fokus mengelap tikar yg basah itu.

Adam sedang mengelap air yg tumpah

Setelah berpuas hati dengan hasil kerjanya, tahu apa yg dilakukan oleh Adam?

>
<
>
<
>
<
>
<
>
<











Dia rilek di kerusi panjang tempat neneknya selalu lepak tu dan menonton tv.

50 comments:

  1. kalau nk belajar cakap lg seronok nk layan...
    YB..adam ni yg bongsu ke?
    ke yg kecik...hihihi..!

    ReplyDelete
  2. kak long,
    betul tu. Bila Adam menyebut perkataan yg belum pernah dia sebut, kami merasa seronok. Adakalanya kami tak sangka dia tahu perkataan itu. Dia baru nak belajar cakap dan menambah perbendaraan katanya.

    Adam ni yg kecik dan yg bongsu.
    Dgn ibu dia yg ada ni lah kah kah kah

    ReplyDelete
  3. Yb, merujuk kpd komen diatas "dgn ibu dia yang ni"? ada ibu lain ke?hehehe

    ReplyDelete
  4. Alololo... comeynyer dik Adam.. Paman letak mana baju Paman tu, sampai dia ingat kain lap.. hahaha..

    ReplyDelete
  5. YB,
    jawapan komen tak menahan.
    ekekeekekek

    pandai adam pilih 'kain lap'.

    ReplyDelete
  6. anak kecil = terapi minda :)

    ReplyDelete
  7. sib baik Adam tak ambik seluar kecik buat kain lap!!!

    ReplyDelete
  8. sudah penat mengelap...mari landing duluuuuu muahahaha

    ReplyDelete
  9. gaya kepenatan tu macam kena mop satu rumah!! hahaha..

    ReplyDelete
  10. hehehe..so cute..

    bagus dia... dengar kata suruh lap ngan kain.. walaupun main rembat je baju ayahnya..

    hahahaa..!!

    ReplyDelete
  11. mungkin baju tu bau macam kain buruk.:P

    ReplyDelete
  12. hihihi....mmg suka tengok gelagat budak2 ni. Penat eh adam lap air?
    Muka blur sb apahal plk apak aku ni,org lepak pun nak amik gambo,betul tak adam?

    ReplyDelete
  13. salam yb..mmg seronok ade ank kecik waktu umur kita tak berape muda ni...

    semlm kak ct dgr adam panggil "maaaaaakkkkkkk" dgn kuat wpun mak dia dpn mata (mcm la dia sorang je ade mak..hehe)

    by d way (cewah..ckp omputeh la plak) thanks kpd mak adam utk lemak pucuk labu, kari ikan pari, sambal telor, paru grg and last but not least jemput2 bwg yg sungguh yummy yummy....

    ReplyDelete
  14. seronokkan melayan karenah anak kecik, kadang boleh teringgat2 masa sedang kerja.

    ReplyDelete
  15. Dr..
    hehehehe..tak sanggup kot YB nak hambik gambar melainkan suar wol cup tu...
    hahahahaha.....
    adehhh dr nih lawak lah..;o

    ReplyDelete
  16. wuish..sib baik bajuuuu..kalau....kami pembaca setia blog ni pulak yg akan gelak guling berjemaah..hikss..


    chumel..(Adam ya..bukan pemilik bj oren tu..heheh..)

    ReplyDelete
  17. kenapa baju oren tu yg adam pilih??

    .
    .

    mari kita renung2 kan bersama...



    hakhakhak

    ReplyDelete
  18. "Di antara nikmat ada anak kecil ialah melihat telatah mereka terutama yg berumur di bawah 2 tahun."

    errmmmm... umur bwh 2 thn eh??


    thn dpn adam dh lebih 2 thn


    .
    .


    errr... errr.. errr... faham tak apa maknanya??



    .
    .

    errr... berusahalah dr sekarang.. takkan nak biar adam jd yg bongsu

    hihihihi...

    ReplyDelete
  19. carilah kawan adam yg bernama hawa pulak !!

    ReplyDelete
  20. YB..memang sernok kan..dengan telatah anak kecil..akak pun suka..dan tersangat la suka..dengan budak kecik ni..baca kisah adam pun dah tersenyum sendiri..betul2 menghiburkan..

    ReplyDelete
  21. Nampak gayanya si Adam kena dapat adik baru ..

    well, tak lama lagi dia akan besar kann..kannn..

    ReplyDelete
  22. Alahaiiii, comelnya si Adam ni.
    Pintar sungguh dia ye....

    :)

    ReplyDelete
  23. Syida,
    buat masa ni belum ada hahaha

    ReplyDelete
  24. I-n-A,
    nanti anak sedara Adam (anak Ina) boleh ikut comel mcm Adam hehehe

    Paman letak baju tu dalam bekas pakaian kotor kat tepi mesin basuh. Adam nak mudahlah tu - ambil mana yg senang dicapai huhuhu

    ReplyDelete
  25. sI tEDI,
    alamak ramai pulak yg baca komen balas tu. Ingat kak long sorang aje ngeeee.

    Mmg pandai. Baru pakai berapa kali aje baju tu huhuhu

    ReplyDelete
  26. Alimaz - Kembara Terasing,
    hampir habis baju tu. Nasib baik yg tumpah tu air kosong aje.

    ReplyDelete
  27. Mak Su,
    haah terapi yg sangat berkesan. Alhamdulillah ada Adam.

    ReplyDelete
  28. DrSinga,
    seluar kecik tak campur dgn baju hehehe.

    ReplyDelete
  29. Ms.Lilies,
    Betul tu. Tambahan nenek dia dah masuk bilik. Bolehlah Adam landing dgn selesa tanpa gangguan ngeh3x

    ReplyDelete
  30. Jules,
    kecik2 dah pandai bergaya. Ada tokoh jadi bos bila besar nanti.

    Psst - lama tak dengar berita. Are you ok?

    ReplyDelete
  31. TINY,
    org baru masuk kerja tentulah letih. Nak cari simpatilah tu....

    ReplyDelete
  32. PUTUBAMBU,
    itulah kami teruja sbb tak sangka dia tahu cari kain lepas kami tak kasi dia lap pakai tisu. Masalahnya baju ayahnya pulak yg dijadikan kain lap huhuhu

    ReplyDelete
  33. juliet,
    bau tulah yg buat dia asyik teringat kat ayah dia. Kalau ko tercium baju tu, konfem ko pun asyik teringat kat aku kah kah kah

    ReplyDelete
  34. shaliza,
    itulah gelagat budak2 kecik yg kadangkala kita tak jangka.

    Muka blur sbb hairan kenapa ayah dia tak on kan tv tapi sibuk ambil gambar dia pulak hehehe

    ReplyDelete
  35. kak ct,
    wsalam.

    Seronok tak terkata terutama ayah dia yg jaga sekali sekala. Cuba mcm emak Adam yg kena hadap budak tu dari pagi sampai malam hehehe

    Dia jerit kuat2 panggil emak dia sbb itu emak dia sorang. Kan ayah dia panggil emak Adam dan bukan emak abg2 atau kakak2 dia ngeee.

    Maaflah saya tak dapat join kak ct dan abg Mazlan semalam. Elok tak lama kak ct keluar, saya pun sampai rumah huhuhu

    ReplyDelete
  36. Eja,
    kalau sekejap2 seronoklah. Kalau dah 24 jam mcm emak dia, kesian juga sbb penat. Adam ni bila dah jaga, tak tahu diam. Ada aje yg nak dibuatnya.

    Saya kerja dari rumah. Kalau nak main dgn Adam, saya bawalah ke meja komputer saya hehehe

    ReplyDelete
  37. Eja lagi,
    kalau dia lap pakai seluar kecik, gerenti takde gambar hehehe

    ReplyDelete
  38. Jaja,
    sampai hati nak gelakkan kami sampai guling2 huhuhu.

    Nanti yaya buat mcm tu, saya pulak yg gelak guling2 kah kah kah.

    Yalah. Adam ajelah yg comel. Masa kecik dulu ayah dia pun comel hehehe

    ReplyDelete
  39. kakngah,
    maunya tak ponek si Adam tu. Kalau air tu tumpah kat lantai boleh tahan lagi. Ini kat tikar hehehe

    ReplyDelete
  40. kts,
    ko nak renung baju oren tu ke atau si pemakainya? Cakaplah yg direct.

    Aku faham hehehe

    ReplyDelete
  41. kts lagi,
    ko menawarkan diri utk jadi emak tiri Adam ke?

    Marilah kita sama2 berusaha muahaha

    ReplyDelete
  42. ikan emas,
    budak lelaki sebaya dgn Adam ramai yg nama Adam tapi budak perempuan baya dia tu takde pulak yg nama Hawa.

    Hawa yg ada kebanyakannya dah besar2 hehehe

    ReplyDelete
  43. kak Erna,
    sel2 otak dia tengah nak bersambung agaknya tu. Mmg seronok melihat gelagat mereka. Budak2 skrg, kecil2 lagi dah advance.

    ReplyDelete
  44. LiNda,
    mcmana Adam nak dapat adik baru? Emak dia dah letih dah. Kilang dah nak tutup hehehe

    Any other suggestion? wakaka

    ReplyDelete
  45. Catwoman,
    Ini Adam yg sama yg jumpa awak hujung tahun lepas. Dah semakin berakal dia dan semakin lasak hehehe

    ReplyDelete
  46. MENTIBANG LAUT,
    itu yg buat kami terhibur. Perbuatan Adam tu spontan hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails